Peribahasa ppt

Post on 19-Jul-2015

634 views 4 download

Transcript of Peribahasa ppt

APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA? APAKAH FUNGSI PERIBAHASA?

APAKAH PERIBAHASA MASIH RELEVAN?

FIKIRKAN & BINCANGKAN

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Susunan perkataannya mengandungi maksud tersirat.

APA ITU PERIBAHASA?

Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu

Digunakan dalam pertuturan harian Menggambarkan

• Sifat• Kelakuan• Keadaan

APA ITU PERIBAHASA?

JENIS-JENIS PERIBAHASA Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Perbilangan

Simpulan Bahasa

Maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan

Ajak-ajak ayam Pecah tembelang

Tembelang

Perumpamaan Mengandungi makna tersurat dan

tersirat

Bagai tikus membaiki labu Laksana wau melawan angin Genggam bara api biar sampai jadi

arang

Bidalan

•Berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan (kekata ‘kalau’, ‘jika’)

•Ada makna dua lapis

Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua menasihati orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

Pepatah atau Perbilangan Perbilangan disusun berangkap-rangkap

seperti ikatan puisi Ia berkait rapat dengan peraturan,

adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Air dicencang tiada putus(pepatah)

Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula

Bagai harimau beranak muda(perumpamaan)

Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya

Bagai itik berebutkan tembolok(perumpamaan) (a) Perbalahan kerana sebab yang

terlalu kecil

(b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit

Tembolok = kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll):

ACUAN

Bagaimana acuan begitulah kuihnya(pepatah)

(a) Seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya

(b) Keadaan seseorang itu menurut asalnya

Bagai Belanda minta tanah(perumpamaan)

Seorang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya.

Bagai kaduk naik junjung(perumpamaan)

Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada