Post on 12-Jan-2016
description
ISI KANDUNGAN
1. PEDAHULUAN 2
1.1. Refleksi Pengalaman lepas
1.2. Sorotan literatur
2. FOKUS KAJIAN 6
3. OBJEKTIF KAJIAN 9
4. KEPENTINGAN KAJIAN 10
5. DEFINISI ISTILAH 32
6.1. Tulisan jawi
6.2. Han Zi
6.3. Definisi pemulihan
6.4. Definisi inovasi
6. KUMPULAN SASARAN 17
7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN 18
8.1. Perancangan tindakan
8.2. Pelaksanaan tindakan
8.3. Teknik mengumpul data
8.4. Teknik menganalisis data
8.5. Perancangan pelaksanaan tindakan
8.6. Anggaran kos kajian
8. TINJAUAN LITERATUR 27
9. RUJUKAN 29
10. LAMPIRAN 30
1
1. PENDAHULUAN
1.1. REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU
Berpraktikum di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) merupakan satu pengalaman baru bagi
pengkaji. Pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa 3 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yih Min
,Simpang Empat,Kedah selama tiga bulan. Praktikum fasa akhir tersebut telah berlangsung pada
1 Februari hingga 30 April. Pengkaji mengkategorikan SJKC Yih Min sebagai sebuah sekolah
yang terletak di pinggir Bandar. Dengan Kapasiti murid seramai 300 murid, 28 orang
daripadanya adalah melayu muslim menjadikan iklim sekolah ini sangat berbeza bagi pengkaji
yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Pendidikan Islam.
Di sekolah ini, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar tahun 1 dan 2. Murid tahun 1
seramai 6 orang dan tahun 2 juga seramai 6 orang menjadikan jumlah murid yang akan bersama
pengkaji selama tiga bulan adalah seramai 12 orang.
3 minggu pertama menjalani praktikum,pengkaji mendapati terdapat beberapa orang murid
daripada kedua-dua tahun tersebut tidak mampu mengingat huruf tambahan jawi. Bahkan ada di
antara mereka yang masih keliru antara huruf hijaiyah dan huruf tambahan dalam jawi. Keadaan
ini agak menganggu kelancaran proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) kerana pengkaji tidak
dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada mereka yang bermasalah.
Faktor masa yang singkat bagi matapelajaran Pendidikan Islam di SJKC menyebabkan pengkaji
sentiasa peka dengan objektif pembelajaran secara umumnya. Sekiranya pengkaji hanya
menumpukan kepada murid yang bermasalah, pemasaan pengkaji akan tersasar dan
menyebabkan murid lain tidak mencapai objektif yang telah dirancang.
2
Masalah ini telah saya penjangkan kepada Guru Pendidikan Islam SJKC Yih Min. Hasil temu
bual bersama beliau, beliau telah menyatakan bahawa prestasi murid di sekolah tersebut secara
umumnya masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ada di antara mereka yang perlu
dimasukkan ke kelas pemulihan jawi.
Namun begitu, faktor pembahagian waktu bagi Pendidikan Islam yang agak singkat
menyebabkan sesi pemulihan ini tidak dapat dijalankan secara intensif dan holistik. Oleh yang
demikian, pengkaji telah mengambil inisiatif iaitu dengan mengadakan sesi pemulihan celik jawi
semasa P&P sedang berlangsung. Pengakaji telah pun memperhalusi kesan inisiatif ini sebelum
ia dilaksanakan. Tujuannya agar ia dapat memberi manfaat kepada semua murid khususnya
mereka yang terlibat dengan sesi pemulihan.
Refleksi harian dan jurnal mingguan yang dibuat berdasarkan P&P yang telah berlangsung
akhirnya memberi idea kepada pengkaji untuk menghasilkan kaedah ‘Han Zi Yen Bian’ atau
singkatannya kaedah ‘Han Zi’ yang diilhamkan daripada kaedah tradisional penulisan karakter
cina.
