Post on 24-Oct-2015
description
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
TAJUK :
PENILAIAN KURIKULUM BERKESAN MENJAMIN KEMANTAPAN PENDIDIKAN
PERINCIAN FOTO
TARIKH 14 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)
LOKASI DEWAN PEPERIKSAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PASOH 2, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
JENIS KAMERA NIKON D3100
UKURAN 10.31 CM X 17.37 CM
SAIZ FAIL 3.2 MB
SPEED 3400 FPS
FILTER 52 MM
ISO 120
FLASH TANPA FLASH
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
1.1 Pendahuluan
Gambar foto di sebelah menunjukkan Peperiksaan SPM bagi Matapelajaran Sejarah Kertas 3
di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2, Jempol, Negeri Sembilan sedang dijalankan.
Peperiksaan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula dari jam 8.00 pagi sehingga
11.00 pagi. Foto ini sempat dirakam semasa saya berurusan dengan seorang guru di sekolah
tersebut dan kebetulan peperiksaan ini sedang dijalankan. Saya hanya sempat mengambil
beberapa foto dengan kebenaran ketua pengawas peperiksaan semasa peperiksaan ini
dijalankan bagi memastikan ia tidak mengganggu tumpuan calon menjawab soalan.
Berdasarkan kepada apa yang dapat diperhatikan secara kasar daripada foto ini, proses
penilaian bagi sesebuah kukurikulum memerlukan pentadbiran dan pengawasan yang rapi
bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kualiti penilaian yang
dilakukan. Daripada foto ini juga dapat diperhatikan bahawa persediaan bagi menjalankan
sesebuah penilaian kurikulum memerlukan ruang yang selesa dari segi pencahayaan,
pengudaraan, bunyi dan sebagainya bagi memastikan calon dapat memberi tumpuan yang
baik semasa menjawab soalan serta tidak diganggu atau dipengaruhi oleh faktor persekitaraan.
Kedudukan setiap calon juga dititikberatkan semasa proses penilaian sesebuah kurikulum
dijalankan. Hal ini bagi memastikan tidak terdapat sebarang kemungkinan calon meniru
semasa penilaian dijalankan. Apa yang jelas disini ialah kesahan sesebuah penilaian
ditekankan dan proses penilaian sukar dilaksanakan dengan berkesan sekiranya perancangan
yang rapi gagal dilaksanakan. Daripada foto ini juga dapat diperhatikan, di hadapan dewan
peperiksaan disediakan satu papan putih di mana pada papan tersebut maklumat seperti masa
penilaian bermula dan berakhir, kod matapelajaran, nama matapelajaran dan sebagainya
dinyatakan bagi memastikan calon lebih peka kepada perkara penting bagi penilaian yang
dijalankan. Calon juga diberikan penerangan berkaitan kertas soalan yang diagihkan, etika
semasa menjawab peperiksaan dan sebagainya sebelum peperiksaan dimulakan. Ini adalah
bertujuan mengelakkan berlaku perkara-perkara yang mengganggu kelancaran semasa
penilaian sedang dijalankan dan mengelakkan daripada calon melanggar etika dan undang-
undang peperiksaan.
Menerusi pemerhatian kepada waktu dan tempoh penilaian ini dijalankan pula jelas
menunjukkan bahawa waktu dan tempoh penilaian dijalankan juga amat penting dirancang
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
supaya ia benar-benar bersesuaian dengan sesebuah kurikulum. Apa yang dapat dirungkai
daripada waktu dan tempoh penilaian ini dijalankan ialah, bagi penilaian yang memerlukan
calon membuat penulisan ataupun esei yang panjang seperti bagi penilaian Matapelajaran
Sejarah Kertas 3 ini, waktu pagi adalah amat sesuai kerana tahap kesediaan calon dari segi
mental dan fizikal berada pada tahap tinggi pada ketika ini. Dari segi tempoh masa pula,
peruntukan 3 jam dilihat memadai dengan tahap kesukaran penilaian yang dijalankan.
Penetapan tempoh masa sesebuah penilaian adalah berdasarkan kepada bilangan dan
kesukaran soalan yang hendak diuji dan ia telah ditetapkan oleh pakar-pakar bagi sesebuah
kurikulum atau matapelajaran supaya setiap calon dapat menjawab semua soalan yang
diarahkan dengan baik dan memenuhi kehendak soalan.
1.2 Penilaian Kurikulum
Sesuatu usaha bagi mencapai sesuatu tujuan tidak akan diketahui tanpa adanya penilaian
terhadap usaha tersebut. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti,
memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan
pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang
dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan yang melibatkan
perlaksanaan sesebuah kurikulum. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses
yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Penilaian juga merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada
asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran
di kelas dan makmal dicapai.
Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti
terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan
pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh
secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang
dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara
kita boleh menilai pengajaran guru. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu
pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Secara ringkasnya penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Jadi jelaslah bahawa penilaian adalah amat
penting dalam sesebuah sistem pendidikan di mana keupayaan sesebuah kurikulum dalam
membentuk pelajar ke arah pencapaian jasmani, emosi, rohani dan intektual yang dicita-
citakan dapat diukur.
Daripada foto yang dirakamkan tersebut juga dapatlah difahami bahawa proses
penilaian bagi melihat dan mengukur sejauh mana kebolehan pelajar menggunakan
pengetahuan yang mereka perolehi dari proses P&P sepanjang mereka berada berada di
tingkatan 4 dan 5. Daripada penilaian seperti peperiksaan SPM ini juga, pelajar akan
berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bersesuian dengan
minat dan kebolehan mereka berdasarkan pencapaian yang diperolehi oleh mereka. Jika
keputusan yang diperolehi adalah cemerlang, maka peluang mereka akan terbuka luas dan
sebaliknya bagi pelajar yang mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.
Oleh hal yang demikian proses penilaian yang dijalankan khususnya yang melibatkan
peperiksaan besar seperti peperiksaan SPM ini haruslah dirancang, disusun dan dikendalikan
dengan baik supaya aspek-aspek yang boleh membawa kepada kelemahan bagi peperiksaan
yang dijalankan dapat diatasi.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Sepertimana yang telah sedia maklum juga, penilaian mengandungi aspek pengujian,
pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan
dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti rajah 1.1 berikut.
Rajah 1.1: Prosedur Penilaian
Berdasarkan kepada rajah 1.1 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-
aktiviti utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih
dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap
pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh
menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah,
sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan untuk
membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.
Daripada foto yang disertakan dan rajah 1.1 dapatlah dikaitkan bahawa proses yang
terlibat dalam sesebuah peperiksaan seperti peperiksaan SPM adalah mengikut peringkat-
peringkat sama seperti dalam rajah 1.1. Pada peringkat awal iatu peringkat persediaan, soalan
akan dirangka dan disediakan oleh penggubal soalan yang pakar supaya ianya bersesuaian
untuk menilai dan mengukur kebolehan pelajar. Pada peringkat seterusnya iaitu peringkat
pentadbiran, ujian atau peperiksaan akan ditadbir dengan sebaiknya mengikut etika-etika yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kecurangan yang dilakukan oleh calon serta
membawa kepada kemerosotan kualiti penilaian yang dilakukan. Seterusnya pada peringkat
pemeriksaan dan pengukuran, jawapan-jawapan yang telah dikumpulkan akan diperiksa oleh
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
mereka yang pakar bagi memastikan gred yang diperolehi sesuai dengan jawapan yang
dikemukakan oleh calon. Pada peringkat ini banyak proses yang terlibat seperti prores
penyelarasan, semakan semula dan sebagainya bagi memastikan gred yang diberikan tidak
berlaku bias dan sebagainya. Pada peringkat keempat pula iaitu peringkat analisis, markah
yang diperolehi oleh setiap calon akan dianalisis bagi melihat sejauhmana pencapaian
keseluruhan pelajar dan membuat semakan semula jika perlu serta bagi penambahbaikan
untuk peperiksaan pada masa akan datang. Akhir sekali iaitu pada peringkat interpretasi dan
tindakan, segala output yang diperolehi daripada analisis yang dijalankan akan dibuat
tindakan susulan bagi meningkatkan lagi mutu penilaian pada masa akan datang.
1.2.1 Tujuan Penilaian Kurikulum
Secara khusus, dalam konteks pendidikan, pengujian dan penilaian dilakukan untuk
mengetahui kemajuan dan hasil belajar bagi peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar,
memberikan umpan balik atau perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan
kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh maklumat yang tepat tentang penyelenggaraan
pembelajaran dan keberhasilan belajar bagi peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu
sendiri. Justeru itu, tujuan pengukuran dan penilaian secara khususnya dalah seperti berikut:
(i) Untuk mendapat maklum balas
Maklum balas yang diperolehi adalah penting bagi guru untuk meninjau setakat mana objektif
pelajaran telah dicapai oleh pelajar dan menentukan kemajuan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran. Memberi penjelasan
kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Memberi gambaran kepada guru
supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran selanjutnya.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu
kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam
sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Oleh itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang pelajar dalam bilik
darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal
pasti pelajar yang cergas, dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru
juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih
bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang menggunakan strategi sama dan
sebagainya.
Bagi pelajar-pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi
mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya
akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang
baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Setengah-
setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan
berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.
(ii) Untuk memperbaiki kurikulum
Maklumat daripada penilaian sangat penting untuk meninjau semula objektif dan kurikulum
sekolah. Hasil dari penilaian yang telah dijalankan digunakan bagi memperbaiki kelemahan
sedia ada dengan mengubahsuai kurikulum mengikut kehendak masyarakat, keperluan serta
kemampuan murid-murid. Penilaian juga membantu pemilihan kandungan kursus dan kaedah
pengajaran
(iii) Sebagai penggerak atau motivasi
Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar-pelajar. Dengan adanya ujian,
pelajar-pelajar cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran
lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian.
Begitu juga keadaan pelajar-pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan
mendesak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang
berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan pelajar berusaha mencapai
terhadap objektif-objektif itu.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
(iv) Sebagai alat mencari punca kelemahan
Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan pelajar dalam pembelajaran.
Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan. Selain itu,
untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan
yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah
dikenal pasti. Seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.
(v) Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan pelajar
Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan pelajar-pelajar
tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh
pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar
Tahun 6, Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Tingkatan 3, Penilaian Menengah
Rendah(PMR) dan Tingkatan 5, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah bertujuan untuk
menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah
pelajar-pelajar kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan
memfokuskan kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada
pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.
Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut
gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat
membezakan pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.
(vi) Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar.
Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
penilaian dan menguji pelajar-pelajarnya bagi meninjau sejauh manakah mereka telah
menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari.
Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka
masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru
mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam
mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di dalam bilik
darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang
menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar dan mengenal pasti punca masalah tersebut
berlaku.
Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus
atau pemerhatian yang lebih kepada pelajar-pelajar berkenaan supaya masalah yang dihadapi
dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan
atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan cara ini aktiviti serta
isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan pelajar berkenaan.
Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana
persekolahan.
(vii) Bagi pensijilan atau pengkelasan
Pelajar-pelajar di peringkat UPSR, PMR dan peringkat SPM akan menerima sijil-sijil yang
berkenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, adalah jelas
satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil tersebut
bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan tersebut. Pelajar-pelajar juga
dapat dibahagikan kepada kumpulan atau kelas mengikut keputusan ujian dan kebolehan.
Guru juga perlu untuk mebuat laporan tentang kemajuan pelajar kepada ibubapa dan prestasi
sekolah kepada orang ramai.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan
universiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan
dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diploma dan ijazah
juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka yang berjaya dalam
peperiksaan mengikut prestasinya.
(viii) Bagi membuat ramalan
Penilaian juga berguna untuk meramalkan kejayaan pelajar pada masa akan datang atau
sebagai alat prediksi. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa
memilih calon-calon bagi sesuatu kursus, latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan
seperti Ujian Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak politeknik
setempat, ujian kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk memilih
para jurutera (penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Angkatan Tentera semasa
memilih para pelatih juruteknik dan sebagainya.
Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat
ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan pelajar. Contoh dari penilaian ini adalah ujian
bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian prognostik akan digunakan
oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar.
1.2.2 Perancangan Penilaian Kurikulum
Mengapa sesuatu penilaian itu perlu dirancang sebelum dilaksanakan? Apakah
kepentingan untuk merancang penilaian? Bagaimana untuk merancang sesuatu penilaian?
Sesuatu penilaian itu perlu dirancang dengan baik untuk memastikan penggubalan
penilaian dan soalan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sejajar
dengan objektif pembelajaran dan pendidikan. Perancangan ini boleh dianggap sebagi plan
perancangan “blueprint” terhadap penilaian dan ujian yang bakal dijalankan sama ada untuk
mengambilkan penilaian pada sepanjang sesi pembelajaran atau untuk topik-topik tertentu
sahaja. Penilaian merupakan proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran penilaian boleh dijelaskan sebagai proses sistematik untuk
menentukan sejauhmana objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Penilaian yang tepat
dan berkesan adalah bergantung kepada pembinaan ujian yang baik yang merangkumi ciri-ciri
utama seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran
(Lee & Mok, 1989).
Melalui pernyataan di atas, jelaslah bahawa perancangan bagi sesuatu penilaian lebih-lebih
lagi bagi peperiksaan SPM perlulah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira segala
aspek sebelum ia dilaksanakan. Hal ini sejajar dengan objektif sesebuah penilaian itu
dilakukan.
1.2.3 Ciri-Ciri Utama Penilaian Kurikulum Yang Baik
Penilaian bergantung kepada data yang diperolehi dari keputusan pengujian. Keberkesanan
penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut prinsip-
prinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Dengan kata lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan
perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian.
Sesuatu ujian yang baik pula dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri.Ciri tersebut
ialah keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.
(i) Keesahan
Keesahan ialah ciri asas bagi semua ujian penilaian. Keesahan bermaksud benar dan
tepat. Keesahan dalam sesuatu ujian menunjukkan setakat mana sesuatu ujian dapat mengukur
apa yang sepatutnya ia mengukur. Ini bermaksud, ciri keesahan ini merujuk kepada setakat
mana sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Ujian yang mempunyai ciri keesahan ini
boleh dikatakan ujian yang sah, kerana ia dapat menjamin bahawa ujian itu benar-benar
menguji perkara-perkara yang harus diuji dan tidak lain daripada itu.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Ciri keesahan ujian penilaian dalam pengujian mengandungi beberapa jenis yang
bergantung kepada tujuan menguji. Di antaranya ialah keesahan isi, keesahan gagasan,
keesahan ramalan, dan keesahan serentak (Mok Soon Sang, 2009).
Menurut Butler dan McMunn (2006), sesuatu ujian adalah ’reliable’ apabila markah
yang ditunjukkan adalah konsisten dalam masa dan situasi yang berbeza. Jawapan lebih yang
diberikan mempunyai markah yang lebih kurang sama tidak kira bila ujian tersebut dijalankan
dan pelajar memperolehi markah yang lebih kurang sama tidak kira soalan apa yang ditanya
dari ujian tersebut. Sesuatu ujian itu adalah sah apabila dapat mengukur apa yng hendak
diukur.
Arahan awal untuk sesuatu ujian adalah sah jika ramalan tentang pelajar adalah benar.
Bagi mencapai kesahan yang tinggi, penggunaan pelbagai metod dalam pengujian dan lihat
kepada konsistensi keputusan ujian tersebut (McMillan, 2007).
(ii) Kebolehpercayaan
Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian penilaian adalah merujuk kepada pencapaian yang
ketekalan. Ini bermakna seseorang calon yang mendapat markah sebanyak 90% di dalam
suatu ujian dan juga mendapat markah yang sama atau hampir sama jika ujian itu diberikan
selepas beberapa hari atau seminggu, maka ujian itu dikatakan memperolehi ciri
kebolehpercayaan.
Pada lazimnya, adalah sangat sukar bagi kita membentuk satu ujian yang mempunyai
ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang
berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti bilangan soalan, emosi, kesihatan calon,
keadaan persekitaran, tempat ujian dan cara memeriksa. Oleh itu, untuk meningkatkan ciri
kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian dapat ialah dengan memberikan bilangan soalan yang
berpatutan. Biasanya semakin banyak bilangan soalan, maka semakin tepat mengukur
ketekalan pencapaian pelajar itu, kerana pertambahan soalan itu akan dapat mengurangkan
peluang pelajar untuk meneka jawapan.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
(iii) Keobjektifan
Ciri seterusnya adalah ciri keobjektifan. Ciri ini merujuk kepada kebolehan pemeriksa untuk
memberikan markah yang sama kepada jawapan-jawapan yang sama mengikut skema
pemarkahan yang telah ditetapkan. Ia bermakna kandungan dan format bagi ujian haruslah
seakan sama. Kepiawaian dalam soalan boleh mengurangkan kesilapan dalam keputusan ujian
(Tahir, 2012). Sekiranya keseragaman pemberian markah tinggi, maka semakin tinggi tahap
keobjektifan soalan tersebut. Oleh itu, tahap keobjektifan soalan bergantung kepada ketepatan
pemeriksa memeriksa jawapan calon. Keobjektifan bagi soalan adalah tinggi sekiranya dua
pemeriksa memberi markah yang sama pada skrip jawapan yang sama mengikut skema.
Jika dilihat berdasarkan penyataan diatas, ujian jenis ujian objektif dan ujian jenis
respons terhad adalah jenis ujian yang mempunyai tahap keobjektifan yang tinggi. Ujian
objektif merujuk kepada ujian pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan,
menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas (ahmadashfaq,
2009). Kedua jenis ujian ini mempunyai keobjektifan yang tinggi adalah kerana jawapan bagi
soalan yang ditanya hanyalah satu sahaja dan pemberian markah tidak dipengaruhi oleh emosi
atau pendapat pemeriksa tersebut.
Berbanding ujian jenis subjektif respon bebas seperti soalan esei, tahap keobjektifan
bagi ujian jenis ini adalah rendah kerana jawapan yang diberi adalah pelbagai dan semua
pemeriksa boleh memberikan markah yang tidak sama kepada jawapan yang diberi.Ini kerana
soalan yang diberikan tiada satu sahaja jawapan yang betul seperti ujian objektif. Oleh itu,
dua orang pemeriksa boleh memberikan markah yang berbeza bagi jawapan yang berbeza dari
soalan yang sama. Namun, jawapan yang berbeza ini tidak semestinya salah dan markah
masih diberi kepada calon. Ini tidak mewujudkan kepiawaian dalam jawapan yang diberikan
oleh calon peperiksaan dan menyebabkan ciri keobjektifan bagi ujian jenis ini adalah rendah.
