Post on 20-Jun-2015
TEKNOLOGI SIMENFERO
LANDSKAP & NURSERI
MPBP
PENGENALANRekabentuk dalam Senitaman boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:a. Softscapeb. HardscapeSoftscape merupakan penggunaan bahan-bahan hidup seperti pokok-pokok hiasan, pokok bunga-bungaan dan rumput turfHardscape merupakan struktur binaan yang digunakan sebagai tambahan atau kombinasi kepada softscape bagi memberi kesan yang lebih menarik dan menawan.
DEFINISI SIMENFERO
merupakan sejenis struktur binaan yang terdiri drpd MOTAR (campuran pasir, simen dan air) yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli.
Maksud simenfero adalah kombinasi bahan ferus (besi) dan simen
SEJARAH Simenfero dipelopori oleh Joseph Louis
Lambot, seorang berbangsa Perancis pada tahun 1848.
Beliau membina beberapa struktur sampan dayung, pasu bunga dan bangku dari sejenis bahan yang dipanggil “Ferciment”. Sebahagian drpd binaan beliau (sampan – 3.66m x 1.22m) masih terdapat di Muzium Brignotes, Perancis.
Teknologi ini dikembangkan kemudian oleh Profesor Nervi (1940) sehinggalah ke negara-negara Russia, India, Tibet, Afrika, Australia, New Zealand dan Asia.
Di Malaysia
FIN Malaysia (Ferrocement Information Network) yang berpusat di UPM adalah institusi yang bertanggungjawab memperkenal dan memperkembangkan teknologi ini sejak dari tahun 1979.
SIFAT-SIFAT MEKANIKAL SIMENFERO
Julat Kenyal- Ubah bentuk kenyal berlaku tanpa pembentukan retak atau pun retakmikro tidak kelihatan dengan mata kasar.
• Julat Terretak- Ubah bentuk plastik dan pembentukan
dan penglebaran retak yang boleh kelihatan.
• Julat Alah- Penglebaran retak berterusan hingga 100 microns dan selepas itu tetulang sahaja
yang membawa daya tegangan.
KELEBIHAN SIMENFERO• KEKUATAN MAMPATAN DAN TEGANGAN
YANG TINGGI MUDAH DIBENTUK TAHAN KEPADA PANAS DAN HUJAN MEMPUNYAI DAYA ALIRAN HABA YANG
RENDAH RINTANGAN KEPADA HENTAMAN DAN
KEJUTAN MUDAH DIPERBAIKI DENGAN MORTAR TIDAK MEMERLUKAN PERALATAN YANG
CANGGIH BAHAN MUDAH DIDAPATI DAN MURAH
HARGANYA
PENGGUNAAN SIMENFERO DALAM PEMBINAAN
Perumahan
- struktur rumah seperti bumbung, dinding, kubah,
tiang dll.• Sampan dan Kapal
- Sampan pertanian, sampan perikanan, sampan
pengangkutan dan sampan kerja.• Pertanian
- Bin penyimpanan bijirin dan saluran pengairan• Bekalan Air & Sistem Najis• Pencerna Biogas
BAHAN UTAMA SIMENFERO
AIR
SIMEN
PASIR
JEJARING MATA PUNAI/JEJARING KELULI
BAR KELULI
AIR Peranan utama air dalam konkrit ialah
untuk penghidratan dan kebolehkerjaan. Air juga diperlukan untuk membacuh pasir
dan pengawetan mortar. Air yang digunakan untuk membancuh
tidak seharusnya mengandungi bendasing kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada pengerasan, kestabilan isipadu dan kelasakan serta boleh menyebabkan peroi, perubahan warna dan pengaratan tetulang.
Simen
Simen ialah bahan yang mempunyai lekitan dan lekatan semasa basah, kemudian memejal dan mengeras dan mengikat pepejal menjadi jasad yang padu.
Simen terbahagia kepada dua kelas, iaitu;
1. Simen hidraulik
2. Simen bukan hidraulik
Penggunaan Simen Simen boleh digunakan dalam beberapa bentuk,
iaitu; a. Turap (Grout)
b. Mortar
c. konkrit Turap ialah campuran simen dan air sahaja. Ia
sesuai digunakan untuk menampal rekahan. Mortar ialah campuran simen, pasir, dan air. Ia
digunakan untuk kerja melepa dan kerja bata. Konkrit ialah campuran simen, pasir, batu dan air.
Ia digunakan untuk membina berbagai struktur.
