Pemikiran Kritis Dan Kreatif

Post on 11-Dec-2014

221 views 20 download

Transcript of Pemikiran Kritis Dan Kreatif

PEMIKIRAN KRITIS & KREATIF

Literasi dalam milenium baru

Dua jenis literasi yang diperlukandalam milenium baru iaitu:-

• Kemahiran berfikir, dan• Kemahiran teknologi maklumat & komunikasi (ICT)

Kategori Kemahiran Berfikir

1. MEMBENTUK KONSEP2. MEMBUAT KEPUTUSAN

3. MENYELESAIKAN MASALAH

Penjelasan & Kefahaman

Pemikiran Kreatif

Pemikiran Kritis

●Menganalisis idea

●Menganalisis alasan

●Menjana alternatif

●Kombinasi idea

●Menilai maklumat

●Menilai inferensi

Pemikiran kritis

• Berasal daripada perkataan Yunani kritikos yang bermaksud menyoal, memahami, dan menganalisis.

• Bermaksud pertimbangan yang dibuat dengan teliti sama ada menerima, menolak atau menangguh-kan penerimaan / penolakan sesuatu perkara.

• Tahap keyakinan menerima atau menolak perkara tersebut.

Kemahiran pemikiran kritis• Membaca & mendengar dengan teliti• Menilai hujah• Mencari & kenal pasti andaian tersirat• Mengesan akibat sesuatu dakwaan• Menganalisis dan menilai idea, data, & maklumat,

yang melibatkan perlakuan seperti:mengumpul& mengelas; membanding & membeza; membuat urutan; menerangkan sebab & akibat; menganalisis & membuat kesimpulan.

6 unsur pemikiran kritis (Ennis, 1996)

• FRISCO – Focus, Reasons, Inference, Situation, Clarity dan Overview.

• Focus: Fokus – memfokus kepada masalah atau persoalan utama.

• Reasons: Sebab/alasan – mencari sebab atau alasan yang menyokong sebelum membuat keputusan.

• Inference: Inferens – membuat kesimpulan berasaskan alasan, bukti dll.

• Situation: Situasi – Persekitaran sosial dan fizikal – individu yang terlibat, tujuan, latar belakang, pengetahuan, perasaan, sikap, keluarga, agama, institusi dll.

• Clarity: Kejelasan – Komunikasi bertulis atau lisan yang jelas dan tepat.

• Overview: Gambaran menyeluruh – melihat sesuatu dari pelbagai aspek secara menyeluruh.

Pemikiran kreatif

• Bloom (1959) menghuraikan aras ‘sintensis’ sebagai ‘kebolehan menganalisis dan membentuk semula maklumat menjadi idea yang unik’.

• Torrance (1963) membahagikan 4 ciri ‘creativity’ sebagai kebolehan menjana idea, menghasilkan idea, menghuraikan idea dan mewujudkan idea yang asli.

Pemikiran kreatif (Perkins, 1984, 1985)

• Usaha mendapatkan sesuatu yang asli dan praktikal yang memberi kesan besar.

• Matlamat – meneroka matlamat dan pendekatan alternatif, menilai, memahami masalah dan penyelesaiannya, dan sedia mengubah pendekatan.

• Perubahan – dari abstrak kepada konkrit, umum kepada khusus dan sebaliknya; guna analogi.

• Standard tinggi – tetapi ketidakpastian, risiko kegagalan diterima sebagai normal.

Pemikiran Lateral (De Bono, 1993)

• Manusia tidak berfikir secara linear tetapi mengikut sistem penyusunannya sendiri.

• Pemikiran kreatif boleh dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang.

• Pemikiran lateral menggunakan Logik Air – Logik persepsi – yang lebih mudah berubah, bergerak, berubah – tidak linear.

• Pemikiran lateral bertujuan menjana idea dan menggunakan pendekatan alternatif baru.

Kemahiran pemikiran kritis

1. Mencirikan2. Membanding dan membeza3. Mengumpul dan mengelas4. Membuat urutan5. Menyusun mengikut keutamaan6. Menganalisis7. Mengesan kecenderongan8. Menilai9. Membuat kesimpulan

• Mencirikan – menyatakan, menunjukkan, menyenaraikan, mengenal pasti, menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur;

• Membanding dan membeza – menyatakan, menyenaraikan, menyusun, persamaan dan perbezaan, sepadan dan tak sepadan, serupa dan tak serupa.

• Mengumpul dan mengelas – mengelas mengikut ciri-ciri sepunya, mengumpul mengikut kategori, mengumpul atau menyenaraikan mengikut ciri-ciri, menyusun mengikut kriteria atau kumpulan.

• Membuat urutan – menyusun mengikut tertib nombor, abjad, kronologi, saiz, corak, masa, menaik menurun.

• Menyusun mengikut keutamaan – Mengatur atau menyusun daripada penting kepada kurang penting, segera kepada kurang segera, masalah besar kepada masalah kecil dsb. Menyenarai mengikut hierarki matlamat.

• Menganalisis – mencerakin maklumat; mengolah idea; mengesan penyebab; menghuraikan faktor penyebab; membuat andaian berasaskan maklumat; menghuraikan mengikut ciri, komponen atau bahagian; mengkaji kesan.]

• Mengesan kecenderungan – menentukan pendirian berat sebelah, prejudis, memihak dll.

• Menilai – membuat taksiran maklumat; membuat pertimbangan pendapat, cadangan; menyatakan rasional; membahaskan isu dan kenyataan; memberi alasan menerima atau menolak; membuat wajaran; menimbangkan kesan dan akibat; membuat pemilihan.

