Post on 04-Jun-2018
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
1/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 1
Pengenalan
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban. Mengikut Aristotle, sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian
semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Sejarah adalah peristiwa-peristiwa
masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh. Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka pula telah memberikan sejarah sebagai asal-usul,
keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau,
kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang
telah berlaku.
Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia
memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih
cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok
masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut
terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna.
Pendidikan Sejarah membangkitkan semangat patriotisme secara formal
mahupun tidak formal. Ini sangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi
ketahanan mental, fizikal dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu
menghadapi segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotisme dalam diri pelajar
akan merendahkan semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka.
Kurangnya semangat patriotik di kalangan generasi muda hari ini merupakan salah satu
sebab mereka lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah kerana jiwa mereka
kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.
Semangat patriotisme bukanlah wujud secara semula jadi dalam diri individu,tetapi semangat tersebut perlu disemai, dipupuk dan diajar. Justeru itu, Pendidikan
Sejarah merupakan mekanisme yang efisien untuk menyalurkan ilmu pengetahuan
tentang sejarah di peringkat murid sekolah rendah lagi .Melalui sejarah, pengalaman
masa lampau merupakan satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan datang
membentuk sebuah negara bangsa.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
2/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 2
Latar belakang kurikulum sejarah di sekolah rendah sehingga munculnya
Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Di Malaysia, Pendidikan Sejarah melalui beberapa tahap perubahan mengikut
zaman, iaitu Zaman Pemerintahan British (1900 1957), Zaman Selepas Merdeka
(1957 1979) , Pendidikan Sejarah dalam KBSR( 1980 2002) dan Pendidikan
Sejarah dalam KSSR ( mulai 2014). Walaupun matapelajaran Sejarah telah diajar
sejak pentadbiran British namun ia tidak bersifat matapelajaran induk selaras dengan
dasar pendidikan British yang membiarkan sistem persekolahan berkembang mengikut
aliran berasaskan kaum sehingga mencetuskan kelas berbeza di kalangan penduduk
Tanah Melayu.
Pendidikan Sejarah telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi tetapi isi
kandungannya lebih kepada kepentingan mereka sendiri sebagai penjajah tanpa
menerapkan nilai-nilai patriotik di kalangan orang Melayu. Kurikulum yang disediakan
juga berbeza-beza antara sekolah aliran melayu dengan sekolah aliran British.
Sekolah-sekolah Cina dan Tamil menggunakan kurikulum Sejarah dari negara China
dan India. Sejarah British diberi tempat yang penting dalam kurikulum Sejarah (Khoo
Kay Kim, 1992). Ini diakui oleh Abdul Razaq (2007) yang menjelaskan kurikulum
Sejarah lebih menceritakan latar belakang masyarakat Eropah ataupun sejarah
England itu sendiri. Bagi Jamaliah (2005), sebenarnya inilah yang menyebabkan
wujudnya jurang dalam pendidikan sejarah antara murid sekolah aliran Inggeris, Cina
dan Tamil. Hal ini mengakibatkan identiti dan nilai kerjasama tidak wujud dalam
kalangan masyarakat ketika itu.
Pada peringkat awal pendidikan Sejarah yang diperkenalkan di sekolah-sekolah
aliran Melayu lebih berbentuk kepada Kesusasteraan Melayu Klasik. British tidak
menekankan pendidikan Sejarah tempatan dalam kalangan masyarakat di Tanah
Melayu kerana dikhuatiri boleh menggugat kepentingan politik dan ekonominya. Hanya
selepas negara mencapai kemerdekaan, pengaruh kurikulum British dilihat semakin
berkurangan (Maharom Mahmood, 2001). Sementara pengaruh kurikulum Sejarah
negara India dan Cina tamat apabila Laporan Razak 1956 dikemukakan untuk
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
3/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 3
memastikan satu sukatan pengajaran dan peperiksaan yang sama dilaksanakan demi
perpaduan kaum di negara ini.
Selepas Perang Dunia ke-2 kurikulum Sejarah mula memberi penekanan ke arah
perpaduan dan integrasi kaum. Pada tahun 1973, terdapat perbincangan untuk
mengkaji semula kurikulum Sejarah. Kurikulum yang sedia ada dilihat terlalu luas dan
tidak bersifat tempatan. Beberapa forum seperti Kongres Kebudayaan Malaysia 1971,
Seminar Sejarah Malaysia 1 dan 11 yang diadakan dalam tahun 1973 dan 1974 telah
diadakan untuk membincangkannya. Dapatan seminar telah menggesa pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan pendekatan berpusatkan ke-
Malaysiaan dalam menggubal sukatan pelajaran dan penulisan buku teks Sejarah.
Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
Falsafah, matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran telah dinyatakan dengan
jelas. Fokus terhadap sejarah tempatan telah diterapkan dalam kurikulum.
Pembahagian tajuk pula dilakukan mengikut tema-tema (PPK, 2002). Perkembangan
kurikulum Sejarah pra dan pascamerdeka telah mengalami perubahan pesat, selari
dengan tuntutan semasa.
Sedikit perubahan terhadap pendidikan sejarah di Tanah Melayu hanya berlaku
pada 1918 susulan pengenalan matapelajaran Tawarikh di peringkat sekolah.
Perubahan ini berlaku hasil peranan yang dimainkan oleh Abdul Hadi Haji Hassan.
Pendidikan Sejarah menggunakan buku teks berjudul Tawarikh Sekolah Rendah
Malaysia untuk Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam dimulakan sebaik sahaja buku
teks tersebut dikeluarkan pada 1970 oleh McGraw-Hill selepas penggunaan buku
Tawarikh Darjah peralehan. Antara isi kandungannya ialah cerita tentang orang yang
mula-mula di Tanah Melayu, kedatangan bangsa-bangsa Eropah, cerita-cerita dari
negeri China , India dan banyak lagi.
Terbitnya buku Sejarah Alam Melayu juga membolehkan pelajar-pelajar
memahami latar sejarah negara namun ia tidak dilaksanakan di sekolah aliran Inggeris.
Buku Teks Sejarah Malaysia dikeluarkan pada 1970an selepas Tawarikh dan
Sejarah Alam Melayudimansuhkan. Ini menandakan pendidikan sejarah Malaysia telah
bermula di peringkat sekolah rendah iaitu kepada murid Tahun empat, Lima dan Enam.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
4/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 4
Cetakan pertama buku teks tersebut sejak 1977 dan diulang cetak sebanyak lapan kali
sehingga tahun 1984. Antara tajuk pelajaran Sejarah Tahun Empat ialah mengapa kita
belajar sejarah, sejarah bahasa dan bahasa kebangsaan dan loghat-loghat di
Malaysia. Sudah jelas pada masa tersebut, isu perpaduan kaum telah disentuh dan
penerapan jiwa patriotik telahpun dicetus.
Buku teks Sejarah Malaysia Tahun Enam diterbitkan juga oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1979 hakcipta
sejarawan negara Zainal Abidin bin Abdul Wahid ,Khoo Kay Kim dan Muhd. Yusuf bin
Ibrahim. Buku ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sehingga 1984 oleh
Penerbitan Adabi Sdn. Bhd. Sejarah Malaysia, negara-negara lain, tokoh-tokoh dan
pejuang diceritakan dalam buku teks tersebut. Murid dapat mengenal Dol Said, Rentap,
kerajinan Zaba, Alexander Graham Bell dan ramai lagi.
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983
mengkategorikan murid-murid kepada dua tahap iaitu Tahap Satu ( Tahun Satu hingga
Tiga) dan Tahap Dua ( Tahun Empat hingga Enam).
KBSR Tahap Satu memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran
asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Unsur-unsur pendidikan sejarah diserapkan
dalam isi kandungan Bahasa Malaysia. Secara tak langsung, di samping penguasaan
bahasa, murid-murid Tahap Satu akan turut mengetahui tentang sejarah.
KBSR Tahap Dua pula bertujuan mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajari semasa di Tahap Satu. Tiga komponen yang diberi penekanan ialah
Kemahiran Asas, Nilai Kerohanian dan Sikap/Kemanusiaan dan Persekitaran, dan
Kesenian dan Rekreasi. Pendidikan Sejarah telah diterapkan dalam komponen
Kemanusiaan dan Persekitaran di bawah mata pelajaran Alam dan Manusia.
Dalam mata pelajaran Alam dan Manusia, mata pelajaran Sejarahdigabungjalinkan dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan daripada mata pelajaran
Sains, Geografi,, Sivik, Hal Ehwal Tempatan dan Pendidikan Kesihatan. Aspek sejarah
yang terkandung mata pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan, adat resam,
perlembagaan, pembangunan Negara, perusahaan dan pengangkutan.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
5/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 5
Namun demikian, sehingga tahun 1998, pencapaian kemahiran dalam mata
pelajaran Sejarah didapati paling rendah berbanding dengan pencapaian dalam mata
pelajaran Sains, Geografi dan Tatarakyat. Hal ini telah dibuktikan oleh Wan Mohd.
Zahid Mohd. Nordin (1988) dalam kajiannya untuk melihat kejayaan KBSR melalui mata
pelajaran Alam dan Manusia. Didapati, 36.5% sahaja murid yang mencapai kelulusan
50% ke atas dalam mata pelajaran Sejarah.
Pada tahun 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang bertujuan untuk melahirkan murid-murid
berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Oleh yang demikian , mata
pelajaran Sejarah telah dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, Ilmu Kesihatan,
Sivik dan Hal Ehwal Tempatan tetapi telah digabungkan dengan Geografi menjadi mata
pelajaran bersepadu yang dikenali sebagai Kajian Tempatan (KT).
Mata pelajaran Kajian Tempatan diajar secara formal di Tahap Dua bagi
mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang
telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di tahap Satu terutama
mata pelajaran bahasa. Unsur-unsur pendidikan sejarah yang diajar dalam Tahun
Empat persekolahan adalah sejarah salasiah diri dan keluarga yang menekankan
interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran
dan bermasyarakat.
Di Tahun Lima persekolahan pula bertujuan menyedarkan murid tentang identiti
dan keistimewaan kawasan tempat tinggal mereka serta latar belakang dan identiti
negara supaya mereka cinta dan bangga kepada negara. Antara topic-topik yang
ditekankan ialah Kesultanan melayu Melaka, Sejarah Awal Sabah dan Sarawak, Zaman
Penjajahan, Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia, serta warisan peninggalansejarah.
Bagi penerapan unsur patriotisme, bagi murid-murid Tahap Satu, diserapkan
dalam semua mata pelajaran melalui pendekatan menyeluruh, bersepadu dan
merentas kurikulum. Pada Tahap Dua pula, elemen sejarah masih lagi diserapkan
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
6/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 6
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan sebagai pendokong utama pemupukan
patriotisme dan Pendidikan Moral.
Walaupun terdapat matapelajaran Kajian Tempatan diajar pada Tahap Dua
sekolah rendah namun orientasi pembelajaran tidak memberi penekanan terhadap
pemahaman sejarah yang sebenarnya. Unsur mata pelajaran Sejarah banyak
'menumpang' pada subjek Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua di
sekolah rendah.
Oleh yang demikian, pada 16 Oktober 2008, Perdana Menteri Malaysia ketika
itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan mata pelajaran sejarah
diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan pelajar
kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.
Tun Abdullah berpendapat, pembelajaran sejarah di sekolah rendah perlu
kerana lazimnya pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah menengah sehingga ke
peringkat pengajian tinggi dan seterusnya memasuki alam pekerjaan, tidak terdedah
kepada mata pelajaran sejarah. Cadangan Perdana Menteri dipersetujui oleh
timbalannya, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan berkata pengenalan mata
pelajaran sejarah di sekolah rendah adalah sebahagian transformasi pendidikan yangsedang dirintis kementerian menjelang 2010 melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).
Pada 24 Oktober 2010, selepas mengumumkan mata pelajaran Sejarah wajib
lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerajaan mengambil pendekatan
menjadikannya sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula 2014. Timbalan
Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penambahan baru juga akan
dibuat pada mata pelajaran tersebut antaranya menekankan aspek kewarganegaraan,
patriotisme dan unsur Perlembagaan. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin
Mohd. Dom menyatakan bahawa subjek Sejarah akan diubah suai dengan dimasukkan
elemen baru bagi menjadikannya lebih menarik dan efektif seperti topik perlembagaan
persekutuan serta kemerdekaan tanah air bagi menyuntik semangat cintakan negara di
kalangan generasi muda.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
7/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 7
Subjek Sejarah ini bermula pada Tahap Satu dengan berkonsepkan education is
funmenerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke
Parlimen. Hal ini dirancang supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran
yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah.
Kepada murid Tahap Dua, Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib
dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai
tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran
Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran Sejarah. Kurikulumnya menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.
Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata
pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang
mempunyai identiti kebangsaan untuk membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai
kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Justeru, pengetahuan dan pemahaman
aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi
pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.
Kandungan Sejarah sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami
latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta
kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di
Malaysia. Ianya disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah
awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun
mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.
Pendekatan p dan p Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir
secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi
mengukuhkan pemahaman tentang sejarah. Aktiviti tersebut mengaplikasikan elemen
didik hibur bagi menanam minat murid terhadap Sejarah. pendidikan Sejarah di sekolah
rendah merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai
suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan
murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai
murni serta penerapansemangat jati diri sebagai warga negara Malaysia.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
8/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 8
Hubungkaitkan kurikulum sejarah agar berupaya melahirkan individu, masyarakat
dan negara yang berjiwa patriotik.
Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di
peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Melalui mata pelajaran
Sejarah jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha
sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan
bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal
lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan
perspektif.
Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur
kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami
serta menghayati sejarah negara secara mendalam.
