Post on 13-Aug-2015
description
3.0 PERLETAKAN PASARAN
Pasaran adalah terdiri daripada pengguna individu atau organisasi dengan
keperluan dan kehendak dan keupayaan serta kesediaan untuk membeli atau tempat
di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan
dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Berikut merupakan strategi perletakan harga yang boleh digunapakai.
3.1 Positioning
Dimanakan produk di dalam pasaran? Perletakan harga perlulah sesuai dengan
pasaran semasa. Jika memasarkan barangan mewah, harga yang ditetapkan haruslah
tidak terlalu rendah dan sebaliknya. Pelanggan selalunya berpegang kepada idea anda
terima apa yang anda bayar.
Bagi produk Sushi, bahan yang digunakan dalam sushi sebahagiannya mudah didapati
dipasaran seperti beras ‘short-grain’, rumpai laut kering dan bahan mentah seperti
daging, telur dan lain-lain. Walaupun begitu, terdapat beberapa bahan seperti wasabi,
cuka beras, onigiri, amat sukar ditemui dan hanya terdapat di kedai-kedai tertentu
sahaja. Kebanyakan lokasi kedai yang dikunjungi adalah berhampiran denga kawasan
membuat dan menjual sushi. Antaranya ialah Jusco Aeon Seremban 2, Mydin Mart
Kota Seriemas, dan kedai runcit sekitar Nilai dan Bandar Enstek.
3.2 Permintaan
Bagaimanakah harga akan mempengaruhi permintaan? Soal selidik boleh dijalankan
bagi mengetahui perkara ini. Contohnya, soalan yang boleh ditanya adalah "adakah
mudah untuk anda mendapatkan sushi di kawasan anda?" atau “ Adakah anda
menggemari makanan yang berasaskan budaya Jepun sepeti sushi?”.
3.3 Kos
Ambilkira kos tetap dan kos bolehubah dalam perkhidmatan dan produk. Perlu diambil
kira bahawa margin kasar perlu meliputi kos overhead bagi mendapatkan keuntungan.
Sebagai contoh barangan selain bahan mentah seperti apron, kostum semasa hari
jualan, alas meja, peralatan membuat sushi dan sebagainya harus diambil kira dalam
kos overhead agar tidak melebihi margin kasar setelah produk sushi siap.
3.4 Faktor Persekitaran
Adakah terdapat sebarang undang-undang atau kekangan dalam perletakan harga?
Terdapat beberapa barangan yang sudah ditetapkan, maka perlu diikuti harga tersebut.
Kenalpasti juga harga yang diletakkan oleh pesaing. Bagi produk Sushi Bliss, pengurus
program bagi hari usahawan telah menetapkan beberapa peraturan seperti, tiada dua
barang yang sama boleh dijual semasa hari kejadian, harga hendaklah menepati
sasaran sesebuah perniagaan yang dijalankan, dan sebagainya. Bagi Sushi Bliss kami
menetapkan harga RM0.60 sebiji dan RM3.99 untuk 8 biji. Bagi sasaran pembeli pula
kami menyasarkan kepada golongan pelajar kerana kebiasaannya golongan muda
amat meminati makanan Jepun. Kejutan yang kami terima adalah, kebanyakan
pensyarah menempah sushi kami sehinggakan kami kehabisan stok untuk dijual
kepada pelajar yang lain. Terdapat beberapa orang pensyarah yang bertanyakan
kaedah membuat sushi dan kami menunjukkan cara mengguling dan memotong sushi.
3.5 Survival
Dalam sesetengah situasi, adalah perlu bagi memastikan harga yang diletakkan akan
membolehkan produk yang dijual boleh bertahan dalam perniagaan tersebut.
Contohnya, dalam hari usahawan yang diadakan, keseluruhan perniagaan menjual
produk makanan dan minuman. Kami harus bersaing dengan perniagaan tersebut dan
harga yang kami tetapkan adalah amat berpatutan dengan keadaan pasaran.
4.0 CAMPURAN PEMASARAN PRODUK
Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh
dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan
maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan
elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti
pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi
empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi.
4.1 PRODUK
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk
perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan
keperluan, samada barangan atau perkhidmatan. Produk adalah sesuatu yang
ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik perhatian,
dapati dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang
boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran. Secara
ringkasnya, produk boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh
pengusaha dan mempunyai satu set ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna, berat,harga
dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan , kecekapan, keberkesanan dan
penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan oleh pengguna
Bagi projek kali ini, kami telah memilih produk makanan iaitu Sushi dan minuman soda
serta teh hijau. Sifat yang terdapat pada produk kami adalah satu-satunya produk yang
menggunakan budaya luar iaitu budaya Jepun yang digabungkan dengan resepi
Malaysia iaitu sushi rending, sushi sambal ikan bilis dan sushi telur dadar. Dari segi
minuman pula, kami memilih air soda dan teh hijau adalah kerana cirinya yang sesuai
diminum bersama dengan sushi kerana rasa mereka yang serasi.
4.2 HARGA
Harga merupakan ketetapan sejumlah wang bagi produk yang disediakan. Bagi
produk sushi dan minuman kami, kamu menetapkan harga yang berpatutan iaitu
Rm0.60 bagi sebiji sushi, RM3.99 bagi 8 biji sushi dan RM4.99 bagi satu set sushi
bersama pilihan air. Harga yang ditetapkan tidak boleh terlalu tinggi dan tidak terlalu
rendah bersesuaian dengan kos overhead dan harga pasaran.