• Membuat kesimpulan – merumus isu; menyatakan hasil selepas analisis; menyusun alasan, membuat resolusi; membuat keputusan yang muktamad; menggulung hujah.

Kemahiran pemikiran kreatif

1. Menjana idea2. Menghubung kait3. Membuat inferens4. Meramal5. Membuat hipothesis6. Membuat sintesis7. Mengitlak8. Membuat gambaran mental9. Membuat analogi10. Mereka cipta

• Menjana idea – mengemuka idea; mencadangkan alternatif, sebab; menyenaraikan idea, menyatakan cara alternatif, menyumbang pendapat; menyatakan kemungkinan; menghasilkan, mencetuskan idea.

• Membuat inferens – membuat kesimpulan, rumusan, tanggapan awal daripada pemerhatian, maklumat atau data; membuat penyataan atau menyatakan pendirian awal.

• Menghubung kait – menerangkan sebab dan akibat; menyatakan perkaitan; menyatakan implikasi, mengaitkan idea; menyatakan pertalian; membuat perhubungan.

• Meramal – menyatakan, menganggarkan apa akan berlaku, membuat jangkaan, membuat pelunjuran, menyatakan kemungkinan-kemungkinan.

• Membuat hipothesis – menyatakan cadangan yang perlu diuji kebenarannya; membuat andaian yang perlu dibuktikan; membuat kenyataan atau pandangan yang perlu diuji.

• Mensintesis – menggabung idea; menggubal semula idea; menyatukan, menyepadukan idea.

• Mengitlak – membuat kenyataan umum berdasarkan pola tertentu; membuat generalisasi; membuat rumusan daripada keseluruhan idea.

• Menganalogi – membuat metafora; membuat sindiran, kiasan, perlambangan; membuat simulasi; membuat perbandingan pada ciri-ciri persamaan.

• Membuat gambaran mental – mengimaginasi; membayangkan dalam minda; melakar peta minda.

• Mereka cipta – mencadangkan idea asli, menghasilkan gubahan asli; mereka bentuk; mencipta sesuatu yang baru; membuat inovasi kepada sesuatu yang sedia ada,

Mengajar Kemahiran Berfikir

Pendekatan Mengajar KB

Mengajar menggunakan kaedah yang menggalakkan

berfikir dalam konteks kurikulum

Mengajar berfikir dalam konteks secara

langsung, di luar kurikulum

Penyebatian – menyusun semula pengajaran untuk

mengajar KB secara eksplisit

Taksonomi Bloom

• Berasaskan kepada Taksonomi Bloom, kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada aras tinggi dan aras rendah.

• Pemikiran pada aras pengetahuan dan kefahaman dibahagikan kepada pemikiran aras rendah.

• Pemikiran pada aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian pada pemikiran aras tinggi.

Taksonomi Bloom & Kemahiran Berfikir

Taksonomi Bloom Kemahiran Berfikir

Pengetahuan Kefahaman

Kemahiran Berfikir Aras Rendah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Aras Pengetahuan

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Pengetahuan

Tuliskan apa yang sedia diketahui tentang topik.

Apakah yang anda tahu tentang aras-aras dalam taksonomi objektif pendidikan?

Aras Kefahaman

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Kefahaman

Menerangkan maksud setiap satu aras dalam taksonomi objektif pendidikan (kognitif)

Tanpa merujuk buku, terangkan maksud setiap aras dalam taksonomi objektif pendidikan domain kognitif seperti yang dianjurkan oleh Bloom dan Jknya.

Aras Aplikasi

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Aplikasi Pilih 3 daripada 6 aras dalam Taksonomi objektif pendidikan Bloom. Bina 3 soalan aneka pilihan mengikut aras-aras tersebut.

Berdasarkan kepada Taksonomi Bloom, bina 3 soalan aneka pilihan daripada 3 aras yang berlainan yang terdapat dalam Taksonomi Bloom.

Aras Analisis

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Analisis Tonton video ( 15 minit) yang menunjukkan guru sedang mengajar satu mata pelajaran.

Dengan menggunakan borang yang diberi, tandakan (√ ) setiap kali guru mengemukakan soalan mengikut 6 aras Taksonomi objektif pendidikan.

Aras Sintesis

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Sintesis Menyediakan sebuah laporan pemerhatian tentang pengajaran guru yang telah dicerap.

Sediakan sebuah laporan yang menyeluruh tentang pengajaran guru yang dicerap. Berikan cadangan anda untuk menambahbaikkan pengajaran tersebut.

Aras Penilaian

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Penilaian

Perbincangan tentang pengajaran yang telah dibuat pencerapan.

Berasaskan garis panduan yang diberi, bincangkan dalam kumpulan kekuatan dan kelemahan pengajaran yang dicerap.

Soalan 1: proses berikut menggalakkanpenguasaan kemahiran berfikir secara…

• Menilai alasan• Menganalisis unsur• Membezakan fakta daripada andaian• Menganalisis hubungan, kaitan dan interaksi

A. KreatifB. KritisC. AnalitisD. Praktikal

Soalan 2: Guru membantu pelajar menguasaikemahiran berfikir aras tinggi denganmelakukan perkara berikut :-

I. Menggalakkan pelajar menyertai perbincanganII. Memberi tugasan yang fleksibel untuk diterjemahkan oleh

pelajar.III. Menggunakan teknik ‘soal – respons – maklum balas’.IV. Mengurus giliran perbincangan dalam kumpulan.

A. I dan IIB. I dan IIIC. I, II dan IIID. I, II, III, dan IV