MORTAR SIMEN Air yang bebas dari bahan organik, klorida, bahan berasid dan kelodak serta selamat diminum adalah sesuai untuk menghasilkan simenfero yang baik.Simen merupakan bahan pengikat yang mempunyai sifat-sifat kejelekitan yang tinggi.Simen hidraul jenis portland (OPC – Ordinary Portland Cement) boleh digunakan dalam pembinaan simenfero.Pasir adalah juzuk terbanyak dalam pembinaan simenfero iaitu 60 – 70 % drpd isipadu mortar. Pasir sungai yang bersih menghasilkan mortar berkekuatan tinggi.
Saiz PasirMenurut garis panduan ACI 549.1R-88, penggeredan pasir adalah seperti berikut;-
saiz ayak % melepasi berat
no. 8 (2.36mm) 80 – 100
no. 16 (1.18 mm) 50 – 85
no. 30 (0.60 mm) 25 – 60
no. 50 (0.30 mm) 10 – 30
no. 100 (0.15 mm) 02 - 10
TETULANG(JEJARING DAWAI & BAR KELULI)Jejaring dawai di peringkat awal pembinaan berfungsi sebagai bahan pemegang kepada simen mortar.
Kandungan keluli diantara 1 dan 8 %
Pembinaan struktur bertegasan tinggi, jarak rod keluli adalah 75 mm.
Di peringkat mengeras, fungsi tetulang adalah untuk menyerap tegas tegangan pada struktur.
Jejaring dawai dan rod tetulang berfungsi sebagai penebat untuk menentukan rupabentuk dan menguatkan struktur.
CAMPURAN MORTARCampuran mortar adalah nisbah air-simen 0.4 : 1 dan nisbah simen:pasir 1:2 mengikut berat.
Contoh Campuran:
Jika nisbah simen:pasir diambil 1:2 dan nisbah simen:air diambil 1:0.5, maka bagi 1 kg simen adalah diperlukan 2.0 kg pasir dan air 0.5 kg. diperlukan untuk mengikat keperluan nisbah yang dipilih.
KEBOLEHKERJAAN
Kebolehkerjaan ialah suatu keadaan yang mana bancuhan konkrit/mortar boleh dibentukkan dan dipadatkan dengan mudah.
Bancuhan mestilah konsisten, senang mengalir ke dalam acuan dan mudah dipadatkan.
Ujian atau panduan yang yang menentukan kebolehkerjaan yang konsisten dan mudah alir bagi sesuatu bancuhan mortar ialah Ujian Turun dan Faktor Padatan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan
Bahan Juzuk
Keadaan Sekeliling
Masa
Simen AirSuhu Kelembapan Halaju Angin
Ujian Mortar
Ujian `Turun’ (slump) boleh digunakan untuk mengukur kebolehkerjaan sesuatu bancuhan simen:pasir:air
Turun mortar tidak melebihi 60 mm.
Pasir yang kering hendaklah digunakan bagi menghitung kandungan air yang tepat dan cepat.
TETULANG DAN JEJARINGJenis-jenis Jejaring:
1. Jejaring Dawai Heksagon (0.5” x 22 gauge)
2. Jejaring Terkimpal Persegi (0.5” x 0.5” x 19 gauge)
3. Jejaring Watson
Bilangan lapisan jejaring dawai bergantung kepada kekuatan yang dikehendaki.
Saiz rod adalah di antara 4.2 mm hingga 9.5 mm (purata 6.25 mm).
PROSES PEMBINAAN STRUKTUR SIMENFERO(D.I.Y)
Menentukan jenis dan saiz struktur yang hendak dibinaMenentukan anggaran kuantiti bahan binaanMembentuk rangka struktur- membina kerangka- memasang lapisan dawai halusMenyediakan bancuhan mortar (mengikut isipadu)Melepa mortarKerja penyudahan permukaan/kemasanRawatanMengecat.
Peralatan Asas Kerja Simenfero
Penyodok simen
Perata simen
Plier
Pemotong dawai
Sarung tangan
Berus cat
Dawai halus (sebagai pengikat)
Pembinaan
Penempatan Jejaring Dawai
Persediaan Mortar
Penampalan mortar
Pengawetan
Penempatan Jejaring Dawai
Saiz dan kedudukan rod serta bilangan lapisan jejaring dawai yang diperlukan bergantung kepada analisis struktur sesuatu binaan.
Rangkaian tetulang dikimpal dengan kuat atau diikat dengan dawai halus
Persediaan MortarMortar dimulakan dengan mencampurkan simen dengan pasir pada nisbah 1 : 2 sehingga rataBancuhan mortar diteruskan dengan memasukkan air pada tahap yang menima dengan nisbah air : simen 0.4 : 1Simenfero yang dihasilkan mempunyai KEBOLEHKERJAAN dan kualiti yang konsisten.Kebolehkerjaan yang baik boleh diperolehi dengan nisbah air –simen yang optima.Kebolehtelapan (permeability) mortar juga dipengaruhi oleh kandungan air.
