Post on 27-Dec-2019
i
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : APRIL 2010
ii
ii
KESAN PERBEZAAN NISBAH MASA DALAM TERAPI CONTRAST TERHADAP
PROSES PEMULIHAN ATLIT SELEPAS MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL PADA
BAHAGIAN KAKI
DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2010
iii
iii
“Saya akui bahawa ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah
saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………………………
Nama Penyelia : DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI
Tarikh : APRIL 2010
iv
iv
DEDIKASI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIHANI
SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Ku tujukan dedikasi teristimewa….
Buat Ayahanda dan Bonda,
Yang dikasihi HAJI ABDUL GHANI B HJ MOHAMED dan HAJJAH FARIDAH BT
MUSTAPHA…mengenang perit jerihmu dalam meredah kepayahan dan
menyusun langkah serta ketabahan kalian dalam mendidikku ,akhirnya anakmu
berjaya menempuh dugaan dan cabaran bagi mengatur langkah kehidupan yang
lebih sempurna sepanjang „perjalanan‟ ini. Keringatmu itu melahirkan rasa insaf
terhadapku. Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua…
Buat Sahabat-sahabatku yang dihormati,
Semangat kalian semua telah memberikan dorongan terhadapku dalam
menempuh hidup yang kian mencabar. Buat sahabat yang teristimewa, Noor Maslydia dan Nurul
Suhaili, aku akan sentiasa mengingati jasa dan budi kalian semua..
Buat yang dikasihi dan diingati selalu,
Sokongan yang dirimu berikan merupakan „bara‟ yang kian
menyemarakkan semangatku..
BuatMu Ilahi,
Tiada kata yang lebih indah selain aku bersyukur kepadaMu. Aku tertunduk
syukur, limpah dan kurniaMu, menginsafi diriku, Semoga RahmatMu sentiasa
melingkari hidupku…Amin..
v
v
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah penyelia, DR.Halijah bt Ibrahim selaku „guru‟ yang telah
banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat
disempurnakan. Saya juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan
beliau semasa membimbing saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan
panduan yang beliau berikan amatlah berguna dan berharga.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada para
subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Tanpa mereka, saya tidak mampu menyiapkan kajian ini
dengan sempurna. Terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi memberi bantuan dan pandangan. Akhir sekali saya
abadikan ucapan penghargaan ini khas buat keluarga yang di sayangi yang sentiasa
memberi sokongan dan dorongan serta insan yang sentiasa di sisi. Hanya Allah
yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.
Diyana Zulaika binti Abdul Ghani,
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan( Sains Sukan),
Universiti Teknologi Malaysia.
vi
vi
ABSTRAK
Terapi Contrast merupakan terapi yang menggunakan gabungan dua jenis rendaman iaitu
rendaman ais dan rendaman air panas untuk proses pemulihan atlit selepas melakukan aktiviti
fizikal. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental dan bertujuan untuk mengkaji
nisbah masa yang efektif ketika melakukan terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman
air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki.
Seramai 6 orang subjek terlibat dalam kajian ini dan masing-masing menjalani 2 jenis terapi
Contrast yang berbeza selepas melakukan aktiviti fizikal berkayuh basikal Recumbent selama 20
minit dan 1 terapi kawalan. Dua jenis terapi Contrast yang dijalankan ialah Terapi A yang
mempunyai nisbah masa rendaman ais lebih lama berbanding rendaman air panas iaitu 4 minit
rendaman ais dan 1 minit rendaman air panas. Manakala, terapi B mempunyai nisbah masa
rendaman ais yang kurang berbanding rendaman air panas iaitu 1 minit rendaman ais dan 4 minit
rendaman air panas dan terapi C sebagai terapi kawalan pula tiada sebarang rendaman dilakukan
terhadap subjek. Tahap pemulihan subjek diukur mengunakan alat Accutrend®Lactate di mana
ia menganalisis paras asid laktik dalam badan sebelum subjek menjalankan aktiviti fizikal dan
selepas subjek menjalani terapi. Hasil analisis data yang diperolehi mendapati bahawa subjek
yang menjalani terapi A mencatatkan penurunan pada paras asid laktik berbanding dengan
subjek yang menjalani terapi B dan terapi C. Ini menunjukkan bahawa nisbah masa yang efektif
bagi rendaman ais dan air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti
fizikal ialah nisbah masa yang digunakan oleh terapi A iaitu 4 minit rendaman ais dan 1 minit
rendaman air panas.
