Pendahuluan karangan

Post on 06-Jul-2015

9.396 views 7 download

Transcript of Pendahuluan karangan

Pendahuluan Karangan

Pelbagai Teknik

Antara teknik membina pendahuluan

1. Jenis definisi Tajuk : Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Membaca buku adalah perbuatan melihat dan memahami perkataan-perkataan dalam buku. Amalan ini banyak faedahnya.

Antara teknik membina pendahuluan

2. Jenis pendapat ( sendiri ) Tajuk : Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Membaca buku adalah satu amalan yang baik. Banyak faedahmembaca buku.

Antara teknik membina pendahuluan

2. Jenis pendapat ( orang lain ) Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Menurut Perdana Menteri baru-baru ini, membaca buku adalahsatu amalan yang baik. Banyak faedah membaca buku.

Antara teknik membina pendahuluan

3. Jenis suasana / gambaran Tajuk : Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Semasa rehat, ramai kawan saya di sekolah akan masuk ke Pusat Sumber untuk membaca buku. Amalan ini banyak faedahnya.

Antara teknik membina pendahuluan

4. Jenis persoalan Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Sekolah-sekolah sering mengadakan pertandingan membacabuku. Mengapakah aktiviti ini dianggap penting? Sebenarnyamembaca itu banyak kebaikannya.

Antara teknik membina pendahuluan

5. Jenis peribahasa / pepatah / cogan kata. Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: ‘ Membaca jambatan ilmu’ merupakan cogan kata yang penting kepada murid-murid. Amalan membaca buku banyak faedahnya.

Antara teknik membina pendahuluan

6. Jenis latar belakang sejarah. Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Sejak dahulu lagi, masyarakat telah menyedari pentingnya membaca buku. Sebab itu tercipta kata-kata seperti ‘ulat buku’ , ‘membaca jambatan ilmu’ dan lain-lain lagi. Sebenarnya, amalanitu banyak faedahnya.

Antara teknik membina pendahuluan

7. Jenis fakta. Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: Profesor Ungku Aziz dikatakan boleh membaca sebanyak 1000patah perkataan seminit. Kemahiran ini boleh dijadikan contohyang baik kerana amalan membaca itu banyak faedahnya.

Antara teknik membina pendahuluan

8. Jenis tajuk berita. Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: ‘Program LINUS kurangkan buta huruf ’ dan ‘mengapakah muridbuta huruf ? ’. Tajuk-tajuk berita ini dipetik daripada akhbartempatan. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh murid-murid.Banyak faedah membaca.

Antara teknik membina pendahuluan

9. Jenis puisi. Tajuk :Faedah-faedah membaca buku.

Contoh: ‘ Ibu juga ayah, merasa gembira, melihat adikku, rajin baca buku’.Lirik lagu ini menunjukkan pentingnya amalan membaca. Banyak faedah membaca.

Antara teknik membina pendahuluan

10. Jenis gabungan.

Faedah-faedah membaca buku

TB1: Membaca TB2: Buku

TB3: Membaca buku

TK: Banyak faedah membaca buku

Sumber asas binaan pendahuluan

• TB1: Membaca…• TB2: Buku…• TB3: Membaca buku…• TK: Banyak faedah…• DCM: Hobi…

Perubahan TB, TK, dan DCM menjadi ATB, ATK, dan ADCM.

• TB1: Membaca…• ATB1: Membaca adalah satu amalan yang baik.• TB2: Buku…• ATB2:Buku adalah satu bahan bacaan yang penting kepada kita.• TB3: Membaca buku…• ATB3: Membaca buku adalah satu amalan yang baik.• TK: Banyak faedah…• ATK: Banyak faedah membaca buku.• DCM : Hobi…• ADCM: Semua orang mempunyai hobi.Hobi saya membaca buku.

Pelbagai cara membina pendahuluan

Pendahuluan aras mudah :( melibatkan satu ayat sahaja)• ATB1• ATB2• ATB3• ATK• DCM