Namun, tahap keobjektifan ini boleh ditingkatkan melalui beberapa cara. Antaranya
adalah dengan menyediakan skema pemarkahan secara analitik iaitu isi-isi penting diberikan
markah yang berpatutan dan dijadikan sebagai panduan dalam jawapan seterusnya.Ini adalah
bagi ujian subjektif yang menggunakan soalan esei yang mana isi-isi penting diberikan sendiri
oleh calon dan juga penerangan yang mengikut kefahaman sendiri calon.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Seterusnya tahap keobjektifan juga boleh ditingkatkan melalui mesyuarat
penyelarasan atau latihan pemeriksaan yang diadakan sebelum ujian dilaksanakan. Ini akan
dapat memberikan satu pemahaman yang sama kepada setiap pemeriksaan terhadap jawapan
yang akan disemak sekaligus memberikan markah yang sama kepada jawapan dengan konteks
yang sama. Oleh itu, markah yang diberikan juga akan lebih selaras antara pemeriksa yang
berbeza.
Tahap keobjektifan yang tinggi bagi satu ujian adalah penting kerana ianya dapat
mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa penandaan kertas jawapan oleh pemeriksa. Ini
kerana, melalui skema pemarkahan yang disediakan sebagai salah satu cara meningkatkan
keobjektifan, pemberian markah akan lebih terarah kepada jawapan yang sama bagi soalan
tersebut. Keobjektifan yang tinggi mempengaruhi kepada kebergantungan bagi ujian yang
dijalankan (Gronlund dan Linn, 1998). Selain menyediakan skema jawapan, keobjektifan ini
juga ditingkatkan dengan pembinaan struktur ayat yang betul dan teratur bagi setiap item. Ini
bagi memudahkan setiap calon memahami kehendak soalan dengan kefahaman yang sama.
Dengan meningkatkan keobjektifan ini, kebergantungan soalan dapat ditingkatkan tanpa perlu
mengorbankan keesahan ujian yang dijalankan (Gronlund, 1998).
(iv) Kebolehtadbiran
Ciri seterusnya adalah kebolehtadbiran yang mana ciri ini melihat kepada praktikaliti ujian
tersebut. Ia melibatkan dari proses penyediaan soalan sehinggalah kepada proses pemberian
markah. Ia juga merujuk kepada kelicinan perlaksanaan ujian semasa di dalam dewan
peperiksaan yang mana ianya mestilah tidak menyusahkan calon peperiksaan itu sendiri.
Tahap kebolehtadbiran yang tinggi mampu memberikan hasil pencapaian pelajar yang tinggi
kerana pelajar berasa selesa untuk menjawab soalan tanpa sebarang gangguan dari luar.
Kebolehtadbiran ini dilihat dari beberapa aspek iaitu pemberian arahan yang jelas.
Arahan ini disampaikan oleh pengawas peperiksaan kepada calon dan dapat difahami oleh
calon dengan baik. Masa bagi ujian dijalankan juga haruslah mencukupi bagi calon untuk
menjawab soalan. Ia bersesuaian dengan keperluan soalan yang perlu dijawab oleh calon.
Selain itu, markah yang diberikan bagi setiap item dalam ujian haruslah sesuai dengan tahap
pengujian soalan tersebut. Pemberian markah ini juga boleh membantu calon untuk
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
menganggar sejauh mana jawapan harus diberikan. Semasa peperiksaan berlangsung,
kebolehtadbiran dilibat dari segi semasa pengedaran kertas soalan dan kertas jawapan,
penyusunan kerusi dan meja yang selesa dan bersesuaian dan juga setelah peperiksaan selesai
yang mana melihat kepada proses pengutipan kertas jawapan dan juga kertas soalan.
Kelancaran dan kelicinan proses ini dilihat dan dipastikan bagi memberikan kemudahan
kepada calon peperiksaan.
Kebolehtadbiran ini boleh ditingkatkan melalui beberapa cara. Ia bermula dengan
pembinaan item soalan yang mana item haruslah diberikan masa yang mencukupi untuk calon
memberikan jawapan. Item dengan aras kesukaran yang tinggi memerlukan masa yang lebih
lama bagi calon untuk memberikan jawapan yang terbaik. Calon perlu mengetahui masa yang
ada untuk menjawab soalan bagi merancang pengagihan masa tersebut. McMillan (2007),
dalam penulisannya menyatakan adalah lebih baik sekiranya calon diberi lebih masa untuk
menjawab soalan sewaktu peperiksaan. Ini bagi mengelakkan calon terburu-buru ketika
menjawab. Rasa terburu-buru ini boleh mewujudkan perasaan gementar pada calon. Ini secara
tidak langsung akan menghalang calon untuk memberikan jawapan yang terbaik berdasarkan
kebolehan mereka. Oleh itu, item yang dibina haruslah bersesuaian dengan masa yang
diperuntukkan bagi ujian tersebut.
