Post on 23-Jun-2015
description
PEMBUDAYAAN ICT DI SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN, SEMPORNA
~PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM
PERBUALAN SEHARIAN~
DISEDIAKAN OLEH,AMSINAH BINTI LISANI
PERIBAHASA~SEDIKIT PENGENALAN~
Orang Melayu amat terkenal dengan budaya berbahasa dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan sesama masyarakat.
Budaya yang baik ini bukan sahaja ditunjukkan melalui sikap perilaku seharian malahan dalam komunikasi juga.
Peribahasa seperti yang yang didifinisikan oleh pendeta Za’ba ialah segala susun cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama.
Ayat yang sebab sedap dan bijak perkataan, luas dan benar tujuannya, dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran
FUNGSI PERIBAHASA DALAM MASYARAKAT KITA
Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan
Memberi nasihat
Menyindir dengan sopan
Menyatakan pendirian yang tegas
MEWUJUDKAN KESERONOKAN DALAM PERGAULAN
Peribahasa boleh mewujudkan kerseonokan dalam pergaulan bagi menmbulkan rasa gembira dan selesa semasa bergaul.
Beberapa peribahasa atau perumpamaan yang boleh digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan. Ianya timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu yang terlibat.
“Amir suara kamu merdu bagai bulu perindu”. Perumpamaan ini bermaksud pujian yang berkias dengan bahasa yang lebih lembut dan menyeronokan.
“Walaupun kelihatan rendah, Hazwan tetap jadi ayam tambatan pasukan hoki sekolah”. Perumpamaan ini bermaksud pujian walaupun ayat dihadapan kelihatan agak sedikit kasar.
MEWUJUDKAN KESERONOKAN DALAM PERGAULAN ~ CONTOH PENGGUNAAN
MEMBERI NASIHAT
Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat.
Bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda.
Peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.
Perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak biarlah bermula dari mereka kecil, bak kata pepatah melentur buluh dari rebungnya”.
Perbandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu ‘rebung’ dengan ‘kanak-kanak’ . Bermaksud memberi nasihat yang terbaik kepada anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih mudah dinasihati pada waktu umur yang muda.
MEMBERI NASIHAT ~ CONTOH
MENYINDIR DENGAN SOPAN
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyindir dengan sopan.
Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang tajam.
Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat memperbetulkan kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya maksudnya betul-betul sampai kepada penerima.
“Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak untuk mendapatkan keinginannya.
MENYINDIR DENGAN SOPAN ~ CONTOH
MENYATAKAN PENDIRIAN YANG TEGAS
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk menyatakan pendirian yang tegas dengan menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang memberi kesan yang sangat mendalam.
Kadangkala kita mahu menyatakan pendirian dengan menggunakan kata putus yang biasa diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan.
Perumpamaan “seperti berkerat rotan berpatah arang” yang bermaksud memutuskan tali persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak mahu menyambungkannya semula.
Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguh-sungguh dan tegas.
MENYATAKAN PENDIRIAN YANG TEGAS
PERIBAHASA LAIN
Peribahasa Maksud
Seperti anak muda jolong berkeris
keghairahan seseorang untuk menggunakan sesuatu yang baharu diperolehinya
Seperti kacang lupakan kulit
orang yang tidak tahu mengenang budi
Seperti gendang kosong banyak bercakap dan berlagak pandai, tetapi sebenarnya pengetahuannya sedikit sahaja atau tiada langsung
Seperti durian dengan timun, menggolek binasa, kena golekpun binasa
orang yang lemah dan tidak berupaya hendak menentang orang yang kuat dan berkuasa
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan yang sangat jelas dalam
mendidik masyarakat. Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa perlu dipraktikkan
supaya tidak hilang ditelan zaman kerana perumpamaan merupakan khazanah bahasa yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu
khususnya pelajar perlu sedar bahawa perumpamaan bukanlah kata-kata yang biasa
tetapi merupakan ketertinggian permikiran.baka kata pepatah
Melentur buluh biar dari rebungnya .
RUJUKAN
http://yunimaha5-lestaribestari.blogspot.com/2011/03/peranan-peribahasa.html
http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa
http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa
Mohd Yusod Mustafa, Mestika Bahasa, DBP (1965)
Awang Sariyan (Pengantar), Titian Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin, DBP (1992)
THANK YOU