20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
-
Upload
rash-atikah -
Category
Documents
-
view
248 -
download
0
Transcript of 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 1/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
UNIT 2
RANG UNDANG-UNDANG ORANG KURANG UPAYA (OKU)
2007
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat :
Mengenalpasti undang-undang yang berkaitan dengan orang kurang upaya
Membincangkan tentang fungsi rang undang dengan kesejahteraan OKU
Mengenal pasti agensi-agensi yang dapat membantu OKU.
Mengetahui bagaimana OKU menyesuaikan diri serta berfungsi secara
produktif dalam masyarakat.
Mengenal pasti halangan dan cabaran yang dihadapi orang kurang upaya
dalam memperbaiki diri mereka.
PENDAHULUAN
Sejak negara kita merdeka, semua pihak termasuk golongan istimewa atau OKU turut
terlibat dalam pembangunan negara. Kerajaan yakin dengan golongan ini kerana
berpandangan positif dan berkeyakinan bahawa hak dan kehidupan mereka dapat diubah
sekiranya mereka berusaha dan diberi peluang untuk memajukan diri.
Semenjak pengistiharan Tahun
Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980
dan pelancaran “The World Programme of
Action Concerning Disabled Persons 1982”
Malaysia turut memperkenalkan berbagai-
bagai polisi dan program untuk membaiki
kualiti kehidupan golongan orang kurang
upaya. Penyertaan dan penglibatan
komuniti bermula apabila komuniti mengambil bahagian dalam mengintegrasi golongan
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 2/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
orang upaya. Kerajaan pula memulakan dasar dengan propaganda “Kebajikan
Tanggungjawab Bersama”.
Walaupun peratus OKU di negara ini kecil, namun kerajaan tidak ingin melihat mereka
dipinggirkan. Mereka diberi hak persamaan mendapat peluang melalui penyediaan pelbagai
kemudahan agar dapat memanfaatkan kehidupan. Penyediaan kemudahan ini diharap
dapat menjadikan golongan OKU lebih proaktif dan menggunakan peluang ini untuk
memajukan diri.
Pada tahun 2007 Akta OKU juga telah digubal untuk meningkatkan dan melindungi hak
OKU supaya hidup bermaruah dan mempunyai harga diri. Akta itu akan memberikan hakkepada mereka untuk diterima oleh masyarakat dengan meningkatkan akses pendidikan
dan latihan vokasional , pekerjaan, persekitaran, dan bergerak bebas.Selain itu, kerajaan
turut menubuhkan banyak pusat kemudahan komuniti bagi OKU yang menawarkan khidmat
yang lebih komprehensif bagi OKU. Kesemua khidmat yang diadakan adalah bertujuan
membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal dan tidak tersisih dari masyarakat.
GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
asalah kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang
dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan
dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk
kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan
mental. Penggunaan ini
dikaitkan dengan model
ketakupayaan perubatan, dan
bukan model ketakupayan
sosial atau hak asasi manusia.
Kehilangan upaya ini boleh
terjadi sejak lahir atau
kemudiannya. Mereka yang
mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang
cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.
M
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 3/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
DEFINISI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Ringkasnya OKU dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu orang kelainan upaya
fizikal, penglihatan, pendengaran dan juga mental. Pelbagai definisi diberikan berkaitan
kecacatan OKU ini misalnya, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), OKU ditakrif
sebagai seseorang yang tidak dapat memenuhi sepenuhnya atau sebahagian daripada
keperluan hidup sosialnya, sebagai seorang individu yang tidak normal, akibat kekurangan
keadaan fizikal atau mental.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula mentakrif OKU sebagai seseorang yang
tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian
daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi fizikal mahupun
mental dan sama ada ia berlaku sejak lahir atau kemudiannya (ZinaidaAriffin,2006).
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU
ditakrif sebagai termasuklah mereka mempunyaikekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual
atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai
halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan
berkesan mereka dalam masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) pula
menafsirkan orang kurang upaya (OKU) atau golonganberkeperluan khas ialah seseorang yang tidak
berupaya sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa
seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan
kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental yang dialami sejak lahir atau selepas
lahir.
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 4/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
KATEGORI OKU
Terdapat 7 kategori yang diiktiraf sebagai golongan OKU di Malaysia.
1. Kurang Upaya Pendengaran
2. Kurang Upaya Penglihatan
3. Kurang Upaya Fizikal
4. Kurang Upaya Pertuturan
5. Masalah Pembelajaran
6. Kurang Upaya Mental
7. Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 15 peratus atau lebih daripada satu bilion
orang di seluruh dunia terdiri dari golongan OKU. Di Malaysia, bilangan OKU yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2011 adalah seramai 359,203 orang
(Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat). Tetapi jumlah yang didaftarkan tidak boleh
mewakili jumlah sebenar OKU di Malaysia dan dijangka jumlahnya adalah lebih besar
kerana pendaftaran OKU yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah secara
sukarela.
Isu orang kurang upaya bukan lagi isu
setempat, tetapi sudah menjadi isu global
dan disebabkan itu Bangsa-Bangsa
Bersatu telah membuat satau rsolusi
No.47/3 bertarikh Oktober 1992menetapkan 3 Disember setiap tahun
sebagai Hari Orang Kurang Upaya
Antarabangsa (WHO). Sebagai respon
kepada kehendak dan kepentingan orang
kurang upaya di Malaysia, pada 16 Mei,
1994, Kerajaan Malaysia telah menandatangani satu pengisytiharan yang menyatakan
bahawa Kerajaan Malaysia adalah komited dan bersedia untuk memberikan komitmen
sepenuhnya dalam menyediakan hak-hak dan peluang sama rata untuk semua OKU dalam
usaha mereka untuk meningkatkan kualiti kehidupan (Jabatan Malaysia kebajikan sosial).
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 5/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
Hasilnya, Akta Orang Kurang Upaya Act 2008 telah digubal untuk menjaga dan melindungi
hak-hak OKU di Malaysia.
Di Malaysia kebebasan hak asasi manusia telah dinyatakan di dalam Perlembagaan
Persekutuan dan dalam pelbagai akta yang lain. Sebagai contoh, Perkara 6 melarang
sesiapa sahaja untuk memaksa orang lain menjadi buruh paksa. Ini bermakna tiada siapa
yang dibenarkan untuk memaksa orang lain untuk bekerja untuknya. Setiap orang adalah
bebas untuk bergerak dan melakukan apa-apa disisi undang-undang. Ini bermakna bahawa
walaupun seseorang yang kurang upaya juga juga diberikan perlindungan di bawah akta ini.
Selain itu, setiap orang berhak untuk bergerak di mana-mana dan mempunyai harta yang
sebanyak yang mampu selagi harta itu diperoleh tanpa melanggar undang-undang.
Bagi memastikan nasib golongan ini terbela kerajaan telah mewujudkan beberapa akta
antaranya AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008.
Akta ini memberi hak bagi pendaftaran,
perlindungan, pemulihan dan pembangunan
orang kurang upaya serta kesejahteraan
kumpulan ini. Akta ini juga menukarkan konsep
OKU dari berasakan kebajikan kepada yang
berasaskan hak.
Akta ini juga memberikan peluang serta taraf dan penglibatan yang sama bagi golongan
kelainan upaya sepadan dengan mereka yang normal.
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 6/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
Akta 685
AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008
Ini adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan,
rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis
Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah
diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.
Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada
konsep kebajikan kepada konsep r ight-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai
hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli
masyarakat yang lain.
Akta ini telah mengiktiraf:
(a) bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan
bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya
dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan
berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya:
(b) sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang
upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat
keseluruhannya:
(c) kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan
kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan
komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang
upaya dalam masyarakat:
(d) bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, sertabantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa
batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan:
(e) kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan
orang kurang upaya dalarn masyarakat:
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 7/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
Akta OKU 2008 ini terbahagi kepada 5 Bahagian:
BAHAGIAN 1- Permulaan
Dalam bahagian ini hanya menerangkan tentang nama akta dan tafsiran perkataan yang
digunakan dalam akta.
BAHAGIAN 2 pula, adalah cara prosedur penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang
Kurang Upaya serta fungsinya.
Akta ini juga menyebut badan yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan bagi orang kelainan
upaya hendaklah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh menteri.
Antara fungsi majlis ini ialah, untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan
negara berhubungan dengan OKU, membuat syor kepada kerajaan mengenai perkara
berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi,
pembangunan dan kesejahteraan OKU, memantau aktiviti semua kementerian, agensi,
badan atau pertubuhan, kerajaan dan sektor swasta yang terbabit dalam pelaksanaan,
dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan OKU, mengesyorkan
kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan
undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh OKU dalam masyarakat dan juga
membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat bagi
meningkatkan kesedaran berhubung dengan OKU.
BAHAGIAN 3 menyentuh tentang pelantikan ketua pendaftar dan Pendaftaran
orang kurang upaya termasuk pengeluaran kad ahli OKU.
BAHAGIAN 4 adalah berkenaan dengan penggalakan dan pembangunan kualiti
hidup dan kesejahteraan orang kurang upaya. Bahagian ini terdiri dari 5 Bab.
Bab 1 – Kebolehaksesan
Bab 1 mengandungi tujuh Seksyen bermula dari Seksyen 26 hingga Seksyen 32. Semua
bahagian memberikan kebebasan hak untuk mengakses semua kemudahan dan
perkhidmatan yang terdapat di Malaysia. Seksyen 26 menyatakan bahawa OKU mempunyai
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 8/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
hak untuk mendapat akses kepada kemudahan, perkhidmatan dan bangunan awam itu
selagi mereka tidak membahayakan diri mereka sendiri. Ini bermakna mereka tidak boleh
dilarang dari menggunakan sebarang kemudahan yang sedia ada atau untuk memasuki
mana-mana premis selagi ia dibenarkan oleh undang-undang. Seksyen 27 juga
menyediakan hak OKU untuk menggunakan sebarang kemudahan awam seperti orang lain.
Ini bermakna bahawa syarikat yang mengendalikan perkhidmatan awam perlu menyediakan
kemudahan yang boleh memberi selesa bagi OKU untuk menggunakan kemudahan-
kemudahan awam. Walaupun mereka bukan orang upaya / biasa, mereka juga mempunyai
hak untuk mendapat pendidikan yang sama dengan orang lain berdasarkan seksyen 28.
Mereka tidak boleh dinafikan atau dipinggirkan mendapat akses kepada pembelajaran
berkualiti dan pendidikan bantuan sama dengan orang biasa.
Seksyen 29 pula mengiktiraf hak untuk mencari pekerjaan dan perkhidmatan yang setara
dengan pekerja normal. Majikan perlu menyediakan ruang yang sama bagi OKU
berdasarkan ketidakupayaan mereka. Majikan perlu menyediakan kemudahan untuk
membantu OKU menjalankan tugas-tugas sebagai pekerja lain di tempat kerja, dan
kenaikan pangkat yang sama dan sebagainya. OKU juga mempunyai kebebasan untuk
mendapatkan dan menggunakan maklumat, komunikasi dan teknologi di bawah Seksyen
30. Ini bermakna bahawa pihak kerajaan dan pihak swasta harus menyelia mod komunikasi
dan format supaya mereka boleh menggunakannya.
Sebagai tambahan kepada seksyen 31 dan Seksyen 32 ia memberi hak bagi OKU untuk
mendapatkan akses kehidupan berbudaya, sukan dan rekreasi seperti yang dinikmati oleh
orang biasa.
Bab 2 - Habilitasi dan rehabilitasi
alam Bab ini, Seksyen 33 menjelaskan kemudahan latihan dan penjagaan
kesihatan yang dikehendaki oleh OKU untuk mengekalkan keupayaan mereka
hidup berdikari. Ia menerangkan tentang langkah-langkah habilitas dan rehabilitasi
yang perlu dilaksanakan. Pihak kerajaan atau swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
disarankan mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang
kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum,
keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan
penyertaan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan iaitu dengan
D
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 9/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
menganjurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan program
habilitasi danrehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam bidang
kesihatan, pekerjaan,pendidikan dan perkhidmatan social
perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin
danberdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan
individu.
menggalakkan pengadaan, pengetahuan dan penggunaan alat bantu dan
teknologi yang direka bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia
berhubungan dengan habilitasi dan rehabilitasi.
mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan
program rehabilitasi berasaskan komuniti
Kemudahan ini juga boleh diperluaskan kepada rumah-rumah kediaman dan sokongan
komuniti lain berdasarkan seksyen 33.
Bab 3- Kesihatan
Dalam Bab 3, Seksyen 35 memberikan hak OKU mendapat kemudahan kesihatansetanding dengan orang-orang biasa yang lain..
Majlis OKU , sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah
yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan
kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender.
eksyen 36 juga menyediakan penjagaan kesihatan berterusan untuk mengelakkan
berlakunya ketidakupayaan selanjutnya Bagi agensi-agensi atau pertubuhan bukankerajaan yang mempunyai institusi penjagaan bagi OKU, setiap institusi mesti
menggunakan terapi untuk membantu OKU bagi memulihkan keupayaan mereka
menguruskan kehidupan mereka sebagai seorang manusia yang normal.
Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya ketidakupayaan
selanjutnya, Kerajaan hendaklah
a)menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan,
S
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 10/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab berlakunya
ketidakupayaan; dan
b) menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan
menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat
mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan untuk
diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi
umum.
Pihak yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya hendaklah mengambil
khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja, atau manamanapersonel
kesihatan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Menteri
Bab 4 - Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk
OKU yang mempunyai ketidakupayaan yang teruk, mereka juga mendapat perlindungan
sepanjang hayat mereka sepertimana di bawah Seksyen 38.
erajaan dipinta menyediakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongansosial yang perlu termasuk memastikan bahawa kebajikan orang dengan
ketidakupayaan teruk tetap tidak terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau
pemberi jagaannya.
Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berhasrat untuk menyediakan atau pemberi
jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif
untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis OKU mengikut apa-apa bentuk dan
cara yang ditetapkan.
Bab 5- Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan
Apabila terdapat sesuatu kecemasan atau bencana alam semulajadi, OKU juga berhak
untuk bantuan dan perlindungan sebagai setara dengan orang biasa di bawah Seksyen 40.
Bab ini pula adalah yang berkaitan dengan hak OKU mendapatkan bantuan atas asas
K
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 11/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
kesetaraan dan pengiktirafan dengan orang upaya dalam keadaan berisiko dan kecemasan
kemanusiaan, termasuk konflik bersenjata dan kejadian bencana alam.
rang kurang upaya diperakukan mempunyai hak untuk mendapat bantuan atas
asas kesetaraan dan pengiktirafan dengan orang upaya dalam keadaan berisiko
dan kecemasan kemanusiaan, termasuk konflik bersenjata dan kejadian bencana
alam setara dengan orang biasa di bawah Seksyen 40.
Akta Orang Kurang Upaya 2008 memberi penekanan terhadap perlindungan hak-hak bagi
OKU di Malaysia. Sejumlah 15 bahagian yang menjurus kepada memberikan perlindungan
dan memelihara kualiti hidup OKU
Kerajaan perlua mengambil semua langkah bagi memastikan orang kurang upaya
mendapat bantuan melalui mekanisma perundangan dan juga pentadbiran.
BAHAGIAN 5
.