vii
vii
ABSTRACT
Contrast therapy is the therapy that combines 2 types of immersion that is ice immersion
and hot immersion for recovery process of the athlete after physical activity. The purpose of this
experimental research is to analyze the most effective time ratio during Contrast therapy between
ice immersion and hot immersion for recovery after physical activity at the lower body. 6
subjects have involved in this research and all of them have been through 2 types of different
Contrast therapy after cycling 20 minutes using the recumbent bicycle and 1 control therapy.
Two types of Contrast therapy that been applied is Therapy A that use time ratio of ice
immersion longer than hot immersion, that is 4 minutes of ice immersion and 1 minute of hot
immersion, Therapy B that use time ratio of ice immersion shorter than hot immersion that is 1
minute of ice immersion and 4 minutes of hot immersion and Therapy C as control therapy that
use no immersion therapy to the subjects. The recovery rate of the subjects been measured using
Accutrend®Lactate where it analyze the lactic acid level in the body before subjects doing the
physical activity and after the subjects apply the therapy. Finding shows that subjects that apply
Therapy A after physical activity, the level of lactic acid inside the body has been lower than
subjects that apply Therapy B and Therapy C after physical activity. This result shows that the
effective time ratio for ice immersion and hot immersion for recovery rate after physical activity
is time ratio of Therapy A that is 4 minutes of ice immersion and 1 minutes of hot immersion.
viii
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Pengesahan Penyelia i
Halaman judul ii
Pengakuan iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Isi Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Hipotesis Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Batasan Kajian 6
1.9 Definisi Operasional 6
ix
ix
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 Teori-teori Berkaitan 8
2.2.1 Proses Pemulihan 8
2.2.2 Rendaman Ais 9
2.2.3 Rendaman Air Panas 11
2.2.4 Terapi Contrast 11
2.2.5 Asid Laktik 13
2.3 Kajian-kajian Berkaitan 14
2.4 Kesimpulan 18
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 19
3.2 Rekabentuk Kajian 19
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Sampel Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Prosedur Kajian 24
3.7 Pentadbiran Kajian 34
3.8 Kajian Rintis 35
3.9 Kaedah Penganalisaan Data 36
3.10 Kesimpulan 36
x
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Latar belakang Responden 37
4.3 Kesan terapi Contrast di antara rendaman ais
dan rendaman air panas terhadap pemulihan
selepas melakukan aktiviti fizikal 38
4.4 Keberkesanan terapi Contrast di antara rendaman
ais dan rendaman air panas 42
4.5 Kesan nisbah masa ketika melakukan terapi Contrast 44
4.6 Analisis Inferensi 47
4.7 Kesimpulan 48
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan 50
5.2.1 Dapatan kajian terapi Contrast di antara
rendaman ais dan rendaman air panas
terhadap proses pemulihan selepas melakukan
aktiviti fizikal 50
5.2.2 Kesan terapi Contrast di antara rendaman ais
dan rendaman air panas 52
5.2.3 Sela masa yang efektif ketika melakukan terapi
Contrast di antara rendaman ais dan rendaman air
panas 53
xi
xi
5.3 Kesimpulan 54
5.4 Cadangan 55
5.4.1 Sela Masa dalam terapi Contrast 55
5.4.2 Prosedur Pengujian 56
5.4.3 Kemudahan Peralatan 57