Penampalan Mortar
Mortar dimasukkan ke dalam struktur jejaring dawai dari satu arah dan disokong dengan kepingan papan dari arah yang berlawanan.Penampalan boleh dilakukan dengan tangan atau sudip.Penurapan mortar mempunyai dua teknik iaitu;- Teknik Satu Peringkat- Teknik Dua Peringkat
Turapan BerbahagianMenurap struktur simenfero besar, adalah lebih baik diturap secara berbahagian dengan menggunakan proses satu peringkat.
Ia perlu untuk menentukan bahagian disambung dengan kemas dan penyambungan mestilah disapu dengan GROUT atau RESIN EPOXY yang menentukan sambungan yang sempurna.
Kerja-kerja akhir permukaan mestilah dilakukan sebelum mortar pada keseluruhannya siap.
Tebalnya mortar menutup tetulang/jejaring dawai mestilah tidak lebih dari 1.5 mm.
Pengawetan
Penting untuk memperbaiki mortar keras, berkualiti baik dan tidak retak.
Kaedah pengawetan digunakan adalah pengawetan lembab.
Pengawetan dilakukan dengan membalut guni atau jerami yang sentiasa disirami air.
WARNA OBJEKTUJUAN- Menjadikan bentuk lebih realistik contoh: warna objek kulit kayu mestilah serupa
dengan warna asal.- Menjadikan warna pada bentuk objek itu
bersesuaian dengan persekitaran (landskap) Contoh: Arca yang abstrak diwarnakan dengan
warna putih agar ia dapat mudah dilihat di antara warna-warna hijau tumbuhan.
- Menjadikan `special effect’ pada objek Contoh: Kesan warna buah masak, besi karat,
batu berlumut dsb.
JENIS-JENIS WARNAWARNA PRIMARY
- Kuning
- Biru
- Merah
WARNA SECONDARY
- Oren
- Hijau
- Jingga (purple)
Warna Khas- Emas- PerakWarna NeutralHitam• Putih
Warna Campuran (Warna Tertiari)Kuning + Merah = OrenKuning + Biru = HijauMerah + Biru = Jingga, Violet, blue
violet, red violet
CAMPURAN WARNA Apabila hendak mendapatkan
sesuatu warna campuran, pastikan anda menyediakan warna yang cerah dan campurkan warna gelap sedikit demi sedikit agar warna yang dikehendaki itu dapat dikawal.
Cth: Biru + Kuning = Hijau
(sedikit) (banyak)
Gunakan Warna Dari Tin Cat
Elakkan dari menggunakan cat terus dari tin
Gunakan berus yang bersih dari berbagai ukuran
Gunakan airbrush (bermotor) atau tin jika perlu
Gunakan cat kilat (gloss) pada sesuatu objek yang hidup. Cth: Daun, buah-buahan dll.
Gunakan cat mat pada sesuatu objek yang mati. Cth: batu, kulit kayu dll.
Selepas mencampurkan cat cuba bandingkan dengan warna asal dengan mengecat warna tersebut pada objek asal.
Elakkan menggunakan warna yang `guady’
RENDERINGMenjadikan sesuatu warna itu rata atau sebaliknya mengikut kesan tekstur permukaan objek. Menjadikan warna tone
Pastikan warna asal yang dikehendaki ada dan render mengikut arus warna objek asal.
Tambahkan warna gelap (bayang) pada tempat yang tersorok – menjadikan seolah-olah ia ditebuk lebih dalam.
Tambahkan warna terang pada tempat yang terang agar ia kelihatan lebih timbul.
Lukis kembali pada tempat yang tidak dapat dibuat `contour’ cth: urat daun dan urat kayu.
JENIS-JENIS SALUR (COAT) - Vinyl dan Epoxy
Primer mestilah boleh melekat pada mortar.Primer mestilah menerima alkaliniti pada mortar.Mestilah tahan haus dan merentang serangan kimia.Boleh menebat arus lektrik.Tidak boleh telap air dan bahan kimia.Bahannya bukan toksik dan boleh dikendalikan oleh pekerja tidak mahir.Mudah disapu, baiknya dengan berus.Bahan yang siap tidak payah dicampurkan bahan-bahan lain lagi.Tidak ada had waktu di antara lapisan.Cepat kering.Tidak terjejas dengan air.Mudah dijaga.
TERIMA KASIH
MPBP