Nilai murni memupuk semangat patriotisme selalunya diajar terpisah dengan isi
kandungan pelajaran. Ramai guru yang tidak mahu menerapkan semangat patriotisme
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka kerana bagi mereka nilai murni tersebut
sukar untuk diajar dan merupakan sesuatu yang serius. Oleh yang demikian, melalui
Pendidikan Sejarah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan untuk
menerapkan 16 nilai murni dalam Pendidikan Sejarah. Ini melambangkan hasrat murni
tersebut adalah untuk melahirkan insan yang baik yang boleh menyumbang kepada
negara tanpa mengira kaum dan agama.
Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara
sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan
tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan
kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat
patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan
pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar
dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar,
penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap
terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
9/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 9
jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak
memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.
Kekurangan nilai patriotisme dalam diri pelajar akan memberikan kesan kepada
rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yang
menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah menyerah kalah dan tunduk
kepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 1999). Pernyataan tersebut jelas menunjukkan
pendidikan adalah pembentukan pemikiran dan sikap seseorang individu, dan bukan
hanya menyampaikan ilmu kepada individu untuk menghadapi peperiksaan. Dalam
konteks Malaysia hari ini, dengan bersangka baik kepada mata pelajaran Sejarah,
bahawa ia berkesan bagi yang mengikutinya, ada baiknya jika patriotisme diberikan
perhatian, penekanan dan pendekatan baru, iaitu untuk membantu dan menyokong
mata pelajaran Sejarah (Utusan Malaysia, 22 September 2000). Manfaat yang
diperoleh oleh seorang individu dari sistem pendidikan yang diterima seharusnya
terkandung juga menjadi rakyat yang bersemangat patriotik terhadap negara.
Bagi Wan Zahid (1993) pula, bangsa dan negara yang kuat serta mulia tidak
hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan teknologi.
Maka negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan, akhlak
mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat tanggungjawab dan pengorbanan diri yang
tinggi. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai
murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang
ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Justeru,
wajar para pelajar dari sekolah rendah menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai
amalan atau pegangan dan ianya dapat dipupuk melalui mata pelajaran Sejarah.
Voss (1997) menekankan bahawa mata pelajaran Sejarah boleh dijadikan
medium mendidik pelajar mengenai nilai-nilai murni melalui refleksi dan pengajaran
yang diperoleh hasil daripada pembelajaran mengenai peristiwa silam. Pendidikan
Sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Mempelajari Sejarah
bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan tetapi boleh menjadi
pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku.
Apa yang berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan
(Hazri, 2003). Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang berkait dengan
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
10/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 10
jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Maka, Sejarah patut dijadikan garis
panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara.
Insan yang baik akan melahirkan warganegara yang baik. Ciri-ciri warganegara
yang baik mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah mereka yang ada keazaman,
kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Mereka
juga menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja
atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan
tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan
mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina dan bersedia berkhidmat
untuk negara. Mereka juga boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan
pembangunan negara. Oleh yang demikian, warganegara yang baik itu sudah
semestinya individu yang sayangkan negaranya sendiri lalu mempunyai semangat
patriotik.
Dalam konteks pendidikan dan mata pelajaran di sekolah, penerapan nilai unsur
nilai patriotisme paling sesuai dilakukan melalui mata pelajaran Sejarah. Abdul Shukor
Abdullah (1998) ada menyatakan hal ini ketika membincangkannya:
Bagi memastikan perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang,
penekanan perlu dibuat kepada usaha pemupukan nilai dan semangat patriotisme.
Mata pelajaran yang menjadi pendukung utama kepada usaha ini ialah mata pelajaran
Sejarah, di samping usaha pemupukan patriotisme yang dilakukan melalui pendekatan
menyeluruh dan merentasu kurikulum
(Abdul Shukor Abdullah, 1998, hal. 11-12)
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin juga ada menyatakan:
pendidikan Sejarah boleh dijadikan sebagai pendukung utama pemupukan semangat
kewarganegaraan dan patriotisme serta dapat membangkitkan semangat nasionalisme
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1992, hal. 21)
Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
mengenai asal-usul negara. Sukatan Sejarah yang cukup komprehensif dapat
memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
11/24
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
12/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 12
Kita juga sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum
utama. Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara
kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum
dapat dielakkan. Semua sikap positif ini haruslah dimiliki oleh setiap rakyat sekiranya
gagasan Satu Malaysia mencapai matlamatnya.
Umum mengetahui bahawa subjek sejarah membolehkan kita membuat
penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami
sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi,
membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah
berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta
memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Terdapat lima komponen yang membentuk identiti nasional sesebuah negara
sebagaimana yang dinyatakan oleh Smith (1992) iaitu satu kawasan atau tanah air,
memori yang dikongsi bersama ( mitos dan sejarah), satu bentuk budaya, pembahagian
buruh berdasarkan kawasan dan satu bentuk sistem perundangan serta politik.
