Post on 09-Feb-2018
PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN
UNIVERSITI (2) YANG DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
MOHD ALFAIZAL CHE ALUI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI PELAJAR DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN
UNIVERSITI (2) YANG DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN
MOHD ALFAIZAL CHE ALUI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI JOHOR
2006
iii
DEDIKASI
“Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang
diinginkan. Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui hari-
hari dalam hidupnya. Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa bahagia itu milik
peribadi dan selalunya tidak sama dengan apa yang dimiliki oleh orang lain.”
Untuk ayah dan ibu yang disanjungi serta dihormati
Che Alui B Harun
Faridah Bt Jusoh
Hanya doaku untuk kalian. Jasamu sumber kejayaan ku.
Buat tunangku yang dikasihi
Terima kasih atas dorongan dan keikhlasan mu
Kejayaanku ini adalah kejayaanmu jua.
Untuk abang dan adik-adik yang diingati, kejayaan ini, pembakar semangat buat kita
semua untuk terus berjuang. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat
handai, segala jasa, doa dan sokongan kalian akan tetap dalam kenangan.
iv
PENGHARGAAN
Syukur dan terima kasih kepada Allah yang maha Esa, kerana dengan limpah
kurnia serta izinya, dapatlah saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini, sebagai
latihan ilmiah dengan jayanya.
Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Dr. Mohd
Rizal B Mohd Said atas usaha, bimbingan, nasihat serta panduan yang diberikan
sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti
Teknologi Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, Pengetua, Penolong
Kanan, guru-guru, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (2)
dan yang terlibat membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kajian ini. Segala bakti dan jasa serta kerjasama yang telah dicurah akan tetap dikenang.
Penghargaan juga ditujukan khas buat ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan
kejayaan saya lebih sedekad yang lalu serta keluarga yang banyak memberi dorongan dan
sokongan yang tidak mampu dibalas.
Akhir sekali untuk rakan-rakan, sahabat handai yang bersama-sama membantu
serta memberi nasihat dan dorongan setiap masa. Kenangan ini akan kekal buat selama-
lamanya.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidik ingin melihat
adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang pembelajaran
dalam amalan harian, nilai murni yang paling dominan diamalkan serta mengetahui
adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi kesan positif
terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 120 responden yang terdiri daripada
pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2). Sempel kajian
dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada jadual penentu saiz oleh Krejcie dan
Morgan (1970). Menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan
kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar belakang responden dan Bahagian B
mengandungi item-item nilai-nilai murni. Metodologi kajian yang dijalankan adalah
secara deskriptif iaitu hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah perisian SPSS
untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen
kajian adalah 0.8299. Hasil kajian menunjukkan 16 aspek nilai murni yang dicadangkan
penerapannya oleh FPN (Falsafah Pendidikan Negara) dalam kurikulum pendidikan
diterap oleh pelajar untuk diamalkan dalam hidupan harian serta didapati aspek nilai
murni “Kesyukuran” adalah nilai murni yang paling dominan dihayati di kalangan
pelajar. Implikasi kepada kajian ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
vi
ABSTRACT
The study would like to find out whether the students apply the value of virtues
that they have learnt in their daily life, the most dominant value of virtue applied by the
students and to find out whether the nurturing of value of virtues through learning process
gives positive effects to the students. This study was conducted among 120 Form Four
students in Sekolah Menengah Taman Universiti (2). The samples were chosen
randomly based on Krejcie and Morgan’s table (1970). Questionnaires were used as the
instrument in this study. The questionnaires were divided into two sections, which
Section A and Section B. Section A consisted of questions related to the students’
background while Section B consisted of value of virtues items. The methodology used in
this study was descriptive. Findings of this study were analyzed using SPSS software to
calculate the mode, percentage and min. The value of reliability for this study instrument
was ã=0.8299. The findings showed that all the sixteen values of virtues proposed by the
Philosophy of Education in educational curriculum were applied by the students in their
daily life. Gratefulness was the most dominant value of virtues applied by the students.
