Post on 26-Jul-2015
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 1
1.0 Pengenalan
Terdapat beberapa definisi yang diutarakan oleh tokoh-tokoh pembangunan antaranya, menurut
daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (2000), pembangunan luar bandar adalah bermaksud
pembangunan desa. Ini bermakna ia merangkumi sektor desa yang bertani yang mempunyai
fikiran yang tradisional. Kebiasaannya penduduk desa lebih ketinggalan dari segi ekonominya. Ia
merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang
mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang serta bercirikan kawasan pertanian dan
kawasan sumber alam semulajadi. Faktor-faktor yang ditekankan dalam mendifinisikan kawasan
desa atau luar bandar adalah dari segi saiz bilangan penduduk yang minima dan maksima,
kepadatan penduduk, tahap urbanisasi, tahap kemudahan masyarakat dan kualiti hidup seperti,
jalan yang berturap, bekalan elektrik, bekalan air, dan lain-lain.
Program pembangunan luar bandar akan memberi tumpuan dalam mengubah kawasan
luar bandar kepada keadaan yang lebih baik dan selesa untuk pelaburan serta tempat kediaman
yang menarik dengan menikmati semua kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial
yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kemudahan infrastruktur sedia ada termasuk
telekomunikasi akan diperbaik dan dipertingkatkan. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan
sosial akan diperluaskan lagi dengan kawasan pedalaman dan ladang-ladang kecil. Tumpuan
utama aktiviti pembangunan luar bandar adalah untuk menyediakan perumahan yang lebih
baik, menggalakkan pembangunan pelancongan luar bandar serta meningkatkan latihan dan
peluang bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 2
2.0 Halangan Dalam Pembangunan Luar Bandar
Setelah mencapai arus permodenan yang maju di kawasan bandar, kini kerajaan mencari inisiatif
yang baru untuk membangunkan kawasan desa bagi mengatasi masalah akibat arus permodenan
yang berlaku di kawasan bandar. Namun begitu, pembangunan desa yang dicadangkan oleh
pihak kerajaan dan juga pihak-pihak tertentu bukanlah semudah yang diperkatakan. Ini kerana
terdapat halangan-halangan yang akan menyebabkan berlaku masalah bagi menjalankan
cadangan projek pembangunan desa ini. Jika membincangkan mengenai halangan yang terdapat
dalam membangunkan pembangunan desa, menurut Koharuddin (2005), mengatakan terlalu
banyak kekangan yang dihadapi namun apa yang ditumpukan di sini hanyalah melibatkan tiga
aspek utama iaitu dari segi aspek ekonomi, sosial dan juga infrastruktur.
2.1 Halangan Ekonomi
Jika dilihat halangan dari aspek ekonomi, isu yang menjadi masalah utama bagi
membangunkan pembangunan desa adalah disebabkan kemiskinan serta kekurangan
modal. Kemiskinan berpunca dari segi pemikiran masyarakat desa. Kehidupan yang sedia
ada dalam kehidupan masyarakat kampung telah menyebabkan mereka susah untuk
menerima sesuatu yang baru. Ini kerana mereka takut untuk mencuba dan berubah
daripada kebiasaan yang mereka lakukan. Bagi masyarakat desa, aktiviti menternak,
bersawah, bekerja sebagai nelayan merupakan satu bidang pekerjaan yang sudah menjadi
tradisi masyarakat desa. Sukar untuk masyarakat desa merubah bekerja kepada bidang
perniagaan besar-besaran, di kilang-kilang dan di peringkat global.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 3
Berkaitan mengenai kekurangan modal pula, isu kekurangan modal berlaku
apabila tiada tenaga mahir dan juga tiada ilmu pengetahuan yang khusus bagi
membangunkan kawasan desa. Apabila isu tiadanya tenaga mahir, maka kerajaan
terpaksa mengimport tenaga mahir yang pakar dari luar. Malah bukan itu sahaja, akibat
dari sikap penduduk desa sendiri yang takut untuk mencuba sesuatu yang baru
menyebabkan masih terdapat penduduk yang tidak mengenali IT, tidak mempunyai
komputer sendiri, mereka hanya hidup dalam kebiasaannya sehinggakan masih terdapat
masyarakat desa yang buta huruf. Kesan dari kekurangan modal, kekurangan
perbelanjaan untuk menampung pembayaran gaji yang mahal untuk mengimport tenaga
mahir dari bandar mahu pun luar negara menyebabkan pembangunan desa menjadi makin
sukar untuk dibangunkan. Dari masalah ini, akan menjadi satu tanggungan beban yang
besar oleh pihak-pihak tertentu bagi memajukan kawasan luar bandar kerana terpaksa
menampung kos yang tinggi untuk membayar tenaga pakar dan guru-guru bagi mengajar
penduduk kampung dari permulaannya dalam bidang tersebut.
2.2 Halangan Sosial
Halangan dalam aspek sosial adalah berpunca dari dua pihak. Pihak pertama adalah dari
penduduk desa manakala pihak kedua adalah dari pihak pemaju. Jika dibincangkan
mengenai halangan dari penduduk desa, yang pertama adalah penggunaan tanah.
Sesetengah penduduk desa tidak mahu menjual tanah mereka untuk kerajaan bagi
membangunkan tanah tersebut. Ini akan menjadi masalah kepada kerajaan kerana projek
untuk memajukan kawasan desa akan terganggu. Malah bukan itu sahaja, terdapatnya
tanah-tanah yang terbengkalai akibat susunan galur pemilikan tanah yang panjang. Ini
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 4
merumitkan pihak tertentu untuk mencari pemilik tanah yang sebenar. Masalah inilah
yang akan mengakibatkan pembangunan desa menjadi lambat untuk dibangunkan dan
ada juga projek-projek yang terbengkalai. Mengikut dari masalah penggunaan tanah yang
lain, terdapat juga masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian seperti padi, kacang
dan sebagainya. Ini salah satu sebab menyebabkan para penduduk kampung enggan
untuk menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan kerana hasil dari pertanian yang
mereka lakukan merupakan sumber pendapatan mereka. Penduduk kampung bimbang
jika diberikan tanah tersebut, mereka kemungkinan akan kehilangan sebahagian dari hasil
pendapatan mereka.
Halangan kedua dari penduduk desa dalam aspek sosial adalah pemikiran arus
komodenan yang jauh lebih maju di kawasan bandar berbanding luar bandar. Perbezaan
jurang yang ketara ini akan mengakibatkan memberi impak kepada pemikiran masyarakat
bandar untuk berfikir apa faedah yang bakal mereka dapat jika membangunkan kawasan
bandar. Malah penduduk desa sendiri dari golongan muda banyak yang berhijrah ke
kawasan bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang terdapat di bandar. Ini akan
menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan dengan
sektor desa. Paling jelas dapat dilihat ialah hanya tinggal golongan tua sahaja dalam
menjalankan kegiatan-kegiatan di sektor desa berbanding dengan golongan muda.
Golongan muda tidak suka mengusahakan aktiviti pertanian menyebabkan golongan ini
telah berhijrah ke bandar yang boleh memberikan mereka peluang pekerjaan yang bergaji
besar terutamanya dalam sektor perindustrian. Selain itu juga, golongan muda turut
menganggap bahawa kegiatan pertanian adalah satu pekerjaan yang memenatkan,
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 5
menggunakan kerahan tenaga sahaja serta kerja di bawah sinaran mentari dan mendapat
pulangan yang sedikit.
