Novel Konserto Terakhir (PENGAJARAN)

Post on 15-Jan-2016

32 views 0 download

description

UJIAN LISAN 2015

Transcript of Novel Konserto Terakhir (PENGAJARAN)

NAMA: 1.SITI NORSHAHIRA BINTI NORAZMAN 2.MURNI AMIERA BINTI HAMDAN

NAMA GURU: PUAN JAMILAHKELAS: 5 DEDIKASI

NOVEL KONSERTO TERAKHIR

(PENGAJARAN)

NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Jangan mementingkan pangkat dan kedudukan hingga sanggup menghina orang lain. Contohnya, Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf dengan kaum keluarganya yang berpangkat tinggi.

Jangan hanyut dengan kemegahan diri hingga sanggup melupakan kampung halaman sendiri. Contohnya, Datuk Johari tidak pulang ke kampung selama tujuh belas tahun. Dia sengaja melupakan kampungnya untuk membentuk jati diri sebagai orang yang ternama.

PENGAJARAN

Jangan mementingkan keseronokan hingga sanggup mengorbankan rumah tangga. Contohnya, Azizah sanggup meninggalkan Hilmi kerana bosan menjadi isteri dan ibu. Azizah ingin bebas dan tidak mahu terperap di rumah sahaja.

Jangan minum arak kerana minum arak dilarang oleh agama. Contohnya, Datin Salmah minum arak hingga mabuk dan di rumahnya terdapat sudut untuk minum arak(bar mini).

PENGAJARAN

Jangan bertindak kejam terhadap seseorang sebaliknya berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Contohnya, Datuk Johari telah bertindak kejam terhadap isterinya pada malam pertama dan esoknya isterinya itu diceraikan.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu cita-cita. Contohnya, Hilmi belajar dengan sungguh-sungguh bermain alat muzik hingga berjaya menjadi penggesek biola dan penggubah lagu yang terkenal.

PENGAJARAN

TAMAT