peristiwa-peristiwa penting dalam bulan jamadil awal dan akhir.docx

Post on 05-Oct-2015

239 views 0 download

description

peristiwa-peristiwa ldam bulan jamadil awal dan akhir beserta definisi

Transcript of peristiwa-peristiwa penting dalam bulan jamadil awal dan akhir.docx

PERISTIWA BESAR DALAM BULAN JAMADIL AWAL DAN JAMADIL AKHIRJamadil Awal membawa maksud musim permulaan musim sejuk. Manakala, Jamadil Akhir memberi membawa maksud musim sejuk yang akhir. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah bermula dan berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN JAMADIL AWALi. 5 Jamadil Awal

Lahirnya srikandi Islam yang terkenal dengan ketakwaan, ketinggian ilmu, kefasihan bahasa dan keberanian dalam memperjuangkan Islam iaitu Zainab Binti Ali atau dikenali Zainab Al-Kubra yang merupakan puteri kepada Saidina Ali dan Saiditina Siti Fatimah.

ii. 7 Jamadil AwalPemergian cendiakawan dan pejuang gerakan Islam di Mesir apabila dihukum gantung bersama dua orang rakannya.

iii. 17 Jamadil AwalAbdullah Ibn Zubair yang merupakan putera kepada Asma Binti Abu Bakar As-Siddiq dihukum mati dan disalibkan mayatnya di sisi Kaabah oleh Hajjaj Ibn Yusuf, pemerintah yang zalim pada zaman itu.

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN JAMADIL AKHIR i. 22 Jamadil AkhirSaidina Abu Bakar As-siddiq meninggal dunia pada tahun ke-13 Hijarah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang dijaminkan syurga dan orang yang terawal memeluk agama Islam. Dikenali sebagai As-Siddiq kerana beliau membenarkan segala yang diucapkan Rasulullah s.a.w.

ii. Akhir Bulan Jamadil AkhirPerlantikan Saidina Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Ar-rasyidin yang kedua dan berlakunya peperangan Yarmuk yang diketuai oleh Khalid Bin Al-Walid yang disertai oleh 45 000 tentera muslimin menghadapi 240 000 tentera Rom (Byzantin).DOA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAANDOA UNTUK MEMULAKAN ULANGKAJI / PELAJARAN / KELAS maksudnya:ya allah! aku memohon daripadamu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir.ya allah! jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadamu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadamu. sesungguhnya engkau maha berkuasa di atas segala apa yang engkau kehendaki.DOA SELEPAS MENGULANGKAJI

DOA KETIKA MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN

maksudnya:dan katakanlah: wahai tuhanku! masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.DOA KETIKA SUKAR MENJAWAB

maksudnya: wahai tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. dengan rahmatmu aku bermohon pertolongan.DOA KETIKA TERLUPA JAWAPAN

maksudnya: ya allah! tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku".

Wallahu Alam Bish ShawabWallahu Alam Bish Shawab