Pluralist i k

Post on 20-Dec-2015

46 views 4 download

description

,

Transcript of Pluralist i k

MASYARAKAT PLURALISTIK

ALAM MELAYU

3.1 Pengenalan

• Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

• Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi – masyarakat Melaka.

• Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British.

3.2 Pluralisme Alam Melayu

• Konsep pluraliti alam Melayu perlu difahami sbg asas utk memahami masyarakat plural.

• Kewujudan pelbagai etnik di alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.

• Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.

3.2 Pluralisme Alam Melayu

• Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya

• Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka.

• Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.

3.2 Pluralisme Alam Melayu

• Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam.

• Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

• Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan

3.2 Pluralisme Alam Melayu

• Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India.

• Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak.

• Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

• Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

3.2 Pluralisme Alam Melayu• Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa

masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

• Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

• Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

3.2 Pluralisme Alam Melayu

Perubahan konsep ilmu (epistemologi)• Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik

(ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)

• Penjajahan British membawa konsep ilmu berteraskan kaedah rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

Menurut A. Aziz Deraman, pada abad ke-19, berlaku penghijrahan orang minangkabau, bugis, jawa dan banjar ke

Tanah Melayu.

Orang melayu dianggap kaum peribumi tanah melayu setelah mereka berhijrah dari Yunan ke TM 2500M

tahun dahulu.

Sebelum 1848, hampir KESEMUA penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang melayu.

ETNIK MELAYU

Batu Pahat, Sabak Bernam, Tenom BANJAR

JAWA

BUGIS

MINANGKABAU

BOYAN

Muar

Rengit, Kukup, Selangor, Perak

Negeri Sembilan

Singapura, KL, Johor Bharu

Contoh suku-suku yang terdapat di dalam Etnik Melayu

ETNIK CINAOrang cina mula datang ke TM pada awal abad ke-15 akibat

perhubungan diplomatik kerajaan melayu Melaka & kerajaan Dinasti di China.

Pada awal abad ke-19, imigran dari China mula memasuki TM sebagai buruh di ladang kopi & tebu di Pulau Pinang & Singapura.

Kebanyakan imigran berasal dari China selatan seperti Hainan, Kwangsi, Kwantung dan Fukien.

Pengambil alihan lombong dari pembesar melayu kepada pedagang inggeris menyebabkan kemasukan buruh cina semakin

pesat akibat pelonggaran syarat kemasukan buruh ke TM.

SISTEM PENGAMBILAN PERSONEL : Sistem ini dijalankan dengan majikan yg memerlukan buruh akn

menghantar ketua buruh ke China dan mencari buruh di sana dan dibawa ke TM untuk bekerja di ladang majikan tersebut.

SISTEM PENGAMBILAN RUMAH KONGSI : Seorang pegawai di China akan mencari buruh-buruh di sana dan

membawanya ke TM dan ditempatkan di rumah kongsi, pegawai itu dibayar mengikut bilangan buruh. Ketua rumah kongsi akan

mengagihkan buruh kepada tempat2 kerja.

CARA KEMASUKAN

SISTEM TIKET KREDIT : Kos kedatangan buruh atau singkeh dibiayai oleh ejen, mereka

akan bekerja dengan ejen sehingga hutang langsai.

SISTEM KANGCU : Diperkenal Temenggung Ibrahim. Kangcu akan

diberikan surat sungai dan diberikan kebenaran membuka ladang gambir/lada hitam di sepanjang sungai selatan Johor

Orang India datang ke TM sejak kurun pertama lagi sebagai pedagang dgn menggelarkan TM sebagai Survanabumi

(Semenanjung Emas)

Awal kurun ke-19, orang india dibawa masuk utk bekerja di ladang tebu dan kopi, membaiki jalan dan infrastruktur di NNS.

Kurun ke-20 kemasukan buruh india ke TM semakin pesat akibat dari perkembangan pesat perusahaan getah. Sebagai

contohnya pada 1891 seramai 75 000 buruh india, pada 1921 seramai 471 536 buruh india di TM

ETNIK INDIA

CARA KEMASUKAN

• Diperkenal pada 1833, pemilik ladang meminta wakil di India Amencari buruh di sana.

BURUH KONTRAK

• Diperkenalkan pd 1898. Seorang wakil atau mandur majikan yg dipercayai akan pergi ke India utk memujuk buruh dan segala tambang akan ditanggung oleh majikan.

SISTEM KANGANI

• Kemasukan buruh jenis ini tidak diatur oleh sesiapa, mereka masuk kt TM dan bebas bekerja dengan sesiapa sahaja dan di pelbagai bidang.

BURUH BEBAS

SABAH DAN SARAWAK

SABAH• Kaum bumiputera utama

ialah Kadazandusun, Bajau dan Suluk

• Kaum cina dibawa masuk untuk bekerja di ladang getahdan tembakau

SARAWAK• Kaum bumiputera utama

ialah Iban, Bidayuh dan Melanau

• Kaum Cina berhijrah ke sana sebagai pedagang, petani dan pelombong.