Namun begitu, dari pihak pemaju yang akan membangunkan kawsan desa pula
adalah berlainan dengan halangan dari penduduk desa. Halangan yang pertama adalah
pihak pemaju beranggapan, jika membangunkan pembangunan di desa memerlukan
pembinaan dari permulaan di mana perlu mencari kawasan untuk memajukan, perlu
mencari pekerja-pekerja baru, perlu meneroka sumber yang terdapat di kawasan desa dan
memerlukan modal yang tinggi untuk dibangunkan serta jauh dari segala kelengkapan
perkhidmatan yang sedia ada seperti yang terdapat di bandar. Ini akan merugikan mereka
untuk menunggu tempoh masa yang panjang bagi memajukan kawasan luar bandar
sehingga menjadi kawasan yang maju. Malah bukan itu sahaja, tidak semua cadangan-
cadangan tempatan yang dibuat oleh pihak-pihak pemaju yang mencapai tahap kejayaan
untuk membangunkan kawasan desa, ini kerana kekurangan modal dan juga sebagainya.
Halangan seterusnya dari pihak pemaju dalam aspek sosial yang tidak kurang
pentingnya adalah dari sikap pemaju yang tidak jujur. Kita asyik menyalahkan penduduk
desa yang takut untuk berubah kepada sesuatu yang baru. Tapi permasalahan ini bukan
sahaja timbul dari sikap penduduk desa. Malah sikap ini muncul dari sikap sesetengah
pihak yang tidak jujur dalam menggunakan wang yang diberi oleh pihak kerajaan untuk
memajukan kawasan luar bandar. Pihak-pihak yang diberi tugas untuk membangunkan
kawasan desa telah menyalahgunakan duit yang diberi. Setelah kerja permulaan
pembinaan dibuat, kemudiannya akan dibiarkan terbengkalai. Inilah masalah yang
menyebabkan sehingga sekarang masih terdapat kawasan desa yang masih belum
dibangunkan pembangunannnya secara sepenuhnya.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 6
2.3 Halangan Infrastruktur
Dari segi halangan infrastruktur pula, masalah yang timbul untuk membangunkan
pembangunan desa adalah disebabkan kekurangan infrastruktur ataupun jaringan yang
memudahkan sesuatu pembangunan itu dibangunkan. Jika kita meninjau kampung-
kampung yang sedia ada, jalan yang disediakan untuk ke kampung-kampung hanya
lorong-lorong kecil, tiada sistem hubungan yang lengkap seperti telefon, pejabat pos,
malah bukan itu sahaja, masih terdapat penduduk kampung yang mencuri bekalan tenaga
elektrik dan air dari kampung-kampung yang berhampiran. Di kawasan luar bandar juga
kurang menyediakan perkhidmatan klinik. Malah jika terdapat penduduk yang jatuh sakit,
mereka terpaksa ke bandar atau ke pekan. Ini salah satu punca yang menyebabkan
pembangunan desa menjadi halangan untuk dibangunkan kerana sumber infrastruktur
adalah terhad sehingga menyukarkan pihak-pihak yang terbabit untuk menyertai dalam
membangunkan pembangunan luar bandar.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 7
3.0 Strategi Pembangunan Luar Bandar
Transformasi Kedua Luar Bandar merupakan pelengkap kepada Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama yang telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1970 yang
lebih tertumpu kepada pembangunan prasarana fizikal dan membekalkan kemudahan asas yang
cukup kepada rakyat. Manakala transformasi kedua pula lebih menekankan kepada pengukuhan
strategi awal tersebut dengan penumpuan lebih kepada pembangunan manusia yang menjadi
tonggak utama bagi memastikan kejayaan pembangunan masyarakat luar bandar. Salah satu
program pembangunan atau transformasi kedua yang telah dilaksanakan ialah Gerakan Desa
Wawasan (GDW) yang dilancarkan oleh Y.A.B Dato‟ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun
1996.
