tugsan psv

download tugsan psv

of 91

Transcript of tugsan psv

  • 7/29/2019 tugsan psv

    1/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    1

    PENGHARGAAN

    Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur

    kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan seni ini pada masa yang telah

    ditetapkan.Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

    Pensyarah Pendidikan Seni Visual bagi subjek PSV 3104 iaitu Encik Mokhtar bin

    Adnan yang telah memberi masa dan bimbingan yang diharapkan.Ucapan terima

    kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan

    memberi komen yang membina dalam menyiapkan tugasan ini. Terutamanya

    kepada Puan Asnaniar Hj Alias, Puan Rodziah Arif, Puan Kamsiah, Encik Ali bin Jikri

    dan Encik Bakar bin Jaidi. Tanpa nasihat dan tunjuk ajar mereka sudah tentu saya

    tidak dapat menyiapkan tugasan ini.Tugasan ini mengkehendaki saya menjalankan

    pemantauan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

    serta membuat ulasan berpandukan beberapa perkara yang telah ditetapkan.

    Perkara ini kelihatan mudah namun memerlukan masa yang sesuai dan

    perbincangan dengan rakan sejawat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    dapat dijalankan dengan lancar. Kesediaan murid, peralatan dan bahan yang

    mencukupi dan kesediaan guru perlu diambil kira dalam menjalankan pemantauan

    P&P PSV tersebut. Kerjasama daripada dua orang guru tersebut iaitu cikgu

    Junaidah bt. Ramli dan Cikgu Azizul bin Othman amat membanggakan kerana

    mereka telah memberikan P&P yang terbaik kepada murid-murid sejajar dengan

    Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun mata pelajaran PSV ini merupakan subjek

    elektif namun ia mempunyai teori perkembangannya yang tersendiri dan perlu

    dititikberatkan untuk perkembangan semua murid yang mempunyai pelbagai

    kecerdasan.Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalankan kajian

    terhadap aktivitipengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dan

    pengurusan bilik seni di sekolah ini. Saya juga telah berkongsi beberapa keping

    gambar bilik seni serta projek yang dijalankan di sekolah saya kepada rakan-rakan

    yang memerlukannya.

    Sekian

  • 7/29/2019 tugsan psv

    2/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    2

    REFLEKSI

    Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat

    menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Tugasan yang saya perlu kaji adalah

    berkenaan sejarah kurikulum perkembangan PSV di Malaysia dan pengurusan bilik

    PSV dan konsep 5p dalam PSV. Pada peringkat awalnya saya berasa tertekan

    kerana dengan tugasan PSV ini ditambah pula dengan aktiviti-aktivit isekolah serta

    aktiviti-aktiviti daripada organisasi-organisasi luar menjadikan masa sesaat begitu

    penting buat diri saya. Tempoh sebulan untuk menyiapkan tugasan ini adalah suatu

    tempoh yang cukup lama namun dengan situasi yang saya hadapi tempoh tersebut

    menjadi amat singkat dan membuatkan kerja saya menjadi kelam kabut. Namunsaya akui ia adalah berpunca daripada komitmen saya yang terlalu banyak. Jadual

    waktu perlaksanaan kerja-kerja harian saya amat perlu untuk disediakan agar

    semua perkara yang ingin dicapai mahupun disiapkan terlaksana dengan

    lancar.Tugasan ini dapat membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang lebih

    berkaliber dimasa hadapan. Ini kerana dengan menjalankan pemantauan dan kajian,

    banyak perkara yang dapat saya ketahui dan pelajari secara menyeluruh

    terutamanya semasa meneliti perkembangan PSV sebelum merdeka dan selepas

    merdeka yang mana semasa saya cuba mengkaji. Kaitan peranan guru PSV agar

    pembelajaran murid-murid akan menjadi lebih bermakna. Adakalanya kita perlu lebih

    terperinci dalam menulis objektif pelajaran keranabeberapa aspek penting perlu

    diambil kira seperti kebolehan murid, pengetahuan sedia adamurid, psikomotor

    murid dan sebagainya. Kebolehan serta pengetahuan sedia ada murid di tahapsatu

    dengan tahap dua jauh berbeza dari aspek penguasaan sesuatu kemahiran. Oleh

    yang demikian saya sebagai guru PSV hendaklah tahu latar belakang semua murid

    sebelum mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Semua aspek ini merangkumi

    perkembangan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin

    melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

    sosial.Semasa membuat laporan berkenaan bilik seni, saya dapati bahawa

    pengurusan bilik tersebut baru sahaja dimulakan oleh Ketua Panitia PSV yang baru

    iaitu Cikgu Fauziah Ismal dengan lebih teratur. Ini kerana selama tujuh tahun yang

