Post on 02-Jan-2016
description
1
NOTA RINGKASAN
PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (PQS)
(ULUM AL-QURAN)
TINGKATAN 4
disediakan oleh: Wan Syafirdaus Hariz bin Wan Badarudin (2013)
2
BAB (12) - ULUM AL-QURAN DAN KEPENTINGANYA
1. PENGERTIAN ULUM AL-QURAN .
Bahasa : Ilmu bermaksud pengetahuan dan Al-Quran bermaksud bacaan.
Istilah : Al-Quran dita’rifkan sebagai kalamullah yang bermujizat1 yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad S.A.W2 melalui malaikat jibril dalam bahasa arab3,
diriwayatkan secara mutawattir4 dan membacanya adalah ibadah5.
Ulum Al-Quran dita’rifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang Al-
Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
2. PERINGKAT PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN ULUM AL-QURAN.
Zaman Huraian
Rasulullah S.A.W
Penurunan, penulisan, pengajian dan penghayatan Al-Quran menghasilkan ilmu tentang konsep wahyu, konsep nuzul Al-Quran, ulum tafsir, kaedah penulisan dan pengajian Al-Quran.
Sahabat. i. Pengumpulan Al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz dalam peperangan riddah menghasilkan ilmu Jam’ul Quran. ii. Penyatuan Al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf Usmani menghasilkan Resam Usmani. iii. Pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali, Yahya bin Yakmur dan Khalil bin Ahmad menghasilkan I’rab al- Quran.
Umawi (Tabi’in) Penandaan titik dan baris huruf Al-Quran oleh Hujjaj Bin Yusuf as- Saqafi memperkemaskan lagi ulum Resam Al-Quran.
Abasi (Tabi’ Tabi’in)
Perkembangan ilmu tafsir dan pembukuan bidang-bidang ulum al- Quran seperti Tafsir bil rakyi, Asbabun nuzul, Makki wal madani, I’jaz Al-Quran dan sebagainya.
3. FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN
I. Meneguhkan keimanan terhadap keagungan al- Quran sebagai
kalamullah.
II. Mengambil iktibar daripada kehebatan para ulama mengkaji Al-Quran.
III. Dapat memahami Al-Quran dengan betul.
IV. Dapat mengamal dan menghayati Al-Quran.
V. Dapat menolak kekeliruan tentang Al-Quran.
3
4. BIDANG KAJIAN ULUM AL-QURAN
Mukaddimah ulum Al-Quran Mantuk dan mafhum
Konsep nuzul Al-Quran Tajwid Al-Quran
Asbabun nuzul Al-Quran Tarannum Al-Quran
Jadal Al-Quran. Dabit Al-Quran
Asbabul nuzul ayat Muhkam wal mutasyabih.
Makki dan madani Konsep wahyu
Sejarah penulisan dan pembukuan Al-Quran
Amsal Al-Quran.
I’jaz Al-Quran. Aqsam Al-Quran
Nasakh dan mansukh. Qasas Al-Quran.
Am dan khas Balagahah Al-Quran
Mutlak dan muqayyad Muyskilul Quran
5. KESAN PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN
a. Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap Al-
Quran.
b. Melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan Al-Quran.
c. Melatih minat mambaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan al- Quran.
d. Melatih beriltizam dengan berdisplin dan etika pembelajaran.
e. Melatih berfikir secara kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap
perbahasan ulum Al-Quran.
4
BAB (13) – PENGENALAN AL-QURAN
1. PENGERTIAN AL-QURAN
i) Bahasa: bacaan atau himpunan huruf.
ii) Istilah: kalamullah yang bermujizat1 yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W.2 melalui malaikat Jibril3 dalam Bahasa Arab4,
diriwayatkan secara mutawattir5 dan membacanya adalah ibadah6,
bermula dengan surah fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas6.
2. CIRI-CIRI AL-QURAN
3. CIRI-CIRI KITAB SAMAWI YANG LAIN
Isi kandungannya meliputi seluruh aspek akidah , syariah dan akhlak.
Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan.
Diriwayatkan secara mutawattir dan selamat daripada kemungkinan tersilap.
Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan.
Sesuai digunakan pada sebarang masa dan tempat sehingga hari kiamat.
Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja.
Kegunaan untuk seluruh umat manusia.
Untuk umat tertentu sahaja.
Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat.
Tidak ada jaminan kekal dan selamat.
4) NAMA-NAMA AL-QURAN ialah al-Kitab1, al-Furqan2, Az-Zikr3 dan al-Tanzil4.
5) ANTARA SIFAT-SIFAT AL- QURAN ialah:
an-Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , al-Mubin (menerangkan sesuatu), al-
Huda (petunjuk),Ar-Rahmah (kerahmatan ).
5
BAB (14) – AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT
1. TA’RIF MUKJIZAT.
Bahasa bermaksud melemahkan
Istilah ditakrifkan sebagai: perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh
Allah1 kepada seseorang rasul2 sebagai bukti kebenaran risalah3 yang
dibawa kepada umat manusia4.
2. JENIS MUJIZAT (2)
a. Mujizat Hissi ( ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh
pancaindera seperti tongkat nabi musa menjadi ular.
b. Mujizat Maknawi ( ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan
dihayati melalui minda dan mata hati seperti Al-Quran.
3. PERKARA LUAR BIASA SELAIN MUKJIZAT (7)
1. Sihir Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk menyesatkan manusia. Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular.
2. Silap mata Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui kepantasan tangan dan teknikal. Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan.
3. Ilham Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan melalui mimpi atau proses berfikir. Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid.
4. Irhas Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi rasul. Contoh : Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad S.A.W.
5. Istidraj Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk menambahkan lagi kesesatan mereka. Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun.
6. Maunah Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan mereka dari sesuatu malapetaka atau bencana. Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang.
7. Karamah Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang beriman dan bertakwa. Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.
6
4. ASPEK MUKJIZAT AL-QURAN.
a. Dari aspek bahasa-mempunyai bahasa yang tinggi dan indah.
b. Dari segi isi kandungan- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara
ghaib , hari pembalasan, syariat dan hukum hakam.
c. Dari aspek ilmu pengetahuan- Penemuan sains bertepatan dengan ayat
Al-Quran. ( kejadian siang dan malam , kejadian makhluk berpasangan )
5. DALIL-DALIL AKLI (AKAL) TENTANG MUKJIZAT AL-QURAN.
a. Ketinggian bahasa Al-Quran sehingga menghalang pakar-pakar bahasa.
b. Perkhabaran Al-Quran tentang perkara ghaib, peristiwa lampau,
peristiwa kan datang dan syariat yang tidak boleh difikir dan direka melalui
akal.
c. Isyarat Al-Quran kepada beberapa fakta sains yang diperolehi melalui
kajian saintifik.
7
BAB (15) – WAHYU
1. WAHYU
i) Bahasa:
1. Ilham Fitri diberikan oleh Allah kepada orang biasa
2. Ilham Gharizi yang diberi oleh Allah kepada haiwan.
3. Isyarat Pantas seperti yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya.
4. Bisikan Dan Godaan Syaitan
terhadap manusia.
5. Perintah Allah kepada para malaikat
untuk melakukan sesuatu.
ii) istilah ialah kalamullah1 yang diturunkan kepada seseorang nabi
atau rasul2 mengikut cara yang khusus3.
2. CARA PENURUNAN WAHYU (2)
1. Melalui malaikat. i. Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring. ii. Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa.
2. Tanpa perantaraan malaikat i. Melalui mimpi yang baik. ii. Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.
3. JENIS-JENIS WAHYU (2)
a. Wahyu Al-Quran yang diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua lafaz dan
maknanya daripada Allah dan sampai kepada kita secara mutawattir.
b. Wahyu hadis yang diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di sebalik hijab,
maknanya daripada Allah manakala lafaznya daripada baginda Rasulullah sendiri.
4. WAHYU ADALAH SUMBER ILMU ISLAM dan manusia perlu kepada panduan
wahyu daripada Allah untuk memahami agama kerana ajaran agama tidak boleh
melalui akal fikiran.
8
5. AKIBAT MENGABAIKAN PERANAN WAHYU :
a. Gagal memahami agama. b. Dipengaruhi budaya asing. c. Hilang jati diri d. Berada dalam kesesatan.
6. WAHYU PERTAMA YANG DITURUNKAN (TERDAPAT PERSELISIHAN PENDAPAT)
a. Pendapat pertama surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling rajih ).
b. Pendapat kedua surah al-Mudassir ayat 1 hingga 56
c. Pendapat ketiga ayat basmalah
d. Pendapat keempat surah al-Fatihah ayat keseluruhannya.
7. PERSELISIHAN ULAMA MENGENAI WAHYU TERAKHIR :
a. Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan di akhirat. ( Pendapat paling rajih ). b. Surah al-Baqarah ayat 287 yang berkaitan dengan riba. c. Surah al-Baqarah ayat 282 yang berkaitan dengan hutang piutang. d. Surah al-Imran ayat 195 . e. Surah an-Nisak ayat 176. f. Surah at-Taubah ayat 128-129.
9
BAB (16) NUZUL AL-QURAN
1. NUZUL QURAN bermaksud proses penurunan wahyu Al-Quran mengikut cara- cara
yang tertentu.
2. PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
1 Luh Mahfuz. Peringkat pertama sebelum Al-Quran diturunkan ke bumi.
2 Baitul Izzah terletak di langit dunia. Proses penurunan ini berlaku pada malam lailatul qadar di bulan ramadhan secara serentak sekali gus.
3 Rasulullah S.A.W. diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada baginda melalui Jibril alaihissalam.
3. HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT
a. Untuk membezakan keistimewaan Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W.
dengan kitab dan
para Nabi terdahulu.
b. Untuk menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yang berlaku di alam
ghaib.
c. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kebenaran Al-Quran.
d. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kerasulan Nabi Muhammad
S.A.W.
4. HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR
a. Sebagai bukti Al-Quran itu daripada Allah.
b. Untuk menetapkan hati baginda yang terpaksa menempuh berbagai
rintangan dalam menyampaikan dakwah kepada umatnya.
c. Sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada rasulullah
samada berkaitan kerasulan, peristiwa lampau dan perkara ghaib.
d. Supaya manusia mampu dan bersiap sedia untuk menerima syariah.
e. Untuk memudahkan umat islam menghafaz dan memahami
kandungannya.
10
PANTAS MINDA
ULUM AL-QURAN DAN KEPENTINGANNYA
Pengertian
Peringkat Perkembangan
FaedahBidang Kajian
Kesan Perkembangan
PENGENALAN AL-QURAN
Pengertian
Ciri2 Al-Quran
Ciri2 Kitab Samawi yang lainNama2 Al-Quran
Sifat2 Al-Quran
11
AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT
Takrif
Jenis2 Mukjizat
Perkara Luar Biasa Selain Mukjizat
Aspek Mukjizat Al-Quran
Dalil2 Aqli ttg Mukjizat Al-Quran
WAHYU
Bahasa & Istilah Cara PenurunanJenis-jenis
Wahyu Sumber?
Akibat mengabaikan peranan wahyu
Wahyu Pertama
Wahyu Terakhir
12
NUZUL AL-QURAN
Maksud Peringkat penurunan Al-Quran
Hikmah penurunan berperingkat
Hikmah penurunan beransur2