GDW merupakan progran di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang
bertujuan memajukan kampung dengan projek-projek sosioekonomi untuk meningkatkan
keupayaan dan daya saing penduduk kampung. Institute for Rural Advancement (INFRA)
diamanahkan oleh kerajaan untuk menjalankan latihan dan memastikan penduduk kampung
mendapat latihan dan pendedahan tentang GDW. Masyarakat desa diberi latihan tentang cara
untuk memajukan kampung dengan projek-projek sosioekonomi. Program latihan yang
dijalankan menyediakan cara untuk memajukan kampung dengan pelbagai aktiviti.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 8
3.1 Strategi Dalam Aspek Ekonomi
Strategi pelaksanaan yang dijalankan ialah mengadakan pertanian berkelompok serta
pengumpulan kampung-kampung yang berdekatan untuk dijadikan sebagai bandar kecil.
Pertanian dijalankan secara moden serta dijalankan secara komersil dan tanaman
diuruskan secara estet. Pesawah-pesawah akan mencantumkan tanah mereka yang
sebelah menyebelah untuk dijadikan estet. Estet-estet ini akan diselenggara oleh koperasi.
Pengurus-pengurus akan dilatih oleh kerajaan dan dibayar gaji oleh koperasi pemilik
tanah. Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan lain-
lain. Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik, dan pejabat pos
dibina. Industri kecil yang sesuai dengan sumber yang ada diwujudkan. Secara tidak
langsung, bandar-bandar kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada penduduk di
sekitarnya.
Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan
mengembangkan industri asas tani. Contohnya kerajaan telah memberikan subsidi baja,
subsidi racun serangga dan hasil pertanian kepada petani. Hal ini dapat dilihat apabila
Beras Nasional Berhad (BERNAS) yang dipertanggungjawabkan untuk membeli
hasil pertanian padi dengan harga dua kali ganda dan ini jelas telah memberi keuntungan
kepada para petani. Kerajaan juga telah membuat Rancangan Pengairan Kemubu di
Kelantan yang membolehkan tanaman padi dihasilkan dua kali setahun.
Selain itu, kerajaan telah memberikan tanggungjawab kepada Bank Pertanian
Malaysia dalam memberi dana dan kemudahan kredit kepada petani untuk meningkatkan
aktiviti pertanian mereka. Di samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan Sederhana
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 9
(IKS) terutamanya oleh masyarakat luar bandar seperti penghasilan kerepek dan kuih
yang dijalankan telah terbukti ia mampu memasuki ke pasaran yang lebih luas
memandangkan ia mendapat permintaan yang agak menggalakkan sepanjang tahun dan
dengan ini ia boleh dijadikan sebagai „batu loncatan‟ untuk penduduk menambahkan
pendapatan isi rumah mereka. Antara agensi yang terlibat dalam projek-projek sebegini
dalam membuat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ialah Palm Oil Researce Institut
of Malaysia (PORIM), Malaysian Agricultur researce and Development Institut
(MARDI) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
3.2 Strategi Dalam Aspek Sosial
Dari aspek sosial pula, kita dapat lihat kerajaan telah banyak membelanjakan sebahagian
besar daripada kewangan negara untuk diperuntukkan dalam program pembangunan di
luar bandar antaranya ialah :-
3.2.1 Penggunaan ICT oleh penduduk desa
Antara langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dalam aspek sosial ialah melibatkan
masyarakat desa dalam arus globalisasi melalui penglibatan diri secara aktif dalam
gelombang teknologi maklumat. Dengan ini masyarakat desa tidak akan ketinggalan
dalam menguasai teknologi komunikasi dan maklumat sekaligus seiring dengan dasar IT
negara. Sebagai contoh, penubuhan Pusat Informasi Kampung Jenjarum telah dilakukan
oleh kerajaan dan diselenggara oleh Biro Pendidikan. Penubuhan Pusat Informasi ini
adalah didorong oleh beberapa faktor. Antaranya, tuntutan penggunaan IT yang semakin
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 10
meningkat kepada penduduk kampung, peluang pendidikan asas IT yang ditawarkan oleh
pihak swasta adalah mahal serta peratusan penggunaan IT yang sangat rendah dalam
pengurusan kampung, khususnya pada kebanyakan pertubuhan-pertubuhan.
3.2.2 Pendidikan
Bagi mengatasi masalah ini pihak kerajaan telah melancarkan beberapa program untuk
memajukan pendidikan di luar bandar selaras dengan pembangunan negara. Usaha-usaha
seperti memperkasa sekolah rendah dan menengah, pendidikan percuma untuk semua,
memartabatkan profesion perguruan, memantapkan pengajian tinggi, kenaikan kadar
biasiswa, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya telah dilaksanakan. Pada tahun
2008, sejumlah RM30 bilion disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini turut
merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, termasuk Program
Sekolah Cemerlang, memartabat profesion perguruan dan merapatkan jurang pendidikan
di antara bandar dan luar bandar. Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah
sebanyak 60 buah sekolah kluster diwujudkan dalam tahun 2008. Peruntukan berjumlah
RM500 ribu akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti ko-kurikulum,
latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Selain itu, kerajaan melaksanakan langkah
progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Yuran
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan
dimansuhkan. Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah turut dimansuhkan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperuntukkan RM45 juta
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 11
bagi melaksanakan projek „School Net’ untuk menyediakan perkhidmatan internet di
sekolah-sekolah dalam pembangunan luar bandar.
3.3 Strategi Dalam Aspek Mempertingkatkan Asas Infrastruktur
Penambahbaikan penyediaan kemudahan infrastruktur asas untuk rakyat yang tinggal di
kawasan luar bandar adalah suatu agenda yang sangat penting bagi sesebuah kerajaan.
Keperluan akses kepada infrastruktur asas di kawasan luar bandar membolehkan
pengagihan sumber dan kekayaan secara saksama serta memudahkan aktiviti ekonomi.
Sebagai contoh, hubungan jalan raya memudahkan perdagangan dan perniagaan kerana ia
mampu meningkatkan mobiliti barangan dan perkhidmatan dengan lebih bebas, manakala
ketersediaan belakan elektrik dan air amat diperlukan bagi kebanyakan jenis aktiviti
perindustrian.
Antara strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menghubungkan rakyat
kepada pusat-pusat sosial dan ekonomi. Pelaksanaan ini dilakukan dengan membina lebih
7,000 km jalan baru dan jalan-jalan yang sedia ada dinaik taraf di mana 70% jalan raya
akan diturap dan bakinya jalan batu kerikil. Hasil daripada pelaksanaan ini, kerajaan
menjangkakan tambahan 800,000 orang akan dihubungkan kepada rangkaian jalan raya,
terutamanya di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak. Dengan ini, dapat
memudahkan pergerakan penduduk di kawasan luar bandar untuk ke destinasi mereka
seperti ke sekolah, klinik dan pusat bandar.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 12
Selain itu, sebanyak 40% isi rumah kawasan luar bandar di Malaysia Timur dan
12% isi rumah kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia tidak mempunyai akses
kepada bekalan air bersih atau yang dirawat. Kerajaan menyalurkan air bersih atau air
yang dirawat kepada lebih 360,000 buah rumah. Antara langkah yang diambil ialah
membina loji rawatan air yang baru di mana lebih kurang 36 projek loji rawatan air akan
dibina untuk memberikan bekalan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Sesetengah
kawasan luar bandar terletak agak jauh daripada loji rawatan air atau paip utama air.
Dalam situasi seperti ini, kaedah seperti telaga tiub, telaga graviti atau pemuliharaan air
hujan dilaksanakan. Kerajaan mengambil langkah membekalkan tenaga elektrik kepada
lebih 140,000 buah rumah. Sesetengah kawasan luar bandar terletak jauh daripada
infrstruktur penjanaan dan transmisi elektrik. Oleh itu, kerajaan mengambil penyelesaian
dengan menggunakan teknologi penjanaan kuasa teragih seperti janakuasa hibrid solar
atau elektrik mikro hidro. Langkah ini membolehkan penduduk luar bandar mendapat
bekalan elektrik sekaligus dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan lebih baik.