    lalu, pengurusan Unit Pendidikan Seni Visual termasuklah bilik PSV oleh Ketua

    Panitia PSV yang terdahulu kurang teratur kerana masalah kesihatan yang

  • 7/29/2019 tugsan psv

    3/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    3

    dihadapinya. Namun semenjak Cikgu Fauziah mengambil alih Unit PSV sekolah ini,

    terdapat beberapa perubahan yang dilakukan di dalambilik seni namun masih

    banyak perkara yang perlu ditingkatkan agar pengurusan bilik PSV menjadi lebih

    ceria dan mempunyai pengurusan yang mantap. Sebagai salah seorang guru PSV di

    tahap satu saya secara langsung terbabit dengan segala program yang dijalankan

    oleh unit PSV. Sekiranya saya diberi peluang memegang bilik PSV di sekolah ini

    saya telah mempunya iperancangan tentang pelan kedudukan kerusi meja seperti

    yang telah saya ilhamkan di dalam pelan lantai bilik PSV seperti mana yang telah

    diminta oleh soalan tugasan PSV ini. Pada pendapat saya merancang pelan lantai

    bilik PSV adalah mudah namun tugas perlaksanaannya kadang kala mengalami

    kepincangan kerana beberapa aspek seperti kengkangan masa, kewangan dan

    bantuan tenaga dari ahli PSV.Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan

    ribuan terima kasih kepada semua rakan seperjuangan di dalam kelas PSV dan

    guru-guru PSV serta pensyarah pembimbing Encik Mokhtar bin Adnan kerana

    banyak membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan tugasan ini.

    Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi

    namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan

    assignment ini. Kepada Encik Mokhtar bin Adnan, saya memohon maaf sekiranyatugasan ini agak terlewat daripada tarikh penghantarannya .Pengalaman yang

    terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.

    Sekian, Terima kasih

  • 7/29/2019 tugsan psv

    4/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    4

  • 7/29/2019 tugsan psv

    5/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    5

    2.0 PERBANDINGAN KLSR , KBSR DAN KSSR

    2.1 Perbezaan

    2.1.1 Matlamat dan Objektif

    KLSR KBSR KSSR

    Memenuhi keperluanperkembangan ekonomi sertauntuk menghasilkan lebihramai pekerja mahir bagimelaksanakan Dasar EkonomiBaru ( DEB)

    -> murid dapatmenguasai danmenghargai BahasaMelayu sebagai bahasakebangsaan dansebagai alat perpaduandengan bagus danmemuaskan.

    -> meningkatkanpenguasaan murid-murid sekolah rendahkhususnya dalamBahasa Melayu danBahasa Inggeris .

    Memperkukuhkan systempendidikan kebangsaan bagimemupuk perpaduan sosial,kebudayaan dan politik ,

    menyediakan kemudahanpendidikan yang lebihbersistemati dan selesakepada para pelajar ,meningkatkan taraf pendidikandi seluruh Negara sertamelaksanakanpendemokrasianpendidikan tanpa mengirabangsa , kaum , mahupunagama .

    ->Menekan penguasaanterhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

    ->Tertumpu kepadapenggunaan 4M(membaca , menulis ,mengira dan menaakul )serta kemahiran asas

    teknologi komunikasidan maklumat ( ICT) ,perkembangan sosioemosi , kerohanian ,fizikal , kognititif , sikapdan nilai .

    Murid seharusnya bolehmenulis karangan dansurat kiriman yang tepatdengan maksud dantajuknya sertamemahami dan bolehmengisi borang-borang

    yang sesuai untukkeperluan seharian .

  • 7/29/2019 tugsan psv

    6/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    6

    2.1.2 Isi Kandungan

    KLSR KBSR KSSR- Isi kandungan pelajarankerap kali tidak berkaitanantara satu mata pelajarandengan matapelajaranyang lain dan butiran yangterkandung dalam sukatanpelajaran adalah terlalubanyak .

    KBSR merangkumi tigabidang iaitu komunikasi ,manusia dan alam kelilingdan perkembanganindividu .

    Kurikulum seni visualuntuk sekolah rendahialah menggambar ,membuat corak danrekaan , membentuk danmembuat binaan sertamengeal kraf tradisional .

