Post on 30-Jun-2015
description
PENGANTAR KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN(PKP1014)
PERKEMBANGAN MURID PEMULIHAN
MUHAMAD AZRI BIN MAHALIPPISMP PEMULIHAN AMBILAN JUN
2014 (Q5)IPG KAMPUS IPOH
PERKEMBANGAN DARI SEGI
KOGNITIF (INTELEK)
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta
bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-
rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid
perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih
baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala
pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran
masakan dan jahitan.
PERKEMBANGAN DARI SEGI
FIZIKAL
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan perbezaan individu dari
dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh
lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan
perkembangan saiz badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa
belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat
dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.
Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori
iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri
tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga
dan kuat bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan
bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini
diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran.
PERKEMBANGAN DARI SEGI EMOSI
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka berasal
keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh
emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih
bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan.
• Guru perlu mengenalpasti perbezaan
emosi murid-murid dan menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran
dijalankan.
PERKEMBANGAN DARI ASPEK
TINGKAH LAKU
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan.
PERKEMBANGAN DARI ASPEK
SOSIAL
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
MURID PEMULIHAN
Emosi dan Tingkahlaku #Perasaan rendah diri. # Perasaan risau. #Perasaan sedih, hiba atau duka. #Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. #Perasaan takut akan perkara-perkara baru. #Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. #Pasif. #Malas
b. Sosial #Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan- kawan.
#Lemah / kurang interaksi dengan rakan. #Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. #Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. #Menangis – enggan masuk darjah. #Hyper aktif.
c. Kesihatan #Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. #Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang
(gemuk/kurus). #Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). #Lemah gerakkan motor-kasar dan halus. #Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. #Kurang menjaga kebersihan diri.
d. Kesediaan Belajar #Belum bersedia untuk belajar. #Perbendaharaan kata kurang. #Lemah pemahaman. #Kurang keyakinan diri dan rangsangan. #Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur
hayat.
e. Pengamatan #Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan
turutan. #Lemah pendengaran bunyi dan rentak. #Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. #Lambat mengkelaskan benda. #Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama yang baru. #Tidak dapat menyelesaikan masalah. #Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. #Tidak kreatif. #Lemah pergerakan dan perbuatan. #Lemah daya pemikiran/ingatan. #Tidak boleh mengingat kembali.
RUJUKAN
• http://insaniah-gurudpli2012.blogspot.com/2012/08/perbezaan-individu.html
SEKIAN
TERIMA KASIH