Bahagian ini menyentuh tentang perkara Am antaranya termasuk perlindungan terhadap
tindakan guaman dan prosiding undang-undang,Bahagian ini menetapkan bahawa :
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa,
dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
a) Kerajaan;
b) Menteri;
c) MajIis;
d) mana-mana anggota Majlis atau mana-mana anggota jawatankuasa; atau mana-
mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Majlis.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa
tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding. Hanya Menteri yang berkuasa membuat
peraturan-peraturan yang didapatinya perlu dan suai manfaat untuk menjalankan
peruntukan Akta ini.
O
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 12/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
Implikasi Rang Undang-Undan Orang Kurang Upaya 2008 terhadapperkhidmatan kepada orang kurang upaya tempatan.
asar OKU 2008 menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi
penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak
kemanusian bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Menghapuskan
diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya. Mendidik dan
meningkatkan kesedaraan masyarakat mengenai hak OKU. Melalui peruntukan yang ada
dalam rang undang-undang ini dasar ini dapat meningkatkan kesedaran dan membentuk
sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.
Mereka lebih diberi peluang menikmati persekitaran yang bebas halangan (barrier-free)termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan
serta ruang awam. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif
khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
Akta ini juga mempengaruhi penyediaan
kemudahan pengangkutan awam.
Penyediaannya perlu bercirikan mesra OKU.
Mereka juga diberi peluang seluasnya akses
kepada teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dan dengan itu lebih bebas
mendapatkan maklumat dan pengetahuan.
Akta ini juga memberi kesan kepada kualiti
perkhidmatan perubatan yang diterima oleh
OKU (secondary and tertiary care) dan
meningkatkan akses OKU kepadapendidikan di semua peringkat, termasuk
pendidikan sepanjang hayat.
Dari segi peluang pekerjaan , oleh kerana
pihak majikan diberi insentif jika mengambil
OKU bekerja maka peluang lebih terbuka kepada OKU untuk menceburkan diri dalam
pekerjaan selain dari bekerja sendiri. Mereka juga diberi elaun insentf sekiranya gaji yang
mereka terima di bawah RM 750.00. Tujuannya adalah untuk menggalakkan mereka minat
bekerja dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
D
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 13/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
Melalui akta ini OKU lebih terjamin dari segi keselamatan kerana ia menjamin melindungi
OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan. Mereka juga dapat
menerima perkhidmatan sokongan yang baik melalui kemantapan mekanisme perkhidmatan
sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU. Ini seterusnya dapat mempengaruhi
penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.
Akta ini juga memberi kesan kepada penglibatan masyarakat terhadap golongan OKU.
Akta ini sangat menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program OKU serta
penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
Kesimpulan
Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan dasar ini
merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan
hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak
serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan
bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang
ramai.
Akta atau Undang-undang serta polisi sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak dilaksanakan
dengan berkesan. Kerajaan perlu memastikan sistem yang menyeluruh di semua peringkat
diarahkan kepada perkembangan sepenuhnya potensi manusia dan rasa maruah dan harga
diri, dan memperkukuhkan lagi rasa hormat terhadap hak asasi dan kebebasan manusia.
Perlu juga dipertimbangkan tentang kepelbagaian ragam manusia serta perkembangan
personaliti , bakat dan kreativiti orang kurang upaya, serta kebolehan fizikal dan mental
mereka kepada potensi mereka sepenuhnya.
Kata Kunci:
Orang Kurang Upaya
Akta Orang Kurang Upaya 2008
Hak Orang Kurang Upaya
8/10/2019 20130915230901UNIT 2C Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 PDF
http://slidepdf.com/reader/full/20130915230901unit-2c-rang-undang-undang-orang-kurang-upaya-oku-2008-pdf 14/14
[Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2008]
Bincangkan kepentingan Akta OKU menjaminkan hak OKU dan senaraikan sebab--
sebab OKU bermasalah pembelajaran harus memahami hak diri?