    - organisasi kandungandalam aspek bidang

    tersebut disusunberasaskan kepada ekpedstandard kandungan-persepsi estetik , aplikasiseni , ekspresi kreatif , danapresiasi seni

    2.1.3 Pendekatan

    KLSR KBSR KSSR- kerusi dan meja pelajardisusun sesuai dengankaedahpengajaran yanglebih

    - cara pengajarankeseluruhan kelasmerupakan kaedahmengajar utama di dalam

    bilik darjah.

    - jurang mempraktikkanaktiviti berkumpulan

    - pelajar berada dalamkeadaan pasif danmenerima apa saja yangdisampai oleh guru

    - dari segi susunan meja ,kerusi pelajar disimpanmengikutkaedahberkumpulan .

    - lebih bersifatberpusatkan pelajaran danpembelajaran amatdigalakkan .

    - bahan pengajaran danhasil pembelajaranjugadiletakkan diruang belajar timbulkan suasana bilikdarjah yang menarik danmerangsang prosespengajaran danpembelajaran

    - pemerhatian secara aktif

    - interaktif yang kritis dankreatif dengan alat danbahan.

    -apresiasi seni visualsecara mudah.

    - menghargai nilai baik

    dalam semua aspekkehidupan .

  • 7/29/2019 tugsan psv

    7/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    7

    2.2 Persamaan

    2.2.1 Matlamat dan Objektif

    KLSR KBSR KSSR

    - menggalakkanperpaduan dikalanganmasyarakat berbilangbangsa

    - Bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan dansebagai alat perpaduan

    - memberi tumpuanterhadapp perkembanganindividu secaramenyeluruh yang meliputiaspek jasmani , emosi ,rohani , intelek dan sosial(JERIS)

    - pelajar yang seimbangdari segi intelek , rohani ,jasmani dan emosi

    - berilmu pengetahuan ,berketeramilan , percayakepada Tuhan , berakhlakmulia dan berkeyakinan.

    2.2.2 Isi Kandungan

    KLSR KBSR KSSR

    - menyentuh tentangkepentingan seni dalamkehidupan

    - menyentuh tentangkepentingan seni dalamkehidupan

    - menyentuh tentangkepentingan seni dalamkehidupan

    2.2.3 Pendekatan

    KLSR KBSR KSSR

    - guru sebagaipembimbing

    - guru sebagaipembimbing pelajaran

    - guru sebagaipembimbing pelajaran

  • 7/29/2019 tugsan psv

    8/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    8

    2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR

    PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

    2.1 Pendidikan Sebelum Merdeka

    Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan

    melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik

    dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

    Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Setelah

    beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka

    mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata

    pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni

    diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaranmasyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.

    Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan

    formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak

    pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-

    quran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni

    mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta

    perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang

    awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan

    mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-

    anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa

    memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    9/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    9

    Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad

    ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi

    kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa

    melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang

    terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau

    menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.

    Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu

    untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan

    di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru

    Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T.

    Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di

    Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan

    Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.

    Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang

    dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah.

    Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan

    pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan.

    Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segidan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan

    binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah

    dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu

    alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-an. Meluasnya

    penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan orang

    Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan

    untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus

    memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    10/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    10

    Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap

    Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model

    English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas

    untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun

    1948 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan

    yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab

    Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris Training

    College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping

    subjek-subjek lain.

    Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan

    tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.

    Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang

    untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-

    corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertamadisambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih

    meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah

    Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    11/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    11

    2.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

    Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara

    jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai

    tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang

    masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

    Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di

    sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.

    Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini

    diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-

    sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa

    Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil

    akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan

    memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang

    Cina.

    Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah

    Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah

    Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan

    yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa

    melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    12/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    12

    2.3 Pendidikan Malaysia

    Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem

    pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat

    kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan

    di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah

    diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-

    murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,

    Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan

    Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

    Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR

    sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai

    Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang

    dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan

    perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah

    pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun

    1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal

    pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya

    sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah

    sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masadepan termasuklah Pendidikan Seni Visual.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    13/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    13

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam

    membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini

    dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu

    sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan

    tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi

    kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat

    dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di

    Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar

    yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md

    Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

    Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada

    darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali

    sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.

    Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepadamelengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu

    dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap

    dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan

    identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif,

    pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik

    minat lebih ramai pelajar.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    14/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    14

    Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti

    dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras

    dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata

    pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh

    PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif

    dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum

    berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

    menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta

    dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara,

    selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata

    pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

    (a)Melukis dan membuat gambar

    (b)Membuat corak dan rekaan

    (c)Membentuk dan membuat binaan

    (d)Mengenal kraf tradisional

    Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi

    yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni

    Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang

    ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah

    perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan

    kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran danpembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,

    seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan

    identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

  • 7/29/2019 tugsan psv

    15/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    15

    2.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

    1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

    1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

    1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

    1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

    1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah.