4.3 SALURAN AGIHAN
Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan
terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau
pengguna perniagaan. Seperti yang berlaku dalam perniagaan ini, kami
membangunkan sebuah organisasi yang terdiri dari tiga orang pengusaha dan
bekerjasama mencipta produk sushi menepati citarasa rakyat Malaysia tanpa
mengubah struktur asal sushi tersebut. Kami juga bekerjasama dengan pengurus
program dengan mendaftarkan produk kami pada awal waktu bagi memastikan produk
kami tidak ada persamaan dengan peniaga lain.
4.4 PROMOSI
Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang
digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai
sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-
kaedah promosi ini terdiri daripada penjenamaan, pengiklanan, promosi jualan, publisiti
dan jualan persendirian.
Penjenamaan
Jenama juga boleh dikenali sebagai nama, istilah, tanda, simbol dan rekabentuk produk
atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk membezakan sesuatu produk
pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran.
Terdapat beberapa definisi jenama yang berkaitan dengan konsep penjenamaan iaitu:
Nama jenama (brand name) - ialah sebahagian daripada jenama yang boleh
disebut dan mengandungi perkataan, huruf dan nombor seperti Colgate, Proton Saga
dan 7-eleven. Perniagaan kami telah memilih SUSHI BLISS sebagai nama jenama
yang kami gunakan.
Tanda jenama(brand mark) - ialah sebahagian daripada jenama tetapi dalam
bentuk simbol, rekabentuk, warna dan huruf yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak
boleh disebut seperti lambang harimau (Maybank), burung (Celcom) dan singa (F& N).
Rajah di atas merupakan tanda jenama yang kami hasilkan.
Pembungkusan juga amat penting dalam tujuan mempromosi. Pembungkusan
melibatkan aktiviti merekabentuk dan mengeluarkan bekas atau pembungkus untuk
sesuatu produk. Fungsi-fungsi pembungkusan ialah untuk menyimpan dan melindungi
produk, menarik minat pembeli untuk membeli, dan menambahkan kualiti produk.
Keputusan perlu dibuat mengenai elemen-elemen tertentu bagi pembungkusan seperti
saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan tanda perniagaan. Pembungkusan inovatif
adalah pembungkusan yang boleh memberi syarikat kelebihan di dalam mengatasi
pesaing. Di dalam persekitaran pemasaran, pembungkusan merupakan peluang untuk
penjual mempengaruhi pembeli.
Pengiklanan(E-Dagang)
Pengiklanan yang kami jalankan adalah melalui helaian iklan yang ditampal di setiap
blok penghuni asrama dan blok pejabat pensyarah. Kami juga menggunakan e-Dagang
yang kami siarkan di laman media sosial yang popular dalam kalangan muda masa kini
iaitu laman Facebook.
https://www.facebook.com/pages/Sushi-Bliss
3.0 PERLETA
KAN PASARA
N
PROFIL PELAJAR
NAMA : HANIS IZZATI BINTI IBRAHIM
KELAS : 4 PISMP RBT 1
NO. I/C : 910602-01-5924
NO TEL : 013-2593310
ALAMAT RUMAH : NO 5, JALAN KENARI 4, TAMAN
WAWASAN, 85300 LABIS, SEGAMAT,
JOHOR
PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH
- SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG, LABIS.(darjah 1-6)
SEKOLAH MENENGAH
- SEK. MEN. KEBANGASAAN MUNSHI IBRAHIM, LABIS(tingkatan 1-3)
- SEK MEN TEKNIK MELAKA, BUKIT PIATU, MELAKA(tingkatan 4-5)
IPT SEBELUM : TIADA
MOTTO HIDUP : ILMU TANPA AMAL, IBARAT POKOK TIDAK BERBUAH.
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya dan rakan
sekumpulan menyiapkan tugasan RBT 3110 ini dengan jayanya. Kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu, En Khir Johari atas
bimbingan dan dorongan sepanjang menjalankan tugasan ini. Pelajar RBT semester 5
diwajibkan mengambil kursus ini, RBT 3110 Pendidikan Perniagaan dan
Keusahawanan. Saya pada semester ini mempunyai masa yang agak padat dengan
pelbagai aktiviti IPG. Namun, dengan tugasan yang diberikan iaitu mengenai rancangan
pemasaran ini boleh memberikan idea-idea baru untuk menyelesaikan tugasan ini
bersama dengan rakan kumpulan yang lain.
Dengan kepadatan masa yang sering dihadapi oleh saya dan rakan-rakan
kumpulan menyebabkan kami sukar untuk berjumpa membuat perbincangan dengan
pensyarah. Saya juga berterima kasih dengan pensyarah memberi panduan kepada
saya dan rakan-rakan untuk membuat atau menyelesaikan tugasan ini. Pada semester
ini, tugasan kursus ini merupakan tugasan yang paling sukar terutamanya bahagian
kewangan yang memerlukan masa yang agak panjang untuk memikirkan atau
menyelesaikan. Namun dengan pertolongan rakan-rakan sedikit sebanyak dapat
membantu walaupun masih terdapat kekurangan. Tugasan ini dapat memberikan
kepada saya minat untuk belajar lebih mendalam dalam dunia perniagaan walaupun
pada awalnya saya tidak berminat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan kumpulan saya iaitu Mohammad Taufiq Amirullah bin fauzi dan Shahrul Afendi
Bin Abdol Halim kerana memberikan kerjasama walau apa jua keadaan. Sekian, terim
kasih.
4.0
CAMP
URAN
PEMAS
ARAN
PROD
UK
DAN E-
DAGA