Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

44
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU Mata Pelajaran: Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith Nama Pensyarah: Ustaz Mohamad Aufa Bin Mohamad Sanusi ULUM AL-QURAN Penyusunan Ayat dan Surah Dalam Al- Quran dan Muhkam dan Mutasyabih

Transcript of Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

Page 1: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran:Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith

Nama Pensyarah:Ustaz Mohamad Aufa Bin Mohamad Sanusi

ULUM AL-QURANPenyusunan Ayat dan Surah Dalam Al-Quran

dan Muhkam dan Mutasyabih

Page 2: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PENGENALANPengajian Ulum al-Quran merupakan salah satu bidang yang penting untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau mentafsirkan apa yang terdapat dalam al-Quran dengan baik dan lebih sempurna.

Memahami al-Quran adalah perkara yang perlu bagi umat Islam, kerana al-Quran merupakan sumber hukum pertama dalam perundangan dan neraca keadilan.

Page 3: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KONSEP ULUM QURANAl-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab dan sebagai mukjizat yang dinukilkan secara mutawatir yang ditulis dalam mashaf yang bermula dengan surah al-Fatihah ini diakhiri dengan surah an-Naas dan bacaannya adalah ibadat. Pengertian al-Quran dengan Hadith adalah berbeza kerana Hadith bukanlah Kalamullah. Berbeza juga dengan kitab-kitab suci yang lain kerana Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Musa (Taurat) yang berbahasa Siriani, Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Daud (Zabur) yang berbahasa Qibti dan Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi isa (Injil) yang berbahasa Ibrani. Al-Quran adalah mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quranadalah ibadat. Ini berlainan dengan membaca Hadith atau lainnya

Page 4: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

DEFINISI ULUM QURANBahasa: Ilmu-ilmu tentang al-Quran.

Istilah: ilmu-ilmu yang membincangkan aspek-aspek yang terkandung dalam al-Quran. Aspek-aspek yang dimaksudkan ialah 1) Penurunan al-Quran2) Bacaan3) Pengumpulan4) Penyusunan5) Penulisan6) Pentafsiran7) ‘ijaz al-Quran8) Al-nasakh wa al-mansukh9) Asbab al-nuzul, 10) ‘irab 11) Gharib al-Quran.

Page 5: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

FAEDAH MEMPELAJARI ULUM QURAN

1.Mengetahui perkembangan ulum al-Quran sejak ia diturunkan.

2.Menguasai bidang ilmu yang terkandung dalam al-Quran.

3.Mempertahankan keaslian al-Quran dan memeliharanya daripada penyelewangan.

Page 6: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SEJARAH ULUM AL-QURAN

Page 7: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SEJARAH ULUM AL-QURAN DI ZAMAN RASULULLAH SAW

•Rasul Allah memahami dan menghafaz wahyu yang diterima baginda.

•Rasul Allah menerangkan pengertian serta rahsia wahyu tersebut kepada Sahabat.

•Sahabat menghafaz atau mencatatnya.

Page 8: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SEJARAH ULUM AL-QURAN DI ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

• Abu Bakar mengumpulkan al-Quran atas cadangan Umar bin al-Khattab kerana ramai huffaz syahid dalam peperangan al-Riddat di al-Yamamah

• Di zaman Utsman, pelbagai bangsa yang menganut Islam membaca al-Quran mengikut lahjat mereka sendiri

• Utsman menyusun semula al-Quran Abu Bakar dalam satu tulisan dan lahjat dalam satu mushaf.

Page 9: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PERKEMBANGAN ULUM AL=QURAN

Page 10: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

•Bermula pada awal abad ke-10H dengan penyusunan buku yang berjudul al-Burhan fi Ulum al-Quran oleh Ali bin Ibrahim al-Khufi.

•Diikuti oleh al-Jawzi (m. 598H) yang menyusun Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran

•Ilm al-Din al-Sakhawi (m. 641H) yang menyusun Jimal al-Quran.

•Abu Syamat (m. 665H) yang menyusun al-Mursyid al-Wajiz fi ma yata’aluq bi al-Quran al-‘Aziz.

•Badr al-Din al-Zarkasyi (m. 794H) yang menyusun al-Burhan fi Ulum al-Quran

Page 11: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

•Jalal al-Din al-Balqini yang menyusun Mawaqi’ al-Ulum min Mawaqi’ al-Nujum

•Al-Sayuti yang menyusun al-Tajbir fi Ulum al-Tafsir dan al-Itqan fi Ulum al-Quran.

•Tahir al-Jazari yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran

•Muhammad Ali Salamat yang menyusun Minhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran

•Muhammad Mustafa al-Maraghi yang menyusun Masalat Tarjamat al-Quran

Page 12: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN

•Muhammad Abd Allah yang menyusun al-Naba al-‘Azim fi al-Quran al-Karim wa al-Tariq al-Mitsli fi Dirasatih.

•Abd al-Azim al-Zarqani yang menyusun Sahil al-‘Irfan fi Ulum al-Quran

•Muhammad Ali al-Sabuni yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran

•Abd al-Ghani ‘Audh al-Rajihi yang menyusun al-Minhaj al-Qawim fi Dirasat Ulum al-Quran.

•Muhammad Ahmad Yusuf al-Qasim dan Mani’ Abd al-Halim Mahmud yang menyusun Ulum al-Quran al-Karim.

Page 13: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH

Al-Quran itu mengandungi ayat-ayat dan surah-surah.

Ayat-ayat dan surah-surah itu pula ada yang panjang dan pendek.

Penyusunan al-Quran ialah penyusunan mengikut tertib ayat dan surah.

Page 14: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PENGERTIAN AYAT DAN SURAH

Ayat menurut pergertian bahasa ialah: a) Tanda atau alamat.b) Bukti atau dalil.c) Keterangan.d) Mukjizat atau tanda yang menakjubkan  Ayat menurut pengertian istilah ialah: a) Sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sesebuah surah daripada al-Quran.b) Suatu kumpulan ucapan yang mempunyai awal dan akhir yang termasuk di dalam suatu surah di dalam al-Quran.

Page 15: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN

PENJELASANNYA

Page 16: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Kata âyah ( �ٌة� ) adalah bentuk tunggal dari kata âyât (آَي �اٌت� .(آَي

Menurut pengertian etimologi, kata itu dapat diertikan sebagai mu‘jizah (ٌة� ) alâmah‘,(= ُم�ْع�ِجَز� �ُم�ٌة� ,(tanda = َع�َالatau ‘ibrah (ٌة� �َر� ْب .(pelajaran = َع

Selain itu, âyah ( �ٌة� -dapat diertikan pula sebagai al (آَيamrul-‘ajîb ( �ُب� �لْع�ِجْي ْا ُم�َر�

� ��َأل (sesuatu yang menakjubkan = ْاdan jamâ‘ah ( -kelompok, masyarakat), al-burhân/ad = َج�َم�اَع�ٌة�dalîl ( �ُل�/ ْي ْالَّد�ل َه�اُن� �َر� �ْب �ل .(keterangan/penjelasan = ْا

Jika dikaitkan dengan istilah Alquran,âyah ( �ٌة� -bererti huruf (آَيhuruf hijaiyah atau sekelompok kata yang terdapat di dalam surah Al-Quran yang mempunyai awal dan akhir yang ditandai dengan nombor ayat.

Page 17: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Dalam bentuk tunggal kata âyah ( �ٌة� di dalam Al-Quran (آَيdisebut 86 kali, seperti dalam surah Al-Baqarah [2]: 106; dalam bentuk mutsannâ (dua), ayatain ( �ِن �ْي �َت disebut satu (آَيkali, yaitu dalam surah Al-Isra’ [17]: 12, sedangkan dalam bentuk jamak, âyât ( �اٌت� disebut 290 kali, seperti dalam (آَيsurah Al-Baqarah [2]: 61 dan surah Al-An‘âm [6]: 4.

Dalam bentuk tunggal, kata âyah ( �ٌة� paling banyak disebut (آَيdalam surah Al-Baqarah [2], surah Al-An‘âm [6], dan surah An-Nahl [16] masing-masing tujuh kali, sedangkan dalam bentuk jamak kata itu banyak disebut: dalam surah Ali ‘Imrân [3] sebanyak 18 kali, surah Al-An‘âm [6] sebanyak 25 kali, dan surah Al-A‘râf [7] sebanyak 24 kali.

Page 18: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Semua pengertian âyah ( �ٌة� yang dikemukakan di atas (آَيdigunakan oleh Al-Quran. Kata itu di dalam al-Quran disebut dalam berbagai konteks pembicaraan. Kata âyah ( �ٌة� yang (آَيdisebut dalam surah Al-Baqarah [2]: 106 misalnya, terkait dengan pembicaraan ayat tentang pengertian ayat-ayat Al-Quran, yang berhubungan dengan persoalan nasakh di dalam al-Quran.

Di dalam ayat itu dinyatakan bahawa suatu ayat yang di-nasakh akan digantikan dengan ayat lain yang lebih baik daripada itu, atau yang sama dengan itu. Ayat ini dijadikan dasar oleh sebagian ulama untuk menyatakan bahawa di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang me-nasakh dan ayat-ayat yang di-mansukh.

Page 19: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Dari penggunaannya di dalam Al-Quran dapat disimpulkan bahwa pengertian kata âyah ( �ٌة� dapat diartikan dengan (آَي“ayat-ayat yang berkaitan dengan kitab suci dan Al-Quran” apabila di dalam ayat itu kata tersebut dikaitkan dengan kata-kata nazala ( َل� �َز� turun) dan kata-kata lain yang seasal = َنdengan itu atau adanya tentangan yang ditujukan kepada orang-orang untuk membuat sesuatu yang sama dengan ayat-ayat Al-Quran. 77, surah An-Nahl [16]: 11, dan surah Al-Anbiyâ’ [21]: 91.

Page 20: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Apabila kata ayat dikaitkan dengan kata Allâh (ْالله) dan segala kata ganti yang berkaitan dengan-Nya, maka kata itu dapat diertikan dengan dua pengertian, yaitu pertama dengan “ayat-ayat Al-Quran” dan dapat pula dengan “sesuatu yang menunjuk kepada kebesaran dan kekuasaan Allah”. Jika kata âyah ( �ٌة� -yang dihubungkan dengan ungkapan (آَيungkapan li qaumin yatafakkarûn ( ْو�ُن� �َر� �َف�َّك �َت َي ) َق�ْو�ٍم ,(لya‘qilûn ( �ْو�ُن� �ْع�َقل ) yasma‘ûn ,(َي َم�ْع�ْو�ُن� �ْس� ,(َيyadzdzakkarûn ( ْو�ُن� �َر� �َّذ�َّك ,atau yang semakna dengan itu (َيmaka kata itu diertikan sebagai “tanda-tanda kebesaran Allah Swt”. Ayat dalam pengertian ini cukup banyak diungkapkan di dalam Alquran, antara lain dalam surah Al-Hijr [15]:

Page 21: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Dilihat dari jumlah ayat yang terdapat dalam Al-Quran, para ulama mempunyai perbezaan pendapat. Abu Abdurrahman As-Salmi, salah seorang ulama Kufah, menyebutkan bahwa ayat-ayat Al-Quran berjumlah 6.236 ayat. Jalaluddin As-Suyuti, seorang ulama tafsir dan fiqh, menyebutkan 6.000 ayat. Imam Al-Alusi menyebutkan 6.616 ayat.

Ayat-ayat Al-Quran yang dimulai dari ayat pertama surat pertama (Surah Al-Fatihah) sampai dengan ayat terakhir surat terakhir (Surah An-Nas) disusun secara tauqifi, iaitu berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh Allah dan Rasulullah SAW, Pengelompokan Al-Quran berdasarkan ayat-ayat mengandungi beberapa hikmah.

Page 22: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

KEDUDUKAN AYAT DAN PENJELASANNYA

Di antara hikmah-hikmah itu ialah:

(1) untuk memudahkan mengatur hafalan dan mengatur waqaf (berhenti) berdasarkan batas-batas ayat.

(2) untuk memudahkan penghitungan jumlah ayat yang dibaca pada saat melakukan solat atau khutbah.

Page 23: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT

MADANIYYAH

Page 24: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Pendapat pertama - menyatakan ayat-ayat Makkiyyah adalah ayat-ayat yang turun di Mekah dan sekitarnya, walaupun sesudah hijrah, dan Madaniyyah ialah ayat-ayat yang turun di Madinah.

Pendapat kedua menyatakan ayat-ayat  Makkiyyah ialah ayat-ayat yang ditujukan kepada masyarakat Mekah yang ditandai dengan ungkapan yâ ayyuhan-nâs ( �اُس� 3َه�اْالَّن َي

� dan (َيآَأayat Madaniyyah ialah ayat-ayat yang ditujukan kepada masyarakat Madinah yang sudah beriman, yang ditandai dengan ungkapan yâ ayyuhal-ladzîna âmanû ( ِن�� �َّذَي ْال 3َه�ا َي

� َأ َيآ�ْو�ْا .(آُم�َّن

Page 25: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Pendapat ketiga, merupakan pendapat yang popular, menyatakan ayat Makkiyyah ialah ayat-ayat yang turun sebelum Nabi Muhammad Saw. berhijrah ke Madinah walaupun turunnya di tempat selain Mekah, sedangkan ayat-ayat Madaniyyah ialah ayat-ayat yang turun sesudah hijrah walaupun turun di Mekah.

Ayat Makkiyyah lebih banyak berbanding ayat Madaniyyah.

Page 26: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Al Quran diturunkan secara beransur-angsur sesuai dengan suasana kaum muslimin pada awal Islam itu.

Ada empat pendapat para ulama. Pertama, ulama yang mengatakan bahawa ayat yang pertama turun adalah Ayat 1–5 dari S. Al-‘Alaq [96] berdasarkan, antara lain, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah Ra. yang menceriterakan kejadian yang dialami Nabi ketika menerima wahyu itu. 

Kedua, ulama yang menyatakan bahwa ayat yang pertama turun adalah Ayat 1–5 dari S. Al-Muddatstsir [74], berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abi Salmah bin Abdur Rahman bin ‘Auf. 

Page 27: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Ketiga, ulama yang berpendapat bahwa ayat yang pertama turun adalah QS. Al-Fâtihah [1], berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abu Maisarah ‘Umar bin Syurahbil.

Keempat,ulama menyatakan ayat yang pertama turun ialah bismillâhir-rahmânir-rahîm, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Wahidi dari Ikrimah dan Al-Hasan.Majoriti ulama menyatakan bahwa pendapat yang paling kuat adalah pendapat pertama, yakni Ayat 1–5 dari S. Al-‘Alaq [96] merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad Saw.

Page 28: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Mengenai ayat yang terakhir turun, juga terdapat perbezaan pendapat para ulama. Menurut az-Zarqani, terdapat 10 pendapat ulama, iaitu: (1). Ayat 281 dari S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat An-Nasa’i melalui Ikrimah dari Ibnu Abbas dan riwayat Ibnu Abi Hatim;

(2). Ayat 278 dari S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas dan riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar;

(3). Ayat 282 dari S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat Ibnu Jarir dari Sa‘id bin Al-Musayyib dan riwayat Abu Ubaid dari Ibnu Syihab.

(4). Ayat 195 dari S. آli ‘Imrân [3];

Page 29: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYYAH

(5). Ayat 94 dari S. An-Nisâ’ [4];

(6). Ayat 176 dari S. An-Nisâ’ [4];

(7). Ayat 3 dari S. Al-Mâ’idah [5],

(8). Ayat 128 dari S. At-Taubah [9];

(9). Ayat 110 S. Al-Kahf [18], dan

(10). Ayat-ayat S. An-Nashr [110], yang semuanya berdasarkan riwayat. Perbezaan pendapat ini timbul karena perbezaan masa para sahabat mendengarkan ayat yang disampaikan Nabi. Menurut Az-Zarqani dan Subhi As-Salih, ayat-ayat yang terakhir turun adalah Ayat 281 dari S. Al-Baqarah [2]. (Ahmad Thib Raya)

Page 30: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SURAH-SURAH DI DALAM AL-QURAN

Page 31: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SURAH-SURAH DI DALAM AL-QURAN

Jumlah surah yang terdapat dalam Al Qur’an ada 114; nama-namanya dan batas-batas tiap-tiap surah, susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri (tauqifi). Surah-surah yang ada dalam Al Qur’an ditinjau dari segi panjang dan pendeknya terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:

1. AS-SAB’UTHTHIWAAL, dimaksudkan, tujuh surah yang panjang Yaitu: Al Baqarah, Ali Imran, An Nisaa’, Al A’raaf, Al An’aam, Al Maa-idah dan Yunus.

2. Al-MIUUN, dimaksudkan surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti: Hud, Yusuf, Mu’min dan sebagainya.

Page 32: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SURAH-SURAH DI DALAM AL-QURAN

3. Al-MATSAANI, dimaksudkan surah-surah yang berisi kurang sedikit dari seratus ayat seperti: Al Anfaal. Al Hijr dan sebagainya.

4.AL-MUFASHSHAL, dimaksudkan surat-surat pendek. seperti: Adhdhuha, Al Ikhlas, AL Falaq, An Nas. dan sebagainya.

Page 33: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Page 34: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Allah Ta’ala berfirman,اْل�ِك�َت�اِب� ُأ�ُّم ُه�َّن� ِك�َم�اٌت� ُم�ْح� �َي�اٌت� َآ ْن�ُه� ُم� اْل�ِك�َت�اِب� َع�َل�ْي�َك� َل� �ْن�َز� ُأ اْل�ِذ�ي َو� ُه�

اٌت� اِب�َه� َت�َش� ُم� ُر� ُأ�َخ� َو�“Dia-lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamat. Itulah pokok-pokok isi Al-Qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihat” (Surah Ali Imran:7).

Page 35: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

PENGERTIAN MUHKAM DAN MUTASYABIH

Ayat yang muhkamat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.

Ayat mutasyabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang perkara-perkara ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.

Page 36: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Dilihat dari sisi pandang, muhkam dan mutasyabih, Al-Qur’an terbahagi dalam tiga bentuk.

Pertama : MUHKAM

Umumnya merupakan ciri Al-Qur’an secara keseluruhan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:. “Ertinya : Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu” [Surah Huud : 1]

Page 37: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIHAllah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Alif Laam Raa. Inilah ayat-ayat Al-Qur’an yang mengandung hikmah” [Surah Yunus : 1]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuzh) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah” [Surah Az-Zukhruf : 4]

Ertinya adalah indah dalam bentuk dan susunan kata serta maknanya. Al-Qur’an berada di puncak nilai kefasihan dan sastera ; berita-beritanya secara keseluruhan adalah benar dan bermanfaat, tidak ada dusta, kontradiksi dan main-main yang tidak ada manfaatnya, hukum -hukumnya secara keseluruhan adalah adil, tidak ada kezaliman, kontradiksi atau kesalahan.

Page 38: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIHKedua :MUTASYABIH

Umumnya juga merupakan ciri Al-Qur’an secara keseluruhan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Qur’ an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah.

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya” [Surah Az-Zumar : 23]

Page 39: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Ertinya sebahagian isi Al-Qur’an memiliki keserupaan dengan sebahagian yang lain dalam hal keindahan, kesempurnaan dan tujuan-tujuan yang mulia, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ertinya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ? Kalau kiranya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya” [Surah An-Nisa : 82]

Page 40: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Ketiga :MUHKAMyang khusus pada sebahagian ayat-ayat Al-Qur’an dan MUTASYABIH juga khusus pada sebahagian yang lain, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami” [Surah Ali-Imran : 7]

Erti muhkam di sini adalah, bahawa makna ayat jelas dan terang ; tidak ada kesamaran sama sekali, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

Page 41: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

“Ertinya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal” [Surah Al-Hujuraat : 13]Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ertinya : “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik” [Surah Al-Maidah : 3]

Page 42: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Sedangkan erti Mutasyabih di sini adalah makna ayat yang tersamar sehingga orang menjadi ragu dalam memahami sesuatu yang tidak sesuai bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, KitabNya atau RasulNya, sedangkan orang yang mendalam ilmunya tidak demikian.

Contoh yang berkaitan dengan Dzat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seorang yang ragu memahami ayat.

“Ertinya : (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka” [Surah Al-Maidah : 64]

Page 43: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

MUHKAM DAN MUTASYABIH

Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki dua tangan yang serupa dengan kedua tangan makhlukContoh yang berkaitan dengan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seorang yang ragu memahami bahwa Al-Qur’an bersifat kontradiktif dimana sebahagiannya mendustakan sebagian yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ertinya : Apa saja ni’mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi” [Surah An-Nisa : 79]

Page 44: Ulum Al-Quran & Muhkam Mutasyabih

SEKIAN,TERIMA KASIH