pengenalan kepada bidang pergigian untuk kumpulan kurang upaya

Post on 26-Dec-2014

410 views 3 download

description

 

Transcript of pengenalan kepada bidang pergigian untuk kumpulan kurang upaya

DR.MERA CHRISTINA A/P MICHAEL

Kepakaran-kepakaran dalam Bidang Pergigian• Pembedahan Mulut• Ortodontik• Periodontik• Patologi mulut• Pergigian Pediatrik• Pergigian Restoratif• Bidang Pergigian untuk Kumpulan

Kurang Upaya (2008)

Apakah maksudnya Bidang Pergigian untuk Kumpulan Kurang Upaya?

Definasi

Adalah sebahagian daripada amalan pergigian yang berurusan dengan pesakit :

Kurang upaya mental Masalah perubatan Keadaan psikiatri atau fizikal

yang memerlukan cara-cara atau teknik yang istimewa/khas/diubahsuai untuk mencegah dan merawat masalah kesihatan mulut.

1. Impairment

kehilangan atau kelainan dalam fisiologi, struktur anatomi ataupun fungsi

2. Disability

sekatan atau kurang upaya untuk melaksanakan aktiviti dengan cara yang dianggap normal untuk manusia.

3. Handicap

ketidakupayaan yang mengehadkan – untuk memenuhi peranan seseorang

4. Ketidakupayaan Mental

Ketidakupayaan yang dicirikan penghadan dalam fungsi intelek dan tingkah laku penyesuaian, yang meliputi kemahiran sosial dan praktikal setiap hari. Hilang upaya ini berlaku sebelum umur 18 tahun.

- Down Syndrome

5. Ketidakupayaan Fizikal

Kehilangan bahagian badan dan/atau fungsi termasuk paraplegia, hemiplegia,tetraplegia yang menjejaskan aktiviti harian seperti penjagaan diri, pergerakan dan postur badan.

- Kecederaan kord tulang belakang

- Strok

- Kecederaan otak

- Cerebral Palsy

6. Gangguan Psikiatri / Psikologi

-pelbagai masalah dengan gejala yang berbeza

- umumnya dicirikan oleh beberapa kombinasi yang tidak normal pemikiran, emosi, tingkah laku dan hubungan dangan orang lain.

- Schizophrenia, Kemurungan (Depression)

Mengapakah kita perlukan Bidang Pergigian untuk Kumpulan Kurang Upaya?

Mengapa?

Kerana terdapat halangan untuk mendapat rawatan dan penjagaan pergigian

Terdapat peningkatan dalam jumlah penduduk orang kurang upaya

Tiada susulan untuk rawatan dan penjagaan pergigian

Halangan- halangan

1. Halangan Individu

-kurang tanggapan untuk keperluan

-takut, gelisah

-masalah kewangan

-kurang akses

2. Halangan Bidang Pergigian

-sumber tenaga kerja yang tidak sesuai, latihan tidak sesuai dengan keperluan dan permintaan.

3. Halangan daripada Masyarakat

- sokongan yang tidak mencukupi dari awam terhadap kesihatan

-kekurangan kemudahan penjagaan kesihatan mulut

4. Halangan daripada Kerajaan

- keutamaan untuk bidang pergigian ini yang rendah

-masalah yang tidak menarik

Akta Orang Kurang Upaya 2008:-

'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Akta Orang Kurang UpayaAkses kepada Kesihatan

1. Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati kesihatan atas asas kesetaraan dengan orang upaya

2. Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan,yang peka gender

Masalah Pergigian

GINGIVITIS

KARIES GIGI

HYGIN MULUT YANG TIDAK MEMUASKAN

Terima kasihTerima kasih