psv presentat

Post on 26-Jul-2015

751 views 3 download

Transcript of psv presentat

Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber tentang

Peraturan Memberi Markah•Holistik dan Analitik•Pemilihan Kriteria

Menyatakan kelebihan dan kelemahan PMM

PEMARKAHAN HOLISTIK

• Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar.

• Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

• Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.

• Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

• Pemarkahan holistik boleh dikelaskan kepada enam kriteria berdasarkan dari markah 0 sehingga 6.

Markah Kriteria5 Cemerlang – menguasai semua objektif

serta dapat berhujah dengan baik dan berkesan

4 Baik – menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan berkesan

3 Memuaskan – hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan memuaskan

2 Lemah – menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah

1 Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah

0 Gagal – gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT:

1. Pemeriksa menentukan bilangan kategori gred atau prestasi yang akan digunakan dalam pemarkahan

2. Huraikan kriteria yang menentukan tahap kualiti bagi setiap kategori atau gred

3. Baca setiap kertas jawapan dengan cepat dan berdasarkan kriteria yang tetapkan dapatkan satu gambaran keseluruhan mengenai kualiti jawapan;

4. Letakkan kertas jawapan pada kategori prestasi (gred) yang sepadan dengan kualiti kertas jawapan;

5. Selepas semua kertas jawapan telah diperiksa, baca semula semua kertas jawapan yang diletak dalam setiap kategori prestasi untuk memastikan ianya telah diletakkan dalam kategori prestasi yang betul

6. Kertas jawapan yang salah dikategorikan hendaklah dipindah ke kategori yang betul.

KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK• Kaedah yang lazim digunakan untuk

pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.

Kaedah Ordinal:• Sekiranya pemarkahan secara holistik

dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:

LANGKAH-LANGKAH KADEAH ORDINAL

1. Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.

2. Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.

3. Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.

4. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

KAEDAH NOMINAL

Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:1. Menentukan skema pemarkahan terlebih

dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B= Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

• Kriteria kandungan : penguasaan pengetahuan.

• Kriteria pengolahan : kemahiran menghuraikan idea secara logik dan matang serta penguasaan bahasa yang tepat

• Kriteria proses : aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian dan kreativiti.

2. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

3. Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.

4. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

KELEBIHAN PEMARKAHAN HOLISTIK• Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan

tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.• Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil

masa yang panjang • Pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih

d$aripada seorang pemeriksa dan juga pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan untuk memastikan bahawa setiap pemeriksa memberi markah yang sama antara mereka.

KELEBIHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

• Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi

• Pemeriksa mengikhtiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara kreatif dan inovatif.

KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

• Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan sebagai pemeriksa.

• Pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.

• Kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan.

KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

• Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.

• Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar.

KESAN HALO

• Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas.

KESAN HORN

• Kesan horn pula merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.

PEMARKAHAN ANALITIK

• Kaedah memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.

• Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan.

• Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan terhad.

• Penyediaan skema pemarkahan: (a) Kaedahan ini memerlukan:

penyediaan satu garis panduan atau satu senarai unsur utama yg perlu dikemukakan sebagai jawapan yg paling baik bagi soalan itu

Penentuan bilangan point yang akan diberi utk setiap unsur utama

(b)Jawapan pelajar yang menepati jawapan yang dikehendaki akan diberi markah penuh; jawapan yang langsung tidak menepati tidak akan diberi sebarang markah;

(c)Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya;

(d)Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat.

KELEBIHAN PEMARKAHAN ANALITIK

• Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu menguasai bidang berkenaan.

• Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan.

• Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.

• Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.

• Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau rendah.

• Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar.

• Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan mereka dengan jelas

• Lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

KELEMAHAN PEMARKAHAN ANALITIK

• Pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai.

• Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu.

• Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan.

• Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.

• Mereka tidak akan mengambil kira aspek kemahiran apabila menjawab soalan berbentuk esei.

• Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut akan ditolak.

• Pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan esei atau subjektif

PERBEZAAN ANTARA PEMARKAHAN HOLISTIK DAN ANALITIK

Perkara Permakahan Holistik Permakahan Analitik

SKEMA PEMARKAHAN

Sangat subjektif (Berdasarkan andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan menyeluruh ke atas keseluruhan soalan)

Sangat terperinci berdasarkan unsur-unsur yang terkandung di dalam jawapan

KRITERIA PEMERIKSA

Hanya guru yang berpengalaman dan menguasai bidang berkenaan mampu menggunakan teknik ini

Semua guru boleh menggunakan teknik ini termasuk yang kurang pengalaman

Perkara Permakahan Holistik Permakahan AnalitikUNSUR-UNSUR

PENTING DALAM JAWAPAN

Apa sahaja aspek baik yang terdapat di dalam jawapan

Kandungan, pengelolahan dan proses

PENYELARASAN PERMARKAHAN

Mesyuarat penyelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukan

Skema permarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan keobjektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis

Perkara Permakahan Holistik Permakahan AnalitikBENTUK SOALAN Sesuai untuk soalan

karangan atau eseiBerstruktur iaitu setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci

BENTUK JAWAPAN Jawapan tidak semestinya seragam seperti skema yang disediakan di mana sesuatu esei memberikan pelbagai bentuk luahan pemahaman pelajar

Perlu dijawab secara terperinci, seragam dan berstruktur

BENTUK MARKAH A, B, C, D, E atau pangkat 1-5 (Cemerlang – gagal)

Secara pecahan.Contohnya: 7/10

MASA Bergantung kepada tahap kemahiran pemeriksa

Panjang

PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Satu pendekatan pemarkahan memerihalkan pencapaian seseorang pelajar dengan merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.

• Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan kriteria tertentu.

• Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan

• Sebagai contoh, seorang guru mengajar murid di dalam kelas mengenai corak tidak terancang melalui teknik tiupan.

• Kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah untuk aktiviti tiupan dalam corak tidak terancang ialah dari segi warna, kemasan, alat & bahan, gubahan dan motif.

Sekian, terima kasih.

KELEBIHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Perbandingan antara pelajar tidak diperlukan. Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak dikaitkan dengan skor pelajar lain.

• Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah, min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.

• Prestasi pelajra boleh diuji secara terperinci.

KELEMAHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Untuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah mencukupi.

• Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang pengetahuan atau kemahiran.(MCMillan 1997)

• Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan untuk setiap objektif.