Prinsip Rekabentuk

Post on 23-Jun-2015

6.669 views 3 download

description

Pengurusan Sumber

Transcript of Prinsip Rekabentuk

Tugasan 1

Pengurusan Sumber

PRINSIP REKABENTUK

Disediakan oleh:

MASKURIA BINTI OSMAN

860712-23-5124

KPLI j-QAF PI 01

Disemak oleh:

Dr. HJH. SUMILAH MARTO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

2011

Prinsip rekabentuk terbahagi kepada empat prinsip, prinsip-prinsip tersebut adalah

seperti berikut:

1. Prinsip Mudah

2. Prinsip Penyatuan

3. Prinsip Penegasan

4. Prinsip Seimbang

a) Perimbangan Formal

b) Perimbangan Tidak Formal

Rajah 1: Peta minda Prinsip Rekabentuk

PRINSIP REKABENTUK

1. PRINSIP MUDAH

2. PRINSIP PENYATUAN

3. PRINSIP PENEGASAN

4. PRINSIP SEIMBANG

1. Prinsip Mudah hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a) Visual dihadkan kepada satu idea sahaja

b) Mempunyai sedikit elemen

c) Dihadkan tidak melebihi daripada 15 patah perkataan

d) Lukisan jelas dan terang

e) Garisan “outline” ditebalkan

Contoh :

kucing = قط

قط Ini kucing = ھذا

قطي Ini kucing = ھذا

saya

Visual yang digunakan terhad iaitu gambar seekor kucing, elemen yang terdapat di

dalam grafik juga sedikit iaitu elemen gambar, warna dan perkataan yang tidak melebihi 15

patah perkataan, lukisan juga jelas dan terang. Garisan outline ditebalkan memudahkan murid-

murid memberi tumpuan pada grafik tersebut.

2. Prinsip Penyatuan hendaklah mempunyai cirri-ciri seperti berikut:

a) Perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen tersebut berfungsi

sebagai satu keseluruhan.

b) Elemen seperti penghurufan, warna dan bahan-bahan lain saling melengkapi bagi

mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

c) Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan,

bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Contoh:

Visual yang digunakan adalah berbentuk grafik penyatuan antara huruf. Elemen huruf

saling melengkapi bagi membentuk perkataan yang lengkap. Penyatuan diperolehi melalui

tanda tambah.

قط ط ق

3. Prinsip Penegasan hendaklah berdasarkan cirri-ciri yang berikut:

a) Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat

perhatian.

b) Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

Contoh :

Visual di atas menunjukkan seorang bayi yang menangis. Grafik yang digunakan

menegaskan elemen warna,idea dan perkataan yang dapat menjadi pusat minat murid-murid

mempelajari perkataan menangis dalam bahasa arab.

menangis = بکى

4. Prinsip Seimbang terbahagi kepada dua jenis iaitu perimbangan formal dan

perimbangan tidak formal, walaubagaimanapun kedua-dua jenis prinsip ini perlu

memenuhi ciri-ciri tersebut:

a) Kesemua elemen visual hendaklah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat

sebelah

b) Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan

yang baik dan elok dipandang.

Contoh :

PERIMBANGAN FORMAL PERIMBANGAN TIDAK FORMAL

Visual di atas adalah seimbang dan tidak berat sebelah. Penggunaan warna dan grafik

dapat menarik minat murid-murid. Susunatur elemen elok dipandang.

بىک

بىک

ى ک ب ى

ک

ب

Kesimpulan, prinsip rekabentuk mempunyai empat prinsip yang boleh diguna pakai

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setiap prinsip mempunyai cirri-ciri yang

tersendiri dan mampu menarik minat murid-murid untuk belajar.