Sementara itu, kerajaan juga menyediakan perumahan bagi golongan miskin dan
miskin tegar di mana 50,000 buah rumah baru dan rumah yang dibaikpulih akan
dilaksanakan. Isu utama dalam pelaksanaan strategi ini ialah memastikan bahawa
penerima bantuan yang betul-betul layak untuk menerima bantuan ini iaitu bakal
penerima bantuan dikenalpasti oleh agensi-agensi peringkat daerah dan negeri melalui
pengkalan data mengenai isi rumah berpendapatan rendah. Rumah-rumah yang dibina
atau dibaik pulih dalam program ini dibina mengikut reka bentuk standard bagi menjamin
kualiti setiap rumah terjamin di samping memastikan kos bagi setiap pembinaan rumah
terkawal.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 13
4.0 Perubahan Pembangunan Luar Bandar
Di Malaysia, pembangunan luar bandar bukan sekadar sebuah konsep semata-mata, ia telah
disusun dengan pelbagai pilihan kaedah untuk meningkatkan pengeluaran, kebajikan dan
kehidupan sosial di kawasan luar bandar bermula dari tahun 1970 lagi. Semenjak merdeka,
integrasi nasional telah menjadi titik tolak utama kepada semua dasar negara dan termasuk dasar
pembangunan luar bandar melalui penyusunan semula strategi dengan dibantu oleh berbagai-
bagai agensi seperti FELDA, Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA) serta Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pelbagai jabatan telah ditubuhkan untuk
mencapai matlamat tersebut. Walaubagaimanapun, usaha-usaha pembangunan dan pembaharuan
masyarakat terutamanya masyarakat kampung sebenarnya banyak dipertingkatkan di bawah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengelakkan ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku
antara luar bandar dengan bandar (King etl., 1991). Menurut Taylor (1911) menyatakan
terdapatnya 4 kategori yang boleh mengubah perubahan iaitu struktur, teknologi, keadaan fizikal
dan manusia dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, di sini kami akan membincangkan tentang
perubahan yang telah berlaku dalam masyarakat.
4.1 Perubahan Aspek Ekonomi
Segala pembangunan ekonomi masyarakat kampung sebenarnya diselaraskan dengan
konsep “Masyarakat adil” dalam misi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat dalam DEB. Antara program-program yang dijalankan adalah terdiri daripada
projek-projek seperti program peningkatan ekonomi kampung, projek ternakan lembu,
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 14
ikan air tawar, tanaman sayuran secara komersial agar dapat meningkatkan daya
pengeluaran dan pendapatan perkapita keluarga.
Oleh hak demikian, kerajaan juga telah dapat mengurangkan kadar pengangguran
dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan dan latihan kemahiran melalui
pelbagai projek telah diluluskan. Contohnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
(PKNK) memainkan peranan utama dengan mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian
seperti di Mergong peringkat 1 & 2, Bakar Arang, Tikam Batu, Kuala Kedah dan Kulim
dengan keluasan tanah yang telah dibangunkan sebanyak 2,901 hektar telah menyediakan
banyak peluang pekerjaan kepada lebih 12,492 pekerja dalam sektor pembuatan pada
tahun 1995. Serta perlaksanaan Rancangan Malaysia Kedua dan Ketiga (RMK-2 & 3)
yang menggalakkan kaum bumiputera untuk mengambil bahagian dalam semua jenis
perniagaan. Hal ini menunjukkan kerajaan Negeri Kedah telah dapat menurunkan paras
kemiskinan dari 61% pada tahun 1976 kepada 30% dalam tahun 1989 iaitu penurunan
yang sangat drastik dan kami menganggarkan paras kemiskinan di negeri ini boleh
mencapai tahap sifar kemiskinan menjelang tahun 2020 (Development Statistic of Kedah
Darul Aman, 1996).