Dari segi penyediaan tempat peperiksaan pula, penyusunan meja dan kerusi mestilah
mengikut peraturan yang benar dengan jarak antara meja yang bersesuaian. Selain
memastikan keselesaan calon, ia turut memastikan calon tidak meniru semasa peperiksaan
sedang dijalankan. Ia juga memudahkan pihak pengawas peperiksaan untuk membuat
pemeriksaan atau mengawal keadaan tempat peperiksaan. Selain itu, pengedaran dan
pengutipan kertas jawapan juga mestilah dilakukan dengan sistematik dan melancarkan lagi
proses pemeriksaan. Untuk mengelakkan peniruan, penyusunan tempat duduk yang sistematik
dan juga penggunaan lebih dari satu bentuk soalan seperti aneka pilihan, padanan dan
betul/salah dapat menyukarkan pelajar untuk meniru (McMillan, 2007).
Keadaan tempat peperiksaan turut mempengaruhi kebolehtadbiran. Persekitaran
dewan peperiksaan atau bilik haruslah dapat membantu meningkatkan prestasi calon. Faktor
seperti pencahayaan yang mencukupi, pengudaraan yang lancar dan juga suhu yang
bersesuaian haruslah dititikberatkan. Selain itu, keadaan sekeliling dewan peperiksaan
hendaklah tidak terlalu bising kerana ianya boleh mengganggu konsentrasi calon untuk
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
menjawab soalan. Sebagai pemeriksa, papan tanda “PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN.
SILA SENYAP” boleh diletakkan diluar kawasan dewan peperiksaan bagi memastikan tiada
bunyi bising dari luar semasa peperiksaan berlangsung (McMillan, 2007).
Akhir sekali, pengawas yang bertugas memberikan arahan kepada pelajar hendaklah
memberikan arahan dengan jelas dan dapat difahami oleh calon. Sekiranya kesemua proses
pengujian dari peringkat awal pembinaan soalan hingga peringkat akhir pemeriksaan kertas-
kertas jawapan dapat dilakukan dengan lancar dan kos yang rendah, ujian tersebut dikatakan
mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi.
Berdasarkan kepada foto yang disertakan menunjukkan bahawa dari segi aspek
kebolehtadbiran bagi peperiksaan SPM yang sedang dijalankan ini adalah sangat baik dan
memenuhi ciri-ciri kebolehtadbiran yang tinggi. Perkara ini adalah amat perlu ditekankan
kerana ciri kebolehtadbiran yang rendah akan menjejaskan kualiti penilaian yang dilakuka dan
objektif penilaian diadakan tidak dapat dicapai dengan baik.
(v) Kemudahtafsiran
Ciri yang terakhir bagi ujian yang baik adalah kemudahtafsiran. Ciri ini merujuk kepada tahap
hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian.Keputusan
ujian haruslah mudah dikumpulkan dan pemeriksa dapat membuat pentafsiran untuk
mendapatkan gambaran yang jelas dan tepat mengenai hasil pencapaian calon tersebut.
Kebolehtafsiran sesebuah ujian itu secara amnya melihat kepada hasil dapatan
daripada pemarkahan calon. Markah yang diperolehi haruslah boleh dikira secara statistik
yang mana nilai min, sisihan piawai, skor piawai z dan t-test boleh diperolehi melalui nilai
markah calon. Nilai statistik yang ditafsirkan ini boleh memberi gambaran dan jawapan
terhadap tujuan ujian dijalankan. Ujian yang mempunyai kebolehtafsiran yang tinggi adalah
apabila nilai-nilai statistik ini dapat dikumpulkan dengan mudah daripada data-data yang
dikumpulkan seperti markah pemeriksaan calon.
Hasil keputusan ujian calon yang dikumpulkan dan seterusnya ditafsirkan akan dapat
memberi gambaran mengenai pencapaian pelajar dalam kelas. Ini sekaligus dapat
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
memberikan gambaran mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar dari segi akademik mereka.
Guru juga dapat menentukan samada objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau
tidak. Sekiranya pelajar dapat memberikan jawapan yang betul, bermakna pelajar faham
mengenai subjek yang dipelajari sekaligus membuatkan objektif pengajaran tercapai.