Berdasarkan kenyataan itu, unsur sejarah adalah sesuatu yang penting dan mampu
menyumbang kepada pembentukan identiti nasional sesebuah negara. Tambahan pula
dengan isi kandungan sejarah sesebuah negara yang merakam segala peristiwa sejak
kewujudannya. Ini termasuklah ciri-ciri budaya yang diamalkan oleh negara tersebut
yang mana ia boleh dijelmakan menjadi semangat kebangsaan(Penrose, 1993).
Memang tidak dinafikan, subjek Sejarah mengingatkan kita agar tidak
mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan penuh
keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara
dalam semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa
kini dan masa hadapan.
Kandungan kurikulum pendidikan sejarah bermatlamat untuk membentuk
individu, masayarakat dan negara yang berjiwa patriotik. Mempertahankan kedaulatan
negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara
memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang
warganegara. Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang
berbilang kaum. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
13/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 13
yang bersatu padu dan harmoni. Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman
aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-
fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah
negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.
Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-
nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan
personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan sumbangan
pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam
mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar. Menurut Rahim Rashid (2000),
penerapan nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi kepada 4 iaitu (i) nilai individu, (ii)
nilai politik, (iii) nilai sosial dan kemasyarakatan dan (iv) nilai intelek. Pemahaman dan
pengetahuan tentang unsur nilai ini mempunyai signifikannya dalam memupuk
perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Hal ini akan dapat
membantu mereka memahami pentingnya mengamalkan nilai-nilai sosial dan
kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan,
kemanusiaan dan semangat bermasyarakat.
Dalam konteks politik, nilai politik (Rahim Rashid, 2000) seperti setia,
patriotisme, demokrasi dan kepemimpinan perlu diamalkan dalam konteks kehidupanmasyarakat majmuk ini. Oleh itu, kurikulum Sejarah yang dibentuk perlu memberi
penekanan kepada unsur nilai ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi
pelajar yang dapat memahami dan berinteraksi dengan lebih harmoni, khususnya
dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Dalam konteks pendidikan
Sejarah, penerapan nilai ini ialah proses menanam, memupuk dan mengembangkan
nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, penekanan kepada unsur nilai
kemasyarakatan dan nilai politik ini akan dapat membantu meningkatkan integrasi kaum
dalam kalangan pelajar di negara ini sejak peringkat awal lagi. Ringkasnya penerapan
nilai dalam kurikulum Sejarah sama ada daripada aspek kemasyarakatan mahupun
politik dilihat sebagai landasan terbaik dalam melahirkan pelajar yang memahami
pentingnya integrasi dalam masyarakat berbilang kaum ini.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
14/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 14
Fokus utama kurikulum Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia
negara melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Seseorang yang
bersemangat cinta akan negara dan bangsa sekaligus akan menunjukkan sifat atau
amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan
kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara
dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa. Semangat cintakan
negara dan bangsa merangkumi rasa untuk menghormati raja dan pemimpin negara,
menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara, menghormati lambang-lambang
negara seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara, menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara , menghargai dan mengamalkan tradisi
dan budaya bangsa.
Melalui pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaan dapat dipupuk dan ditanamkan
sebagai satu nilai hidup yang penting bagi membina dan meningkatkan komitmen
generasi muda kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini akan dapat
mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat ingin berkorban dan
berbakti kepada bangsa dan negara.
Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran
perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat
di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara.
Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957. Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga
negara yang mendukungnya. Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus
menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju
dalam segenap bidang. Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara
berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio
ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
15/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 15
mempertikaikannya. Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat
mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.
Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik
murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya
dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Hal ini bertepatan dengan kandungan mata
pelajaran Sejarah yang disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan
sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini
disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan
kegemilangannya.
Melalui kurikulum sejarah, rasa berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat
dipupuk. Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah adalah menyemai
ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan
semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa
kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang
pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat
membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya
memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan
negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan
menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara,
menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan,
mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan
menghayati warisan budaya tempatan.
Kebanggaan kepada negara juga dilihat dan difahami sebagai satu ciri
patriotisme. Sayang kepada diri sendiri, keluarga dan negara membolehkan pelajar
bangga kepada negaranya. Mereka berbangga menyanyikan lagu Negaraku,
mengibarkan jalur gemilang serta apa jua yang boleh menggambarkan negara
Malaysia. Mereka juga tahu dan bangga dengan pejuang-pejuang negara yang telah
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
16/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 16
membawa negara ke arah kemerdekaan. Mereka akan serik untuk melalui peristiwa-
peristiwa berdarah yang amat menyakitkan yang dilalui oleh masyarakat terdahulu.
Mereka akan berbangga memiliki negara yang kaya dengan sumber rezekinya, menjadi
tarikan pelancong dari luar negara, selamat daripada pelbagai ancaman keselamatan
dan mendapat peluang pendidikan dari pelbagai institusi yang diiktiraf serta memiliki
banyak bangunan pencakar langit yang amat membanggakan.
Hubungan mata pelajaran Sejarah dengan sumbangan terhadap perasaan
patriotism telah disokong oleh ramai tokoh ( Oliver dan Shaver, 1966; Philips, 1998b;
Mohd. Yusof Ibrahim, 2000). Justeru, tidak menghairankan jika dalam konteks
pendidikan di negara kita, tujuan pembelajaran Sejarah dinyatakan sebagai Matlamat
Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia.
( Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Ting. II ,1995, hal. xiii)
Semangat kekitaan, semangat rasa sepunya negara membolehkan pelajar
sayangkan negara, bersatu padu dan berharmoni, bertolak ansur dan bertoleransi,
bekerjasama dan tolong-menolong, hormat-menghormati, bersefahaman dan
bermuafakat, muhibah atau semangat bermasyarakat. Perasaan kekeluargaan akan
dirasai dengan adanya semangat kekitaan. Keselamatan negara dilindungi daripada
ancaman pihak luar yang memporak-perandakan keamanan negara. Khazanah alam
dipelihara dan dipulihara supaya tidak pupus lantaran aktiviti manusia yang tidak
terkawal.
Melalui pendidikan Sejarah, kita bukan saja mempelajari riwayat hidup mereka
yang berjaya dan agung. Malah, kita juga belajar bagaimana sesebuah negara itu
terbentuk dan merdeka seterusnya menjadikan rakyatnya hidup dalam aman dan
sejahtera. Apa yang kita pelajari daripada sejarah menunjukkan kepada kita yang
kehidupan ini melalui liku dan zaman. Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi
kesilapan yang pernah kita alami sebelumnya.
Pendidikan sejarah juga berperanan sebagai alat penting bagi memupuk
perpaduan bangsa dan membina masyarakat yang bersatu padu. Gagasan
negarabangsa Malaysia merupakan usaha menjadikan diri sebagai rakyat Malaysia
yang berkongsi negara dan impian yang serupa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed :
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
17/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 17
Pembentukan bangsa atau nation building melibatkan satu proses yang lama dan
tidak boleh dicapai dalam jangka waktu dua atau tiga puluh tahun sahaja. Perpaduan
yang wujud sekarang perlu dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh
supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah
tergugat.
Tokoh-tokoh sosiologi atau ahli sains sosial abad ke-19 seperti Comte (1798-
1857), Marx (1818-83), Spencer (1820-1903), Durkheim (1858-1917) dan Weber
(1864- 1920), umumnya telah menggunakan konsep pembangunan untuk
menerangkan tentang sejarah manusia dan perubahan yang dialaminya secara
berperingkat ke arah kemajuan. Ramai ahli teori pembangunan menganggap
perubahan sikap dan nilai individu wajib menyumbangkan satu masyarakat, sistem
politik dan ekonomi yang moden (Alejandro, 1975). Pembangunan nilai-nilai patriotisme
di sini bererti penyampaian atau persembahan guru Sejarah kepada nilai-nilai positif
dari aspek unsur-unsur patriotisme di atas yang membawa kepada tamadun manusia.
Sejarah juga boleh dijadikan asas rujukan penting bagi membina aspirasi baru untuk
membangunkan maruah, martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa. Pendidikan
sejarah juga dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara bangsa apabila
dapat mencetuskan inspirasi melalui tema-tema yang terdapat dalam sukatan
kandungan mata pelajaran tersebut.
Melalui kurikulum sejarah juga, sikap berdisiplin diamalkan dan disematkan dalam
diri murid seterusnya terpahat terus sehingga dewasa. Rakyat yang berdisiplin adalah
mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak
secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa,
berakhlak dan berbudi pekerti mulia, mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan
Negara, mematuhi peraturan dan undang-undang berkelakuan sopan, bertatasusila dan
berhemah tinggi, bertindak wajar, bersifat amanah dan jujur serta berlaku adil dan
bertimbang rasa
Kurikulum sejarah juga mengajar murid untuk terus berusaha tanpa jemu
seterusnya menghasilkan warga yang produktif . Mereka yang berusaha dan produktif
adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan
usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
18/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 18
pembangunan negara, serta peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara
seperti isu pemeliharaan alam sekitar.
Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar Melayu,
Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza dan corak
budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk berkomunikasi, saling
mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk memaknakan kemerdekaan tanah
air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, sepanjang waktu melalui
kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini berpunca mereka mengerti asal usul
mereka, hak masing-masing, dan peranan yang perlu dimainkan di dalam negara ini.
Semuanya dirakamkan dalam mata pelajaran Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah juga menyebabkan kita mengenali tokoh tertentu yang
berhasil melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato Onn,
Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman.Rata-rata mereka terlibat dalam
memperjuangkan tanah air daripada dibelenggu penjajah Inggeris.Kecuali Tunku Abdul
Rahman yang berpeluang menjadi Ketua Menteri, kemudian Perdana Menteri ,
pemimpin yang lain hanya mampu mengalirkan keringat demi keselesaan anak watan.
Jika sesetengah negara para pejuangnya bermandikan darah sebelum negara
memperoleh kemerdekaan,tetapi perjuangan kita dengan cara permuafakatan.
Pengetahuan ini menyedarkan kita akan kesenangan yang dinikmati ini dengan keringat
para pejuang silam.
Sebenarnya mempelajari Sejarah juga menambahkan pengetahuan.
Sebagaimana mata pelajaran Geografi,Fizik, atau Kimia berfungsi menggerak minda
menjadikan seseorang pelajar itu berwawasan. Dalam konteks mata pelajaran sejarah,
segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari, sekali
gus mengelakkan kita seperti menjadi katak di bawah tempurung. Pengetahuan ini
mampu mewujudkan rasa kecintaan di dalam diri kita. Sebagai contoh jika mengetahuisejarah Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadium Merdeka, sudah tentu kita akan
menentang jika tempat tersebut dirobohkan kerana hal ini berkait rapat dengan
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, lalu kita mencadangkan agar tempat
tersebut dipulihara sebagai satu bahan bersejarah yang tidak ternilai harganya.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
19/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 19
Refleksi
Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah sebagai
usaha menyemai kefahaman sejarah di peringkat awal yang bertujuan melahirkan
generasi baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah. Tanpa sejarah,
siapalah kita yang boleh hidup dengan aman di bumi tercinta ini.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan
peradaban bangsa semakin dilupakan. Generasi muda hari ini seolah-olah telah lupa
untuk memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik
dan kaum seperti yang diwarisi di Malaysia. Golongan remaja yang tidak menyedari
kepentingan sejarah silam ialah mereka yang tidak memiliki semangat patriotik. Oleh
yang demikian, kerajaan telah memutuskan untuk menekankan betapa pentingnya
metodologi subjek sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan
pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekaligus berjaya mendorong
pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini. Usaha
murni tersebut direalisasikan dalam Pendidikan Sejarah yang akan dimulakan sejak dari
sekolah rendah pada 2014.
Generasi muda kurang berminat pada sejarah kerana beranggapan ia aspek
yang leceh, sukar dan tidak penting. Faktor dibesarkan selepas zaman kemerdekaan
serta hidup dikelilingi kemudahan juga menjadi penyebab mereka enggan
membebankan fikiran dengan fakta sejarah. Sejarah selalunya dianggap aspek berat,
serius selain hanya untuk orang lama, sebab itu kurang mendapat tempat di hati
generasi muda. Pemahaman kurang jelas juga menjadikan mereka tidak berminat,
Golongan muda hari ini lebih suka pada kebebasan. Kecenderungan generasi muda
kepada aspek keseronokan mendorong mereka mengabaikan kepentingan sejarah.
Pendidikan Sejarah menjadi satu mata pelajaran yang membosankan kerana
terlalu banyak fakta yang perlu diingat dalam mata pelajaran tersebut. Ramai pelajarmenghadapi masalah untuk mengingat fakta-fakta tersebut tambahan pula peristiwa
yang berkaitan dengan fakta-fakta tersebut tidak diminati dan tidak sesuai dengan jiwa
mereka. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana bagi
mereka ianya membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup mereka .
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
20/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 20
Pengajaran guru yang bersifat tidak kreatif, bercorak sehala, tidak mewujudkan
peluang interaksi antara guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P) Sejarah menjadi begitu kaku dan membosankan pelajar. Sikap
negatif guru menyebabkan mereka gagal mencerna minda pelajar supaya lebih bersifat
intelektual dan ini menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan semasa P & P
dijalankan.
Penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan
suasana pembelajaran yang menarik. Penggunaan buku teks yang berlebihan
menjadikan pengajaran bersifat stereotaip, kurang daya kreatif dan imaginatif. Guru
yang terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks akan menyebabkan pelajar
kurang berminat terhadap pengajarannya kerana sifat buku teks yang statik dan tidak
bersifat interaktif.
Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan pelajar memperolehi
sumber maklumat yang banyak dan tanpa batasan. Keadaan ini menyebabkan pelajar
lebih suka memilih bahan bacaan atau laman web yang memaparkan sesuatu yang
baru dan tidak bersifat sejarah Malaysia. Pendedahan yang berlebihan terhadap dunia
internet menyebabkan pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman-
laman web yang bersifat hiburan dan permainan (games).