Tambahan lagi, melalui sektor pelancongan yang telah diperbanyakkan oleh
kerajaan dapat dijadikan kawasan pelancongan di kawasan luar bandar sehingga kini
tempat-tempat pelancongan seperti Gunung Jerai, Pantai Merdeka dan Pulau Langkawi
telah meningkat dari tahun ke tahun bukan sahaja pelancong dari dalam negara bahkan
termasuk dari luar negara iaitu kira-kira seramai 1,692,704 pelancong pada tahun 1995.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 15
4.2 Perubahan Aspek Sosial
Pembangunan sosial yang dibuat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu dari segi pendidikan,
keagamaan dan rekreasi. Dari aspek pendidikan, terbukti kerajaan dengan dibantu oleh
agensi-agensi lain telah meningkatkan sebanyak 55.56% dalam institusi pendidikan
dengan pembinaan sekolah-sekolah baru, mengubahsuai sekolah-sekolah, bilik darjah dan
makmal, pembinaan tambahan iaitu setiap sekolah dilengkapi dengan kemudahan
komputer beserta „wayerless’ untuk melahirkan pelajar yang celik IT agar penduduk luar
bandar tidak ketinggalan. Sementara itu, langkah menyediakan kemudahan komputer di
setiap masjid adalah satu langkah yang sangat bijak walaupun program ini telah
berlangsung sejak tahun 1997 lagi iaitu program “13 masjid akan mendapat komputer”
namun, sehingga kini masjid tidak lagi dijadikan hanya tempat solat berjemaah namun ia
juga sentiasa diimarahkan dengan penghuni dari dolongan remaja ke masjid (Mingguan
Malaysia, 7/9/97).
Hal ini menunjukkan penduduk desa bukan lagi seperti penduduk desa yang
dahulu yang hanya boleh menjalankan aktiviti-aktiviti kampung bahkan sudah setaraf
dengan penduduk bandar yang pandai dalam segala hal setelah didedahkan dengan
kemudahan internet di setiap kampung seperti di Terengganu iaitu kerajaan Terengganu
telah menyediakan sebuah pusat komputer yang dinamakan „Bestari.com‟ di setiap
kampung untuk memudahan penduduk mengakses internet dengan mudah dan ia adalah
percuma kepada semua tidak mengira umur, jantina, bangsa dan agama.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 16
4.3 Perubahan Aspek Infrastruktur
Pembangunan infrastruktur juga telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
perhubungan yang terdiri dari jalan raya, jalan-jalan kampung, jambatan dan titi;
pembangunan fizikal termasuk bangunan-bangunan kerajaan, perpustakaan, dewan sivik,
masjid atau surau, klinik-klinik desa dan sebagainya; dan perbekalan seperti bekalan air,
elektrik, perparitan, pengairan dan saliran.
Melalui kemudahan bekalan air bersih yang disalurkan kepada penduduk
kampung lebih dari 274,149 sambungan iaitu sebanyak 43,780,000 gelen air sementara
kemudahan bekalan elektrik pula sebanyak 897.6 kWh tenaga elektrik telah dibekalkan
kepada 390,608 pengguna menunjukkan telah berlaku perubahan taraf hidup penduduk
luar bandar ke arah yang lebih selesa.