Begitu juga dengan kesesuaian strategi, alat/bahan bantu mengajar dan kesesuaian aras
kesukaran untuk menguji isi pelajaran yang digunakan juga boleh ditafsirkan. Kesesuaian alat
dan strategi ini akan membantu dalam meningkatkan lagi pencapaian pelajar. Guru juga boleh
menggunakan hasil dapatan ini untuk membuat perbandingan antara jenis ujian yang
digunakan dari segi kesesuaian dan keberkesanannya. Kesesuaian ini mungkin dipengaruhi
oleh kesesuaian subjek dan juga peringkat usia pelajar. Guru boleh mencuba untuk mencari
jeins ujian yang terbaik bagi menguji pelajar secara sepenuhnya. Oleh itu, adalah penting bagi
satu-satu ujian penilaian itu untuk mempunyai tahap kebolehtafsiran yang tinggi kerana ianya
dapat memberikan banyak maklumat kepada guru dan pelajar sendiri.
Ciri kemudahtafsiran bagi peperiksaan SPM yang sedang dijalankan berdasarkan
kepada foto ini akan dapat dikenalpasti setelah pemeriksaan terhadap skrip jawapan setiap
calon dan setelah dianalisis dengan terperinci. Berdasarkan kepada perancangan atau jangkaan
daripada Kemeneterian Pendidikan Malaysia, keputusan bagi peperiksaan SPM ini akan dapat
diketahui sekitar bulan Mac 2014 dan melalui keputusan yang diperolehi itu ciri
kebolehtafsiran peperiksaan SPM bagi Matapelajaran Sejarah Kertas 3 ini akan dapat
dikenalpasti. Samada penambahbaikan untuk peperiksaan pada masa akan datang perlu
dilakukan atau tidak juga bergantung kepada pengenalpastian yang dibuat tersebut.
1.3 Penambahbaikan Kurikulum Setelah Penilaian
Setelah sesebuah penilaian terhadap kurikulum dilakukan dan daripada keputusan analisis
yang diperolehi, maka cadangan samada penambahbaikan kurikulum perlu dilakukan atau
sebaliknya akan diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab di peringkat atasan iaitu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan pendidikan
dengan menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan
mutu pendidikan negara sesuai dengan pembangunan negara abad ke 21. Perubahan corak
sistem pendidikan masa kini amat mencabar dari aspek peranan pendidikan serta persekitaran
yang perlu dihadapi oleh organisasi pendidikan di Malaysia. Hal ini dilakukan bagi memenuhi
segala aspek penting dalam memastikan sistem pendidikan negara kita dan kurikulum yang
disediakan setanding dengan negara-negara luar. Penambahbaikan terhadap kurikulum akan
dilakukan setelah penilaian terhadap kurikulum tersebut dilakukan. Namun begitu, proses
perlaksanaan penambahbaikan kurikulum ini menghadapi cabaran-cabarannya yang tersendiri
dan memerlukan pendekatan yang khusus untuk melaksanakannya. Berikut adalah beberapa
cabaran dalam pelaksanaan transformasi pendidikan di Malaysia.
(i) Pentadbir pendidikan
Kejayaan pelaksanaan penambahbaikan kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana
pentadbir pendidikan melibatkan seluruh organisasi dalam membuat keputusan, merancang,
menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baharu. Penambahbaikan dalam
kurikulum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir
pendidikan. Walaubagaimanapun, pentadbir pendidikan adakalanya terpaksa berhadapan
dengan beberapa cabaran yang berhubungkait dengan proses penambahbaikan pendidikan.
Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan
dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir dan guru tidak mempunyai pilihan
melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan.
Tugas besar yang menanti pentadbir pendidikan seperti Guru Besar adalah untuk
menjayakan penambahbaikan kurikulum dan pembaharuan pendidikan bagi meningkatkan
kualiti pendidikan negara. Senario ini menuntut para pentadbir pendidikan untuk memahami
dasar dan wawasan pendidikan, memiliki kompeten dan menjiwai profesyen kepengetuaan.
Cabarannya adalah untuk menterjemahkan penambahabaikan kurikulum ke dalam tindakan
melaksanakannya di sekolah. Usaha ini amat perlu bagi memastikan kelestarian kepimpinan
dan kualiti serta kecemerlangan pendidikan terlaksana. Guru Besar dan sekolah perlu bersedia
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
untuk melaksanakan tanggungjawab menterjemahkan segala proses dan aktiviti
penambahbaikan tersebut.
(ii) Paradigma guru dalam menghadapi penambahbaikan kurikulum
Penambahbaikan dalam kurikulum melibatkan sikap dan pemikiran guru. Persoalannya,
sejauh manakah guru mempunyai pemikiran dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha
inovasi yang dirancang dan sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan
dilaksanakan dalam bilik darjah? Paradigma guru perlu diubah daripada menerima kepada
mencipta atau mencari, ketaatan kepada komitmen, individu kepada perkongsian, rutin
kepada inovatif dan kreatif, reaktif kepada proaktif dan dari pasif kepada progresif.
Persepsi umum guru bahawa setiap penambahbaikan kurikulum bermakna
penambahan beban tugas dan tanggungjawab dalam pengajaran. Cabaran guru ialah
menghayati dan menguasai struktur kurikulum dan pendekatan mengajar yang melibatkan
pelajar menakul selain dari membaca, menulis dan mengira. Konsep pedagogi bestari
mengutarakan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti pembelajaran
konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran masteri. Amalan pengajaran dan pembelajaran
juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan
pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang
berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan
pembelajaran. Globalisasi yang berasaskan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di
kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik
darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk
minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping
menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Penambahbaikan kurikulum menuntut guru kepelbagaian kepakaran. Guru perlu mantap
dalam penguasaan pengetahuan kandungan pedagogi. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlu diberi latihan
yang selaras dengan hasrat dan keperluan kurikulum. Penambahbaikan kurikulum akan
mengubah persekitaran dan norma pendidikan berlaku di dalam dan luar bilik darjah. Peranan
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
guru semakin ditekankan dalam pembentukan individu yang holistik sifatnya dan mencapai
aspirasi dan hasrat pendidikan negara.
(iii) Persekitaran pembelajaran
Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha penambahbaikan kurikulum dan
pendidikan. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang
menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran
mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra
pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang
optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini
berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih
baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan
akademik.
1.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa penilaian terhadap sesebuah kurikulum atau
sistem pendidikan yang berkesan akan dapat menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.
Proses dalam membuat penilaian ini memerlukan penelitian yang khusus dari peringkat awal
lagi dalam memasikan objektif pendidikan tercapai. Melalui penilaian terhadap kurikulum
juga penambahbaikan yang perlu juga dapat dikesan bagi memastikan pendidikan yang
disediakan terus mantap.
Melalui foto yang disertakan pelbagai huraian berkaitan penilaian kurikulum atau
pendidikan dapat diterjemahkan. Penilaian yang baik adalah penilaian yang memenuhi segala
prosedur dan etika yang telah ditetapkan. Tanpa sebarang bentuk penilaian dilakukan maka
sejauhmana kemampuan dan kualiti sesebuah kurikulum atau pendidikan tidak akan dapat
diketahui dan ini sekaligus menjadikan kurikulum dan pendidikan yang disediakan tidak
memberi apa-apa makna.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Rujukan
Abdul Ghafar, M. N. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Universiti
Teknologi Malaysia.
Ahmadasyfaq (2012). BMM-3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Dicapai dari
Ahmada syfaq.blogspot.com dicapai pada November 21, 2013.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu
Pendidikan Jasmani. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Butler, S. M. & McMunn, N. D. (2006). A Teacher’s Guide to Classroom Assessment:
Understanding and Using Assessment to Improve Student Learning. 1st Edition. United
Stated: Josseybass.
Gronlund, N. E. dan Linn, R. L. (1998). Measurement and Assessment in Teaching 7th Ed.
Prentice-Hall: London.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur. Longman.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Lee. S.M. dan Mok. S.S. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
McMillan, J. H. (2007). Classroom Assessment : Principle and Practice for Effective
Standards-Based Instruction. 4th Edition. United States: Peason.
Mok Soon Sang (2009). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran.Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.
Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur:
DBP.Company.
Musa, N. (2011). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Open University Malaysia.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
Nordin, T. (2011). Ujian. Dicapai dari
http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/3-ujian.pdf pada
November 21, 2013
Ruddell, R.B. 1974. Reading-Language Instruction: Innovative Practices. Englewood Cliffs,
N.J.: Prentice-Hall.
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PERINCIAN FOTO 1
1.1 PENDAHULUAN
1.2 PENILAIAN KURIKULUM
1.2.2 TUJUAN PENILAIAN KURIKULUM
1.2.2 PERANCANGAN PENILAIAN KURIKULUM
1.2.3 CIRI-CIRI UTAMA PENILAIAN KURIKULUM YANG BAIK
1.3 PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM SETELAH PENILAIAN
1.4 KESIMPULAN
2
3
6
10
11
17
20
RUJUKAN 21
RAJAH
RAJAH 1.1 : PROSEDUR PENILAIAN 5
LAMPIRAN
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124
November 25, 2013
mbe 22503 : pembangunan kurikulum dalam ptv
LAMPIRAN
MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED – GB120124