Post on 05-Jul-2015
description
PERBANDINGAN KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE SELANGOR DAN KELANTAN
SELANGOR: Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008
KELANTAN: Kaedah Peguam Syarie 2000
1-Kelayakan Peguam Syarie
SELANGOR
Kelayakan
Peguam Syarie (KAEDAH 8)
Subkaedah (1)
Beragama Islam
Warganegara Malaysia
Tidak bankrap
Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil
Tidak dipecat, tidak digantung-peguambela/cara
Ada Ijazah Sarjana Muda Syariah ( tertakluk kepada subkaedah 2)
Peguambela/cara dan ada Dip Lepasan Ijazah Undang-Undang Syariah
dan amalan dan ada latihan dalam kamar selama tidak kurang 3 bulan.
Lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya.
Subkaedah (2)
I.S.M Syariah (exc:UIA) mesti ada:
i. Dip. Undang-Undang Pentadbiran Kehakiman dari UIA atau
ii. Dip. Lepasan Ijazah dan
iii. Telah tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan
I.S.M Undang-Undang dan I.S.M. Undang-Undang (Syariah) UIA-
tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan. *Jawantankuasa dengan
budibicara boleh memendekkan atau mengecualikan apabila
permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan.
Subkaedah (3)
Latihan dalam kamar mestilah diselia oleh Peguam Syarie yang sedang
aktif bagi tempoh tidak kurang dari 7 tahun.
Subkaedah (4)
Penasihat Undang-Undang Negeri dan Peguam Persekutuan yang
dilantik bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dianggap telah dilantik
sebagai peguam syarie bawah kaedah ini dan kaedah 9 dikecualikan.
KELANTAN
Kelayakan
Peguam Syarie (KAEDAH 9)
Beragama Islam:
i. Berkelayakan yang ditetapkan bawah s18(2) EPMS 1982
ii. Menjadi anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
Persekutuan.
iii. Dilantik di bawah S3 Akta Bantuan Guaman 1971
iv. Menjadi peguambela/cara yang didaftarkan dibawah Akta Profesional
Undang-Undang 1976
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas
Lulus Sijil Peguam Syarie bagi peguambela/cara.
Tidak bankrap
Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil
2-Proses Permohonan Perlantikan Peguam Syarie
SELANGOR
Kaedah 9
Isi borang yang ditetapkan di Jadual 1 dan kemukakan kepada
Pengerusi Jawatankuasa.
Hendaklah disokong oleh 2 orang:
i. Peguam Syarie
ii. Peguambela/cara yang berdaftar Akta Profesional Undang-
Undang 1976
iii. Ahli DUN
iv. Peg. Kerajaan dalam kump. A
Selepas diakuterima oleh Pegerusi Jawatankuasa, salinan hendaklah
ditampal di setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama sebulan.
Fi Pemprosesan Tiada
Pemohon yang telah lulus temuduga perlu memfailkan permohonan penerimaan
masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor dengan fi sebanyak RM159.00
Fi Sijil Amalan Tahunan RM100.00
Tempoh Kesahan Sijil
Amalan Peguam Syarie
Satu tahun daripada tarikh dikeluarkan
KELANTAN
Kaedah 10
Isi borang yang ditetapkan di Jadual
Dialamatkan kepada Ketua Hakim Syarie dilampirkan dokumen-
dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fee permohonan.
Tampal salinan permohonan di setiap Mahkamah Syariah Negeri
Kelantan selama 14 hari selepas permohonan di hantar ke Ketua Hakim
Syarie.
Fi Pemprosesan RM20.00
Fi Sijil Amalan Tahunan RM250.00
Tempoh Kesahan Sijil
Amalan Peguam Syarie
Satu tahun
3-Proses Pembaharuan
SELANGOR
Garis Panduan
Pembaharuan (KAEDAH 24)
Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie hendaklah
dibuat kepada Majlis tidak lewat daripada dua bulan sebelum tamat tempoh sijil
dengan mengemukakan Borang 1 kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam
Syarie.
Fi bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut :-
1. Jika permohonan pembaharuan dibuat tidak lewat daripada dua bulan
sebelum tamat tempoh sijil RM100.00
2. Jika permohonan pembaharuan dibuat dalam tempoh kurang daripada
dua bulan RM200.00
3. Jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh
sijil RM300.00
4. Jika permohonan dibuat dalam tempoh dua bulan selepas tamat tempoh
sijil RM400.00
5. Jika permohonan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh
sijil RM500.00
Sekiranya lesen masih gagal diperbaharui selepas tiga bulan tamat tempoh sijil,
pemohon tidak dibenar untuk memperbaharui lesen dan namanya dianggap
sebagai telah dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie dan sekiranya
pemohon berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia boleh
memfailkan permohonan semula dengan disokong dengan afidavit yang
menerangkan mengapa pemohon hendaklah dilantik semula. Fi bagi Sijil
Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini adalah sebanyak
RM700.00
KELANTAN
Garis Panduan
Pembaharuan (KAEDAH 23)
Isi Borang C dalam Jadual dan dikembarkan bersama salinan sijil amalan
tahunan. Diperbaharui apabila Ketua Hakim Syarie berpuashati dengan bayaran
fee sebanyak RM250.00
4-Proses Rayuan Oleh Peguam Syarie
SELANGOR
Proses
Rayuan
Tiada dinyatakan di dalam kaedah
KELANTAN
Proses
Rayuan (KAEDAH 19)
Memohon terus kepada mahkamah rayuan Syariah dengan mengemukakan
alasan, dasar, sebab-sebab penolakan menjadi peguam syarie atau sebab-sebab
tindakan tatatertib dikenakan keatas peguam syarie dengan di pengerusikan oleh
selain dari Ketua Hakim Syarie
5-Tatatertib Peguam Syarie
SELANGOR
Tatatertib
Peguam Syarie (KAEDAH 17)
Majlis apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengenai
keputusan terhadap prosiding tatatertib hendaklah :
(a) membuat perintah supaya nama Peguam Syarie
digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie;
(b) membuat perintah menggantung Peguam Syarie itu
daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang
difikirkan adil dan munasabah;
(c) memberi amaran kepada Peguam Syarie itu ;
(d) membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan
munasabah
KELANTAN
Tatatertib
Peguam Syarie (KAEDAH 18)
Mengantung, Tidak benarkan masuk ke Mahkamah, Tidak dibenarkan beramal
sebagaimana hukum yang dikehendaki keatas membuangkan dari pendaftaran
RAJAH RINGKAS:
Kelayakan dan Syarat Peguam Syarie di Kelantan dan Selangor
KELAYAKAN & SYARAT PEGUAM SYARIE KELANTAN SELANGOR
Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang / /
Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri /
Persekutuan / /
Pengamal Undang-Undang dibawah Akta 1976 / /
Latihan profesional yang diiktiraf Majlis dalam
bidang kehakiman Islam/ hukum Syarak /
Pengalaman sebagai Kadhi /
Agama Islam / /
Umur 21 tahun /
Tidak disabit kesalahan jenayah di Mahkamah / /
Tidak bankrap dibawah Akta Kebankrapan 1967 / /
Warganegara / pemastautin tetap Malaysia / /
Lulus peperiksaan Peguam Syarie / /
PENGALAMAN SEORANG BLOGER DITEMUDUGA SEBAGAI PEGUAM SYARIE KELANTAN
http://kartikel.com/news/3066/mahu-jadi-peguam-syarie
PENGALAMAN SEORANG PEGUAM SYARIE YANG BERAMAL BAWAH KAEDAH PEGUAM SYARIE
SELANGOR
Nama: Muhammad Firdaus Alhadi Bin Abdullah
Jawatan: Peguam Syarie
Firma: Tetuan Zaidi Zain & Associates
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Siasah di Akademik Pengajian Islam Universiti
Malaya. Beliau telah mengambil DAIJ di UIA dan berlatih dalam kamar selama 9 bulan sebelum menjalani
temuduga sebagai peguam syarie di Selangor.
Dalam temubual, beliau menyatakan bahawa adalah wajib mengambil DAIJ dan tamat latihan dalam kamar selama
9 bulan sebelum layak untuk hadir temuduga. Sebelum beliau menghadiri temuduga, beliau difahamkan bahawa
temuduga dijalankan oleh keenam-enam ahli Jawatankuasa terhadap seorang calon. Akan tetapi, semasa sesi
temuduga beliau, hanya 2 orang daripada ahli Jawatankuasa sahaja menemuduga beliau, ini mungkin disebabkan
calon untuk temuduga ramai ketika itu.
