Post on 25-Jan-2016
description
Penjelasan tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa
Melayu.
STRATEGI
KONSEP STRATEGI
Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada
kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik
dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Di
dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik
mengajar yang telah disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah
rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk
menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan
murid.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini
juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-
kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam
kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains,
matematik, sejarah, dan lain-lain.
PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti
bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh
diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka
masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan
maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat
daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah
mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat
dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama
ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat
dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.
Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid
dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap
yang lebih tinggi.
Rumusan
Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.
PENDEKATAN
KONSEP PENDEKATAN
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan
dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam
pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan
yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
Induktif
Deduktif
Eklektik
Komunikatif
INDUKTIF
Pendekatan indukif bermula daripada spesifik kepada umum. Menurut J.M
Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab
atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru
akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus
sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan
oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi
menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu.
Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan
contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh
guru. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan.
DEDUKTIF
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P
diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan
terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum
kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid
bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi
Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu
memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus,
hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada
contoh-contoh khusus. Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif
pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka
dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi
membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan
segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-
satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan
menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk
kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-
mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai
mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P
dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan
generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru
memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan
contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih
kepada pendekatan deduktif. Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat
mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif. Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu
mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.
KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita
ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui
pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan
komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan
berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat
pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya
ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain
itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa
yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan
dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju
arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah
pengajaran.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan
Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan
peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju
mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan
dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak
masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif,
jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami
konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong
minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk
menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam
kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.
Pembelajaran berasaskan aktiviti
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat
dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu
di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak
sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa
sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang
untuk mengukuhkan pembelajaran.
Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti
permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru
ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid
dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan
menggunakan bahasa dan aks.
KAEDAH
DEFINISI KAEDAH
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak
jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga
digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).
Kaedah Penerangan
Kaedah Natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi
komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan
tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada
analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori
tatabahasa tertentu.
Kaedah Nahu
Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar
memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis
menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan
pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.
Kaedah Terus Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald
Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama
dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih
pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah
terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan
psikologi kanak-kanak.
Kaedah Ajuk
Hafaz
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara
demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus
berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata
melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya
diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.
Kaedah
Linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa
moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara
dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus
tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping
aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-
lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.
Kaedah
Kod
Kognitif
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna.
Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus
mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-
hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
Kaedah
Bahasa
Komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language
Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang
diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-
rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori
CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah
bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model
abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa
bahasa itu.
Kaedah
Oral-
Aural
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar
memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu
Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran
menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan
kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan
menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan
asing melalui pengalaman dalam bahasa.
TEKNIK
DEFINISI TEKNIK
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.Menurut Edward M.
Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan
suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik simulasi
Teknik drama
Tujuan Teknik
Menarik minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg
menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh
digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran
bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran
bahasa kedua.
Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi
pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada murid mengalami
sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca
dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber
motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah
dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya
mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan
yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan
latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif
dan bukan pembelajaran secara analitis.
Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan
bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita
hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan
cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah
untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat
mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping
dapat menyuburkan sahsiah murid.
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN
TEKNIK
STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
Berdasarkan Bercorak abstrak Bersifat konkrit Lebih khusus
pertimbangan
terhadap teori
pembelajaran,
pendekatan kaedah
dan teknik mengajar
atau spesifik
Rancangan yang
teratur untuk
mencapai matlamat
atau kejayaan
Satu pandangan,
pendirian,
pegangan atau
falsafah bagi
melihat, memahami
dan mendekati
sesuatu perkara.
Cara mengajar
yang disusun dan
dilaksanakan
untuk mengajar
kemahiran
bahasa.
Wujud dalam
bentuk aktiviti,
strategi atau
taktik dan
bahan atau
alat yang
berkaitan.
Strategi berpusatkan
guru
Strategi berpusatkan
murid
Strategi berpusatkan
bahan
Strategi berpusatkan
masalah
Pendekatan
empirisis
Pendekatan
komunikatif
Pendekatan induktif
Pendekatan
deduktif
Pendekatan elektik
Pendekatan tematik
Pendekatan
kontruktivisme
Pendekatan
masteri
Pendekatan
Kaedah tubi
Kaedah terus
Kaedah tentera
Kaedah dengar
dan sebut
Kaedah
terjemahan
Kaedah bersiri
Teknik kloz
Teknik bacaan
nyaring
Teknik
bercerita
Teknik drama
Teknik korus
Teknik dialog
kontekstual
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan keutamaan di dalam
bilik darjah bagi setiap murid. Oleh itu, murid yang mumpunyai pemikiran yang tinggi
boleh dilahirkan dengan adanya panduan untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Maka, kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid berfikir dengan berkesan,
kreatif dan efektif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga, pengajaran
hendaklah dirancang mengikut perancangan yang telah ditetapkan berdasarkan prinsip-
prinsip yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, untuk melahirkan modal insan
yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan berkepimpinan. Tuntasnya, seorang
guru Bahasa Melayu harus sentiasa bersedia dan dipenuhi dengan pengetahuan yang
cukup dan pegangan hidup yang kuat bagi menyumbang kepada pembangunan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.