Post on 05-Dec-2015
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Isi Kandungan 2
2. Abstrak 3
3. Pengenalan 3
4. Refleksi Masalah 4
5. Fokus 6
6. Objektif 7
7. Kumpulan Sasaran 7
8. Pelaksanaan Kajian 8
9. Tindakan Yang Dijalankan Untuk
Mengatasi Masalah9
10. Hasil Pemerhatian 13
11. Rumusan Kajian 14
12. Kaitan Teori Psikologi 15
13. Rujukan 16
~ 2 ~
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk memahami dan menyelesaikan masalah-masalah
pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Chenderah, Jasin, Melaka
(SMTAQ) dalam menghafaz dan menjaga Al-Quran. Seramai 20 orang pelajar
daripada Tingkatan 4A dipilih sebagai model kajian. Tinjauan awal telah dibuat
melalui refleksi pembelajaran dan pengajaran melalui ujian pra-amali dan
bertulis. Hasil dapatan daripada tinjauan awal menunjukkan tahap penguasaan
pelajar dalam menghafaz Al-Quran adalah pada tahap lemah dan masih
memerlukan banyak latihan. Pelajar telah menjalani proses pemantauan melalui
beberapa program yang diadakan berdasarkan kaitan teori-teori psikologi
pendidikan yang bersesuaian. Dapatan kajian daripada hasil beberapa ujian
menunjukkan peningkatan kemahiran pelajar dalam menghafaz Al-Quran.
PENGENALAN
Al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w untuk dijadikan sebagai pedoman dan pegangan hidup seluruh
umat manusia. Al-Quran juga adalah kitab suci yang mengandungi peraturan
lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia. Di
dalam konteks pendidikan di Malaysia, Al-Quran menjadi satu komponen wajib di
dalam matapelajaran Pendidikan Islam lebih-lebih lagi bagi sekolah yang
dinamakan sekolah tahfiz Al-Quran.
~ 3 ~
Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia :
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran dan Kamilah yang akan
menjaganya” (Al Hijr 15:9)
Penerapan bacaan Al-Quran yang telah ditekankan sejak peringkat sekolah
rendah dan juga sekolah menengah diteruskan sehingga ke peringkat universiti.
Komponen pendidikan Al-Quran yang diaplikasi di SMTAQ adalah berkaitan
dengan hafazan Al-Quran. Penerapan yang berterusan kepada pelajar dilihat amat
penting untuk memastikan pelajar-pelajar beragama Islam celik Al-Quran dan
mampu menguasai ilmu tersebut dengan baik.
Amalan pengajaran Al-Quran yang berkesan juga dikaitkan dengan sifat
kreatif guru yang mana bukan sahaja setakat merancang pengajaran, bahkan juga
meliputi kreativiti semasa proses pengajaran. Amalan ini penting kerana ia akan
menentukan daya tarikan minat pelajar untuk menumpukan perhatian. Ngalim
(1990) dalam Mohd Aderi Che Noh, Rohani Ahmad Tarmizi (2009) berpendapat
bahawa punca pelajar hilang tumpuan semasa belajar ialah disebabkan oleh cara
guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran yang membosankan.
REFLEKSI MASALAH
~ 4 ~
Kajian ini adalah bertitik tolak daripada masalah besar yang melibatkan
kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghafaz ayat-ayat Al-Quran.
Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di sekolah rendah,
sekolah menengah mahupun di institusi-institusi Pengajian Tinggi. Kajian Mohd
Alwi et al. (2003), Ab. Halim (2005) dan Ab. Halim et al. (2006) dalam Mohd Aderi
Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menunjukkan bahawa kelemahan
dalam pengajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran menyebabkan
timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan
menghafaz Al-Quran. Kelemahan penguasaan Tilawah (Bacaan) dan Hafazan Al-
Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada
peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak
diberi penekanan. Oleh demikian adalah menjadi tanggungjawab guru-guru Al-
Quran untuk menguasai strategi pengajaran supaya memudahkan pelajar untuk
mempelajari hafazan Al-Quran dengan lebih mudah.
Bidang Pendidikan Al-Quran adalah mata pelajaran yang wajib diambil dan
diwajibkan lulus bagi semua pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran
(SMTAQ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Al-Quran ini telah digariskan oleh Jabatan
Agama Islam Melaka dengan (JAIM) dengan bercabang kepada tiga bahagian iaitu
Hafazan Al-Quran, Tahriri Al-Quran (Penulisan) dan Tajwid Al-Quran.
