Post on 16-Jan-2016
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
Kelas : 4 CEMPAKA
Bilangan Murid : 20 murid
Tarikh : 02 Mac 2015
Masa : 8.45pagi – 9.45pagi
Nilai Utama : Kerjasama
Nilai sampingan : Bertanggungjawab, kerajinan dan bertoleransi
Tajuk : Semangat Bergotong-royong
Standard Kandungan : 12. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
Standard Pembelajaran : 12.1.1, 12.1.3 dan 12.1.4
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;
Penaakulan : Menyenaraikan tiga jenis aktiviti dilakukan bersama-sama jiran.
Perasaan : Menceritakan perasaan apabila melakukan aktiviti brsama-sama
jiran.
Perlakuan : Mendemontrasikan cara melakukan aktiviti dengan menggunakan
kaedah lakonan.
EMK : kreatif
BBM : video, kad gambar, kad manila, pen marker, pen warna, lembaran kerja
LANGKAH PdP:
LANGKAH/
MASAAKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Murid-murid menonton tayangan video yang bersituasi
bergotong-royong, yang ditunjukkan oleh guru.
Murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam video
tersebut.
Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran / nilai yang
akan dipelajari.
Contoh soalan:
1. Apakah yang kamu dapat lihat/tonton dalam
gambar/video ini?
2. Apakah sifat-sifat yang ada dalam gambar/video aktiviti
bergotong-royong itu tadi?
3. Adakah kamu mengamalkan nilai tersebut dalam aktiviti
harian anda ?
BBM: video
situasi
bergotong-
royong
Langkah 1
( 15 minit )
Murid mendengar penerangan berkaitan nilai kerjasama
dan mengaitkan dengan jiran yang disampaikan oleh
guru.
Murid memerhatikan gambar yang diberi oleh guru dan
menceritakan apa yang terkandung dalam gambar
tersebut.
Murid berkongsi pengalaman mereka yang berkaitan
dengan nilai kerjasama.
BBM:
Kad gambar
Langkah 2
(10 minit)
Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan oleh guru.
Setiap kumpulan akan diberikan kad arahan oleh guru.
Setiap kumpulan perlu melakonkan aktiviti yang
diarahkan berdasarkan kad arahan.
BBM:
- kad manila,
pen marker
Murid melakonkan situasi berkenaan dan menunjukkan
cara-cara menyuarakan pandangan yang membina
terhadap jiran berdasarkan situasi diberikan.
Contoh Situasi:
1. Bergotong-royong
Nilai Murni:
- bekerjasama
- keberanian
Langkah 3
(15 minit)
Murid akan menerima penerangan dan arahan yang
berkaitan dengan aktiviti mengikut kumpulan.
Guru memberikan satu gambar situasi ‘bergotong-
royong’ kepada murid.
Murid membuat satu Peta minda mengenai aktiviti yang
boleh dilakukan dalam bergotong-royong dan
mengaitkan dengan perasaan yang dirasa.
Contoh Aktiviti:
Murid mengaplikasi peta minda dengan
menyenaraikan cara-cara menyuarakan
pandangan berdasarkan gambar.
Guru membuat pentaksiran/penilaian
BBM:
- Kad gambar
- Kad manila
- Pen Marker
- Pen warna
Nilai:
Bertanggungja
wab
EMK:
- Kreatif
Langkah 4
(10 minit)
Murid menerima lembaran kerja daripada guru.
Murid menjawab lembaran yang diedarkan.
Murid dinilai daripada hasil kerja mereka oleh guru.
Contoh Lembaran:
BBM:
- Lembaran
kerja
Penutup
(5 minit)
Murid menerima arahan yang jelas berkaitan dengan
aktiviti yang disampaikan oleh guru.
Murid-murid diberi satu peristiwa yang berkaitan dengan
jiran oleh guru.
Sekiranya peristiwa tersebut menunjukkan sikap
keberanian, maka murid akan bersorak “horrey” dan
sekiranya tidak, murid akan buat aksi menangis.
Contoh :
1. Anda menegur jiran yang membakar sampah dihalaman
rumah. (horrey / menangis)
2. Adik anda bergaduh dengan anak jiran. Anda tidak
mempedulikan mereka. (horrey / menangis)
3. Anda meminta jiran anda untuk memperlahankan bunyi
radio pada waktu malam. (horrey / menangis)