    1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

    Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh

    Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang

    dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa

    Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah

    dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa

    kelemahan yang perlu diatasi.

    Antaranya termasuklah

    1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan

    antara satu sama lain.

    2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan

    murid.3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang

    peperiksaan

    4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa

    menggunakan sebarang bahan bantu lain.

    5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan

    kurikulum formal bilik darjah.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    16/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    16

    Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada

    tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada

    nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya

    perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti

    sebelumnya.

    Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama,

    murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa

    kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.

    Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas

    3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

    Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program BahasaMalaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat

    dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang

    yang sesuai untuk keperluan seharian.

    Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu

    secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

    (JERIS).

  • 7/29/2019 tugsan psv

    17/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    17

    Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan

    berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan

    Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak

    pada guru agama sahaja.

    KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang

    kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.

    Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang

    mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris

    serta mata pelajaran Matematik.

    Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu

    Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Matapelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan

    Islam dan Pendidikan Moral.

    Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada

    komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik,

    Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

    Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat

    pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara

    menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai

    estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk

    membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi

    nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    18/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    18

    Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan,

    permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai

    kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan

    sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya.

    Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke

    arah mencapai integrasi nasional.

    2.4.1 Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

    Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa

    buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula

    diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke

    sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan

    yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan

    fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana

    program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi

    antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan.

    Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat

    berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilikdarjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar

    menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil

    pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik

    darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

  • 7/29/2019 tugsan psv

    19/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    19

    2.4.2 Ciri-ciri bilik darjah KBSR

    1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan

    2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan

    tersendiri

    3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif

    4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar

    5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan

    pelajar

    6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif

    7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    20/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    20

    2.4.3 Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah (KBSR)

    Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang

    dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula

    telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-

    murid KBSR, tahun 6.

    Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah :

    Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran

    Malaysia(STPM).

    Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang

    perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran

    menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.

    Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara

    automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau

    mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.

    Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan

    sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu

    matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan.

    Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz

    dan soal-jawab.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    21/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    21

    2.5 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)

    Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara

    mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata

    pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.

    Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman

    Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi

    pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan

    Razak yang dibuat pada tahun1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu

    Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa

    aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di

    setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan

    Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana

    kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan

    pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan

    kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.

    Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum

    menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis

    umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan

    bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semu

    sekolah.

    Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada

    tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap

    Ketiga (1971-1975).

  • 7/29/2019 tugsan psv

    22/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    22

    Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang

    telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.

    Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah

    Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan

    masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain

    yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi

    memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan

    pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan

    taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan

    tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

    Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan

    pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan

    perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi

    melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap inidirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di

    kalangan rakyat berbilang bangsa.

    Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman

    yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula

    matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem

    pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyatberbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada

    berulang kembali

  • 7/29/2019 tugsan psv

    23/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    23

    2.5.1 Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR

    Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah

    Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik

    darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti

    pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di

    dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan

    meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan

    meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga

    kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.

    Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

    1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris

    2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran

    ditempatkan di hadapan

    3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih

    berpusat pada guru.

    4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam

    bilik darjah.

    5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    24/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    24

    6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan

    oleh guru.

    2.5.3 Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama

    Sekolah Rendah (KLSR).

    Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus

    dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas

    peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya.

    Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat

    yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan

    kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka

    untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan

    mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti

    dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah

    Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian

    Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE.

    Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah

    tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja

    pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, muridmurid

    dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi

    menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    25/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    25

  • 7/29/2019 tugsan psv

    26/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    26

    2.6 Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR

    1 .Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak kanak. Ini

    bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan

    pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

    2 .Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan

    manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan

    pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.

    3 .Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian

    perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu

    komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.

    4 .Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam

    perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

    5 .Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang

    dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah

    pengajaran individu dan kumpulan.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    27/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    27

    6 .Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah

    manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan

    pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran

    7 .Sistem baru menekankan komponen nilai nilai murni Oleh yang demikian

    pelajar pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

    8 .Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang

    baru, kedua dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif

    bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan

    pemulihan.