ZAMAN PLURALISTIK

3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan MelakaPemerintahan: • Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan

Melayu, dianggap Venice of The East.• Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan

aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil.

• Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada waktu tersebut.

3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan MelakaPerdagangan: • Aktiviti perdagangan antarabangsa juga berjalan

dengan baik hasil dari sistem urus tadbir berteraskan Islam.

Kependudukan:• Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari

pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai.

• Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan.• Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan

penduduk tempatan.

3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melaka

Kebudayaan: • Kedatangan para pedagang antarabangsa ke

Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri.

• Wujud masyarakat baru seperti masyarakat Baba.

Melaka adalah kemuncak pluraliti Alam Melayu

3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh Penjajah• Perdebatan ilmu di Eropah, membawa kepada

pemisahan besar antara ilmu dan sains moden• Stephen Jay Goul dalam bukunya ‘Rocks of

Ages: Science and Religion’- masyarakt terbahagi kepada dua:– Menyokong agama– Menyokong sains moden (diterima Eropah)

3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh Penjajah• Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa

konsep pemikiran pemisahan negara dan agama, ‘negara kolonial sekular’

• Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.

• Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu: Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan

3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti oleh PenjajahBernard Cohn, pengkaji India British berpendapat

kolonialisme • bukan hanya melibatkan penaklukan ruang,

tetapi juga epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.

• melibatkan proses penggantian sistem pemikiran tempatan dengan sistem pemikiran sistematik ‘modus penyiasatan’

3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia• Kedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu

untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah British.

• Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British menjadi faktor penggerak kedatangan orang-orang China dan India ke Tanah Melayu.

3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia• Berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang

China dan India yang datang dengan orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni.

• Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun non-material.

• Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam daripada agama mereka

3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia• British mula bertapak kukuh menerusi satu

campurtangan secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah.

• Bagi memastikan penaklukkan mereka berjalan lebih tersusun dan sistematik penasihat British kemudiannya turut di tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB).

• Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah Melayu.

3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia• Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan

agama dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

• Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah urustadbir.

• British kemudiannya gagal kotakan janji tidak campurtangan dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu.

POLITIKPERLEMBAGAAN

PENDIDIKANEKONOMI

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Politik Malaysia tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik.

Usaha memelihara kestabilan politik berdasarkan kerjasama antara etnik menjadi agenda utama negara.

Malaysia masih dianggap sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berkesan.

Dalam konteks politik domestik, demokrasi negara telah berjalan lancar kerana orang Melayu, Cina, dan India telah bersatu mendesak British memberikan kemerdekaan.

Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti iaitu Perikatan.

POLITIK

Pada 1957-1959, politik Malaysia melalui perjalanan yang berliku kerana terdapat pergolakan dalaman anggota parti Perikatan.

MCA mengalami kemelut kepimpinan kerana tidak berpuasa hati terhadap kepimpinan Tan Cheng Lock.

Parti MIC juga tidak terlepas kerana terdapat segelintir pihak yang menunjukkan sikap tidak berpuas hati terhadap Parti Perikatan.

Selepas era 1960-an, politik Malaysia terus berkembang secara dinamik .

Kerjasama parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan ahlinya.

Terbukti melalui penubuhan Barisan Nasional pada 1974.

Dasar-dasar kerajaan menguruskan pelbagai perkara berkaitan perhubunga etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekang pihak tertentu.

Struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh kumpulan etinik memililki batas yang nipis.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu walaupun terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian.

PPM merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber kepada segala perundangan lain yang wujud di negara kita.

Perlembagaan merupakan asas kepada pelaksanaan sistem politik di Malaysia.

PERLEMBAGAAN

Dari segi Sejarah, terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.

Pertama berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling hormat menghormati antara rakyat dan raja.

Kontrak sosial kedua berlaku hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Antara perkara penting yang dikaitkan dengan kontrak sosial ialah soal kerakyatan.

Terdapat 4 sistem pendidikan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India.

Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza.

Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di PTM di bahagikan kepada tiga peringkat.

PENDIDIKAN

PERTAMA

• Pendidikan rendah & menengah dihadiri oleh anak-anak bangswan Melayu

• Hartawana Cina & India

KEDUA

• Sekolah Melayu peringkat rendah dibantu oleh British

• Bermatlamat menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik daripada ibubapa mereka

KETIGA

• Sekolah vernakular Cina dan India

• Sekolah Cina dibiayai oelh masyarakat Cina Sendiri

Sistem pendidikan negara era pascamerdeka telah berubah kepada corak berorientasikan unsur tempatan.

Sistem pendidikan telah di bentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.

Pendidikan kebangsaan penting sebagai satu wadah bagi menyatupadukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat identiti kebangsaan Malaysia.

Usaha ini berdasarkan dua laporan iaitu Penyata Razak dan Penyata Rahma Talib.

Dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa Ingeris masih lagi kekal sebagai bahasa rasmi.