Pengkaji merasakan dengan kaedah yang menarik sebegini, ia dapat membantu murid agar lebih
mudah dalam mengingat dan menulis huruf jawi tunggal. Justeru, pengkaji bertekad untuk
menjalankan kajian lanjut mengenai kaedah ‘Han Zi’ serta keberkesanannya dalam pemulihan
jawi terhadap murid di SJKC Yih Min.
3
1.2. Relfleksi soroton literatur
Bahagian ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh pengkaji-
pengkaji yang lepas berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi pemulihan jawi
serta kajian yang mrnyokong kaedah ‘Han Zi Yen Bian’.
Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Faisal bin Abdul Hamid dan Noralina binti Abdullah (2009)
menunjukkan bahawa masih ramai masyarakat melayu di Malaysia yang tidak mampu
menguasai jawi dengan baik. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya minat terhadap
tulisan jawi . Selain itu, kurangnya pengetahuan terhadap sejarah, asal-usul dan kepentingan
tulisan jawi turut dibincangkan dalam kajian tersebut.
Isahak Haron melalaui kajiannya terhadap murid-murid sekolah rendah secara berterusan iaitu
pada Februari 2007, Julai 2007 dan sekolah menengah pada Januari 2008 bagi melihat sejauh
mana keberkesanan kaedah gabungan bunyi kata dalam pengajaran Jawi pada peringkat awal dan
pemulihan di beberapa negeri terpilih. Ujian pertama pada Februari 2007 mendapati bahawa
60% murid tahun empat dan tahun lima di 18 buah sekolah tidak dapat menulis dan membaca
tulisan Jawi walaupun pada peringkat asas
Sofiah Ismail, Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (2010) telah
membentangkan kertas kerja tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran guru pemulihan jawi
di Malaysia. Penulisan beliau tidak memfokuskan kepada satu sahaja kaedah sebaliknya beliau
telah menyenaraikan beberapa kaedah merangkumi teknik am dan teknik khusus yang boleh
digunakan oleh guru dalam usaha pemulihan jawi di sekolah rendah.
4
Antaranya ialah konsep belajar sambil bermain yang digunakan secara meluas oleh guru-guru
pendidikan islam di Malaysia. Selain itu, beliau juga turut menghuraikan secara eksplisit tentang
kelebihan kemahiran menulis bagi tujuan pemulihan murid.
Terdapat satu kajian berkaitan tulisan Jawi yang memfokuskan kepada penggunaan bahan
sumber grafik bagi tujuan meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf jawi. Azlan
Shah Bin Ibrahim (2012) dalam kajian beliau cuba menilai keberkesanan Permainan Kad Huruf
Bergrafik dalam pengajaran mengenal dan menyebut huruf jawi yang hampir sama bentuk.
Responden terdiri daripada lima orang murid Tahun 4 yang lemah dalam mengenal dan
menyebut huruf jawi yang hampir sama bentuk. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
adalah melalui temu bual, pemerhatian, amalan refleksi dan analisis dokumen. Data-data ini
dianalisis melalui analisis kandungan, analisis pola dan analisis secara kuantitatif. Analisis data
menunjukkan bahawa kelima-lima murid menunjukkan peningkatan secara puratanya sebanyak
28 % dalam mengenal dan menyebut huruf jawi yang hampir sama bentuk setelah Permainan
Kad Huruf Bergrafik diperkenalkan.
5
2. FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini tertumpu kepada 3 orang murid sahaja. Ketiga-tiga
orang murid ini mempunyai masalah untuk mengingat dan menulis huruf tambahan jawi seperti
ڽ ۏ ڤ ݢ ڠ . چ
Tulisan Jawi ialah hasil pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf hijaiah untuk disesuaikan
dengan pertuturan penduduka tempatan. Ubahsuai ini bertujuan memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Syed Naquib al Attas (1990) menyatakan huruf Ga ( ( ك diperkenalkan
berasaskan huruf Kaf ( ك ), huruf Jim ( ج ) serta Cha ( ج )berasaskan bunyi huruf Ta ( ت ) dan
Jim ( ج ). Kang Kyoung Seouk (1990) berpendapat tulisan jawi merupakan medium asas yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah
Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran Al Quran. . Pelajar dilengkapkan dengan
kemahiran mengeja , menulis dan membaca sebagai matlamat Pelajaran Jawi bagi membolehkan
pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.