Selain daripada kerajaan menubuhkan lebih banyak klinik di kawasan desa
kerajaan juga telah menjalankan pelbagai kempen kesihatan seperti kempen membasmi
dan mencegah penyakit berjangkit, kempen kebersihan dan kesihatan persekitaran dan
rancangan amalan nilai makanan dan pemakanan. Kempen-kempen ini telah banyak
mengubah persepsi masyarakat kampung terhadap pentingnya „mencegah daripada
merawat penyakit‟ dan hal ini membuktikan kadar jangka hayat umur penduduk juga
meningkat sehingga mencecah 85 tahun. Sementara itu, slogan „otak yang cergas
datangnya dari tubuh badan yang sihat‟ yang dilancarkan ini penting kerana untuk
membangunkan masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar, minda kita mestilah
sentiasa cergas memikirkan idea-idea yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 17
Kadangkala, perubahan yang dijalankan jika tidak dikatkan dengan agama juga
akan memberi masalah terhadap bentuk pembangunan yang hendak diperkenalkan kerana
masyarakat terikat dengan tiga agenda utama iaitu Islam dan sistem nilai yang ada, nilai-
nilai tradisi dan budaya yang kental serta nilai moden yang demokratik dan
berorientasikan dunia saintifik. Oleh itu, dengan pendekatan yang ada ini kerajaan
mengambil inisiatif dengan membaik pulih dan menambahkan masjid serta surau di
setiap kampung agar sistem nilai keagamaan dan sistem pembangunan yang dijalankan
selari dan tidak berlaku ketimpangan kerana kedua-dua sistem ini amat penting disatukan
dalam menentukan segala kemajuan di setiap negara. Sebagai contoh, kerajaan
Terengganu telah menubuhkan lebih daripada 25 buah masjid hadhari di sekitar Negeri
Terengganu bermula tahun 2002.
Walaubagaimanapun, segala perubahan yang ingin dilakukan di kawasan luar bandar
haruslah bermula daripada keberanian, kesedaran, serta rasa tangguangjawab, dan kerjasama
yang jitu penduduk setempat itu sendiri untuk mengalami proses perubahan dalam dalam
pembangunan dan pemodenan kerana pembangunan yang dicari tidak akan tercapai sekiranya
pembangunan yang dijalankan telah berbelanja besar tetapi dianggap sebagai musuh oleh
masyarakat luar bandar. Hal ini, jelas menunjukkan bahawa segala program pembangunan yang
dilaksanakan bergantung kepada penglibatan komuniti dalam memastikan berjaya atau gagal
sesuatu program yang dilaksanakan itu.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 18
5.0 Kesimpulan
Pembanguanan luar bandar perlu dipergiatkan lagi begi meningkatkan pendapatan dan kualiti
hidup penduduk luar bandar sekaligus mengurangkan masalah kemiskinan yang masih
mengongkong hidup mereka. Penduduk desa bukan sahaja akan menikmati perkhidmatan-
perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan moden malahan mereka juga berpeluang untuk
mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka. Transformasi dalam pembangunan luar bandar
diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang menarik, maju dan sekaligus akan
membawa keuntungan kepada negara dengan lahirnya masyarakat yang kreatif dan inovatif.
Masyarakat luar bandar juga seharusnya memiliki kualiti persaingan yang setanding
dengan masyarakat bandar terutamanya dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, perancangan
strategik dan berkeyakinan untuk mencapai kejayaan. Penduduk desa mestilah berubah sikap
daripada mentaliti yang tradisional kepada pemikiran yang lebih terbuka. Secara umumnya,
penumpuan terhadap pembangunan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak
terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar. Hal ini penting untuk menjamin masa
depan generasi akan datang di luar bandar. Kejayaan dalam merancang apa jua strategi
pembangunan luar bandar ini banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara agensi-
agensi kerajaan yang terlibat dan juga penduduk-penduduk desa selaku kumpulan sasarannya.
P e m b a n g u n a n L u a r B a n d a r | 19
Rujukan
Mingguan Malaysia, 7 September 1997.
Mohd Koharuddin Bin Mohd Balwi. (2005). Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia. Skudai
Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
Taylor F. W. (1911). Principles of Scientific Management, Harper & Brothers. New York.
Tranformasi Desa . (2009). Diakses pada 26 November 2011, daripada
http://www.slideshare.net/cikgu_rashid/transformasi-desa
Unit Perancang Ekonomi Negeri. Development, Statistic Of Kedah Darul Aman. (1996). Kedah:
Wisma Darul Aman.