Present landskap

Click here to load reader

  • date post

    15-Aug-2015
  • Category

    Environment

  • view

    134
  • download

    3

Embed Size (px)

Transcript of Present landskap

  1. 1. ISI KANDUNGAN Definisi A. Jenis-Jenis Landskap B. Landskap Semula Jadi C. Landskap Moden D. Prinsip dan Elemen Dalam Landskap E. Pemilihan Konsep untuk Kawasan Kediaman dan Perancangan F. Prinsip Reka bentuk Taman G. Perancangan H. Elemen dalam Mereka Bentuk Taman Yang Menarik I. Asas Mereka Kerangka Taman J. Hiasan dan Susun Atur Taman K. Penjagaan Tanaman di Laman Rumah
  2. 2. DEFINISI Landskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap individu. Ia membawa maksud yang luas merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti perladangan, perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan interaksi di antara sumber semula jadi dengan keperluan manusia yang merangkumi usaha mengagumi keindahan dan nilai estetik, seni bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.(Jabatan Landskap Negara,2005)
  3. 3. DEFINISI Landskap ialah istilah daripada bahasa Belanda yang bermaksud pemandangan desa. Walaupun begitu, istilah ini biasanya merujuk pada keseluruhan rupa bumi sama ada di bandar atau desa termasuk ciri-ciri semula jadi seperti tumbuhan-tumbuhan, tasik, gunung- ganang dan struktur buatan manusia seperti bangunan, jalan raya dan sebagainya.
  4. 4. Jenis-Jenis Landskap 1. Landskap Kediaman 2. Landskap dipengaruhi oleh keadaan budaya 3. Landskap kawasan sekolah 4.Landskap kawasan hospital 5. Landskap kawasan masjid/gereja 6. Landskap Kawasan Rekreasi 7. Landskap Kawasan Bersejarah 8. Landskap Kawasan Perindustrian 9. Landskap Kawasan Taman Tema 10. Landskap Kawasan Laluan/ Jalan
  5. 5. 1. Landskap Kediaman -Terbahagi kepada 2 iaitu kediaman luar bandar dan bandar. Foto 1: Rumah Luar Bandar
  6. 6. Foto 2: Rumah Bandar
  7. 7. 2. Landskap dipengaruhi oleh keadaan budaya
  8. 8. Budaya melayu
  9. 9. Budaya cina baba nyonya
  10. 10. Rumah cina
  11. 11. 3. Landskap kawasan sekolah
  12. 12. 4.Landskap kawasan hospital
  13. 13. 5. Landskap kawasan masjid/gereja
  14. 14. 6. Landskap Kawasan Rekreasi
  15. 15. 7. Landskap Kawasan Bersejarah
  16. 16. 8. Landskap Kawasan Taman Tema
  17. 17. Landskap Semula Jadi Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semula jadi" ialah "persekitaran terbina".
  18. 18. Landskap semula jadi
  19. 19. Landskap Moden Landskap moden dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor sehingga ke hari ini. Beberapa konsep telah dikenal pasti pada awal kemunculan idea mengenai landskap. Dari Eropah, Asia dan segenap negara Mediterenean mempunyai konsep landskap yang tersendiri.
  20. 20. Landskap moden Konsep English nature/ romantic period (1715- 1837) Konsep ini menanamkan minat kepada nilai estetik tidak formal berbanding formal. Prinsip-prinsip komposisi lukisan mula diamalkan dalam landskap sebenar (picturesque). Penekanan kepada landskap semula jadi dan ekologi mula dilakukan. Kerja pembinaan landskap yang romantik dilakukan dalam konsep ini. Pada era ini terjadinya penolakan kepada idea landskap geometri. Contoh pembinaan yang menggunakan konsep ini ialah Taman Longleat, Chatsworth dan Kew Garden.
  21. 21. Taman Botani Diraja Kew
  22. 22. Prinsip dan Elemen Dalam Landskap 1. Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk landskap. 2. Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan, penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan sekala. 3. Prinsip-prinsip ini telah diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu kawasan landskap.
  23. 23. 1. Keringkasan
  24. 24. 2. Keanekaan
  25. 25. 3. Keseimbangan
  26. 26. 4. Skala/ ukuran
  27. 27. 5. Turutan/ Ulangan
  28. 28. Pemilihan Konsep untuk Kawasan Kediaman dan Perancangan Laman indah itu menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan minda dan mencari ketenangan sepanjang masa. Bukan sekadar pada laman keindahan semula jadi diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke ruang dalaman, suasana hijau turut mengambil tempat terutama di ruang tamu. Konsep hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman mahupun ruang kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan dan keselesaan berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan suasana.
  29. 29. Pemilihan Konsep untuk Kawasan Kediaman dan Perancangan Suasana hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri perhatian di laman pasti memberikan persepsi tersendiri kepada keluarga dan tetamu bertandang. Berlatarkan tumbuhan segar yang menjalar berbunga bagai pelengkap pagar dan menjadi simbol menyambut kehadiran keluarga serta tetamu.