Pucuk pimpinan Parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 atas prinsip :

AKTA PENDIDIKAN

1957

Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa

ibunda masing-masing

BM sebagai bahasa rasmi, dan

wajib diajar di sekolah Cina dan

Tamil

Mata Pelajaran Sejarah, Geografi dan buku-buku yang lain

berteraskan Malaysia

Bukan lagi berteraskan negara

China dan India.

Selepas tragedi 13 Mei 1969, parti UMNO menerajui Parti Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu.

Kerajaan telah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah bantuan kerajaan.

Kerajaan juga merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti.

Pada masa yang sama, golongan bukan Bumiputera merasakan satu keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah pendidikan.

Oleh itu, masyarakat cina masih mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Selepas merdeka, kerajaan telah menggiatkan usaha mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik.

Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada 4 peringkat :

EKONOMI

RANCANGAN PRAMERDEKA

• Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu

• Rancangan Tanah Melayu Pertama

RANCANGAN SELEPAS MERDEKA

• Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua

• Sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama

PERANCANGAN DALAM ERA DASAR

EKONOMI BARU

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN

NEGARA

Secara umumnya, sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas.

Semasa era penjajahan, pihak British memperkenalkan sistem ekonomi moden, namun sistem ekonomi tradisional masih dikekalkan.

Kesannya wujud sistem ekonomi dualisme.

Sistem ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik.

Ekonomi dualisme ini telah mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia.

Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional.

Dalam sektor ini, kadar kemiskinan adalah yang tertinggi.

Dalam sektor ekonomi moden, terutama perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan didominasi oleh kumpulan etnik Cina

Dalam sektor ketiga, terdapat ketidakseimbangan antara etnik. Etnik Cina menguasai keseluruhan sektor ini, manakala etnik Melayu dan India masing2 menguasai ¼

PURATA KASAR PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH (RM)

MENGIKUT KUMPULAN ETNIK 1999 DAN 2004

Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia berpotensi sebagai pencetus konflik

Isu ketidakseimbangan ekonomi telah dianggap sebagai salah satu faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

ETNIK 1999 2004

BUMIPUTERA 1,984 2,711

CINA 3,456 4,437

INDIA 2,702 3,456

LAIN-LAIN 1,371 2,312

NILAI DAN BUDAYA ETNIK YANG UTAMA DI

MALAYSIA

KAUM-KAUM DI MALAYSIA

• Kumpulan etnik terbesar di Malaysia • Peramah dan Budaya Seni Kaya

ORANG

MELAYU

• kumpulan etnik kedua terbesar• kuat bekerja dan pandai berniaga.

ORANG

CINA

• Berasal dari selatan India• 10 % populasi di Malaysia

ORANG

INDIA

ISLAM

• Diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad • Dua aspek penting dalam agama Islam ialah Akidah & Syariah

KRISTIAN

• Pengasasnye berketurunan Bani Israel iaitu Jesus Christ• Ajaran ini terkandung dalam kitab Injil (Kitab Bible)

BUDDHA

• Ajaran Siddharta Gautama

HINDU

• Agama yang utama dan tertua di dunia• Percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati

TAOISME

• Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu• Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial• Ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta

Di persembahkan dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian.

Masih diamalkan di negeri Johor dan Selangor.

Berhubung dengan kuasa ghaib

Tarian Mak Inang menyanjung tinggi budi & tatatertib dalam tingkah laku.

Di persembahkan di Istana Raja dan Perkahwinan

Tenunan kain songket terdapat di Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Gong digunakan dalam persembahan pencak silat & tarian kuda kepang.

Digunakan dalam upacara perasmian .

Tarian Singa adalah tarian tradisional dan adat masyrakat orang cina.

penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa

PERAYAAN Disambut bertujuan untuk memperingati peristiwa

penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.

Hari Raya Aidilfitri

Tahun Baru Cina

Hari Deepavali Hari

Gawai Dayak

ChristmasThaipusam

ORANG MELAYUPAKAIAN

BAJU MELAYU

BAJU KEBAYA

BAJU KURUNG

KAIN PELEKAT,SONGKOK

ORANG CINA

CHEONGSAM

SAMFU

ORANG INDIA

SARI

SERBAN

DHOTI

SARUNG

CONTOH ADAT RESAM

KELAHIRAN

• Potong Tali Pusat• Membelah/Mulut• Berpantang• Bertungku• Memberi Nama• Cukur Rambut/

Potong Jambul

PERKAHWINAN

• Merisik• Melamar• Bertunang• Bernikah

KEMATIAN

• Memaklumkan pada masyarakat

• Sedekahkan ayat suci al-quran

• Kemenyan dibakar• Jenazah

dikapankan• Ucapan ringkas

dari wakil.

KESIMPULAN

• Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah.

• Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

• Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

RUJUKAN:• Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (1980), Sejarah Tanah Melayu, Kuala Lumpur:

DBP.

• Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman (2006), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

• Fauziah Shaffie, Ruslan Zainuddin (2000), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

• Adnan b. Muhammed, Hjh. Norzita bt. Hj. Mansur, Osman b. Soh (1996), Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: DBP.

• Mohamad Idris Soleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

• Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: UTM.