Pengacaraan majlis

Post on 29-Jun-2015

4.906 views 16 download

Transcript of Pengacaraan majlis

DISEDIAKAN OLEH:

1. AZILAWATI BT ABDUL AZIZ2. DAMITHAH BT ISMAIL2. FAEZAH BINTI AHMAD3. SITI SARA BINTI IBRAHIM

TAJUK :

PENGACARAAN MAJLIS

DEFINISI PENGACARAAN MAJLIS

Satu sistem peradaban dalam

pengurusan dan kehadiran

majlis rasmi yang

membudayakan amalan nilai-

nilai tertib kesopanan yang

perlu dipatuhi oleh tetamu dan

penganjur.

APA ITU PENGACARA ?

Seseorang yang membuat pengumuman mengenai aturcara

sesuatu majlis formal atau tidak formal sebagai panduan

kepada hadirin tentang apa yang sedang berlaku.

Individu penting dalam sesebuah majlis

Terdiri daripada seorang atau dua (pengacara bersama).

Dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).

TANGGUNGJAWAB PENGACARA

Arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak

rasmi), objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal

ehwal program majlis (atur cara majlis).

Mengetahui teknik mengendalikan majlis

Mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama

ada dalam lisan atau tulisan.

Mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan

sebagainya.

Menyediakan teks

Membina keyakinan diri

PERATURAN BERLISAN DAN SALUTASI

Salutasi

- cara mengamalatkan seseorang.

- Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita

menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang

dengan betul.

Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya

kata-kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis,

dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut

susunan protokol.

CONTOH SALUTASI Salutasi Satu Taraf Hadirin:

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,2. Yang Berhormat Dato’ Ismail Tan Sri Shafie Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,3. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar,4. Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri5. Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Contoh Salutasi Dua Taraf Hadirin1. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah

Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi

Billah Shah

2. Yang Berbahagia Dato’Seri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah Naib Canselor, UiTM

JENIS MAJLIS Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut :

a. Majlis Rasmi

- Merupakan majlis yang keseluruhannya di tanggung oleh kerajaan

- Contoh Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis

penganugerahan, dan melibatkan kedua-dua taraf hadirin.

b. Majlis tidak rasmi

- adalah majlis yang perbelanjaannya tidak ditanggung oleh kerajaan

- gabungan formal dan tidak formal seperti majlis sosial, majlis

perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya

melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).

FORMAT PENULISAN Bahagian 1: Tajuk majlis

Tajuk majlis terletak bahagian atas skrip pengacaraan.

Nama majlis TempatTarikhMasa

Bahagian 2: Kandungan (perlu mengikut atur cara majlis-Contoh 1 taraf hadirin)

1. pengumuman umum2. ketibaan tetamu kehormat3. kata alu-aluan4. bacaan doa (lihat kesesuaian majlis)5. ucapan penganjur/perasmi6. penyampaian hadiah/cenderamata

Bahagian 3 : Penutup salam penutup/perpisahanjamuan (Berbeza mengikut taraf peringkat hadirin)

PERBEZAAN PENGACARAAN MAJLIS & MINIT MESYUARAT

PENGACARAAN MAJLIS MINIT MESYUARAT

DEFINASI Satu sistem peradaban dalam pengurusan dan kehadiran majlis rasmi yang membudayakan amalan nilai-nilai tertib kesopanan yg. perlu dipatuhi oleh tetamu dan penganjur.

Susunan keutamaan dan kekananan status dan pangkat serta prosedur dlm. Upacara Negara.

Satu rekod atau kenyataan bertulis secara formal mengenai catatan ke atas sesuatu perbincangan dan keputusan yang dicapai oleh perbincangan tersebut sebagai bahan rujukan, tindakan susulan dan pelaporan semula diperbincangan akan datang.

Satu rekod bertulis mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dan diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.