Apabila meneliti keputusan ujian hafazan tahun lepas, ramai di kalangan
pelajar masih belum menguasai hafazan Al-Quran walaupun mereka tahu
membaca Al-Quran. Penyelidik pernah bertanyakan kepada mereka tentang
~ 5 ~
masalah ini dan jawapan yang diberikan mudah sahaja, “Kami sudah hafal, tetapi
sukar untuk ingat.” Selain itu, ada di kalangan mereka, yang pernah bertanyakan
kepada pengkaji cara menghafaz ayat-ayat Al-Quran itu dengan teknik yang
mudah diingati. Penyelidik cuba memikirkan apakah cara terbaik untuk
membantu pelajar mengatasi masalah ini.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :
“Yang terbaik dikalangan kamu (manusia) adalah yang belajar dan mengajar Al-
Quran” (HR Bukhari dan Muslim)
Mengambil kira kepentingan Al-Quran di kalangan pelajar, atas dasar
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dalam memartabatkan ilmu
terutamanya ilmu Al-Quran, penyelidik cuba mengilhamkan dua program yang
akan dilampirkan kemudian. Adalah menjadi harapan penyelidik agar hasil kajian
ini dapat membekalkan maklumat berguna kepada guru-guru berkaitan di
samping meningkatkan kemahiran membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran
di kalangan pelajar.
FOKUS
Fokus kajian ini memberi tumpuan kepada kaedah atau teknik untuk
mengatasi masalah pelajar dalam menghafaz ayat-ayat hafazan dalam sukatan
Pendidikan Al-Quran SMTAQ. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan
~ 6 ~
Program “Chunking”, Program “10-1(10 kali baca surah dalam sehari)” dan
Program “Sahabat Huffaz” dalam memudahkan pelajar menghafaz ayat-ayat
hafazan yang ditentukan. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti sama ada
kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan tahap penumpuan dan pemahaman
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai
objektif berikut :
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar Tingkatan 4A dalam menghafaz ayat-
ayat Al-Quran dengan lebih efektif.
Objektif Khusus
1. Menyebut setiap kalimah dengan betul.
2. Mengubah persepsi pelajar dengan mengatakan mudahnya menghafaz
Al-Quran.
3. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang hafazan Al-Quran.
KUMPULAN SASARAN
~ 7 ~
Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 4A Sekolah Menengah
Tahfiz Al-Quran (JAIM) Chenderah, Jasin, Melaka sesi 2012.
PELAKSANAAN KAJIAN
Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah kualitatif dan
kuantitatif iaitu melalui pemerhatian, ujian pra-amali dan pos.
Pemerhatian
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas
kajian. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, masih ada pelajar yang lemah
dalam menguasai teknik membaca dan menghafaz Al-Quran dengan betul.
Ujian pra-amali dan pos
Ujian pra telah diberikan berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Al-
Quran bertujuan untuk mengesan sejauh mana kemahiran pelajar dalam
menguasai bacaan dan hafazan. Selepas melihat keputusan ujian pra, penyelidik
terus menjalankan aktiviti dengan melaksanakan beberapa program. Pada minggu
~ 8 ~
berikutnya penyelidik terus memberikan ujian yang sama yang telah diberikan
dalam ujian pra sebagai ujian pos 1. Selepas seminggu, penyelidik telah
memberikan ujian pos 2.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN UNTUK MENGATASI MASALAH
Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, tahap penguasaan hafazan
responden adalah pada tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam
aspek kemahiran menghafaz ayat-ayat dengan lancar, sebutan huruf yang jelas
dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin disebabkan oleh amalan
pengajaran guru yang kurang berkesan. Dapatan ini selari dengan kajian yang
telah dijalankan oleh Maimun Aqsha Lubis dan Roslan Aspar (2005) yang
menunjukkan keberkesanan kaedah mengajar dan jalinan hubungan yang lebih
mesra di antara guru dan pelajar di sekolah dari peringkat rendah sehingga
peringkat tinggi menjadi lebih penting supaya penyampaian pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan memudahkan
pencapaian matlamat yang telah digariskan. Justeru itu, adalah menjadi
tanggungjawab guru-guru untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan pelajar
seperti memberi rangsangan dan semangat supaya mereka memiliki kesedaran
untuk mempelajari Al-Quran.
~ 9 ~
Setelah penyelidik mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul,
maka penyelidik telah melaksanakan tiga teknik menghafaz Al-Quran dalam
sukatan Pendidikan A-Quran adalah seperti berikut :
Program "Chunking"
"Chunking" membawa maksud pisahkan atau ceraikan kepada beberapa
bahagian tertentu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Ada beberapa teknik
yang bersesuaian berdasarkan program ini mengikut tahap-tahap tertentu :
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian
yang
sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian (2 atau 3
bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan ayat-ayat kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut
pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juzuk kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib,
rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan
sebagainya.
~ 10 ~
Secara rumusannya, penyelidik menggunakan teknik yang kedua bagi
program ini. Cara pelaksanaan adalah seperti berikut :
1. Penyelidik membimbing pelajar dengan memisahkan ayat-ayat Al-Quran sekadar
satu muka surat kepada 2 atau 3 bahagian mengikut kesesuaian pelajar.
2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka
terhadap pembahagian yang bersesuaian kepadanya.
3. Pelajar akan membaca ayat-ayat tersebut berulang kali (sekadar 5 hingga 10 kali
mengikut Program 10-01) sehingga berjaya tanpa berpindah ke bahagian yang
seterusnya.
4. Pelajar memperdengarkan ayat-ayat yang dihafaz tadi dihadapan penyelidik.
5. Pelajar mengulangi kaedah-kaedah di atas dengan menyambung hafazan ke
bahagian baru atau seterusnya.
Program 10-01
Kaedah program ini adalah dengan membaca sebanyak 10 kali sehari atau
dikenali sebagai teknik ulangan berterusan. Cara pelaksanaan adalah seperti
berikut:
1. Penyelidik membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul
bagi ayat-ayat yang ditentukan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-
kurangnya 5 kali.
~ 11 ~
2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka
terhadap bacaannya.
3. Pelajar akan membaca ayat-ayat tersebut berulang kali sekurang-kurangnya
10 kali dalam sehari dengan menggunakan Al-Quran yang sama.
4. Pelajar juga membaca ayat-ayat tersebut di luar aktiviti program seperti dalam
solat.
5. Penyelidik menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.
Program "Sahabat Huffaz"
Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk atau menguji hafazan ayat antara satu sama lain.
Tindakan yang dijalankan ini merangkumi aspek kemahiran menghafaz
ayat-ayat tertentu yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Al-Quran SMTAQ. Ia
bukan sahaja melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus
kepada pembelajaran aktif para pelajar di dalam menguasai ilmu tersebut.
Berdasarkan teori Psikologi Pendidikan, kaedah ini menepati Pendekatan
Konstruktiviti Sosial yang tertumpu kepada keadaan atau unsur-unsur yang
berada di sekeliling pelajar. Apatah lagi dalam pengajaran membaca Al-Quran, ia
~ 12 ~
mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap komponen bagi mata
pelajaran yang lain. Pengajaran membaca Al-Quran melibatkan kemahiran lisan,
kelancaran bacaan, kemahiran fasahah, tilawah bertajwid dan bacaan secara
tadwir dan tartil (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Oleh itu, Program
Sahabat Hafaz yang dijalankan oleh penyelidik adalah bersesuaian kerana semua
pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain dalam menguasai hafazan
Al-Quran.
HASIL PEMERHATIAN
Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati kebanyakan pelajar lebih berkeyakinan dan lebih berminat untuk
menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang dicadang dan dikemukakan guru ketika
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Selain itu suasana
pembelajaran juga menjadi lebih aktif di mana pelajar sentiasa membantu di
antara satu sama lain.
Analisis ujian pra dan ujian pos
Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti
berikut :
~ 13 ~
Jadual 1 : Ujian pra dan pos untuk amali hafazan ke atas 20 orang responden
(pelajar-pelajar Tingkatan 4A, 2012).
MARKAH TAHAPBILANGAN PELAJAR
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
14 - 20 Cemerlang 2 7 11
7 - 13 Baik 5 6 6
1 - 6 Lemah 13 7 3
Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian pelajar. Daripada 20 responden yang mengambil ujian, hasilnya 17
orang pelajar menunjukkan peningkatan pencapaian manakala 3 orang pelajar
tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Ujian Pos telah dilaksanakan sebanyak
2 kali iaitu ujian pos 1 dan ujian pos 2. Jarak ujian pos 1 dan ujian pos 2 adalah
selama seminggu. Berdasarkan ujian pos yang telah dijalankan, didapati terdapat
peningkatan yang mendadak bagi pelajar yang dapat menghafaz ayat-ayat Al-
Quran yang ditetapkan dengan lancar, bacaan yang bertajwid dan sebutan huruf
yang betul. Penurunan jumlah pelajar yang lemah juga dapat dikurangkan. Hal ini
berbeza daripada keputusan ujian pra amali yang telah dijalankan sebelum ini, di
mana menunjukkan jumlah yang tinggi bagi pelajar yang lemah dalam menguasai
kemahiran menghafaz Al-Quran.
RUMUSAN KAJIAN
~ 14 ~
Berdasarkan kepada dapatan kajian di atas, terdapat peningkatan pada
pencapaian pelajar dalam ujian pos yang dilaksanakan. Ini menunjukkan
keberkesanan program yang dilaksanakan penyelidik. Namun demikian, terdapat
juga beberapa pelajar yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan dari segi
pencapaian. Ini berkemungkinan kerana beberapa aktiviti dalam program yang
dilaksanakan adalah di luar kemampuan kawalan penyelidik. Contohnya, bagi
Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari), pelajar dikehendaki membaca ayat-
ayat Al-Quran yang dihafaz dalam solat. Penyelidik tidak dapat memastikan sama
ada aktiviti ini dilaksanakan secara tepat oleh pelajar ataupun tidak. Oleh
demikian, untuk kajian berikutnya, kelemahan ini harus diberi perhatian dan
dilaksanakan penambahbaikan supaya sebarang tindakan yang dicadangkan
berjalan lancar dengan kawalan guru yang bertugas.
KAITAN TEORI PSIKOLOGI
Sepanjang proses kajian dilaksanakan, terdapat pelbagai teori psikologi
pendidikan terbentuk dalam kaedah dan teknik yang dicadangkan penyelidik.
Berdasarkan analisis kajian yang telah dilaksanakan, kesimpulan dibuat bahawa
majoriti pelajar tersebut pada awalnya amat lemah dalam menghafaz Al-Quran.
Setelah dibuat penyelidikan kepada beberapa peringkat ujian, ternyata bilangan
pelajar yang lemah semakin berkurang dari hari ke hari dan memerlukan amalan
yang berterusan.
~ 15 ~
Bagi kaedah "Chunking" terdapat di dalamnya kaitan Teori Kecerdasan
Triachic Sternberg kerana mengamalkan kecerdasan Analitikal (pembahagian
kadar hafazan yang ingin disemak), Pengalaman (menilai kaedah lalu) dan
Praktikal (tindakan pelaksanaan). Juga mempunyai kaitan dengan Teori
Pembelajaran Behaviorisme dengan teknik pengulangan pada kadar yang
ditetapkan. Program 10-01 pula disematkan bagi merealisasikan Teori Edward L.
Thorndike yang menggunakan tiga aspek utama iaitu berkenaan Hukum
Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Latihan yang berulang dan
berterusan menjadi tunjang utama dalam menjayakan program ini. Begitu juga
kepada Teori Konstruktiviti Sosial dilaksanakan dalam program ketiga iaitu
program "Sahabat Huffaz" di mana pelajar perlu berkongsi maklumat (hafazan)
bersama-sama. Kaedah ini lebih memberi keserlahan apabila terdapat pelajar
yang baik atau mempunyai pengalaman yang pelbagai membantu pelajar yang
lemah dan kurang mempunyai pengalaman sedia ada tentang menghafaz Al-
Quran. Juga boleh disamakan ciri-cirinya dengan Teori Kognitif Sosial atau Teori
Modelling Albert Bandura apabila perwatakan dan tingkah laku "Sahabat Huffaz"
atau guru bersesuaian dengan gelaran seorang penghafaz Al-Quran.
RUJUKAN
- Terjemahan Al-Quran dan Hadis.
- Hasnida Ibrahim (2011), Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dalam
Sukatan Aa 101 Di Kalangan Pelajar Semester Satu.
- Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Psikologi
~ 16 ~
Pendidikan UPSI.
- Khalif Rizal (2011), Menghafaz Al-Quran ; Kaifiat dan Fadhilat.
- Sejaya Islamic School Preach Broad (2010), 7 Tips Menghafaz Al-Quran.
~ 17 ~