Post on 26-Dec-2015
UISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA
Di langit Ogosawan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagiuntuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat inidinginnya merangkul perasaan nusasyahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.
Telah kutemui mutiara yang tersembunyidalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunankukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati dirimengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.
Hujan merdeka turun lagititisnya menjelajahi hati srikandipertiwi tersenyum menerimamumemeluk janji yang termetarai
harapan yang terkotateguh mengepung cinta.
Terima kasih, hujan merdekawalau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.
ZULKIFLI MOHD TOPUniversiti Malaya
SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA
Sambutannya berulang lagisaban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sinimenabur bakti ibu pertiwi.
Jalur gemilang berkibar megahsana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endahsatukan hati bukannya mudah.
Hanya Malaysia negara tercintapejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang adasayangilah tumpah darah kita.
ZAINAL ABIDIN AHMADBTP
SAJAK KEMERDEKAAN: POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA
Anak merdeka alaf baru!antara bunga mimpi dan tragedi
dalam membina generasi globalisasibukanlah semudah menciptacerita kosong di kedai kopi
atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.
Anak merdeka alaf baru!tanamlah, semailah, bajailah
anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggidemi generasi dan agama
mentafsir wawasan membina jati dirimeraih akar dalam tunjang diri
menegak pepohon yang merendangkandedaun semangat.
Anak merdeka alaf barusiramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan matikerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa ituadalah kita yang merdeka.
AMYLIA HUSSAINJambatan Merdeka, Sg. Petani
MERDEKA KAMI
Ketika kami berlari...danMengibar bendera,Ummi berpesanHari ini amat istimewa
Teman-temanMengertikan kita erti merdekaHayatilah kemerdekaanHargailah pejuang negaraKelak kita akan fahamMengapa perlu pertahan kemerdekaanMengapa perlu kibarkan benderaMengapa perlu cintakan negara
Teman-temanKetawalah! Berlarilah!Bersoraklah!Bila kita faham erti merdekaKita akan faham erti setiaKita akan faham erti tanggungjawab
Ayuh...Pertahankan kemerdekaan Untuk kitaMalaysiaku berdaulatTanah Tumpah darahkuMerdeka!merdeka!merdeka!
Aku Anak Merdeka
Aku anak merdekaDisini aku dilahirkanDisini aku dibesarkanDisini taat setia dicurahkan
Aku anak merdekaHarapan nusa dan bangsaHarapan ayahbundaAir setitik menjadi tasikTanah sekepal menjadi gunungNegeri bertuah iniwarisan nenek moyangkaya dengan budaya
Aku anak merdekadihati semangat wajaDidada penuh satriaIngin kubela nasib bangsaIni Tuah akan membela.