Post on 14-Dec-2015
description
RUMUSAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat penting bagi
membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dalam usaha
menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah. Proses penubuhan ini memerlukan
maklumat-maklumat, masa, tenaga dan sumber kewangan yang besar untuk dilaksanakan.
Penganalisisan persekitaran yang teliti perlu ditimbangkan dari segala aspek
perancangan dengan menggunakan kekuatan yang ada, mengatasi kelemahan,
mengelakan ancaman dan merebut peluang. Semua ini perlulah dipertimbangkan. Analisa
kekuatan seperti tenaga,peruntukan kewangan, maklumat murid, sumber maklmuat murid,
kerjasama dengan individu, masyarakat dan organisasi perlulah dititikberatkan.
Bagi analisis kelemahan pula seperti tiada kerjasama antara guru dengan murid,
murid dengan murid atau guru dengan guru, sumber peruntukan terhad, kelemahan
organisasi perlulah dianalisa dan diatasi. Begitu juga analisa peluang yang ada bagi murid
yang bermasalah perlu juga diambil kira supaya perancangan penubuhan unit Bimbingan
dan Kaunseling sekolah mencapai matlamat dan objektifnya.
Selain itu, analisa ancaman seperti persekitaran negatif yang mengancam murid-
murid dengan budaya buli, dadah dan sebagainya perlu diatasi. Melalui Unit Bimbingan dan
Kaunseling, murid akan dibantu untukmenghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan
bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-
maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi
keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi
segala masalah di sekolah.