JENIS-JENIS

Majlis Rasmi

Penuh istiadat

Majlis Tak Rasmi

Rasmi dan tidak formal

Mesyuarat Bersiri - Berkala dan ada kesinambungan - Melebihi sekali dalam tempoh tertentu - Ahli mesyuarat mengikut jawatan/fungsi Mesyuarat Khas

- Ad-hoc- Sekali atau beberapa kali

mengikut keperluan - Ahli mesyuarat terdiri dari

pelbagai kepakaran - Agenda mesyuarat ringkas

tetapi mendalam/terperinci - Nama mesyuarat

menjelaskan tujuan / fungsi Agenda mesyuarat tersusun dan tetap

FORMAT

Susunan Keutamaan• Tempat duduk• Kibaran Bendera• Ketibaan /

Keberangkatan Tetamu

• Etika Berpakaian• Penghormatan

Protokal• Pegawai

Perhubungan• Format & Etika

Bil Perkara Tindakan yg. Perlu di ambil

Tanggungjawab

Status Semasa

MINIT MESYUARATPENGACARAAN MAJLIS

TATACARA PENYAMPAIAN

Pengumuman masa-anggaran sahaja.(15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara.Contoh:

Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat.

Gaya penyampaian:

• Nada yang sesuai.• Gerak laku ketika bertutur.• Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.• Membina ayat dengan ayat aktif.• Gunakan bahasa kiasan.• Amalkan bahasa yang mudah.• Membuat penutup dengan menyatakan harapan.

Kesalahan yang perlu dielakkan

Elakkan pembaziran perkataan. Elakkan ulangan yang tidak perlu. Terlalu merendah diri. Berpura-pura. Pujian melambung. Terlalu banyak menggunakan badan Sindiran Penggunaan tatabahasa yang tidak betul. Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah. Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan. Contoh penulisan skrip pengacaraan:

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIANDATARAN PUTRAJAYA2 JANUARI 2008 8.30 PAGI

Pengacara Perkara Catatan P1 (jika pengacara adalah bersama) Pengumuman Ketibaan Tetamu

P2 Kata alu-aluan

FORMAT PENGACARAAN MAJLIS

1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri)

2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.

3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan.

4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.

4.1 Perucap alu-aluan- Mengucapkan Selamat datang- Menyatakan  fungsi dan objektif majlis- Melaporkan aktiviti- Mengemukakan Cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada…….

5. Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu)

5.1 Perucap terima kasih- Berterima kasih diberi peluang berucap- Mengucapkan selamat datang ke majlis

- Melaporkan aktiviti …..- Mengemukakan cadangan dan permintaan- Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK …..

6. Ucapan utama daripada tetamu kehormat (jika beliau ingin berucap)

6.1 Perucap Utama - Mengucapkan tahniah kepada pengelola- Melaporkan informasi terkini…….- Memberi nasihat- Menjawab cadangan dan permintaan- Kata penutup……..

7. Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah.

8. Penutup

9. Mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)

CONTOH TEKS UCAPAN: MAJLIS MAKAN MALAM MPV 2004

Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian

Pelajaran Malaysia,Dato' Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua

Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah, Puan

Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran

Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif kehormat, Tuan-tuan

dan Puan-puan sekalian.

Sirih junjung penyeri majlis,majlis MPV kita raikan,

selamat datang tamu ke majlis,majlis makan malam kita sajikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran Sabah.

Hadirin dan hadirat sekalian,Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004.

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.terima kasih.............

Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa makan.

Dipersilakan.

Bertamu rai sandakan,gendang gendut tali kecapi,

sambil menonton kita makan,pelbagai persembahan akan diserikan.

Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan

Hadirin dan hadirat,Majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan

seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Para hadirin sekalian,

Sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan tarian...........dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

Hadirin yang dihormati,

Majlis ini diteruskan dengan persembahan..............

Terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.

Para hadirin,Kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan mempersembahkan.............dipersilakan.

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang.

Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kita menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,

Bolehlah kita berjumpa lagi.

Segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.

SEKIAN,TERIMA KASIH, WASSALAM