Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)

Post on 24-May-2015

26.958 views 7 download

Transcript of Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)

PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHANSTRUKTUR SEL

PENGENALANSel merupakan unit asas semua hidupan hidup.

Secara amnya setiap sel terdiri daripada :- - membran sel - sitoplasma - nukleusSel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding

sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap,

sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.

Sel mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.

Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

SEL HAIWAN & SEL TUMBUHANSEL HAIWAN SEL TUMBUHAN

MEMBRAN PLASMAMembran plasma juga dikenali sebagai

membran sel. Membran plasma berfungsi untuk

mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel.

Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.

Contoh molekul-molekul kecil ialah: - air - oksigen - karbon dioksidaContoh molekul-molekul larut lipid ialah: - gliserol - asid lemak - vitamin- A, D, E, KSelain itu, membran plasma berfungsi

untuk melindungi organel-organel di dalam sel.

MEMBRAN SEL

DINDING SELLapisan luar tumbuhanBerfungsi sebagai penyokong,

pelindung.Terdapat pada tumbuhan,

fungi, dan bakteri. Tidak terdapat pada sel haiwan.

Strukturnya tersusun atas selulosa sehingga kaku, kuat dan keras.

Mengatur keluar masuknya H2O, O2, CO2

SITOPLASMASitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar

yang mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia

Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel.

Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel.

Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan komponen-komponen subsel. organel(1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom(4) vesikel (5) jalinan endoplasma kesat (6) jasad Golgi(7)sitorangka(8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion(10) vakuol(11) sitoplasma (12)lisosom(13) sentriol

NUKLEUSNukleus sel, pusat kawalan bagi sesebuah sel

yang mengandungi DNA kromosom sel.Fungsi Menyimpan gen dalam kromosom. Membuat RNA sebagai protein pengkode

(mRNA). Memproduksi ribosom di nukleus.

NUKLEUS

JALINAN ENDOPLASMAJalinan endoplasma merupakan suatu

bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasma

Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi sebagai pengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma juga berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.

JALINAN ENDOPLASMA

JALINAN ENDOPLASMA

JASAD GOLGIJasad Golgi merupakan suatu bahagian yang

terdapat di dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantung-kantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain.

Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah: glikoprotein karbohidrat hormon

JASAD GOLGI

RIBOSOMRibosom merupakan suatu bahagian yang

terdapat di dalam sesebuah sel. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma.

Fungsi Sebagai tapak sintesis protein. Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan

endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon.

Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

LISOSOMMerupakan organel

yang memakan bahagian sel.

Mengandung enzim pencerna.

Struktur: bersaizkecil, dilapisi membran.

Fungsi: memecah molekul besar menjadi molekul kecil; menghancurkan organel sel yang sudah tua.

LISOSOM

MITOKONDRIONMitokondrion merupakan suatu bahagian yang

terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:1- Membran dalam2- Membran luar

Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

MITOKONDRION

VAKUOLVakuol merupakan suatu bahagian yang

terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut.

Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah.

Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.

VAKUOLSetiap vakuol dikelilingi oleh membran yang

dikenali sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.

Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel

KLOROPLASOrganel yang menghasilkan

klorofil.Hanya ditemui di sel tumbuhan

atau alga.Berwarna hijauBerisi klorofil (pigmen hijau)Berfungsi untuk menyerap

tenaga cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

KLOROPLAS