    9. Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi

    penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah

    diperkenalkan di sekolah sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar

    bagi membolehkan kanak kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat

    pengalaman persekolahan.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    28/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    28

    2.7 Kekuatan dan Kelemahan KLSR

    Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah

    dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa

    kelemahan seperti:-

    1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara

    mata pelajaran atau antara darjah.

    2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan

    dan membosankan murid.

    3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila

    ada peperiksaan.

    4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan

    penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    29/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    29

    2.8 Kekuatan Dan Kelemahan KBSR

    Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan

    yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini

    dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira -

    kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah .

    Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh

    Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982.

    Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan

    murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-

    murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai

    kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan

    pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang

    lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

    Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani

    bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya

    membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama

    sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

    Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun

    1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSRbagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian

    yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

    KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan

    KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti

  • 7/29/2019 tugsan psv

    30/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    30

    serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan

    muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran.

    Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya

    dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi

    kepelbagaian dalam teknik pengajaran danpembelajaran, gerakerja kumpulan

    khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan danbekerjasama di

    kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian

    adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah

    dijalankan berterusan.

    Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah

    pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan

    pengayaan dijalankan untuk mengambil kirabahawa murid berbeza dari segi

    pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.

    Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan

    murid-murid yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan

    mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang

    telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa

    Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baikdaripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain

    didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    31/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    31

    Kelemahan KBSR

    Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini

    mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai

    sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong

    kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam

    peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa

    proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan

    ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh

    kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan

    keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal

    insan cemerlang yang dihasratkan.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    32/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    32

    PENGENALAN

    Kursus PSV 3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

    KBSR melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila

    rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi DUA tajuk iaitu Tajuk 1

    Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Sukatan Pelajaran PSV KBSR

    (Topik 1dan 2 dalam proforma), Tajuk 2 Huraian Sukatan Pelajaran PSV

    (Topik 3 dalam proforma).

    Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan

    pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi

    setiap tajuk yang memerlukan guru membuat persediaan dari aspek

    pembacaan dan pencarian maklumat . Aktiviti dan latihan tersebut termasuk

    menganalisa struktur sejarah serta mengupas perkembangan kurikulum PSV

    semasa zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka. Analisa tersebut

    bertujuan bagi membantu guru agar dapat memahami corak perkembangan

    struktur kurikulum PSV yang berubah dari masa hingga ke semasa.

    Antaranya adalah seperti berikut Laporan Razak, Penyata Barns. Setiap tajuk

    disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang

    dipelajari. Berbeza dengan modul sebelum ini, latihan lebih menjurus kepada

    pembelajaran ISL. Guru perlu meneroka maklumat melalui carian laman

    internet serta rujukan yang berkaitan.

    Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil

    kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah

    secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman

  • 7/29/2019 tugsan psv

    33/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    33

    setiap tajukdalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan

    dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk

    mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang

    dipelajari.

    vi

    AGIHAN TAJUK(

    TAJUK 1 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

    1.1 Sinopsis

    Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus,

    pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator.

    NISIATOOTIVATPEMUDAHCARPEMBIMBINENGURUS

    PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISU

    Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

    1 Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang 45

    orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran,

    merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dan

    tingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran;

    2 Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan berlakunya

    pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, anda

    bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang

    positif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dinding

    dan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksi

    antara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.

    Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini

    boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan

    pengajaran, dan intelektual.

    Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran; dan

    prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;

    Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    34/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    34

    mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untuk

    mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar;

    Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah,

    meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan subbudaya;

    dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).

    Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru

    yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.

    Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid

    akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan

    sedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian

    menyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya.

    Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minat

    terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupun

    di luar bilik darjah;

    Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar,

    guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar

    apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan

    kepada isu seperti; Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar,sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tigajenis tersebut?

    Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukan maklumat

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    5

    yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuai untuk

    menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikut

    kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikutjantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh

    disimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu

    pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;

    Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar

    tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih

    baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan

    peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan

    garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk ke dalam

  • 7/29/2019 tugsan psv

    35/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    35

    bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan anda seorang

    guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).

    Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi,

    (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan dan

    amalan nilai.

    Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti

    peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang

    berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk:

    berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria,

    bersemangat, bersifat kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap

    positif, bermotivasi, peka, mempunyai kesedaran, jelas, fasih,

    bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan melayan murid-murid

    sebagai individu. Berani menghadapi cabaran, menegakkan prinsip dan

    keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha sehingga mencapai

    kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa perubahan

    kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan terhadap

    maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah pencapaian

    yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah pembelajarandalam kalangan murid.

    Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar

    bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi

    pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta

    menyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yang

    berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya dan

    strategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuanmemaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras

    dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai

    maklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada

    persekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat

    pengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian.

    Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalan berbentuk

    Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri;

    Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    36/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    36

    pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalaman

    pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi,

    pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

    pemikiran reflektif, dan sebagainya.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    6

    Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

    nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi

    dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di

    negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan

    guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan kata lain,

    penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing mereka membentuk

    akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti

    pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh menentukan pelaksanaan

    dasar dan program sekolah berjalan dengan sempurna. Atas hakikat ini,

    penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi penekanan dalam

    urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas professional

    mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan nilainilaitersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai

    rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam

    Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.

    Rumusan:

    Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin

    kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

    Keterampilan, kewibawaan dan komitmen guru merancang, mengurus,melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam keberkesanan

    pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah

    kecemerlangan.

    2.5 Latihan A

    (i) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan

    Seni Visual yang cemerlang.

    (ii) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam

    meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran

  • 7/29/2019 tugsan psv

    37/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    37

    Pendidikan Seni Visual.

    (iii) Mentor dan pementoran dikaitkan dengan hubungan orang dewasa

    ataupun senior dalam sesuatu bidang dan boleh dipercayai bagi

    membimbing seperti guru, rakan dan jurulatih, fasilitator dan

    kaunselor. Dalam konteks pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan

    peranan guru sebagai muaddib iaitu pendidik putera dan puteri

    pemerintah dalam membentuk adab (Syed Naquib, 1978) yang bererti

    budi pekerti dan akhlak yang baik.

    Berdasarkan petikan di atas, apakah hujah anda terhadap

    sifat guru yang menjalankan peranan sebagai seorang

    pembimbing?

    Kemukakan pandangan anda dalam ruangan forum OLL.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    7

    (iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru

    Pendidikan Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman

    anda di sekolah:

    Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolahPengurus Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Pembimbing Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Pemudahcara Contoh situasi:Analisis:

    Peranan Guru:

    Motivator Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Inisiator Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

  • 7/29/2019 tugsan psv

    38/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    38

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    8

    (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan

    sempurnakan tugasan yang diberikan.

    Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka

    terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat

    dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi

    mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat

    pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

    Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau

    mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka

    dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.

    Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan

    berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan

    dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata

    pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka

    dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama

    ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaiankepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga

    masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

    Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.

    Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni

    Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia

    Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.

    Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincangdengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam

    menyelesaikan permasalahan berikut.

    Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    9

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

  • 7/29/2019 tugsan psv

    39/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    39

    10

    TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

    2.1 Sinopsis

    Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran

    dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan,

    penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan

    tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti,

    membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran

    secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang

    asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk

    menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

    Visual.

    2.2 Hasil Pembelajaran

    2.2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan

    pembelajaran dengan berkesan.

    2.2.2 Menghasilkan bahan bant yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan

    pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.

    2.2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan

    bahan bant serta rekod stok.

    2.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan

    bahan bant secara beretika dan bertanggungjawab.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

  • 7/29/2019 tugsan psv

    40/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    40

    11

    2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    2.4 KANDUNGAN

    Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan

    pembelajaran

    Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang

    ada didalamnya.

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    Alat :

    Bahan Bantu:

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    12

    Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian

    cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu

    tersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.

    a) Bahan bantu mengajar semua bahan yang digunakan oleh guru dalam

    menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.

    b) Bahan bantu belajar semua bahan yang digunakan oleh murid secara

    kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.

    A B C

    http://images.ask.com/pictures

    Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan

    kepada butiran di bawah.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    41/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    41

    - Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman

    - Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan

    kebosanan, melibatkan murid secara aktif

    - Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria

    - Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru

    - Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa

    - Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

    - Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    13

    Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang

    berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama

    rakan-rakan anda.

    Set induksi:

    Input utama:

    Pengayaan:

    Pemulihan:

    BAGI MENJELASKAN PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU

    MENGAJAR,

    MARI KITA LIHAT HURAIAN BERIKUT.

    Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ialah mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat

    yang jelas, relevan serta mudah difahami. Mudah dikendalikan dan mesra

    pengguna. Persembahan menarik dan kemas.Dapat menjelaskan konsep dengan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    42/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    42

    tepat. Kekukuhan dan boleh diguna selalu.

    i) Prosedur penyediaan bahan bantu.

    - Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran

    - Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan

    - Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan

    - Menentukan bahan dan teknik

    - Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan.

    - Menghasilkan bahan bantu.