The implication of this study is that it can produce well balanced students in physical,
emotional, spiritual and intellectual aspects.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pelajar 10
1.6.2 Guru 10
1.6.3 Sekolah 10
viii
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Pengamalan 12
1.8.2 Nilai-Nilai Murni 12
1.8.3 Pelajar 13
1.8.4 Pembelajaran 13
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Penerapan Nilai Murni 18
2.3 Senario Falsafah Pendidikan Negara 19
2.4 Masalah Sosial 21
2.5 Nilai-Nilai Murni Di Dalam Islam 22
2.5.1 Kejujuran 22
2.5.2 Bekerjasama 23
2.5.3 Kebersihan 23
2.5.4 Baik Hati 23
2.5.5 Keserdahanaan 24
2.6 Nilai-Nilai Murni Barat Dalam Masyarakat
Malaysia 25
2.7 Pendidikan Nilai-Nilai Murni
Di Malaysia 26
2.7.1 Aspek Afektif 27
2.7.2 Aspek Kognitif 27
2.7.3 Aspek Tingkah Laku 27
2.7.4 Aspek Kerohanian 27
ix
2.8 Nilai-Nilai Murni Dalam Kurikulum Sekolah 28
2.9 Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Di Sekolah 28
2.10 Nilai-Nilai Murni Di Dalam Falsafah
Pendidikan Negara 30
2.11 Prinsip-Prinsip Pengajaran Nilai 32
2.12 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Nilai-Nilai Murni 34
2.13 Penutup 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi Kajian 39
3.4 Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 43
3.8 Kaedah Analisis Data 44
3.9 Tatacara Kajian 45
3.9.1 Peringkat Pertama 47
3.9.2 Peringkat Kedua 47
3.9.3 Peringkat Ketiga 48
3.10 Penutup 49
x
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Data : Bahagian A 51
4.2.1 Jantina 51
4.2.2 Bangsa 52
4.2.3 Pencapaian Peperiksaan PMR 52
4.3 Analisis Data : Bahagian B 53
4.3.1 Amalan Nilai Murni Yang Diperolehi
Sepanjang Sesi Pembelajaran Untuk
Diamalkan Dalam Kehidupan Harian Pelajar 53
4.3.2 Nilai Murni Yang Paling Dominan Diamalkan
Di Kalangan Pelajar 57
4.3.3 Pengamalan Nilai Murni Melalui Pembelajaran
Di Sokolah Dapat Memberi Kesan Positif
Terhadap Diri Pelajar Untuk Menerapkannya
Dalam Kehidupan Harian 60
4.4 Rumusan Analisis Data 64
4.5 Penutup 67
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Perbincangan 69
5.2.1 Pengamalan Nilai Murni Yang Diperolehi
Oleh Pelajar Sepanjang Sesi Pembelajaran
Untuk Diamalkan Dalam Kehidupan
Harian Mereka 69
xi
5.2.2 Nilai Murni Yang Paling Dominan
Diamalkan Di Kalangan Pelajar 73
5.2.3 Pengamalan Nilai Murni Melalui Pembelajaran
di Sokolah Dapat Memberi Kesan Positif
Terhadap Diri Pelajar Untuk Menerapkannya
Dalam Kehidupan Harian 75
5.3 Rumusan Perbincangan 77
5.4 Cadangan 80
5.4.1 Pihak Pentadbiran Sekolah 81
5.4.2 Guru 82
5.4.3 Pelajar 82
5.4.4 Ibu Bapa 83
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Penutup 85
SENARAI RUJUKAN 87
SENARAI LAMPIRAN 94
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Senarai Nilai-Nilai Murni Yang Terdapat Dalam Falsafah Pendidikan Negara 30
3.1 Jadual Pemeringkatan Skor Skala Liker 42
3.2 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Min
Kepada 3 Tahap Pengamalan 44
3.3 Klasifikasi Tanggapan Berdasarkan Skor 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 52
4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan PMR Dalam Pendidikan Islam Atau Moral 52
4.4 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Responden Bagi Amalan Nilai Murni Yang Diamalkan Dalam Kehidupan Harian 54
4.5 Taburan Peratusan Dan Min Nilai Murni Yang Paling Dominan 57
4.6 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Responden Berdasarkan Nilai Murni Kesyukuran 59
4.7 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Responden Terhadap Pengamalan Nilai Murni Yang Memberi Kesan Positif Terhadap Diri Pelajar 60
4.8 Rumusan Analisis Bagi Persoalan Kajian 64
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
3.1 Rangka Kerja Kajian 46
xiv
SENARAI SINGKATAN
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
s.a.w - Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala (Allah)
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik
LAMPIRAN B - Surat Kelulusan EPRD
LAMPIRAN C Surat Kebenaran JPN Johor
LAMPIRAN D - Surat Fakulti Pendidikan
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap masyarakat menyedari kepentingan pendidikan dan pengamalan nilai-nilai
murni dalam sistem pendidikan negara. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi
ibu bapa, guru-guru dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri secara langsung ataupun
tidak langsung dalam proses pembelajaran pelajar. Para pelajar didedahkan dengan
pelbagai disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia,
khasnya agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan
umatnya berkenaan kepentingan pendidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia
kanak-kanak atau bayi yang masih dalam kandungan. Dalam agama Islam, mencari ilmu
merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:
“Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat”
2
Di samping memperolehi ilmu pengetahuan, proses pendidikan juga mampu
melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri nilai murni yang baik dan juga terpuji.
Pengamalan nilai-nilai murni ini seharusnya diterapkan sejak dari awal lagi untuk
memastikan pembangunan insaniah berkembang dalam keadaan sempurna. Nilai-nilai
murni ini juga merupakan aspek penting dalam pembinaan sahsiah individu. Sesuatu
bangsa akan hancur sekiranya masyarakat berada jauh daripada landasan Islam yang
sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan tamadun Islam yang dibina
adalah bertunjangkan kerohanian yang mantap daripada umat yang terdahulu.
Menurut Yusof al-Qardhawi (dalam Mohd Zaini:2000) dalam buku tulisannya
menyatakan masyarakat Islam terbina di atas akhlak dan nilai-nilai luhur yang diyakini
keimanannya kepada agamanya serta syariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari agama
memandangkan ia adalah perintah atau larangan yang datang dari Allah s.w.t. Lantaran
itu, masyarakat tersebut adalah masyarakat berakhlak. Oleh itu, penerapan nilai-nilai
murni ini adalah untuk memastikan sesebuah masyarakat itu mempunyai ciri-ciri yang
baik di sisi agama.
Justeru, bagi membina sebuah daulah (negara) yang cemerlang maka
pembentukan jati diri generasi muda dari awal usia remaja adalah penting. Dengan ini,
nilai-nilai murni mestilah diterapkan dengan sempurna kepada generasi muda pada hari
ini agar mereka tidak terus hanyut dengan kemodenan semata-mata tanpa mempunyai jati
diri yang mantap dalam menghadapi arus globalisasi yang kian mencabar.
Menurut Embek (1985), tenaga dan fikiran orang-orang tua dan orang-orang
muda jika diadun akan menjadi tenaga dan fikiran yang amat bernas. Lantas, perjuangan
dalam menegak dan meninggikan imej dan syiar Islam akan berjaya. Inilah yang menjadi
kejayaan bagi masyarakat terdahulu, sehinggakan kejayaan umat Islam itu dapat
mengibarkan syiar Islam ke benua Eropah dan ke sebelah Timur. Jadi, pemikiran antara
3
golongan tua dan muda perlulah digabungkan untuk menjana satu pendekatan yang baru
bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dengan jayanya.
Institusi pendidikan formal belum diserasikan serta dibudayakan dengan institusi
bukan formal ke arah pembetukan warganegara cemerlang. Negara mungkin berjaya
menghasilkan ramai pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi kontang
dengan nilai dan akhlak sosialnya (Izani, 1997). Oleh itu adalah wajar untuk
menggabungkan antara pendidikan formal dan pendidikan tidak formal bagi mewujudkan
satu sistem pendidikan yang benar-benar sempurna. Dalam usaha untuk mencapai
matlamat negara bagi merealisasikan wawasan 2020, maka aspek nilai-nilai murni tidak
boleh dipisahkan atau diabaikan begitu sahaja. Nilai-nilai murni ini perlulah selari
dengan aspek pembangunan negara dan menjadi asas dalam pembentukan masyarakat.
Menurut Mohd Komel (1998), punca permasalahan keruntuhan nilai moral
berlaku disebabkan tipisnya iman individu terhadap agama dan nilai-nilai baik atau yang
diistilahkan sebagai nilai-nilai murni. Ini mengakibatkan berlakunya gejala-gejala
negatif dan masalah sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan sewajarnya merancang kurikulum pendidikan
yang mencakupi keperluan masa kini yang selaras dengan perkembangan teknologi dan
pembangunan insan. Misi negara ke arah pengeluar teknologi menjelang tahun 2020,
memerlukan perubahan kurikulum pendidikan bermotifkan sains dan teknologi serta
menitik beratkan penerapan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran guru dalam kelas.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di negara ini
manumpukan kepada perkembangan individu yang menitik beratkan aspek keseimbangan
dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
4
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ee Ah
Meng (1988) dalam bukunya menyatakan pendidikan hendaklah dapat membina
kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk memahaminya. Oleh itu dengan
penerapan nilai-nilai murni ini akan menjadikan sistem pendidikan negara benar-benar
efektif.
Bagi melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab serta memiliki sifat-
sifat yang mulia, pengamalan nilai-nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata
pelajaran. Ini bermakna guru dikehendaki menerapkan pengetahuan nilai-nilai murni di
dalam mata pelajaran yang mereka ajar. KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1988
yang mana ia lebih menitik beratkan pengamalan nilai-nilai murni dalam pembelajaran
agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1992).
Sekolah juga sebagai satu institusi masyarakat yang mementingkan
perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid-murid mengikut arah dan kehendak
masyarakat. Justeru itu, ia memainkan peranan untuk mengekalkan corak kehidupan dan
kebudayaan yang dianggap baik seperti berbudi bahasa, sopan santun dan bersifat
hormat-menghormati. Akan tetapi pada masa kini masyarakat dilanda perubahan sosial
yang pesat dalam zaman perindustrian dan teknologi (Wan Mohd. Zahid, 1993). Oleh
itu, pendidikan di sekolah juga memainkan peranan sebagai egen memodenkan
masyarakat dalam semua bidang. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu
mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan murid serta
membawa pembaharuan semasa yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan
sahsiah seseorang individu.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan di sekolah merupakan contoh pendidikan formal. Disinilah pelajar-
pelajar dididik dan diajar untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin.
Nilai-nilai murni sememangnya diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan terdapat
dalam sukatan mata pelajaran. Nilai-nilai murni adalah kompenan bersepadu terpenting
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ia perlu disepadukan ke dalam
setiap mata pelajaran pendidikan Islam dan moral. Nilai-nilai murni adalah berteraskan
nilai-nilai kerohanian iaitu baik hati, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih
sayang, adil, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, bekerjasama, bersemangat
kemasyarakatan, sederhana, bersyukur dan berdikari (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1992).
Semua ini merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan yang perlu
dihayati. Soal moral dan etika juga turut merupakan cabaran yang tidak dapat dielakkan
kehadirannya bersama kemajuan yang dicari. Menjadi negara maju tidak sepatutnya
membuat negara terlupa soal moral dan etika yang merupakan benteng pertahanan
kepada identiti kebangsaan yang dikongsi oleh semua pihak(Taaherah & et al, 1994).
Untuk kepentingan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja dilihat
dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu juga
dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka perlu
jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan mereka perlu
boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara
beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu
yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan
pembangunan kemanusiaan (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).
6
Dalam apa jua proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
yang penting sebagai agen perantaraan ilmu. Dengan itu, dalam proses menerapkan nilai-
nilai Islam, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi
oleh semua pelajar. Dalam hal ini, Mohd Komel (1988) menjelaskan bahawa contoh
tauladan para pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.
Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia
walaupun masyarakat kurang menghargai golongan yang berbudi luhur ini. Menurut
Taaherah et al (1994), guru seharusnya dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan
kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajarnya. Ini akan memperkuatkan
moral dan pegangan para pelajar dan menghalang pertumbuhan fahaman ateistik,
materialistik sekularisme.
Manakala dari aspek sahsiah pula, pelajar-pelajar perlu dibentuk menjadi individu
yang serius dalam setiap usaha kreatif, inovatif, produktif dan berdisiplin. Mereka juga
merupakan individu yang berkeyakinan diri, berdaya saing dan menghayati idealisme. Ini
akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya, cemerlang dan seterusnya membina
manusia yang ‘berbuat sendiri’ ataupun ‘self actualize person’. Para pelajar juga perlu
mempunyai nilai ketaatan kepada negara yang tinggi di samping memiliki aspek
kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti (Taaherah et al, 1994).
H. Muhamad (1993), dalam kajiannya berhubung dengan kefahaman dan
penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Negara telah menyatakan bahawa kefahaman
ke arah perlaksanaan FPN adalah berdasarkan kepada kemampuan guru untuk menghurai
isi-isi penting dalam penerapan dan pengalaman nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Kefahaman ini sewajarnya boleh diterjemahkan melalui penghayatannya dalam
bentuk amalan dan tingkah laku yang dapat dicontohi dan dihayati oleh pelajar.
7
Justeru itu, setiap pelajar perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
dalam menghubungkan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan kehidupan
seharian. Para pelajar hendaklah memahami dan menghayati tanggungjawab mereka
sebagai pelajar yang bermatlamatkan menuntut ilmu dengan penuh disiplin di samping
membina akhlak yang mulia dan terpuji (Kamarudin, 1991). Bagi memastikan nilai-nilai
murni ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan nilai ini telah di
dokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah
satu daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menghayati nilai-nilai yang
bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan negara.
Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1988) yang menyatakan
bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi membantu murid-murid melalui
peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini bermakna pengajaran nilai di sekolah
bertujuan untuk membimbing pelajar mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran
yang tinggi. Kohlberg juga menekankan pendidikan nilai berkait rapat dengan
perkembangan personaliti pelajar. Manakala latihan kemahiran dilakukan secara
bersepadu dapat memperkembangkan diri pelajar dalam aspek emosi, rohani dan jasmani
bagi melahirkan pelajar beretika dan berfikiran matang. Pada hakikatnya, nilai murni dan
kemahiran adalah merupakan satu elemen pengajaran dan pembelajaran yang paling
penting serta saling berkaitan untuk membina masa depan pelajar yang lebih baik.
Pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara.
Mereka merupakan tenaga muda yang bakal menjadi harapan negara untuk memimpin
generasi akan datang, penyambung budaya, penggerak kemajuan dan pelopor
pembangunan bagi sesebuah masyarakat. Pengamalan nilai-nilai murni penting kepada
setiap pelajar agar mereka dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari
dengan kesedaran bahawa sumber ilmu itu secara mutlak adalah hak tuhan semata-mata,
8
( Tajul Ariffin et al, 1992). Justeru itu, apabila memperkatakan kemerosotan akhlak di
kalangan pelajar-pelajar, sering kali dikaitkan dengan apakah nilai-nilai murni yang
diserapkan selama ini di sekolah tidak mendatangkan kesan dan dapat dihayati
sepenuhnya. Persoalan inilah yang menjadi tunjang kepada permasalahan yang akan
dikaji.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan di atas, pengkaji ingin
menyelidik pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan harian.
1.4 Persoalan Kajian
i. Adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang diperolehi sepanjang
sesi pembelajaran dalam kehidupan harian mereka?
ii. Apakah nilai-nilai murni yang paling dominan diamalkan di kalangan pelajar-
pelajar?
9
i. Adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran di sekolah dapat
memberi kesan positif terhadap diri pelajar untuk menerapkannya dalam
kehidupan harian?
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang diperolehi sepanjang
sesi pembelajaran dalam kehidupan harian mereka.
ii. Mengenal pasti nilai-nilai murni yang paling dominan di kalangan pelajar-pelajar.
iii. Mengenal pasti pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran di sekolah
dapat memberi kesan positif terhadap diri pelajar untuk menerapkannya dalam
kehidupan harian.