Melalui pemerhatian pada minggu awal praktikum terutamanya ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi bidang jawi, kelemahan murid amat ketara ketika guru meminta mereka
menyebut huruf tambahan jawi meskipun dengan melihat carta huruf jawi. Selain itu, mereka
juga tidak boleh menulis huruf tambahan jawi walaupun guru menyebut sebutan huruf berulang
kali. Ini memberi petanda awal kepada pengkaji bahawa kaedah pengajaran yang dilaksanakan
sebelum ini kurang berkesan.
6
Kesemua murid ini dapat menyebut huruf hijaiyah dengan sempurna. Selain itu mereka juga
mampu menulis huruf hijaiyah dengan baik meskipun bentuk huruf tidak sempurna.
Namun,apabila pengkaji menyoal tentang huruf tambahan jawi, ketiga-tiga orang murid ini nyata
menghadapi masalah. Mereka keliru dengan huruf hijaiyah yang sama bentuk dengan huruf
tambahan jawi.
Menurut Fatimah Binti Saufee (2006),Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf
yang lain. Sebagai suatu hasil kraf dan seni, kemahiran menulis mesti diajardengan cara dan
teknik yang betul di peringkat awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan
bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan
murid-murid menulis Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai
perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku
kata atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.
Kaedah mengenal dan menulis jawi yang pengkaji laksanakan sebelum ini hanya menggunakan
kaedah menyebut dan menulis secara berulang-kali dan hanya dibantu bahan sumber grafik
yang minima . Bagi murid yang mempunyai tahap kognitif yang cemerlang, ia bukanlah satu
masalah besar bagi mereka meskipun kaedah tersebut kadangkala membosankan. Namun, bagi
murid yang lemah, ia menjadi satu bebanan yang nyata. Apabila mereka tidak dapat menangkap
dengan baik apa yang diajarkan, mereka menyimpulkan bahawa pembelajaran mengenal dan
menulis jawi adalah sesuatu yang menyusahkan.
7
Kaedah ini amat membantu merangsang daya ingatan murid supaya lebih kreatif dan kritis
sepanjang proses P&P. Penggunaan elemen seni dalam kaedah ini diyakini mampu untuk
menarik perhastian murid disamping meningkatkan kefahaman murid terhadap huruf jawi dan
huruf tambahan jawi khususnya.
Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni
mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat
digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat
meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.
Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan
pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam
kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang
pelbagai antaranya kecerdasan logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan,
muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan masalah ini menjadi semakin serius dan tidak
menganggu kelancaran P&P, pengkaji memperkenalkan kaedah ‘Han Zi’ kepada murid untuk
menarik perhatian mereka kerana adanya insur seni yang diterapkan, ia mampu menarik
perhatian mereka. Menurut Ee Ah Meng (1997), Sekiranya murid berasa seronok ketika
menjalankan sesuatu, perkara yang dialami diingati dengan lebih lama lagi.
8
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan jawi mengenal dan menulis huruf jawi
tambahan jawi ڽ ۏ ڤ ݢ ڠ . چ
Objektif Khusus
1.Meningkatkan keupayaan mengenal huruf tambahan jawi terhadap murid menggunakan
kaedah ‘Han Zi’.
2.Meningkatkan kemahiran menulis huruf tambahan jawi terhadap murid menggunakan
kaedah ‘Han zi’.
3.Menilai keberkesanan kaedah ‘Han Zi’ ke atas keupayaan celik huruf tambahan jawi
terhadap murid.
4 Sejauh mana pengajaran menggunakan kaedah ‘Han Zi’ dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran saya.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan kajian berikut.
a) Adakah kaedah ‘Han Zi’ mendatangkan kesan positif terhadap pencapaian murid dalam
mengenal huruf-huruf tambahan jawi ?
b) Adakah kaedah ‘Han Zi’ dapat membantu murid menulis huruf tambahan jawi?
c) Sejauh manakah kaedah ‘Han Zi’ mampu menarik minat murid untuk mengenal huruf
tambahan jawi?
