Pendidikan Seni Visual-tabung

Post on 24-Jun-2015

2.118 views 0 download

Transcript of Pendidikan Seni Visual-tabung

PENDIDIKAN SENI VISUAL

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

TAJUK: TABUNG DUIT

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

• Membuat tabung duit dengan mengitar semula bahan terbuang iaitu botol mineral.

• Menggunakan teknik kolaj iaitu koyak dan tampal untuk menghiasi permukaan botol.

• Corak pada permukaan botol adalah corak tidak terancang.

Bahan dan peralatan

Botol mineral

Pelbagai kertas warna

Sebotol gam

Pisau

Sepasang tangan

Cara-cara membuat tabung duit

Langkah 1

Potong atau tebuk lubang pada bahagian atas botol dengan menggunakan pisau.

Potong atau tebuk secara menegak supaya duit muat untuk dimasukkan kedalamnya

Langkah 2

Koyakkan kertas warna dengan menggunakan tangan.

Pastikan saiz koyakan tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Langkah 3

Sapukan gam pada permukaan kertas warna yang dikoyakkan tadi.

Pastikan kertas warna disapu dengan penuh.

Langkah 4

Lekatkan kertas warna yang disapu dengan gam tadi ke atas permukaan botol.

Corak yang dihasilkan adalah corak tidak terancang.

Pastikan kertas warna dilekatkan secara bertindih supaya tidak terdapat ruang kosong yang menampakkan permukaan botol.

Pastikan juga permukaan botol ditampal dengan penuh.

Biarkan gam kering sebelum boleh menggunakannya sebagai tabung duit sempena HARI RAYA nanti.

TAMAT

Selamat mencuba!