Guru memainkan peranan yang penting untuk menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis dan menciptakan pengajaran yang berkesan
bagi menarik minat dan membantu pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.
Guru bertindak sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.Guru perlu menggalakkan pelajar belajar secara pembelajaran koperatif
yang memerlukan penglibatan pelajar secara aktif untuk berdikari dan membina
pengetahuan sendiri. Melalui pembelajaran ini, pelajar perlu mencari maklumat yang
diperlukan, berbincang dengan rakan untuk membina pengetahuan yang baru dan
mengolahkannya sendiri untuk menjana pengetahuan dan menjadikannya
pembelajaran itu lebih bermakna dan kekal.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
21/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 21
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersifat interaktif perlulah diberi
perhatian kerana ini akan dapat menarik perhatian pelajar mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan multimedia yang bersifat interaktif akan merangsang
minat pelajar mengikuti P&P sepenuhnya. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan
kepentingan penggunaan BBM bersifat interaktif ini, khususnya dalam subjek Sejarah.
Perubahan masa menuntut guru Sejarah lebih berinovasi dan kreatif dalam
mencorakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sejarah perlulah diajar
dalam konteks yang menyeronokkan. Kreativiti dan elemen kreatif perlulah dimasukkan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru seperti mengadakan aktiviti drama,
perbincangan, lawatan tempat bersejarah dan mengadakan temu bual. dalam usaha
menarik minat pelajar kepada subjek Sejarah.
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. TOC adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar
pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik atau aktiviti TOC yang boleh diaplikasikan
ialah teknik awan (the cloud ), teknik sebab dan akibat ( logic branch ), teknik
penyelesaian masalah (problem solving ). Teknik awan adalah satu teknik yang
mengkehendak pelajar memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan
penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak.
Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai
teknik-teknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam
menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian
masalah secara formal kepada mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki .Dalam
pada itu, pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh
menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknikpermainan poker dalam proses pembelajaran koperatif.
Pelajar boleh meringkaskan fakta sejarah menggunakan kemahiran tersendiri
untuk memudahkan mengingati isi penting.Fasa ini penting untuk meransang ingatan
semula apabila diperlukan. Nota bolehlah dibuat dalam pelbagai bentuk antaranya
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
22/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 22
dalam Bentuk Carta Alir, Peta Minda, Jadual Besar, Gambar-gambar Kartun, Akronim,
Penggunaan Kata Kunci dan sebagainya bergantung kepada minat dan kesesuaian
pelajar. Program i-think adalah satu program yang menggalakkan kemahiran berfikir di
kalangan murid-murid mengikut kesesuaian tajuk menggunakan lapan peta pemikiran.
Murid-murid dapat memahami sejarah dengan lebih cepat, mudah dan berkesan
dengan menggunakan peta pemikiran i-think.
Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan
perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar. Terdapat beberapa jenis alat bantuan
mengajar yang boleh digunakan dalam proses P&P. Antaranya bahan bergambar dan
grafik seperti penggunaan fotograf, carta-carta, poster, poskad dan glob, alat pandang
tayang seperti transparensi, slaid, dan filem jalur, alat dengar seperti radio dan pita
rakaman dan alat pandang dengar seperti televisyen dan filem. Selain itu, bahan-bahan
sumber sejarah seperti artifak, dokumen sejarah dan tinggalan arkeologi turut sesuai
digunakan semasa pengajaran.
Untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah, guru boleh
menayangkan filem-filem sejarah seperti Peristiwa Bukit Kepong, Ghandi , dokumentari
seperti Jejak Rasul, Discovery, National Geographic atau mengadakan pameran
bercorak sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan
pelajar.
Selain guru, ibu bapa juga berperanan menerapkan nilai patriotisme dalam diri
anak-anak. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat bersejarah.Contoh tempat
bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh
menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A'
Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana
tokoh zaman dahulu membangunkan negara.Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang
mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-
anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa
merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
23/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 23
Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti
ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh mengajak
pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan
termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan
sebagainya.
Televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang
semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa
dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa
dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan semangat patriotik
Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada tahun 1974,
dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk
semangat patriotisme secara berterusan kepada semua lapisan masyarakat termasuk
anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota
pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara
penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak
mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah
semata mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati,
mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku.
Kita perlu melahirkan generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif
untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya
dapat memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi
muda akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak
dapat menghayati apatah lagi mendukung semangat gagasan 1Malaysia dan
pentingnya perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan
jati diri yang dipelajari melalui ilmu sejarah.
8/13/2019 Pengenalan - Sejarah Sem 5
24/24
NOR HANANI BINTI SAAID700310025674 ( PPG SN B AMBILAN JUN 2011)
SJH 3103 PUAN ZAITON BT MAT NON 24
LAMPIRAN