9
4. KEPENTINGAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Awang Mohammad Amin (1989), beliau menyatakan
bahawa kemahiran murid dalam membaca dan menulis Jawi adalah lemah. Dapatan kajian lain
dari Mustapha Yazid (1995), 95 peratus murid mempunyai pandangan negatif terhadap penulisan
Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting, dan tidak dinilai di dalam peperiksaan.
Masalah ketidakbolehan menulis dan membaca tulisan Jawi boleh memberi kesan kepada
pencapaian dan minat murid di dalam pembelajaran Pendidikan Islam, menurut Sulaiman
Ghazali (1990), dan Azman Wan Chik (1986).
Isu tulisan Jawi sepatutnya bukan isu yang besar kerana tulisan Jawi sepatutnya sudah sebati bagi
setiap umat Islam. Hal ini kerana tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan tulisan Al-Quran.
Individu yang mempunyai kemahiran untuk membaca dan menulis dengan tulisan Jawi sudah
pasti boleh membaca Al-Quran, dan begitu juga sebaliknya. Atas dasar ini, pengkaji
melaksanakan kajian ini, bagi memberi pendedahan kepada murid tentang tulisan Jawi.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan
yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan
kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan
yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.
Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik
yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun
serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.
10
Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran
ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd
Salleh Lebar (2007:78) murid-murid bosan dengan sebahagian guru yang mengajar sambil lewa
dan tidak banyak perubahan dalam teknik pengajaran. Ini bukan sahaja berlaku pada kelas yang
lemah tetapi juga berlaku pada kelas yang bijak.
Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan. Menguasai
setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar terutamanyan mengenal huruf
tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi akan menyebabkan mereka
tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggi
dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajardan terkeliru
dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad
Endut (1990) pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan
semakin ketinggalan dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh
guru ditulis dalam tulisan Jawi.
Majoriti murid melayu di SJKC Yih Min dapat menguasai bahasa mandarin dengan. Mereka
bukan sahaja mampu bertutur dengan fasih bahkan mampu menulis karakter cina dengan baik.
Antara kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa mandarin ialah
kaedah ‘Han Zi’. Kaedah ‘Han Zi’ digunapakai oleh guru bahasa cina bagi tujuan melatih murid
mengenal dan menulis karakter tulisan cina berdasarkan simbol yang mana telah melalui
beberapa evolusi sehingga membentuk karkater/huruf/perkataan yang sempurna.
11
Iklim P&P Pendidikan Islam di SJKC yang sangat berbeza dari Sekolah Kebangsaan(SK)
menyebabkan murid melayu tidak terlalu mengambil berat akan tulisan jawi. Sehingga ada yang
menganggap bahawa mempelajari tulisan cina adalah lebih mudah berbanding jawi. Hal ini amat
membimbangkan pengkaji.
Atas kesedaran inilah, pengkaji mengambil inisiatif untuk mewujudkan sesi pemulihan bagi
murid yang lemah dalam jawi. Sesi pemulihan ini dilakukan secara berkala kerana tiada guru J-
Qaf atau guru yang bertanggungjawab untuk mengambil alih sesi pemulihan.
Secara khususnya, kaedah ‘Hanzi’ ini tertumpu kepada murid pemulihan. Namun, pengkaji tidak
menafikan kebaikannya kepada murid yang sudah menguasai kesemua huruf tambahan jawi.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa Kaedah ‘Han Zi’ yang diperkenalkan oleh
pengkaji bagi bidang jawi merupakan satu inovasi baharu dalam kaedah pengajaran pemulihan
jawi. Adaptasi daripada kaedah yang telah banyak menyumbang dalam kemajuan tamadun cina
ini diharap dapat memberi nafas baru dalam bidang pemulihan jawi peringkat rendah di
Malaysia.
12
5. DEFINISI ISTILAH
Tulisan Jawi
Lebih 700 tahun lalu sejak penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada kurun ke-13, tulisan
jawi pernah mengalami pasang surutnya. meskipun ia pernah menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Pada zaman lampau, tulisan jawi
memainkan peranan penting sebagai pengantara dalam semua urusan pentadbiran, perdagangan
dan adat istiadat.
Namun, peredaran zaman menjadikan tulisan jawi yang merupakan salah satu tradisi dalam
tamadun Melayu Islam semakin terpinggir sedangkan ia sepatutnya menjadi skrip budaya dan
skrip diraja.
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara non formal, iaitu dengan
belajar di rumah guru, pondok dan madarasah. Sistem persekolahan formal mula diperkenalkan
setelah negara mencapai kemerdekaan dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata
pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum,1991).
Buku teks yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi
dan ada yang ditulis denganBahasa Arab ( Abdullah Ali Hassan,1980;Abdullah Jusoh,1990).
13
Han Zi Yan Bian
Secara harfiahnya, Han Zi Yen Bian membawa maksud Evolusi Aksara Han. Hanzi adalah salah
satu huruf paling tua di dunia, juga huruf dengan pengguna paling banyak didunia sehingga kini.
Huruf di dalam Hanzi ada banyak, totalnya kira-kira 60.000, di antaranya yang seringdipakai
kira-kira 6.000.
Hanzi merupakan karakter cina yang telah disempurnakan ketika zaman pemerintahan Dinasti
Han setelah melalui beberapa evolusi. Menurut sejarah cina, masyarakat cina pada dinasti
sebelumnya menggunakan simbol atau piktogram sebagai medium penulisan. Namun pada
zaman dinasti Han, simbol-simbol ini telah diselaraskan sehingga membentuk karakter cina
seperti yang dilihat harini.
Perkataan-perkataan cina yang dilihat pada hari ini kebanyakannya adalah terbentuk melalui
kaedah Hanzi. Kaedah hanzi adalah satu kaedah dimana sesuatu simbol atau piktogram dijadikan
asas pembentukan bagi sesuatu aksara. Hasilnya, piktograf ini telah berubah menjadi satu
bentuk yang sangat berbeza daripada bentuk asalnya.( Rujuk lampiran rajah 1&2)
14
Definisi Pemulihan
Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud mendamaikan
atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan memulih atau
mengembalakikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian hak, harta benda dan
lain-lain.
Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang kurang dan berbeza dengan aktiviti biasa
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah yang dikenali sebagai
pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar yang menghadapi kesukaran menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira atau ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah
(Sharifah Alwiah, 1983) Robiah Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan
pemulihan sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh
semuapelajar yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan
belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka.
Pemulihan juga dikenali sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi
keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan
murid di sekolah biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat
khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan(Ab.Halim Tamuri. 2007). Sang M.S (1998) berpendapat
pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk membantu pelajar
yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas.
15
Definisi Inovasi
Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, Inovasi membawa maksud sesuatu yang baru
diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain.
Dalam ertikata lain ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.
Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan
pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk digunapakai mengikut
keperluan jabatan/agensi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk
sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Inovasi yang
dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi atau
perubahan kepada amalan sedia ada. Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam bentuk
produk, perkhidmatan, proses dan teknologi.
‘’
16
6. KUMPULAN SASARAN
Keberkesanan kajian ini akan dilaksanakan ke atas seorang murid tahun 1 dan dua orang murid
tahun 2. Pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan kajian keatas keempat-empat orang
murid ini disebabkan kelemahan mereka dalam mengenal dan menulis huruf jawi tambahan
yang telah dikenal pasti melalui Ujian Pra.
Selebihnya, kajian ini akan diaplikasikan secara tidak langsung keatas murid lain. Dengan cara
ini, ia dapat memberikan satu pengetahuan baru kepada mereka disamping dapat menarik minat
mereka untuk mencintai tulisan jawi.
BIL NAMA RESPONDEN KELAS CIRI-CIRI
1 Muhammad Shahfandy bin Abdullah 1K
Hiperkatif,lemah dalam
sebutan dan penulisan bahasa
melayu dan jawi.
2 Nur Aina binti Rohaizat 2M
Pendiam, patuh kepada setiap
arahan guru. Lemah dalam
mengingat pelajaran lepas.
3 Sufia Izreena binti Jahari 2K
Hiperaktif, patuh kepada
arahan guru. Penulisan dan
pembacaan jawi berada pada
tahap minima.
7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
17
Perancangan Tindakan
Perancangan yang rapi telah pengkaji lakukan sebelum, semasa dan selepas kajian tindakan ini
dilaksanakan.Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian tindakan berbentuk kualitatif.
Prosedur pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan model kajian yang dibina oleh Kurt Lewin.
Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan efektif, pengkaji membuat bacaan
tambahan melalui buku dan kajian-kajian lepas bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah
yang dihadapi dan jalan penyelesaian yang perlu dipilih. Literatur berkaitan dan kajian lepas
telah pengkaji selitkan dalam kertas kerja. Perancangan pelaksanaan telah pengkaji rangka dan
jadualkan mengikut bahagian-bahagian tertentu supaya mudah untuk pengkaji menjalankan
kajian. Selain itu juga, instrumen pengumpulan data yang bersesuaian telah pengkaji pilih bagi
membantu kajian tindakan ini. Perbincangan bersama rakan yang turut melakukan kajian yang
hampir sama telah pengkaji lakukan untuk memastikan kajian tindakan yang pengkaji
laksanakan ini adalah bermutu.
Pelaksanaan Tindakan
18
Kajian ini dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi bidang
Pelajaran Jawi dan di luar waktu kelas yakni ketika masa lapang peserta kajian.
Penggunaan kaedah hanzi dalam penulisan jawi hanya dikhususkan bagi huruf tambahan jawi
sahaja dalam sesuatu perkataan. Jadi, setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam Tahun 1 berlangsung terutamanya bagi bidang pelajaran jawi, pengkaji telah
memperkenalkan kaedah ini kepada murid seterusnya meminta mereka melakukan latihan atau
permainan berdasarkan penerangan yang diberi.
Secara ringkasnya, sebelum melaksanakan kaedah Hanzi, pengkaji telah menguji tahap
pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penulisan jawi menggunakan ujian pra. Apabila
pencapaian murid diketahui melalui ujian tersebut, pengkaji terus memperkenalkan kaedah hanzi
kepada mereka. Melalui pemerhatian dalam kelas, setelah dikenal pasti ketiga-tiga peserta kajian
telah faham aplikasikan kaedah hanzi bagi menulis huruf tambahan jawi, pengkaji melaksanakan
ujian terhadap mereka untuk menguji tahap kefahaman mereka.
Teknik Mengumpul Data
19
a) Pemerhatian
Instrumen pengumpulan data secara pemerhatian agak popular dalam kalangan para penyelidik
dan ia merupakan proses pengumpulan data yang berbentuk kualitatif. Jadi, pengkaji telah
memutuskan untuk memilih cara ini kerana ia amat efektif dan pengkaji dapat melihat sendiri
bagaimana perjalanan perlaksanaan kajian tindakan ini dari peringkat awal hingga akhir. Semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas Tahun 1, pengkaji telah melakukan
pemerhatian tentang cara penulisan huruf tambahan jawi yang dilakukan oleh tiga orang peserta
kajian yang difokuskan iaitu Shahfendy, Aina dan Sufia melalui latihan individu dalam kelas
atau permainan berkumpulan dari masa ke semasa. Pengkaji juga telah menyediakan borang
senarai semak khusus bagi pemerhatian awal dan pemerhatian berkala.(Rujuk lampiran jadual 1)
b) Temu bual
20
Temu bual adalah pertemuan bersemuka, penemu bual boleh maklumat yang boleh
menambahbaikkan kadar respons (Mok Soon Sang, 2010). Pengkaji menjalankan temu bual
tidak formal dan tidak berstruktur bersama beberapa responden kajian pengkaji iaitu guru
Pendidikan Islam Tahun 1, murid Islam Tahun 1 dan peserta kajian. Temu bual dirakam dengan
menggunakan aplikasi perakam dalam telefon bimbit.
Jadual 2: Kompilasi soalan temubual
BIL SOALAN
1 Apakah kaedah yang Ustaz guna supaya murid dapat mengingat huruf tambahan jawi?
2 Adakah kamu tahu apa huruf tambahan jawi?
3 Berapakah huruf tambahan jawi?
4 Adakah kamu dapat membezakan huruf tambahan jawi dengan huruf jawi yang lain?
5 Bolehkah kamu menulis huruf tambahan jawi jika ustaz menyebut bunyinya?
6 Bolehkah kamu menyebut nama huruf jika ustaz menunjukkan hurufnya?
c) Ujian Pra dan Ujian Pasca
21
Menurut Ismail Abbas dan Fadzillah Mustapa (2007), mereka berpendapat bahawa kemahiran
menulis perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
kemahiran membaca. Kemahiran menulis merupakan alat penting yang perlu dikuasai oleh murid
untuk menurunkan segala isi pelajaran dan melahirkan buah fikiran melalui apa yang dibaca.
Jadi, Ujian Pra dilakukan sebelum kaedah hanzi dilaksanakan. Setelah kaedah tersebut
diperkenalkan, Ujian Pasca dijalankan terhadap peserta kajian. Ujian tersebut menggunakan
soalan yang sama iaitu menulis huruf tambahan jawi bersdasarkan gambar ransangan. Ujian
tersebut dilakukan untuk menguji tahap kemahiran menulis jawi para peserta. Skor pencapaian
peserta dikira melalui semakan jawapan.
Teknik Menganalisis Data
22
a) Pemerhatian
Hasil pemerhatian secara tidak berstruktur telah pengkaji catatkan dalam bentuk refleksi
Rancangan Pengajaran Harian. Melalui refleksi tersebut, pengkaji mengenal pasti masalah-
masalah dihadapi, menyenaraikannya dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
b) Temu bual
Proses temu bual yang telah dirakamkan dianalisis. Pengkaji mendengar kandungan rakaman
sebanyak tiga kali. Data yang dikumpul melalui temu bual diterjemahkan dalam bentuk
transkrip. Seterusnya isi kandungan dalam temu bual yang penting dan berkaitan untuk
menjawab persoalan kajian dicatat dan dihuraikan lebih terperinci dalam bentuk penulisan.
c) Ujian pra dan pasca
Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi sebelum kajian
dijalankan. Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel di akhir kajian
dijalankan.
Tujuan ujian adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran saya dan pembelajaran pelajar bagi
setiap tajuk yang diajar, khususnya dalam kemahiran menyambung huruf Jawi tunggal ini.
d) Refleksi guru
Refleksi adalah satu fasa di mana pengkaji meninjau semula pengajaran di dalam bilik darjah.
Secara ringkasnya, refleksi membolehkan pengkaji membuat penilaian kendiri. Amalan reflektif
juga membolehkan pengkaji mempunyai rasa tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri.
Teknik Menyemak Data
23
Secara umumnya, pengkaji menggunakan dua jenis tringulasi dalam kajian iaitu triangulasi
kaedah dan triangulasi sumber.
Triangulasi Kaedah
Pengkaji memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang berbeza untuk
mengumpul data daripada peserta penyelidikan tindakan spengkaji yang sama. tringulasi kaedah
yang dimaksudkan ialah penggunaan instrumen yang berbeza dalam mengumpul data. Instrumen
yang pengkaji gunakan adalah catatan diari murid, refleksi guru, serta ujian pra dan pasca.
Triangulasi Sumber
Triangulasi sumber pula melibatkan semakan latihan oleh pengkaji dan guru pembimbing.
Pengkaji telah meminta bantuan guru pembimbing, iaitu Encik Badrul Sham untuk menyemak
lembaran kerja murid dan kertas ujian semasa pengkaji menjalani praktikum di SJKC Yih Min
supaya keputusan tidak bias.
Perancangan Pelaksanaan Tindakan
24
Bulan/Tindakan
Janu
ari
Feb
ruari
Ma
c
Ap
ril
Me
i
Jun
Julai
Au
gus
Se
ptemb
er
Mengenalpasti
Masalah
Menganalisis
masalah
Pemilihan tajuk
Tinjauan literatur
Perbincangan
bersama
pensyarah
Menulis proposal
Kajian Tindakan
+ Serahan
Instrumentasi
Mengumpul data
Analisis data
Draf
Bacaan pruf
Semakan terkahir
kajian tindakan
Serah kajian
tindakan
Pembentangan
Anggaran Kos Kajian
25
No. Items Kuantiti
Kos per unit
(RM)
Jumlah Kos
(RM)
1 Katrij pencetak 2 35.00 70.00
2 Binding 1 5.00 5.00
3 Kertas warna 3 3.50 10.50
4 Fotokopi 1 25.00 25.00
5 Alat tulis 5 30.00 150.00
6 Kertas A4 2 13.00 26.00
7 Lain-lain keperluan 5 20 20
JUMLAH (RM) 306.5
8. TINJAUAN LITERATUR
26
Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis
dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha
Yazid (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi
seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan
terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah
Ghazali, 1990; Azman Wan Chik, 1986).
Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin
ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan
oleh guru ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi (Muhammad Endut, 1992). Oleh itu, Isahak
Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat, kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam
menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada
peringkat sekolah rendah.
Oleh yang demikian, skil menulis dan membaca jawi perlu diberi penekanan ketika murid masih
diperingkat rendah. Semangat kecintaan terhadap tulisan jawi perlu dipupuk oleh guru. Kaedah
yang digunakan pula mestilah sesuai dan ampuh. Setelah murid mengenal huruf, menulis antara
kaedah latih tubi yang sangat berkesan untuk digunakan dalam memastikan murid cekap dan
terus dekat dengan tulisan jawi.
27
Menurut Dr. Montessori dalam kajian oleh Siti Fatimah Binti Saufee (2006) mendapati bahawa
penulisan mendahului bacaan.Penulisan adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat
ketara ,sebaliknya dalam pembacaan hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual. Ini
bermakna penguasaan menulis jawi merupakan langkah yang utama sebelum penguasai
kemahiran membaca jawi
Nik Rosila Nik Yaacob (2007) dalam kajiannya menunjukkan tidak terdapat perbezaanyang jelas
antara pelajar lemah, sederhana dan baik dalam penguasaan Jawi dengan minat mereka terhadap
Pendidikan Islam yang diwakili oleh indikator "seronok belajar mata pelajaran lain berbanding
Pendidikan Islam".Dapatan menunjukkan lebih tinggi peratusan pelajar yang boleh menguasai
Jawi tidak berminat terhadap Pendidikan Islam. Keadaan ini menggambarkan kemungkinan
besar pengajaran guru tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar.
Satu kajian oleh Siti Fatimah binti Saufee (2006) mendapati prestasi murid-muridberkait rapat
dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid yang mempunyai ibu bapa yang
tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dankesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi.
Sikap murid-murid yang negatif juga mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk
memantapkan lagi penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke
arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dan kedudukan yang
tinggi setanding dengan tulisan-tulisan laindi dunia.
28
RUJUKAN
Al-Quran
Ahmad Mohd. Salleh (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.
Cheng C (Tzu, 2010)hangyu (2005) zhongguo wenhua yaolue penerbit. Beijing: waiyujiaoxue yu yanjiu chubanshe.
Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Rosila Nik Yaacob, (2007) Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Malaysian Journal of Educators and Education, 22 . pp. 161-172
Sun Tzu. (2010). The Art of War. England: Nabla .
Kormadas, L. (2014, 5 2). Chinese characters spring to life . Retrieved 3 14, 2015, from http://
gbtimes.com: http://gbtimes.com/life/chinese-characters-spring-life
29
LAMPIRAN
30