5.4.4 Kajian Rintis 57
5.5 Penutup 58
RUJUKAN 59 - 64
LAMPIRAN 65 - 69
xii
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT
4.1 Ujian T Sampel Berpasangan sebelum dan
selepas terapi Contrast dijalankan 47
xiii
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Penghasilan Asid Laktik 13
3.0 Carta Alir Rekabentuk Kajian 21
3.1 Accutrend ® Lactate 22
3.2 Basikal Recumbent 23
3.3 Tempat duduk Basikal Recumbent 29
3.4 Utiliti Paparan Basikal Recumbent 30
4.1 Paras Asid Laktik dalam darah sebelum dan
selepas bagi Terapi A 39
4.2 Paras Asid Laktik dalam darah sebelum dan
selepas bagi Terapi B 40
4.3 Paras Asid Laktik dalam darah bagi Terapi C 41
4.4 Purata Asid Laktik dalam darah bagi setiap sujek
untuk Terapi A, Terapi B dan Terapi C 42
4.5 Sisihan Piawai bagi asid laktik dalam badan untuk
Terapi A, Terapi B dan Terapi C 43
4.6 Paras Asid Laktik dalam darah bagi semua subjek
untuk Terapi A 44
4.7 Paras Asid Laktik dalam darah bagi semua subjek
untuk Terapi B 46
xiv
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Surat Persetujuan Subjek 65-66
B Program Pengujian Subjek 67-68
C Gambar ketika terapi Contrast 69
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di era teknologi kini, terdapat pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk
mencari kaedah pemulihan yang paling efektif dan optimum untuk atlit tanpa
mengganggu sesi latihan harian serta dapat memberi kesan yang positif terhadap
prestasi mereka. Ini juga termasuk penyelidikan kaedah pemulihan dari segi aspek
fisiologikal, psikologikal dan pemakanan atlit (Calder, 1996). Di antara kaedah-kaedah
yang digunakan ketika pemulihan ialah kaedah urutan, teknik apungan, mandian sauna
dan stim, mandian ais dan akupuntur. Terapi Contrast di antara rendaman air sejuk
menggunakan ais dan rendaman menggunakan air panas juga merupakan salah satu
kaedah dan teknik pemulihan yang terkenal dan sering dipraktikkan terutamanya
selepas melakukan latihan fizikal dan pertandingan (Calder, 2001a). Kebanyakan
laporan daripada jurulatih, pakar perubatan dan atlit itu sendiri menyatakan bahawa
teknik terapi Contrast ini banyak memberi kesan yang positif terhadap prestasi
(Cochrane, 2004).
Therapeutic modalities merupakan teknik yang digunakan dalam proses
pemulihan daripada kecederaan dan juga pemulihan selepas melakukan aktiviti atau
latihan yang berat. Beberapa kaedah cryotherapy dan thermotherapy yang terdapat
dalam therapeutic modalities ini adalah seperti bungkusan ais, mandian, bungkusan
2
panas, pancaran lampu infra-red dan urutan ais (Prentice, 1999). Terapi Contrast di
antara air sejuk dan air panas, sauna dan spa adalah perkara biasa yang dilakukan oleh
seseorang atlit selepas mereka melakukan aktiviti dan latihan.
Menurut Calder (1996), terapi Contrast di antara air sejuk dan air panas dapat
mempercepatkan kadar pemulihan dengan meningkatkan peredaran darah dengan
membuang sisa metabolisma dalam badan dan merangsangkan sistem saraf dalam otak.
Calder (2001b) juga menyatakan bahawa terapi Contrast sejuk dan panas meningkatkan
penggunaan asid laktik dalam badan dan ini sekaligus dapat mengurangkan kesan
cetusan kesakitan pada otot (DOMS) dan melancarkan peredaran darah kepada otot-otot
yang lesu. Oleh itu, proses pemulihan di kalangan atlit adalah amat penting kerana
dengan adanya proses pemulihan, atlit dapat merehatkan anggota badan mereka yang
bekerja keras melakukan aktiviti saban hari.
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses pemulihan ialah salah satu aspek yang penting dalam program suaian
fizikal. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat atlit yang menjalani latihan berat dan
melakukan aktiviti yang lasak tanpa mengutamakan sesi pemulihan untuk memulihkan
semula tenaga dan tubuh badan mereka. Keadaan ini boleh membawa kepada
kecederaan yang akan memberi kesan negatif terhadap prestasi semasa atlit (Mackinnon
dan Hooper, 1991). Tanpa proses pemulihan yang sempurna, atlit tidak dapat
mengekalkan tahap prestasi yang tinggi dalam seharian atau sesuatu tempoh yang
tertentu.
3
Dalam keghairahan untuk mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi, jumlah
intensiti dan masa latihan dipanjangkan. Ini mengakibatkan tempoh untuk tubuh badan
berehat dan pulih sepenuhnya diabaikan dan menjadi punca utama atlit masa kini hanya
dapat menunjukkan prestasi cemerlang pada tempoh masa yang singkat (Cochrane,
2004).
Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk memastikan pentingnya
proses pemulihan ini terhadap atlit yang giat menjalani latihan sebelum mereka
mengalami kecederaan. Terapi Contrast merupakan salah satu cara untuk memulihkan
atlit setelah melakukan aktiviti dan latihan. Terapi Contrast menggunakan dua teknik
iaitu rendaman ais dan rendaman air panas dengan nisbah masa yang tertentu di antara
kedua-dua teknik tersebut. Pengkaji ingin mengkaji kesan perbezaan nisbah masa
dalam terapi Contrast terhadap proses pemulihan atlit selepas melakukan aktiviti
fizikal.
1.3 Pernyataan masalah
Lazimnya, atlit sering lupa untuk memulihkan tubuh badan mereka yang sudah
penat lelah bekerja keras selepas selesai melakukan aktiviti fizikal. Ini boleh
menyebabkan terjadinya kecederaan ke atas mereka dan memberi kesan yang negatif
terhadap prestasi di masa akan datang.
Terapi Contrast merupakan satu cara pemulihan yang berkesan dan efektif tetapi
tidak ramai atlit yang sedar akan kepentingannya. Terapi Contrast dijalankan
menggunakan dua teknik iaitu rendaman ais dan rendaman air panas dan ia
menggunakan nisbah masa yang tertentu di antara kedua-dua teknik tersebut.
4
Walau bagaimanapun, kajian sebelum ini tidak menyatakan nisbah masa yang paling
efektif di antara kedua-dua teknik rendaman ais dan rendaman air panas tersebut
terhadap proses pemulihan atlit.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk mengkaji kesan
perbezaan nisbah masa dalam terapi Contrast terhadap proses pemulihan atlit selepas
melakukan aktiviti fizikal.
1.4 Objektif kajian
Berikut merupakan objektif untuk kajian ini:-
1.4.1 Untuk menganalisis kesan terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman
air panas terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal.
1.4.2 Untuk mengkaji keberkesanan terapi Contrast di antara rendaman ais dan
rendaman air panas terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti
fizikal.
1.4.3 Untuk mengenalpasti nisbah masa yang efektif ketika melakukan terapi Contrast
di antara rendaman ais dan rendaman air panas untuk mencapai tahap pemulihan
selepas melakukan aktiviti fizikal.
1.5 Persoalan kajian
Berikut merupakan persoalan untuk kajian ini:-
1.5.1 Apakah kesan daripada terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman air
panas terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal?
5
1.5.2 Adakah terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman air panas memberi
kesan yang positif terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal?
1.5.3 Berapakah sela masa yang efektif ketika melakukan terapi Contrast di antara
rendaman ais dan rendaman air panas untuk proses pemulihan selepas
melakukan aktiviti fizikal?