    - Kemasan

    ii) Penggunaan bahan bantu.

    - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    14

    perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.

    - Mengambil langkah-langkah keselamatan

    - Mengambil kira bilangan yang mencukupi

    - Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan

    mengutip.

    Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan

    penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.

    Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa

    membuat pemilihan bahan bantu.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    43/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    43

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan

    bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    15

    dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan

    pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa

    subkategori seperti berikut:

    A) Alat dan bahan untuk penghasilan

    Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:

    Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat..

    Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.

    Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas

    meja..

    Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf

    tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada

  • 7/29/2019 tugsan psv

    44/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    44

    buku atau layari website.

    B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:

    (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan

    pengalaman sedia ada murid. Contohnya :

    Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,

    jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek

    harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,.

    (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    16

    konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian

    murid. Contohnya:

    Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad

    ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan

    gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

    (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama

    dengannya

    Sila senaraikan di sini :

    Koleksi Khas

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    17

    Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi

  • 7/29/2019 tugsan psv

    45/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    45

    yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

    A http://images.ask.com/pictures B

    C http://images.ask.com/pictures D

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    18

    Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada duajenis ?

    2 Dimensi 3 Dimensi

    Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai

    langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.

    Nama Pengkarya :

    Tajuk :

    Media :

    Teknik :

    Tahun :

    Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah

    seperti berikut:-

    1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni

    reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut

    boleh disimpan di dalam folio.

    2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit

    kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.

    3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap

  • 7/29/2019 tugsan psv

    46/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    46

    dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.

    4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    19

    termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan

    antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan

    perasaan ingintahu murid.

    5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV

    bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.

    6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari

    pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan

    pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber

    Sekolah.

    7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti

    P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.

    Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.

    Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu

    berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.

    Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di

    ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan

    keselamatannya.

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

  • 7/29/2019 tugsan psv

    47/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    47

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    20

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    21

    Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan

    Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata

    pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan

    Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan

    mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan

    bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan

    supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu

    dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.

    Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus

    mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti

    membuat tembikar dengan tanah liat.

    Penyimpanan dan rekod stok

    Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi

    sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam

    ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    48/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    48

    Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan

    dan rekod stok.:-

    - Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

    - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah

    - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan

    mengesahkan

    - Membuat inventori dalam buku stok

    - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

    Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat

    dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis

    guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman

    secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada

    akhir tahun yang berkenaan.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    22

    Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,

    kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan

    kepada pihak sekolah.

    Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah

    dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada

    item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,

    kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang

  • 7/29/2019 tugsan psv

    49/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    49

    item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

    Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah

    keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.

    Peralatan kekal

    Contoh Borang untuk penyimpanan stok

    Borang stok untuk peralatan kekal

    Bil Item

    ( Peralatan Kekal )

    Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus

    1.

    2.

    Meja guru

    Meja guru

    2

    2

    13/09/2009

    13/09/2010

    15/10/2010

    Jumlah

    Item

    Catatan

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

  • 7/29/2019 tugsan psv

    50/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    50

    23

    Peralatan tidak kekal

    Contoh Borang untuk penyimpanan stok

    Borang stok untuk peralatan tidak kekal

    Bil Item

    ( Peralatan tidak Kekal)

    Bil. Unit Tarikh

    masuk

    Tarikh lupus

    1.

    2.

    Kertas lukisan

    ( 1 imperior )

    Kertas lukisan

    ( 1 imperior )

    200 dozen

    100 dozen

    22/09/2009

    10/10/2010

    Jumlah

    Item

    Catatan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    51/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    51

    Panduan Keselamatan

    Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau

    kemalangan

    di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang

    berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara

    tidak

    langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda

    fikirkan

    berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat

    dan

    bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.

    Minyak

    turpentine

    kertas

    lukisan

    kain linen

    batik

    kertas warna berus lukisan cecair tinner

    Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat

    Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak

    kekal. Jelaskan.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    24

  • 7/29/2019 tugsan psv

    52/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    52

    Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu

    mengelakkan

    sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cubaberbincang

    dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi

    mengelakkan

    sebarang kemalangan daripada berlaku.

    Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat

    1 Guru perlu membaca

    label bahan

    2 Kenalpasti murid yang

    bermasalah kesihatan

    3 Guru perlu sediakan

    panduan keselamatan

    4 Murid menjalankan

    aktiviti menghasilkan

    ukiran kayu

    5 Memberi taklimat atau

    penerangan cara-cara

    menghasilkan batik lukis

    dan keselamatan fizikal

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    25

  • 7/29/2019 tugsan psv

    53/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    53

    Etika dan tanggungjawab

    Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-

    Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang

    untuk

    kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang

    dalam

    Rancangan Tahunan.

    Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli

    oleh

    sekolah.

    Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai

    bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman

    menghasilkan

    karya-karya mereka.

    Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian

    pemahaman

    dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

    Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan

    oleh

    guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam

    mempertabatkan profesion perguruan.

    Rumusan:

    Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami

    rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,

  • 7/29/2019 tugsan psv

    54/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    54

    prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod

    stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual

    untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas

    pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan

    bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di

    atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula

    boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan

    merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni

    Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni

    Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    26

    Aktiviti 2.1

    Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses

    menyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan

    dengan penyimpanan dan rekod stok.

    Alat dan bahan

    bantu

    rekabentuk dan

    proses

    menyediakan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    55/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    55

    bahan

    prosedur

    mengguna dan

    menyimpan alat

    dan bahan

    penyimpanan dan

    rekod stok

    Carta organisasi

    panitia

    Pendidikan Seni

    Visual

    Salinan karya

    agung di dalam

    dan luar Negara

    Contoh-contoh

    kraf tradisional

    Kertas lukisan

    dan warna air

    Alat-alat membuat

    ukiran

    Mesin pembakar

    seramik

  • 7/29/2019 tugsan psv

    56/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    56

    Rak-rak kayu

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    27

    Aktiviti 2.2

    Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai

    membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah

    membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan

    menggunakan teknik kolaj dan capan.

  • 7/29/2019 tugsan psv

    57/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    57

    3.1 Sinopsis

    Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan,

    etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri

    anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami

    dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian

    berkaitan dengan hasil kerja murid.

    3.2 Hasil Pembelajaran

    3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan

    pelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan

    keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.

    3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    29

    3.4 Kandungan

    PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

    Susun Atur Bilik PSV

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    30

    Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik

    Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam

    melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana

  • 7/29/2019 tugsan psv

    58/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    58

    sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari

    hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan

    penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian

    bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,

    tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan

    pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan

    Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas

    supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

    Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam

    bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi

    prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi

    murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep

    pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan

    peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku

    murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan

    pembelajaran yang efektif.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    31

    Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual

    Zon / Bengkel Mencanting Batik

    Sudut Pameran

    Hasil Kraf Tangan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    59/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    59

    Pintu 2

    Pintu 1

    Sudut Pameran Hasil Kerja Murid

    Tingkap

    Tingkap

    Meja 2 Meja 1

    Meja 4 Meja 3

    Meja 6 Meja 5

    Meja

    Guru /

    Stor Dekstop Papan Putih

    Papan Info skrin

    Sudut

    Buku

    Rujukan

    Kabinet Berpintu Peralatan PSV

    Sinki Dapur Gas

    Alat

    Pemadam

    Peti Kecemasan

    Pusat

    Akses

  • 7/29/2019 tugsan psv

    60/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    60

    Sudut

    ICT

    LCD

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    32

    Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan

    untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.

    Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks

    proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni

    hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni

    hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan

    keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni

    visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja

    kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

    Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil

    kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

    Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

    Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat

    presentasi dalam bentuk folio.

    Ambil gambar-gambar berikut:

    1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut

    1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan

  • 7/29/2019 tugsan psv

    61/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    61

    1.3 Zon-zon kerja tertentu

    1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan

    1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan

    1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

    Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    33

    Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan

    bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada

    tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga

    dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkaraperkara

    yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio

    seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran

    khas, zon kerja dan stor penyimpanan.

    Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni

    melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna

    kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah

    dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik

    yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada

    minda untuk belajar (Koster, 2001).

    Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni

    hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar

  • 7/29/2019 tugsan psv

    62/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    62

    yang akan dipamerkan.

    Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain

    sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah

    diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain

    mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga

    memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut

    mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan

    studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresantatau lampu kalimantang.

    Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran

    pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa

    banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    34

    Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

    Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh

    memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang

    boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi

    yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini

    akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka

    untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid

    menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan

    dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang

  • 7/29/2019 tugsan psv

    63/91

    PENDIDIKAN SENI VISUAL 3104

    2012

    63

    yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna

    diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi

    membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di

    antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.

    Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk

    menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

    Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya

    alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

    Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    35

    PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    36

    3.5 Situasi

    Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer

    bagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut

    diberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan

    sepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini,

    jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan

    idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan m