Post on 06-Feb-2018
2011
Khairul Akmal Ibrahin
Guru Coklat Enterprise
1/1/2011
Rahsia Marketing Plan Guru
Coklat
Disclaimer
Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu
sebelum membaca e-book ini.
1. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian
didalam e-book ini.
2. Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana – mana pihak tanpa melalui
laman web http://www.GuruCoklat.com
3. Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma.
4. Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda.
Yang benar,
Khairul Akmal Ibrahim,
Guru Coklat Enterprise
http://www.GuruCoklat.com
Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di buatcoklat@gmail.com.
Rahsia Marketing Plan Guru Coklat
Pengenalan
Marketing Plan atau Plan Pemasaran yang baik dapat menentukan sama
ada sesuatu perniagaan itu boleh berjaya atau pun tidak. Kebiasaan usahawan –
usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali
dalam melakukan pemasaran. Hal ini berlaku kerana kurangnya ilmu tentang
pemasaran dan kurang pengalaman. Saya juga ialah antara berjuta usahawan
yang tidak boleh lari dari menghadapi kegagalan tersebut.
Saya bermula sebagai usahawan coklat dari bulan Januari 2010. Semenjak dari
tarikh tersebut sehingga Mac 2010, saya tidak berjaya menghasilkan apa-apa
jualan coklat. Banyak kerugian telah saya hadapi terutama dari segi bahan-bahan
coklat dan kos pemasaran coklat tersebut.
Medium pemasaran yang saya gunakan ialah 100% di internet. Dahulu saya
kurang berkeyakinan untuk berniaga di khalayak ramai kerana dikhuatiri
mendapat jelekkan daripada rakan-rakan yang cuba menjatuhkan saya.
Pada awal April 2010, saya telah mendapat tempahan coklat yang pertama.
Tempahan coklat yang telah saya terima tidaklah banyak semasa itu. Cukup
sekadar untuk menampung kos modal perniagaan. Perkara tersebut berlarutan
sehingga penghujung Jun 2010. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk
menghentikan jualan tersebut kerana ingin mempelajari pemasaran internet
dengan lebih lanjut lagi disamping mengkaji pasaran coklat di Malaysia.
Pada pertengahan bulan Mei 2011, saya mula merangka strategi pemasaran
coklat yang baru selepas puas mengkaji pasaran coklat selama beberapa bulan.
Pada awal Jun 2011, saya mula melancarkan coklat jenama Guru Coklat yang
mana saya telah menggunakan laman web Store Guru Coklat untuk senaraikan
coklat tersebut.
Sempena pelancaran tersebut juga saya telah mengadakan peraduan untuk
pembeli bertuah coklat tersebut. Peraduan tersebut telah berlarutan sehingga
penghujung Julai 2011. Tanpa saya sangka, hasil dari usaha dan pengalaman saya
berbulan-bulan memasarkan coklat akhirnya membuahkan hasil. Saya berjaya
menunaikan janji saya dengan memberi hadiah yang telah saya nyatakan dalam
peraduan yang telah saya adakan kepada peserta bertuah peraduan tersebut dan
saya juga telah berjaya menjana keuntungan yang lumayan dari teknik pemasaran
coklat tersebut. ☺
Moga anda yang sedang membaca ebook ini juga akan menjadi usahawan berjaya
suatu hari kelak. ☺
Teruskan membaca ebook ini untuk pendedahan mengenai strategi pemasaran
yang telah saya sendiri gunakan untuk memasarkan coklat… ☺
Plan Pemasaran
1 Bulan sebelum pelancaran
1. Hasilkan coklat buatan tangan yang baik.
Sebelum membuat pelancaran coklat jenama anda, anda perlulah menghasilkan
coklat yang baik.
Kadang kala kita sebagai pembuat coklat, kita tidak tahu sama ada coklat yang kita
buat tersebut mempunyai rasa yang sedap dan akan mendapat sambutan ramai.
Cara untuk menguji setiap coklat yang telah kita hasilkan ialah dengan
menjadikan orang ramai sebagai pencuba coklat kita.
Beri coklat yang anda hasilkan kepada anak-anak, rakan-rakan dan saudara-mara
untuk merasa coklat yang anda hasilkan dan tanya pendapat mereka tentang
coklat tersebut. Jika ada dikalangan mereka pakar dalam bidang merasa masakan,
lebih digalakkan untuk meminta bantuan dan pandangan mereka untuk merasa
coklat anda. ☺
Lagi 1 perkara penting untuk meningkatkan jenama coklat anda ialah hasilkan
coklat yang ada keunikkan tersendiri. Seperti coklat jenama Cadbury, mereka
lebih dikenali dengan coklat yang berbentuk bar dan rasa yang unik. Coklat
jenama Ferrero pula lebih dikenali dengan bentuk coklat Truffle. Coklat jenama
Guru Coklat pula dikenali dengan coklat yang berintikan sapuan roti Nutella. Jadi,
cari idea untuk menghasilkan coklat yang unik. ☺
2. Reka bentuk kotak coklat jenama anda.
Reka bentuk kotak coklat yang menarik juga menjadi faktor kejayaan coklat
jenama anda. Ingat! Anda sedang bersaing dengan coklat jenama terkenal diluar
sana dan juga usahawan coklat yang lain. Reka bentuk kotak coklat ialah antara
perkara yang perlu anda ambil berat untuk berjaya dalam pemasaran coklat.
Memang banyak kotak coklat yang ada dijual diluar sana tetapi anda perlu fikir,
berapa ramai usahawan coklat diluar sana yang telah menggunakan kotak coklat
yang berada dipasaran tersebut.
Tips untuk menghasilkan reka bentuk kotak coklat yang baik:
• Pastikan kotak coklat tersebut menarik dan memudahkan pembeli.
Contoh, hasilkan kotak coklat yang memang sesuai untuk pembeli
menjadikan hadiah terus tanpa mereka perlu melakukan pengubahsuaian.
Reka bentuk coklat jenama Guru Coklat juga unik yang mana kotak tersebut ialah
100% buatan tangan dan mempunyai corak yang unik dan menarik yang tidak
ada pada coklat jenama lain.
Idea reka bentuk kotak coklat:
• Anda boleh menggunakan kotak coklat yang ada dipasaran tetapi lakukan
sedikit pengubahsuaian supaya menjadi unik. Contoh, anda balutkan kotak
yang asal dengan kertas/kain yang mempunyai corak yang unik seperti
batik dan sebagainya. ☺
3. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat/kotak
coklat mudah untuk didapati.
Bahan-bahan yang tidak lengkap juga merupakan satu faktor yang mengganggu
proses pelancaran coklat jenama anda. Jadi, pastikan bahan yang diperlukan
mudah didapati di kedai-kedai berhampiran. Lakukan survey ke 2 atau 3 buah
kedai yang menjual peralatan yang sama supaya jika salah 1 kedai kehabisan stok
bahan yang anda perlukan, anda boleh dapatkan di kedai yang lain. ☺
4. Bina hubungan baik sesama rakan dan bakal pembeli coklat anda.
Sekarang ini, antara laman web sosial yang terkenal ialah Facebook. Hampir
seluruh penduduk didunia ini mempunyai akaun Facebook. Jadi, gunakan medium
Facebook ini untuk membina hubungan baik sesama rakan-rakan dan bakal
pelanggan coklat anda supaya anda mendapat kepercayaan daripada mereka.
Tambah rakan Facebook anda setiap hari dan bina hubungan baik dengan
mereka. Jangan mulakan dengan mempromosikan coklat anda kepada mereka
kerana anda akan dianggap SPAMMER oleh mereka. Pada ketika ini mungkin anda
boleh bercerita tentang perancangan anda untuk memulakan perniagaan coklat
tetapi pesan saya… JANGAN SEKALI-KALI PROMOSIKAN COKLAT ANDA KEPADA
MEREKA SEBELUM MENDAPAT KEPERCAYAAN MEREKA.
Baca plan pemasaran 2 minggu sebelum pelancaran untuk mengetahui lebih jelas
mengenai perancangan pemasaran yang diterangkan saya dalam ebook ini.
2 Minggu Sebelum Pelancaran
1. Tawarkan untuk memberi coklat secara percuma kepada rakan dan bakal
pelanggan.
Pada sebulan sebelum pelancaran, anda telah membina hubungan baik sesama
rakan dan bakal pelanggan anda di Facebook. Pada kali ini, anda tawarkan pula
coklat percuma kepada mereka. Mungkin anda boleh pos status update tentang
coklat anda dan ajak mereka untuk mencuba coklat anda. Contoh ayat yang boleh
digunakan untuk status tersebut ialah, “Akhirnya siap juga 8 jenis coklat. Jom
kawan-kawan, rasa coklat saya. Emel saya alamat rumah jika berminat. ☺☺☺☺”.
Jadi, rakan-rakan anda yang berminat akan hubungi anda untuk mencuba coklat
anda.
Jika anda ada kemahiran menggunakan photoshop, paint dan GIMP, anda boleh
cipta satu gambar yang mengandungi semua jenis coklat anda dan tulis juga
mesej untuk mengajak rakan-rakan anda untuk mencuba coklat anda. Selepas itu,
upload gambar tersebut di Facebook.
Untuk waktu pos update status, saya cadangkan anda pos pada:
• 8 – 10 pagi
• 1.50 – 2.30 pagi
• 9 – 11 malam
Untuk pembungkusan pula, mungkin anda boleh letakkan setiap satu kotak coklat
mengandungi setiap jenis coklat. Contohnya, jika anda telah hasilkan 8 jenis
coklat untuk dijual, anda letakkan 8 biji coklat dalam 1 kotak coklat jadi setiap
jenis coklat ada dalam kotak coklat tersebut.
2. Mula untuk membuat laman web/blog khas untuk coklat jenama anda.
Pada ketika ini, anda sudah mula untuk membuat laman web/blog khas untuk
coklat jenama anda. Untuk membuat blog yang percuma, anda boleh
menggunakan perkhidmatan laman web Blogger.com. Daftar di laman web
tersebut untuk mula membuat blog coklat jenama anda.
Tips untuk membuat laman web/blog yang baik:
• Pastikan susun atur laman web/blog anda kemas dan mudah untuk dilihati.
Seelok-eloknya buat satu halaman khas untuk catalog coklat anda.
• Untuk borang tempahan pula, buat satu halaman khas untuk borang
tempahan.
• Buat satu halaman khas untuk hubungi anda.
• Buat satu halaman khas untuk menulis maklumat tentang perniagaan anda
selengkap-lengkapnya supaya pelanggan lebih mempercayai anda.
• Banyakkan merujuk kepada blog/laman web coklat yang berada di internet
untuk membuat blog/laman web coklat anda.
• Banyakkan juga membuat carian di laman web Google untuk cara
membuat laman web/blog yang baik.
3. Tanya pendapat rakan-rakan dan bakal pelanggan anda tentang coklat
anda.
Pada ketika ini, saya galakkan anda bertanyakan pendapat mengenai coklat anda
dari rakan-rakan dan bakal pelanggan anda terutama yang telah mencuba coklat
anda. Jika ada kekurangan, mungkin anda boleh cuba perbaiki supaya coklat anda
dapat menepati kehendak pelanggan semasa pelancaran nanti.
4. Selalu update tentang pelancaran coklat jenama anda.
Pada masa ini, anda perlu kerap update tentang tarikh pelancaran coklat anda
supaya bakal pelanggan anda dapat alert dari anda. Contoh, anda update status
seperti, “Tinggal lagi 10 hari lagi sebelum pelancaran coklat [Jenama Anda].
Nantikan tawaran istimewa dari saya nanti. ☺☺☺☺”. Jangan risau tentang update
anda. Jika sebelum ini anda memang menjalinkan hubungan yang baik dengan
bakal pelanggan anda, mereka pasti rasa teruja menunggu pelancaran coklat
anda. ☺
5. Banyakkan mengadakan aktiviti berkaitan coklat sebelum pelancaran.
Tujuan aktiviti tersebut diadakan supaya anda dapat lebih kerap berkomunikasi
dengan bakal pelanggan anda sebelum pelancaran coklat jenama anda. Bila
banyak komunikasi berlaku antara anda dan bakal pelanggan, anda pasti dapat
meraih kepercayaan dari bakal pelanggan anda.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
• Perkongsian ilmu tentang coklat. Contohnya, anda kongsikan resepi coklat
anda kepada mereka. Jangan risau jika mereka mengambil resepi anda.
Saya pasti anda tidak akan rugi malah akan bertambah-tambah lagi rezeki
anda kerana anda mendapat kepercayaan bakal pelanggan anda. ☺
• Buat peraduan. Contohnya, anda boleh buat peraduan bergambar
bersama coklat kegemaran. Jadi, peserta peraduan tersebut hanya perlu
menangkap gambar mereka bersama coklat kegemaran mereka dan
upload di Facebook. Jika mereka berjaya meraih LIKE paling banyak,
mereka akan diisytiharkan sebagai pemenang. Peluang besar untuk anda
menambahkan fans/bakal pelanggan anda jika anda telah mencipta
fanpage coklat jenama anda.
• Dan banyak lagi…
Semasa Hari Pelancaran
1. Umumkan pelancaran coklat anda di Facebook.
Umumkanlah pelancaran coklat anda kepada rakan-rakan dan bakal pelanggan
anda di Facebook. Jika anda telah melakukan langkah sebelum pelancaran ini
dengan cemerlang, saya yakin anda akan menerima tempahan coklat beberapa
minit selepas anda umumkan pelancaran coklat.
P/S: Jangan lupa nyatakan maklumat lengkap tentang cara menempah coklat dari
anda. ☺
2. Beri tawaran istimewa kepada bakal pelanggan.
Beri tawaran istimewa kepada bakal pelanggan semasa pelancaran. Mungkin
anda boleh kurangkan harga coklat anda selama 2 minggu dan maklumkan
kepada mereka. ☺
3. Buka tawaran untuk menjadi agen coklat anda.
Kepada yang telah mencuba dan membeli coklat jenama anda, buka tawaran
untuk menjadi agen coklat anda kepada mereka. Anda boleh terangkan kepada
mereka kelebihan menjadi agen coklat jenama anda seperti mendapat harga
lebih rendah, keuntungan yang tinggi, penghantaran percuma dan sebagainya.
Lebih baik jika anda sertakan sekali sample coklat kepada mereka yang berminat
menjadi agen coklat anda supaya sample tersebut dapat digunakan untuk
membantu mereka menghasilkan jualan.
4. Buat peraduan untuk pembeli coklat anda.
Buat peraduan untuk pembeli coklat anda. Contoh peraduan ialah bergambar
bersama coklat jenama anda. Jadi, peserta perlu menangkap gambar mereka
bersama coklat jenama anda dan upload ke Facebook. Gambar yang dapat
banyak LIKE, akan disytiharkan pemenang peraduan tersebut. ☺
5. Banyakkan melakukan aktiviti berkaitan dengan coklat anda.
Aktiviti ini penting supaya anda dapat terus berkomunikasi dengan bakal
pelanggan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan semasa pelancaran ini ialah
jemputan minum petang bersama anda. Semasa majlis minum petang tersebut,
anda boleh menggunakan kesempatan tersebut untuk memperkenalkan coklat
anda kepada mereka.
Lagi mudah untuk mendapat kepercayaan mereka kerana anda berkomunikasi
secara terus dengan mereka. Anda juga boleh memberi mereka merasa sample
coklat anda. Jika mereka berminat, mereka boleh terus mendapatkan coklat anda.
Dan semasa waktu tersebut juga anda boleh memberi peluang kepada mereka
untuk menjadi agen jualan coklat anda.
Selepas Pelancaran
1. Teruskan berkomunikasi dengan bakal pelanggan/pelanggan anda.
Selepas tamat pelancaran coklat, jangan lupa untuk terus berkomunikasi dengan
bakal pelanggan/pelanggan anda supaya mereka menyenangi anda dan terus
mempercayai anda.
2. Tambah koleksi coklat yang baru dari masa ke semasa.
Jangan lupa untuk tambah koleksi coklat yang baru dari masa ke semasa supaya
bakal pelanggan akan merasakan bahawa perniagaan anda masih lagi hidup
selepas pelancaran dan mereka tidak merasa jemu dengan koleksi coklat yang
terdahulu. ☺
3. Sentiasa mempelajari teknik-teknik membuat coklat yang baru dan
menambahbaik coklat yang sedia ada.
Ilmu di dunia ini tidak akan pernah habis. Teruskan mencari dan menambah
pengetahuan baru tentang cara membuat coklat supaya dapat menghasilkan
coklat yang baru dan menambahbaik coklat yang sedia ada. ☺
::TAMAT::
Akhir Kata
Terima kasih kerana telah membaca ebook Rahsia Marketing Plan Guru Coklat.
Mudah-mudahan perkongsian ilmu tersebut memberi manfaat kepada anda dan
dapat sedikit-sebanyak membantu anda membina perniagaan coklat buatan
tangan jenama anda sendiri. Pesanan terakhir saya, jangan takut untuk
mengambil risiko kegagalan. Setiap kegagalan pasti ada terselindung kebaikkan
disebaliknya. Selamat mencuba dan semoga berjaya. ☺
Ikhlas,
Khairul Akmal Ibrahim
Guru Coklat Enterprise
http://www.GuruCoklat.com