Post on 13-Aug-2015
description
PAPAN CERITA UNIT 1PENGENALAN
Objektif
Mengetahui konsep carta alir dalam pembinaan produk multimedia.
Mengetahui dan memahami konsep dan elemen-elemen yang terdapat pada papan
cerita.
Pendahuluan
Proses pembangunan produk mutimedia yang teratur akan membantu menghasilkan sesuatu
perisian dengan lebih mudah dan cepat terutamanya bagi pembangun produk perisian yang
baru.
Terdapat empat proses utama dalam pembangunan produk mutimedia:
Menentukan kandungan perisian
Memilih kaedah penyampaian/persembahan yang sesuai
Melakarkan carta alir
Penulisan papan cerita
Carta Alir.
Sebelum sesuatu produk multimedia itu dibangunkan, satu idea keseluruhan bagi
pembangunan produksi tersebut perlu difikirkan. Proses ini biasanya dilakukan secara
berkumpulan oleh pasukan pembangun produk multimedia melalui perkongsian dan saranan
idea secara kolektif. Konsep idea keseluruhan ini boleh diterjemahkan dalam bentuk carta alir.
Carta alir adalah gambarajah berasaskan nod-nod geometri yang dibina bagi menunjukkan
aliran aktiviti/proses yang dirancangkan dalam sesuatu penghasilan produk multimedia. Carta
alir akan memberikan gambaran keseluruhan kepada pasukan pembangun produk multimedia
bagaimana aliran proses berlaku samada secara jujukan atau cabangan dari mula hingga
tamat.
Papan Cerita
Berpandukan carta alir, perincian idea-idea ini kemudiannya perlu diterjemahkan secara lebih
khusus melalui proses lakaran dan penulisan yang dikenali sebagai papan cerita. Papan cerita
biasaannya dilakarkan dan ditulis di atas helaian kertas mengikut format tertentu. Penghasilan
papan cerita yang baik akan membantu pembangun produk mutimedia:
1
i. menggambarkan reka bentuk antaramuka setiap paparan yang akan dibina.
ii. menentukan aliran navigasi keseluruhan
iii. menentukan interaksi antara pengguna dengan produk mutimedia
(interaktiviti).
Elemen elemen pada papan cerita mengandungi perkara berikut
Tajuk No. Skrin Imej Animasi Klip Video Audio/Suara latar Teks Warna/ warna latar Nota Arahan Skrip
2
4.0 Konsep Carta Alir.
Carta alir ialah gambarajah aliran aktiviti/proses dalam produk mutimedia. Ia menunjukkan bagaimana sesuatu aktiviti/proses berlaku
dari mula hingga tamat.
Gambarajah di bawah adalah contoh carta alir proses interaksi maklumat dan aktiviti.
Carta Alir pembangunan Perisian Multimedia Untuk Tajuk Operasi Asas Matematik
MENU UTAMA
OLAHAN DARAB
OLAHAN TOLAK
OLAHAN TAMBAH
MAKLUMAT
OLAHAN BAHAGI
AKTIVITI/ LATIHAN
MAKLUMAT MAKLUMAT
AKTIVITI/ LATIHAN
KE MENU UTAMA
KELUAR
KE MENU UTAMA
AKTIVITI/ LATIHAN
KE MENU UTAMA
AKTIVITI/ LATIHAN
MAKLUMAT
KE MENU UTAMA
3
5.0 Contoh Papan Cerita ( Story Board)
CONTOH REKA BENTUK PAPAN CERITA APLIKASI MULTIMEDIA
TAJUK
NO. SKRIN
IMEJ
ANIMASI
VIDEO
AUDIO/ SUARA LATAR Tentukan kedudukan teks dalam paparan skrin berdasarkan perkara berikut.
Ada Tiada
Warna Teks Perenggan Animasi
Jenis Font Imej / Grafik Audio
Saiz Font Warna Latar Video
CATATAN UMUMSKRIP / SUMBER TEKS
ADA
4
PAPAN CERITA UNIT 2TAJUK: PANDUAN MENULIS PAPAN CERITA
Objektif
Mengetahui dan memahami konsep penulisan papan cerita.
Dapat menghasilkan lakaran papan cerita.
Sebelum sesebuah produk multimedia dibangunkan, lakaran dan penulisan papan cerita perlu dilaksanakan sebagai panduan untuk pembangunan sesuatu produk multimedia tersebut. Proses lakaran dan penulisan tersebut boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian seperti proses penulisan, lakaran, penandaan dan sebagainya. Lakaran kasar ini akan menjadi panduan yang amat berguna kepada pembangun perisian.
5
Contoh lakaran/ penulisan pada papan cerita
TAJUK:ASAS MATEMATIH THP 1
OPER AS I TAMBAH
OPER AS I TAMBAH
NO. SKRIN:A 1 (Menu Utama)
IMEJ / GRAFIKImej Pegun
ANIMASIPergerakan operator mate
KlIP VIDEOSumber: persekitaran bilik darjahMasa: berterusan hingga arahan dilaksanakan
AUDIO / SUARA LATARSumber: koleksi drp MP3 yg sesuaiMasa: berterusan hingga arahan dilaksanakan
Tentukan kedudukan elemen yang disenaraikan di bawah padapaparan skrin .Ada Tiada
Warna Teks Pelbagai Perenggan tiada Aniimasi
Jenis Font Pelbagai Imej / Grafik ada Audio
Saiz Font Pelbagai Warna Latar ada Video
CATATAN : Ini adalah antara muka menu utama perisian
(Ruangan penulisan/lakaran/penandaan)
SKRIP / SUMBER TEKS ADA
TIADA
KELUAR
OPERASI TOLAK
OPERASI DARAB
OPERASI BAHAGI
6