Soalan yang diutarakan adalah mengenai:
1. Hukum syarak.
2. Enakman-enakmen undang-undang islam Negeri Selangor.
3. Kitab-kitab yang menjadi rujukan dalam kes syariah.
Beliau berjaya dalam temuduga dan menjadi peguam syarie yang beramal dibawah Kaedah Peguam Syarie (Negeri
Selangor) 2008.
KETIDAKSERAGAMAN KAEDAH PEGUAM SYARIE NEGERI-NEGERI
Akibat daripada ketidakseragaman ini menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pelbagai aspek. Perbezaan ini
mengundang beberapa kelemahan dan masalah yang jelaskan dalam memohon sebagai peguam syarie serta kepada
peguam syarie yang sudah dilantik. Masalah-masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut:-
i) Pengantungan Kelayakan Akademik.
Di beberapa negeri, sesiapa yang ada Ijazah Syariah semata-mata tidak melayakkan seseorang itu menjadi Peguam
Syarie di mana mereka masih memerlukan memiliki Diploma di dalam bidang-bidang Amalan Guaman Syarie.
Manakala di beberapa negeri lain, Diploma ini tidak diperlukan. Mereka boleh melayakkan diri diterima masuk
sahaja sebagai Peguam Syarie. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan
Undang-Undang belum tentu boleh menjadi peguam syarie, dan seseorang yang tidak memiliki Ijazah Sarjana Muda
Syariah dan Undang-Undang belum tentu tidak boleh menjadi peguam syarie.
Seperti yang diperlihatkan di Negeri Selangor yang mewajibkan DAIJ manakala Kelantan tidak memperuntukkan
perkara tersebut.
ii) Perbezaan Dalam Tatacara Penerimaan Masuk Di Setiap Negeri.
Hal ini ditentukan oleh undang-undang sesebuah negeri dan proses penerimaan masuk sesebuah negeri tersebut.
Sesetengah negeri tidak mempunyai kaedah peguam syarie yang khusus. Oleh itu, undang-undang yang terpakai
adalah sesebuah bahagian, berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri sebagai contoh, negeri
Sabah dan Negeri Sembilan.
iii) Proses Permohonan dan Penerimaan Masuk.
Terdapat perbezaan di antara negeri-negeri dalam proses penerimaan masuk. Terdapat negeri-negeri yang
menetapkan proses penerimaan masuk ini dibuat ke Majlis Agama Islam Negeri, seperti apa yang berlaku di
Terenggganu, Pahang dan Pulau Pinang. Manakala negeri-negeri lain meletakkan proses penerimaan masuk ini
dibuat di mahkamah syariah negeri-negeri. Berbeza di negeri Johor, setiap permohonan penerima masuk dibuat
kepada Setiausaha Bahagian undang-undang Jabatan Agama Negeri Johor.
iv) Peruntukan dan Prosedur Tatatertib
Terdapat negeri-negeri yang mempunyai peruntukan berhubung tindakan tatatertib terhadap peguam syarie yang
terdapat di dalam kaedah-kaedah peguam syarie. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai kaedah-kaedah Peguam
Syarie, tiada sebarang peruntukan terhadap tindakan tatatertib ini.
v) Bayaran Penerimaan Masuk
Dari segi pembayaran masuk sebagai peguam syarie, wujudnya perbezaan dari segi jumlah bayaran serta di mana
bayaran itu dilakukan. Sesetengah negeri meletakkan bayaran terima masuk peguam syarie di bawah Majlis Negeri-
Negeri dan ada juga bayaran dibuat terus kepada Mahkamah Syariah Negeri. Terdapat juga ngeri-negeri yang
menetapkan bayaran-bayaran peguam syarie dibuat kepada pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seperti yang
berlaku di negeri Johor di mana bayaran terima masuk ditetapkan kepada pengarah Jabatan Agama Negeri Johor.
vi) Tiada Kod Etika Yang Teratur
Ketidakseragaman kaedah yang mengawal terutama sekali dari sudut tingkah laku dan etika peguam, seringkali
menimbulkan tohmahan terhadap tindakan dan tingkah laku mereka. Ini juga boleh menimbulkan keadaan di mana
keangkuhan seseorang peguam syarie yang telah diambil tindakan di sesebuah negeri akibat daripada pelanggaran
etika untuk moral, masih boleh melepaskan diri dengan berperoleh dan beramal di negeri lain serta memungkinkan
orang tersebut megulangi kesalahan yang sama.