  30. 30. Prinsip Reka Bentuk Taman Saiz Saiz merupakan prinsip yang diutamakan dalam reka bentuk taman. Merupakan faktor yang paling penting sebelum mereka bentuk taman. Tekstur Elemen tekstur dapat memberikan kepelbagaian kepada taman. Kesan bunyi (sound effects) Taman dilengkapi set kolam air pancut, gantungan buluh atau berbagai-bagai- bagai lagi instrumen. Contohnya air pancut yang menitis dapat menghasilkan bunyi yang semula jadi. Struktur Struktur bermaksud binaan oleh manusia. Contohnya seperti laluan pejalan kaki, pokok, batu dan dinding. Aplikasi warna Aplikasi warna ialah kombinasi warna yang baik akan menghasilkan sebuah taman yang mempunyai nilai estetika. Cahaya (lightning) Pencahayaan boleh diperoleh secara semula jadi atau buatan sendiri.
  31. 31. Perancangan 1. Persekitaran setempat Reka bentuk dan pembinaan taman hendaklah mengambil kira dengan persekitaran setempat seperti jenis tumbuhan, iklim, jenis tanah, dan lain- lain. 2. Penyesuaian dengan cuaca - Cuaca mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan taman. Cuaca yang ekstrim mempengaruhi ketahanan tumbuh-tumbuhan dan struktur binaan taman. 3. Personaliti dan gaya hidup - Sesuaikan reka bentuk taman dengan personaliti dan gaya hidup penggunanya. 4. Mengubahsuai taman mengikut keperluan - Bina taman yang dapat diubahsuai pada masa-masa tertentu tanpa menjejaskan ruang dan kawasan sedia ada. 5. Menilai Lokasi/Kawasan Taman-
  32. 32. Perancangan 6. Pemandangan yang menarik - Taman yang dibentuk mestilah mempunyai pemandangan yang cantik dari pelbagai sudut. Mungkin berlatar belakangkan padang rumput, bukit- bukau, tasik dan lain-lain. 7. Aspek dan kesan Reka bentuk taman semestinya memberi kesan yang mendalam kepada penggunanya sama ada melalui penglihatan, pendengaran, atau perasaan. 8. Sebagai teduhan - Lebih menarik dan lebih berkesan jika rekabentuk taman mempunyai tempat- tempat berteduh melalui binaan pergola, gazebo atau silara tumbuhan taman. 9. Jenis tanah dan penanaman - Perhatikan dan cari maklumat mengenai jenis tanah di kawasan landskap. Ini akan membantu untuk membuat pemilihan jenis tumbuh-tumbuhan taman yang sesuai dan dapat hidup subur. 10.Dari pemerhatian kepada perancangan berskala
  33. 33. Elemen dalam Mereka Bentuk Taman Yang Menarik 1. Gaya taman - Sebaik-baiknya sebuah taman mempunyai gaya, tema dan konsep yang nyata sebagaimana yang dikehendaki oleh pengguna. 2. Bekerja dengan ruang - Taman seharusnya mempunyai ruang yang mencukupi untuk penggunanya bergerak sama ada berjalan, duduk, melompat, bekerja, dan lain-lain. 3. Kesan corak - Corak reka bentuk taman mungkin pelbagai yang dapat memberi gambaran kepelbagaian jenis tumbuhan, cara susunan tumbuhan, dan susun atur perabot taman. 4. Penggunaan warna - Gunakanlah warna yang berbagai tetapi tersusun untuk meningkatkan seri taman terutamanya kepada warna tumbuh-tumbuhan. 5. Eksploitasi tekstur - Jika boleh eksploitasi tekstur tumbuh- tumbuhan dan struktur binaan dari segi besar kecil, susunan tinggi rendah, dan panjang pendek agar taman itu seolah-olah semula jadi.
  34. 34. Asas Rekaan Kerangka Taman 1. Dinding - Boleh jadi tumbuh-tumbuhan pagaran atau tumbuhan renek yang disusun rapat dan dipangkas pucuknya. 2. Pintu masuk - Pintu masuk atau gerbang dibina ke kawasan taman yang menarik dan bergaya daripada bahan-bahan seperti kayu, batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. 3. Siling - Siling taman mungkin dalam bentuk silara/kanopi tumbuh- tumbuhan naungan, pergola dan tumbuhan memanjat di atas para. 4. Lantai - Taman yang menarik mempunyai lantai seperti rumput turf, siar kaki dan batu-batu kecil 5. Aras - Aras tanah yang tinggi rendah lebih menarik jika dibandingkan aras yang mendatar. Bina dan bentuk busut-busut atau bukit-bukit mini untuk menambah nilai taman. 6. Bentuk dan fungsi - Kerangka taman yang hendak dibina mestilah mempunyai fungsi yang dikehendaki oleh pengguna. Taman direka bentuk setelah perbincangan dilakukan antara tuan punya, pereka bentuk, dan kontraktor.
  35. 35. Hiasan dan Susur Atur Taman 1. Prinsip-prinsip menghias - Prinsip-prinsip menghias diaplikasikan untuk pembinaan taman. 2. Menanam - Tumbuh-tumbuhan taman hendaklah diatur/disusun dan ditanam mengikut prosedur penanaman yang betul supaya ia tumbuh dengan sempurna. 3. Perabot taman - Pemilihan perabot taman disesuaikan dengan konsep taman yang dikehendaki oleh tuan punya atau pengguna taman dan juga keluasan taman. 4. Ciri-ciri khas/istimewa - Buat dan bina ciri-ciri khas taman atau titik tumpu supaya taman lebih kelihatan menyerlah, istimewa, dan berkesan di hati bagi sama ada pengguna lama atau pengguna baru. Ia mungkin air pancut, replika, binaan, kolam dan lain-lain.
  36. 36. Penjagaan tanaman 1.Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah. 2.Penyiraman - Tentukan waktu sesuai untuk penyiraman iaitu seelok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk penyiraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengah hari. 3.Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau ta