REFLEKSI pbsm

Post on 25-Jul-2015

787 views 0 download

description

UNit beruniform

Transcript of REFLEKSI pbsm

Persatuan Bulan Sabit Merah IP KENT

REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini.

Sebelum menjalankan tugasan ini, terlintas dalam fikiran saya bahawa tugasan ini

adalah satu tugasan yang rumit. Namun saya berjaya menyiapkannya. Dengan ada

nya folio seumpama ini saya dapat memperolehi pengetahuan baru .

Dalam unit PBSM tedapat pelbagai aktiviti telah dijalankan. Saya berasa amat

bertuah kerana menyertai unit kerana saya dapat memperolehi pelbagai ilmu baru .

Antaranya ialah pertolongan cemas , cpr , latihan kawad dan sebagainya. Hal ini

amat berguna kepada saya sebagai seorang guru pendidikan jasmani kelak .Dengan

adanya aktiviti seumpama ini , saya dapat mengetahui langkah-langkah yang betul

dalam merawat pesakit yang memerlukan rawatan .

Latihan kawad pula dapat mendisiplinkan saya . Saya juga telah mengetahui arahan-

arahan kawad yang betul . Sebelum ini memang saya tidak pernah memberi arahan

kawad , dan melalui unit ini saya mendapat pengalaman baru . Saya juga telah

ditugaskan dalam beberapa program anjuran unit PBSM ini antaranya ialah menyelia

dan menolong dalam aktiviti menderma darah , hari sukan tahunan dan merentas

desa .

Saya berharap dengan menyertai unit ini saya dapat menambah pengalaman dan

pengetahuan baru dalam mendewaskan diri saya . Saya berharap segala ilmu yang

saya perlolehi ini akan saya praktikan di sekolah nanti sebagai seorang guru

pendidikan jasmani .

MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN KHOLIDPISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2011 1