Post on 21-Nov-2014
description
Antara amalan yang disarankan ialah:
1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.
2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.
3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi3.2- Surah Yaasin3.3- Surah Taubat3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)3.7- Surah An-Nahl ayat 783.8- Surah Al-’Araaf ayat 189
Ayat Al-Quran dan Hadis Tentang Kelebihan Membaca Al-Quran
Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu
1
hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama
dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif)
adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat
Tirmizi)
Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan
syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)
Rasululullah SAW Bersabda:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah,
baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah
seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq
yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya;
dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah,
tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)
Allah SWT berfirman:
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami.
Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula
mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami
tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah
Asy Syuura ayat 52)
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah,
gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,
bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal."
(Surah Al Anfaal ayat 2)
Allah berfirman:
"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah
dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)
2
Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda :
Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau
Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya
memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Jangan Menjadikan Orang-Orang Munafiq Sebagai Kawan Rapat
Ayat Al-Quran tentang larangan menjadikan orang-orang munafiq sebagai kawan
rapat :
"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu
janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu,
sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian
kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka
di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang
pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong."(Surah An-Nisaa : 89)
Hanya Syariat Islam Dapat Membangunkan Ad Daulah Al-Islamiah
3
Bagi saya hanya menggunakan undang-undang atau Syariat Islam sahaja yang boleh
menyelamatkan sesebuah negara rosak oleh kerana penduduknya. Baca senhingga
habis untuk mengetahui apa itu Ad Daulah Al-Islamiah?
Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya
bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi
dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada
lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.
Lebih dari itu, Islam kita adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia
adalah satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan
perundangan Islam. Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat.
Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman itulah yang
mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah
kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh
Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia
berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada
dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah
memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan
bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah Taala:
4
"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-
mata." (Al
Baqarah: 193)
Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya.
Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang
sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin
dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan,
sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh
Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.
"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari
mereka. " (Maksud Hadith)
Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha
bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam)
yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan
kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat). Al Khilafatul Islamiah itu
dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.
Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini.
Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama
ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan
merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan
wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan
anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari
tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu
menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.
Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan
ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan
bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja
terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini
5
hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan
yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman
kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka
berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak
bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.
15 Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana
Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima
belas perkara itu adalah seperti berikut :-
1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.
2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).
3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.
9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11. Minuman arak berleluasa.
12. Ramai orang memakai sutera.
6
13. Penari wanita berleluasa.
14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin
dan imam.
Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi,
tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Nabi berkata, " Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di
dunia iaitu perbuatan berzina dan menderhaka kepada ibu bapa." (Hadis Riwayat
Bukhari)
Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw berkata, "Amal kebajikan yang disegerakan
balasannya di dunia adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali
silaturrahim. Kejahatan yang disegerakan seksaannya adalah berzina, menderhaka
kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturrahim." (Hadis Riwayat Imam Tirmiz dan
Ibnu Majah)
Apabila Harta Dipandang Tinggi Untuk Mencari Kebahagiaan
: �ل�ى إ ظ�ر� �ن ي � ال الله� إن� �م� ل و�س� ه� �ي ع�ل الله� ص�ل�ى الله� س�ول� ر� ق�ال��ك�م �عم�ال و�أ �م �ك �وب ق�ل �ل�ى إ ظ�ر� �ن ي �ك�ن و�ل �م �ك مو�ال
� و�أ �م ص�و�ر�ك
Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu,
tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu." (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)
7
: ض� ع�ر� ال ة� ر� �ث ك �ى غ�ن ال س� �ي ل �م� ل و�س� ه� �ي ع�ل الله� ص�ل�ى الله� ول� س� ر� ق�ال��فس الن �ى غ�ن �ى الغ�ن �ك�ن� و�ل
Sabda Rasulullah SAW : "Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan
itu adalah kaya hati."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
: : أة� م�ر �ل ا �د�م� ا ن� اب ع�اد�ة� س� م�ن �م� ل و�س� ه� �ي ع�ل الله� ص�ل�ى الله� ول� س� ر� ق�ال��ح� الص�ال �ب� ك م�ر و�ال �ح� الص�ال �ن� ك م�س و�ال �ح�ة� الص�ال
Sabda Rasulullah SAW : Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri
yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. (Hadis Sahih
Riwayat Imam Ahmad)
Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira darjat.
Adakah dia seorang raja atau hamba sahaya, adakah dia orang yang tinggal di kota
atau di kampung, adakah dia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun
manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.
Dimanakah Kebahagiaan Itu?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang
sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang
terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar
laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.
Betulkah Kebahagiaan Itu Ada Pada Harta?
Mereka ingat kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaan, kebendaan dan
keselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang
banyak, namun hidup mereka tetap sahaja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak
tenteram. Kalau begitu harta yang banyak bukanlah penjamin kebahagiaan. Dan ia
bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru
karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia
8
sebelum di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang Munafiq :
"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka,
(kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda
dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka
tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-
Taubah 9:55)
Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah,
rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.
Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahawa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka
bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan
keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam
kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya
menderita? Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan
memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat
anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi
kebahagiaan.
Cara Mencari Kebahagiaan
Manusia berbeza pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan
mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbezaan pemahaman mereka dalam hal ini
sangat ketara.
Golongan I:
Mereka berpendapat bahawa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan
9
yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Maksud : Mereka yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawi
walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh.
Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan darjat
mereka seperti binatang karana tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan
amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka
makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah
menjadi tempat tinggal mereka." (Muhammad 47:12)
Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan
duniawi dan keluar dari kongkongan fitrah.
Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia
dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah
dan realiti.
Maksud : Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada
golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah
agama dan musnahlah dunia.
Allah SWT berfirman :
10
"Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang
telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mai'dah : 87)
Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat
manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.
Konsep Kebahagiaan Sebenar Menurut Islam
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami
makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas
muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri
daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad
adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat
kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk
bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.
Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu
yang lebih baik amalnya, dan memanglah ia sangat berkuasa atas sesuatu"
Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik
manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan
11
sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia
Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan
kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawi (abstrak) tidak
dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang
muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak
seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan
kepadanya.
Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawi), ini tidak bermakna kita mesti
tinggalkan segala bentuk kebendaan. Bukankah baginda pernah menyatakan bahawa
di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang
salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati
Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada
dunia
Contohnya seperti Firman Allah SWT ini :
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di
12
muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)
Amalan-Amalan Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki
dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah
diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki
dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di
antaranya:
1) Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis
qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat
hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan
penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat
Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
13
2) Memperbanyakan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang
menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan
melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-
Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3) Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati
resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
4) Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang
hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan
hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
Doa Seorang Ibu Sangat Makbul Sehingga Membawa Ke Syurga
14
Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa.Ia merupakan perintah Allah
SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa
melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa,
tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah
diberikan kepada kita selama ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan
menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang
ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah
maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa
amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.
Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:
Yang maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur
tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau
menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun)."
Selain itu, ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih
kepada kedua ibu bapa kita. Dalam firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:
15
Yang maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-
lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari
seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:
" الله� : و�ل� س ر� ي�ا ل�ت ق ال� ق� ي�ر�ى� ش� ال�ق ي�د�ة� ح� ب�ن� ي�ة� ع�او� م ع�ن�ك� : . : : . م"
أ ال� ق� ؟ م�ن� ثم% ل�ت ق ال� ق� م"ك�أ ال� ق� ؟ �ب�ر% أ م�ن� ،
؟ : : . : م�ن� ثم% ل�ت ق ال� ق� م"ك�أ ال� ق� ؟ م�ن� ثم% ل�ت ق ال� ق�
ب� : ر� األ�ق� ف� ب� ر� األ�ق� ثم% ؟ �ب�اك� أ ال� ".ق�
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya
Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW
menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu,
kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku
bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling
hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar
bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima
segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan
yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses
melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang
amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang
mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.
Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu
16
diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad
SAW:
" ات� ه� ا�ألم% د�ام� أ�ق� ت� ت�ح� ن%ة �ل�ج� ".ا
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk
melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang
terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah
melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati
dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu
dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak
terjadi kepada kita.
Siapa Yang Mencipta Allah?
17
Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita. Di antara sedar
dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. Siapa yang menciptakan
manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling
kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran
melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita Siapa Yang
Mencipta Allah?
Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat!
Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada
seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia
menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta
Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah
dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan
dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan
sanad hassan)
Amalan Yang Ditinggalkan Begitu Jauh Dipelusuk Hati Orang Malaysia
Ibu mengandung itu seakan-akan mahu pitam. Mungkin terlalu letih kerana seharian
bekerja dan terpaksa pula berdiri lama di dalam komuter. Usia kandungannya kira-kira
18
lima bulan. Leka memerhati ibu mengandung yang baru masuk ke dalam komuter
sebentar tadi dengan keadaan penuh sesak dengan manusia yang baru pulang bekerja.
Agak sukar bagi si ibu untuk meredah kesesakan lalu berdiri di hadapan sekumpulan
remaja perempuan yang sedang duduk sambil berbual. Dibiarkan si ibu berdiri
sepanjang perjalanan dan perhentian. Malang sungguh.
Wajarkah kita melakukan perkara sedemikian? Di mana letaknya sikap prihatin dan
timbang rasa kita sebagai manusia?
Sudah banyak yang di ajarkan kepada kita tentang sikap prihatin, tanggungjawab,
timbang rasa, menghormati dan menyayangi tetapi masih belum meninggalkan
kesan. Buktinya fenomena sebegini masih berlaku dan boleh dilihat di mana sahaja.
Siapa yang harus dipersalahkan? Kerajaan? Ibu bapa? Atau individu itu sendiri.
Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir masyarakat di negara ini. Terlalu
mementingkan diri sendiri.
Kerajaan telah berusaha memberikan panduan kepada masyarakat tentang akhlak
yang baik yang harus diamalkan melalui iklan sama ada media cetak mahupun media
elektronik. Masyarakat diberi panduan bagaimana hendak berbudi dan berbahasa.
Malangnya tidak diendahkan.
Salah satunya adalah kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan. Kempen yang bertemakan ”Budi Bahasa dan Nilai Murni”
adalah bertujuan untuk mendedahkan masyarakat dengan nilai-nilai yang perlu menjadi
amalan seharian.
Banyak iklan di media yang mengajar kita membantu dan menghormati orang lain.
Lebih mudah dilihat dan difahami adalah melalui televisyen.
Contohnya, mengutamakan orang yang lebih tua ketika menaiki kenderaan awam,
membantu mengangkat barang-barang mereka, membantu mereka ketika melintas
19
jalan dan memberikan tempat duduk kepada orang yang kurang upaya atau yang lebih
memerlukan. Tidak rugi membuat kebaikan kepada mereka.
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum, oleh itu pastinya setiap bangsa
mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Sudah tentu ia menitikberatkan tentang
nilai-nilai murni, akhlak yang baik begitu juga kesopanan dan tatasusila.
Namun, tidak dapat dinafikan segelintir masyarakat kita pada masa kini mengamalkan
gaya hidup yang kasar, melanggar peraturan dan etika berbahasa, meletakkan adab
sopan jauh dibelakang dan mengabaikan tatasusila.
Sebenarnya akhlak yang baik bermula dari rumah dan diri kita sendiri. Kita yang
menentukan akhlak dan jati diri terutamanya golongan remaja yang bakal menerajui
negara, bangsa dan agama.
Lebih-lebih lagi kita hidup dalam negara Islam yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa
dan agama. Justeru itu, nilai-nilai murni harus diterapkan dan diamalkan tanpa mengira
siapa kita, tinggi pangkat kita atau sebaliknya.
Tindakan kerajaan mengadakan kempen ini adalah untuk menerapkan serta menanam
nilai-nilai murni ke dalam alam fikiran, hati budi juga perilaku warganegara malaysia di
semua peringkat. Selain percaya kempen ini akan memberikan input dan impak yang
baik jika masyarakat peka dan bersedia bukan sahaja untuk meneguhkan kembali
kekuatan peribadi malah jati diri masyarakat kita.
Dari perspektif Islam pula, semua perbuatan yang baik dan ikhlas itu dianggap nilai-nilai
murni yang harus diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia merangkumi tingkah
laku, perbuatan, adab bertutur dan sikap individu. Dalam masyarakat Melayu,
keperibadian dan pembentukan sahsiah diri dan jati diri amat penting untuk membina
peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi. Rasullullah adalah
contoh terbaik yang patut diikuti kerana baginda sentiasa menggunakan bahasa yang
baik ketika bertutur, penuh adab sopan dan rasional.
20
Menghayati Kehebatan Rasulullah SAW
Kata al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36):
Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi SAW sesudah wafatnya serta memulia dan
mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaan pada masa
hidupnya. Dan yang demikian itu adalah ketika menyebut baginda SAW, menyebut
hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli
keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.
Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut baginda SAW
atau disebut nama baginda SAW di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan
diam dari bergerak serta merasakan kehebatan baginda SAW dan kehormatannya,
sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri berada di hadapan
baginda SAW, serta beradab sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah Taala
kepada kita.
Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita
21
dahulu ( عنهم الله .(رضي
Akhlak Para Salaf Terhadap Rasulullah SAW
Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang
masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi SAW, beliau akan menangis sehingga aku
berasa kasihan terhadapnya”.
Kata Mus‘ab bin ‘Abdullah: Imam Malik apabila menyebut Nabi SAW akan berubah
warna rupanya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada
orang-orang yang duduk bersamanya. Lalu pada suatu hari beliau ditanya mengenai
hal berkenaan, maka jawab beliau:
“Sekiranya kamu sekalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu sekalian tidak
akan hairan kepadaku terhadap apa yang kamu lihat.
Aku pernah melihat Muhammad bin al-Munkadir, dan beliau adalah penghulu para
qurra’, hampir-hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadith
pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.
Aku pernah melihat Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq -, dan beliau seorang yang banyak
bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, rupa beliau akan
berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah aku melihatnya
meriwayatkan hadith dari Rasulullah SAW melainkan dalam keadaan suci.
Pernah ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyebut Nabi SAW, lalu kami lihat kepada warna
rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya
menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah
SAW.
Aku juga pernah datang kepada ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di
sisinya Rasulullah SAW beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di
matanya.
22
Aku pernah melihat al-Zuhri, dan beliau adalah orang yang paling ramah dan mesra,
namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, maka dia seolah-olah tidak mengenali
kamu dan kamu tidak mengenalinya.
Aku juga pernah datang kepada Safwan bin Sulaim, dan beliau adalah dari kalangan
ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut Nabi SAW, beliau akan menangis dan
terus-terusan menangis sehingga orang-orang akan bangun dan meninggalkannya”.
2 Golongan Penghuni Neraka
Kadang-kadang bila kita terlalu asyik sangat dengan trend fesyen melilit tudung ni,
macam-macam style keluar. Sehinggakan kita terlepas pandang Niat Utama kita
memakai tudung
Sewajarnya dengan hijab menutupi kepala dan badan, tugas mata-mata liar di luar sana
semakin sukar untuk “membogelkan” wanita secara visual tetapi dengan gaya fesyen
yang kelihatan seperti rambut yang beralun beraneka warna dan perhiasan keterlaluan,
tugas-tugas mata-mata liar ni menjadi semakin mudah. Tak perlu susah-susah
membayangkan rupa kita tanpa hijab kerana kain di kepala itu sendiri sudah
menyerupai rambut.
23
“Dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; golongan membawa
cemeti seperti ekor sapi untuk memukul dan membelasah orang. Golongan kedua ialah
wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, menggoyangkan badan dan
berlenggang-lenggok untuk menggoda, rambut mereka seperti bonggol unta yang
miring, mereka tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal
sesungguhnya bau surga itu tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
Besederhanalah supaya niat murni utk menutup aurat itu tidak tercemar…
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan
pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
Pegangan dan Akidah Orang Yahudi Laknatullah
Sebenarnya kita agak kurang didedahkan akan pegangan dan akidah orang yahudi
24
laknatullah ini. Mengapa sampai begitu tidak berperikemanusiaan langsung dalam diri
mereka dengan apa yang mereka lakukan pada umat Islam di Palestin dan juga umat
Islam di seluruh dunia. Keadaan di sana sebenarnya lebih buruk dan kejam berbanding
dengan apa yang kita dapat maklumat dan saksikan di kaca televiseyen mahupun
media cetak. Saudara-saudara kita di sana sebenarnya dilayan umpama binatang
yang langsung tidak bernilai pada pandangan mata puak kufar ini. Info yang saya dapat
dinyatakan sebenarnya ada sesetengah saudara-saudara kita di sana dibakar dan
disembelih dengan kejam. Hasil itu semua berdasarkan gambar yang diedarkan melalui
email.untuk saya paparkan di blog saya ini.
Sepertimana yang kita tahu bangsa yahudi ini juga menganut agama samawi yakni
agama wahyu yang diturunkan Allah ke muka bumi. Mereka juga sebenarnya kaum
yang paling ramai Nabi Allah utuskan pada mereka tapi mereka ingkar sehingga
Nabi juga mereka bunuh. Semua termaktub dalam Al-Quran dan sejarah telah
menceritakan semua ini sebagai panduan kita agar jangan ambil iktibar dengan apa
yang telah dilakukan oleh mereka ini akan agama Allah yang diturunkan pada mereka.
Berkaitan dengan agama yahudi ini, saya bukanlah orang yang ahli untuk dinyatakan
dan dihujjahkan di sini. Tetapi ingin berkongsi info yang saya rasa wajar kita ketahui
apa isi kandungan kitab rujukan mereka dan akidah mereka sampai langsung tidak
berperikebinatangan boleh kita katakan terutama kepada umat Islam di Palestin. Bila
mengenangkan akan isu ini, terlintas di hati saya akan kewajaran juga pemusnahan
etnik yahudi oleh Hitler yang kita kenali sebagai tragedy holocaust. Kadang-kadang
terlintas di hati memang patut mereka dilayan sebegitu rupa, walaupun bukan kita
menyokong apa yang dilakukan oleh Hitler itu betul caranya tapi dengan apa yang
mereka lakukan ini memang patut mereka dilayan sebegitu. Kita membenci yahudi ini
bukan kerana agama mereka mahupun atas tiket bangsa yahudi itu. Kita memusuhi
mereka atas tiket zionis kerana ideologi zionis antarabangsa kini sememangnya kerana
kekejaman mereka yang amat keterlaluan terutama kepada umat Islam khususnya.
Tapi bukan semua penganut yahudi ini berpegangan sedemikian kerana ada juga
segelintir rabai-rabai mereka yang menentang apa yang sedang berlaku ini seperti
golongan ortodoks, tetapi mereka ini minoriti sahaja.
Bagi orang Islam kitab rujukan utama adalah Al-Quranul Karim yang kita ambil sebagai
25
panduan dan perlembagaan hidup. Manakala bagi kaum yahudi, kitab panduan mereka
ini dinamakan Talmud. Dikatakan yang diturunkan kepada Nabi Musa dan diseleweng
oleh rabai-rabai mereka, padahal sama juga seperti Injil yang diturunkan kepada Nabi
Isa tetapi telah diseleweng oleh paderi-paderi mereka. Bagi kaum yahudi mereka
merupakan kaum pilihan yang dipilih oleh Allah. Manakala kaum yang lain sebenarnya
umpama binatang yang tak berharga bagi mereka. Bukan sahaja Islam, tapi juga
bangsa yang lain selain yahudi semuanya sama. Inilah pegangan dan akidah kaum
yahudi. Antara isi kandungan kitab Talmud ini yang saya ingat pernah diperkatakan,
“Mereka (kaum yahudi) bertanya kepada Tuhan mengapa diciptakan kaum yang lain
selain mereka. Maka dijawab Tuhan, mereka diciptakan agar kamu naik atas mereka
dan kamu patah riuk tengkuk mereka dan hirup darah mereka dan daging mereka
kerana mereka itu halal bagimu diperlakukan.” – begitulah yang saya ingat-ingat lupa isi
kandungan yang mungkin saya tambah-tambah ikut selera kata saya sendiri. Tapi
isinya agak sama. Di bawah pula isi antara surah-surah boleh kita katakana isi
kandungan kitab Talmud dan juga kitab-kitab suci lain yang mereka jadikan panduan.
1) “Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi
bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)
2) “Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang
Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)
3) “Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II,
4b)
4) “Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.”
(Orach Chaiim 57, 6a)
5) “Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya
(marah) kepada orang-orang non-Yahudi.” (Talmud IV/8/4a)
6) “Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) datang, mereka akan menjadi pangeran
raja-raja.” (Sanhedrin 104a)
26
7) “Terhadap seorang non Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Bisa terkena
hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lainnya, yaitu isteri
seorang Yahudi. Isteri non-Yahudi tidak termasuk.” (Talmud IV/4/52b)
8) “Tidak ada isteri bagi non-Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.” (Talmud
IV/4/81 dan 82ab)
9) “Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang non
Yahudi.” (Zohar I, 168a)
10) “Jika dua orang Yahudi menipu orang non-Yahudi, mereka harus membahagi
keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)
11) “Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang non-Yahudi, jika mereka harus
membayar uang untuk itu.” (Abhodah Zarah 2a T)
12) “Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali
menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)
13) “Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk
membawa seorang non-Yahudi kepada kejatuhan.” (Babha Kama 113a)
14) “Kepemilikan orang non-Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua
orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, berarti telah memilikinya.” (Talmud IV/3/54b)
15 “Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang non-Yahudi dan menipunya.”
(Talmud IV/1/113b)
16) “Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang non-Yahudi.” (Talmud
IV/2/70b)
17) “Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) datang, semuanya akan
27
menjadi budak-budak orang-orang Yahudi.” (Erubin 43b)
Kita nilailah sendiri dengan apa yang telah dinyatakan di sini mengapa permusuhan kita
yakni umat Islam dengan bangsa yahudi ini tak akan boleh untuk berdamai sampai hari
kiamat nanti. Tapi yakinlah bahawa Islam pasti akan beroleh kejayaan kelak di masa
hadapan di mana ketika itu umat Islam akan terus menerus mencari siapa dan di mana
sahaja orang yahudi agar mereka dibunuh hatta mereka bersembunyi di belakang
pokok mahupun batu sekalipun akan diberitahu mereka di situ kecuali satu pokok yang
menyebelahi mereka. Janji Allah dan Rasul itu pasti akan terserlah kebenarannya nanti,
InsyaAllah..
Adakah Zakat Fitrah Boleh Dibayar Dalam Bentuk Wang?
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan
kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun
perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)
Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada
suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.
28
Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam
bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Mana kala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar
dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).
Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk
wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.
Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum
solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu
pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan
perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.[HR Abu Daud]
7 Golongan Yang Dinaungi dan Dirahmati Allah
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu
hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di
antaranya ialah:
29
1) Pemimpin yang adil,
2) Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
3) Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,
4) Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul
dan berpisah kerana Allah,
5) Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk
melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,
6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
7) Seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s.a.w dan bertanya: "Wahai
30
Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala
ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-
masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan
berkenanaan iaitu:
Barisan Pertama Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan
mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka
itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah
yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."
Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular
dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Keempat Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar
dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka
inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."
Barisan Kelima Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah
s. a. w menurunkan angin.
Barisan Keenam Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari
badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan
31
tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Ketujuh Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir
keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di
atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah
dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan kesembilan Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang
yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesepuluh Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh
dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Kesebelas Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka
memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka
adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang
beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."
32
Blog Rahman Bashri : Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-
MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini.
4 Jenis Lelaki Yang Akan Masuk Neraka
1) Seorang Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia
akan ditarik oleh anaknya.
2) Seorang Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak
tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3) Seorang Abang dan Adik Lelaki
33
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula
abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam tunggulah tarikan adik
perempuannya di akhirat.
4) Seorang Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari
islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan
tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat
pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau
anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
Firman Allah S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak
lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH
S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-
mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan Syurga. Semua kaum muslim masuk syurga. Janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji Allah S.W.T.
5 Tanda Hati Keras Macam Batu
34
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan
dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber
kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan
sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca
daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja,
sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah
tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting
adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.
Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan
melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam
firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan
dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa
enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya
35
tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada
membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling
daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri
peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf,
ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala
sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama
manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang
dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah
ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli
terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti
kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang
yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu
sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa
mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat
dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
Kenapa Lidah Kelu Semasa Saat Sakaratul Maut atau Kematian?
36
Renungkanlah wahai pembaca blogku yang dirahmati sekalian. Mengapa lidah kelu
disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang
tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang
menahan kesakitan'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa
pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika
azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat
mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan
kalimah ini ketika saat nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya
lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
37
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul mautmenghampiri kami.
Pesanan Ibu Kepada Anak Yang Bergelar Isteri
Selalunya seorang isteri akan mengambil contoh tauladan dari Ibunya, bagaimana
ibunya melayan bapanya. Oleh seorang isteri perlulah mengambil tahu bagaiman
menjaga atau melayan suami dengan sebaik mungkin. Di bawah ini saya beberapa
pesanan dari seorang ibu kepada anaknya yang bakal menjadi isteri.
1) Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya itu dijadikan oleh Allah Yang Maha Bijaksana
untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya.
Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak
menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
2) Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan
kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa
kebencian ditinggalkan.
3) Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk
memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang
wang dan membazir.
38
4) Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri
orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji
perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan
lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan
itu kerabat suami.
5) Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan
malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak
tergendala pekerjaan suami.
Antara Sabar Dan Mengeluh
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul
Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri
wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain
kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
39
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu
hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati
kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing
korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang
satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku
yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu
bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia
merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana
di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati
kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba
bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut
dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini
terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia
jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di
antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua
musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar
dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang
berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia
belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu
Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
40
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli
dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan
menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang
mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian
dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Sifat dan Sikap Rasulullah SAW
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya.
2) Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
3) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak
untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu
41
isterinya di dapur.
4) Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga.
5) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula
kembali sesudah selesai sembahyang."
6) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada
kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan
ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku
puasa saja hari ini." tanpa
sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
7) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.
Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab
dengan agak mentar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil,
jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku
menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-
anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan
lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
8) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan
mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda
yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat
keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya
Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung
42
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar.
Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit... " desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah
mengangkat jubahnya sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan
dililiti sehelai kain
yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami
tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak
para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,
agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak."
9) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.
10) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing si
Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
11) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah
anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih
dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri
43
di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda
terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila
ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin
Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan
lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku
ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat.."
" Orang yang apabila di sebut nama Allah, maka akan gementarlah hati mereka, dan
apabila di sebut ayat-ayat Allah, maka akan bertambah lah iman mereka" (Ayatul
Quran)
Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah
Di kisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani
Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata,
"Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
44
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau
memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan
roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan
kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T
pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya
sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia
dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka
pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta
sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum
dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu
sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya
dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun
memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak
makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga
tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang
tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan
dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata,
"Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu
makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri,
walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara
dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah,
sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka
tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan
kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan
dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah
45
kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah
datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan
barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T.
Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku.
Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka
Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka
dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
10 Hadiah Di Dunia Untuk Orang Yang Bertaqwa
1. Sentiasa Mendapat Petunjuk
“Mereka itulah (orang-orang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan
mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.”(Al- Baqarah :5)
2. Diberi Penyelesaian Dari Masalah
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan
keluar.” (Al-Thalaq : 2)
46
3. Dipermudah Segala Urusan
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya
segala urusannya.” (Al-Thalaq : 4)
4. Mendapat Rezeki Dari Sumber Tidak Terduga
“…dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (Al-
Thalaq : 3)
5. Dikasihi Allah
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran : 76)
6. Mendapat Keberkatan Dari Langit Dan Bumi
“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan
melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf : 96)
7. Mendapat Keselamatan, Pertolongan Dan Perlindungan Dari Allah
“Dan Kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang betaqwa.”
(Al-Fussilat : 18)
“…dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan
melindungi) orang-orang bertaqwa.” (Al-Baqarah :194)
8. Mendapat Kemenangan
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan.” (An-Naba : 31)
9. Terpelihara Dari Tipu Daya Musuh
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak
mendatangkan kemudharatan kepadamu.” (Ali Imran : 120)
10. Diberikan ‘Furqan’ (Petunjuk Untuk Membezakan Yang Benar Dan Salah)
“Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.”
(Al- Anfal : 29)
47
Bukti Al-Quran Terpelihara Oleh Allah SWT
Pada suatu zaman pemerintahan khalifah terdahulu, terdapat seorang lelaki Nasrani
yang selalu mengganggu majlis-majlis ilmu yang diadakan di istana khalifah. Setiap kali
khalifah mengadakan majlis ilmu di istananya, lelaki Nasrani itu akan membuat bising
dan sebagainya sehingga mengganggu perjalanan majlis tersebut. Walau
bagaimanapun, khalifah tetap bersabar dan tidak pernah mengambil sebarang tindakan
terhadap lelaki itu.
Suatu hari, dengan tidak disangka-sangka lelaki Nasrani itu datang ke majlis ilmu
tersebut dalam keadaan tenang dan duduk diam tanpa membuat bising seperti biasa.
Hal ini menyebabkan khalifah berasa hairan lalu bertanya,
“Wahai lelaki Nasrani, mengapakah hari ini tiada lagi kekacauan yang kamu lakukan?”
Lelaki itu membalas pertanyaan khalifah dengan berkata,
“Mulai hari ini, jangan panggil saya Nasrani kerana saya telah mengucap dua kalimah
syahadah.”
Kemudian, dia pun menceritakan satu kejadian luar biasa yang dialaminya.
Suatu hari, dia telah membuat senaskhah al-Quran yang cantik dan bertintakan emas.
Namun begitu, dia telah mengubah satu ayat yang pada kiraannya tidak akan dapat
dikesan oleh sesiapa pun yang membelinya. Hasrat hatinya hendak menyesatkan serta
mengelirukan umat Islam pada waktu itu.
48
Pelanggan pertama yang berminat dengan al-Quran yang dijualnya adalah seorang
peniaga lelaki yang secara kebetulan datang bersama seorang anaknya yang
menghafaz al-Quran. Apabila anaknya ingin melihat kandungan al-Quran tersebut,
lelaki Nasrani itu pun membuka helaiannya dan dengan takdir Allah, dia telah membuka
tepat di halaman yang diubahnya. Si anak mendapati terdapat kesalahan pada ayat di
muka surat tersebut lalu peniaga tadi menolak untuk membeli naskhah al-Quran itu.
Pelanggan kedua pula adalah seorang wanita. Dia juga tidak membeli al-Quran
tersebut kerana mendapati ia bukan seperti yang dibacanya selalu. Begitu jugalah
halnya dengan pelanggan yang ketiga. Perkara yang sama berlaku kepada pelanggan
tersebut dan akhirnya, setelah menyaksikan tiga kegagalannya untuk menjual al-Quran
tersebut, maka dia pun yakin bahawa Allah sentiasa memelihara kitab umat Islam dari
sebarang penyelewengan dan pengubahsuaian.
Itulah yang mendorong lelaki Nasrani itu untuk memeluk Islam dengan penuh
kerelaan dan keyakinan.
Pandangan Ulama Tentang khusyuk Dalam Solat
Ibnu Abbas
Khusyuk itu maknanya orang yang takut dan tenang anggota badan dan hatinya.
Sayidina Ali Ibni Abi Talib
49
Khusyuk itu adalah khusyuk hati. maksudnya khusyuk itu tempatnya di dalam hati dan
yang mesti khusyuk adalah hati itu sendiri.
Imam Ibnu Kasir
Khusyuk di dalam solat itu dapat dihasilkan oleh orang yang membulatkan hatinya
untuk bersolat dan menghindari soal-soal yang lain iaitu dengan mengutamakan hal
solat dari hal-hal dunia. dengan itu solat akan menjadi kecintaan dan kesenangan hati.
Ibnul ‘Araby (Ahkamul Quran)
Khusyuk ialah tunduk, merendah dan menghinakan diri di hadapan Allah s.w.t.
Syeikh Tantawi Jauhari
Khusyuk itu ertinya merendahkan diri dan tunduk, tidak berpaling ke kanan dan kiri,
tidak menggerakkan tangan semasa solat. hanya memusatkan kemahuan yakni hati
kepada allah. dan merenungkan maksud, dari apa yang diucapkan iaitu bacaan, zikir
serta doa.
As-Syahid Sayyid Qutub (Tafsir Fi Zilalil-Quran)
Khusyuk itu maknanya hati orang yang bersolat itu berasa gentar dan takut di hadapan
allah hingga lahir ketenangan dan kekhusyukan. lalu khusyuk yang ada di dalam itu
menjalar kepada anggota badan. terbayang pada paras muka dan nampak pada gerak-
geri solat. hilang gangguan dalam fikiran dan tidak terganggu oleh persoalan dunia.
Imam Malik
Khusyuk itu msknanya menghadap dengan penuh perhatian ke atas solat itu.
Imam As-Syafi’i
Khusyuk itu ialah orang yang bersembahyang itu haruslah menitikberatkan pandangan
matanya di tempat sujudnya, sebab itu lebih menghadirkan hatinya dan memusatkan
fikirannya.
50
Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali
Khusyuk ataupun ingat kepada allah di dalam solat itu wajib hukumnya berdasarkan
pengertian ayat : “...dan dirikan solat itu untuk mengingati-ku.” (Thoha : 14)
Hikmah berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa
Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil
menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh
berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara
langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk
mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula
samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke
dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang,
kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi
terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah,
51
Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang
pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman
lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi
karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah
dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang
tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu
mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya
ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat
sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu
sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum
terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi
Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara,
tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang
aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih
52
daripada susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman
a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari
itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui
hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa
kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di
dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang
tuanya.
Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu
hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak
memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu
berkata :
53
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan susah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa
engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai
seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman
keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan
segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam
hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh
Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia
berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan
setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku
padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman
sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu
terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam
perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari
itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada
54
kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia
telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Antara 7 Perkara Selalu Di Amalkan Oleh Nabi Muhammad SAW
1) Selalu Bangun Sebelum SubuhRasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :- Berlimpah pahala dari Allah- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan
2) Aktif Menjaga Kebersihan Rasululullah SAW selalu sentiasa rapi dan bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. Rasulullah Bersabda:"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
3) Tidak Pernah Banyak Makan Sabda Rasulullah SAW :"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan"(Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
55
4) Gemar Berjalan Kaki Rasululullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
5) Tidak Pemarah Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6) Optimis Dan Tidak Putus Asa Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
7) Tak Pernah Iri Hati Untuk menjaga stabilitas hati dan kesihatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.Doa : Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::
Hikmah Berdiam Lebih Baik
56
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana
di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat
bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di
dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu
tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk
mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, Diam adalah benteng bagi lidah
manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
57
Rasulullah SAW Bersabda :
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang
banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)
Rasulullah SAW Bersabda lagi :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata
yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari dan muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat At-Tarmizi)
Madah dari Hukama:
1) Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana
kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh
yang banyak cakap.
2) Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. yang salah memikirkan kesalahan
orang..
3) Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina
dirinya sendiri.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.
Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada
kekuatan iman pada diri manusia.
Perhiasan Rumah Yang Di Larang Dalam Islam
58
Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan
ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita
memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh
mendatangkan kemusyrikan kepada kita
Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang
luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa". (Ibnu Hibban)
Manakala Allah SWT berfirman :
”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…
(Surah an-Nahl : 80)
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik
seperti patung. Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya
Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dlm
rumah yang mengandungi patung.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.
59
(Bukhar dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah,
wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya. Kadang kala, terdapat rumah yang
mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi
malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur
kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.
Cacatkan Angota Patung
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah
dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu
dengannya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan
Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah
patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan
kepada Nabi Muhammad :
“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga
keadaannya menjadi seperti sepohon pokok" (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi
dan Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan
dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh
mengajar anak-anak untuk masa akn datang cara mendidik anak-anak mereka.
Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci
al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yg tidak bernyawa. Tidak salah
dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut,
perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar Artis yg
memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (org bkn
60
Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.Islam tidak menggalakkan
gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan
memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut
ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk
dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang
diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.
Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana
bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akn menimbulkan
perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada
padanya.
Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau
wujudnya perbezaan atau jurang yg berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana
acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak
disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dgn permaidani yang
ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di
dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia
diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima
azab yang dahsyat pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang
membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang
yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain.
61
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk
meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh
itu". (Riwayat Bukhari )
Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu
meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan
penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.
Bagaimana Memperolehi Kabahagian Dunia
Walaupun kebahagian di akhirat itu yang hakiki, tapi kita perlu cari kebahagian di dunia
untuk mengejar kebahagian di akhirat..bagaimanakah caranya untuk memperoleh
kebahagiaan?
1. Cintailah diri sendiri sebelum kamu mencintai orang lain
kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan
serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling
besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain
ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu
62
sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.
2. Punya pendirian yang tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak
akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang
terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup
mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka
ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.
3. Bahagikan hidup kamu dengan hal-hal yang lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu
akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan
demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya
bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang
boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di
tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya,
keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap
dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.
4. Berkorban biarlah berpada-pada
ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang
disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan
terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri
merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun
perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa
sebegitu rupa.
Ikhlas Kerana Allah
63
“Ikhlas itu jiwa yang murni, rahsia Allah di dalam hati, terlalu sembunyi tapi dapat
dikesan, jika disuluh dengan saksama, nista dan puji tiada berbeza.” Itulah antara bait-
bait lagu nasyid oleh salah satu kumpulan nasyid popular yang menggambarkan
tentang keunikan sifat ikhlas.
Sifat ikhlas sangat istimewa. Walaupun sulit untuk diberikan pengertian yang tepat dan
tiada tanda-tanda jelas yang menggambarkan kehadirannya, namun ia memberikan
pengaruh yang besar dan bermakna terutamanya dalam amalan dan perbuatan setiap
yang bergelar Mukmin. Jika keikhlasan yang mendahului setiap gerak-geri insan, akan
lahir keluhuran dan membuahkan keberkatan Allah SWT dalam setiap amalannya. Ia
amat berkait rapat dengan persoalan hati seperti yang dimaksudkan oleh hadith
Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu
apa yang diniatkannya.”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna menyatakan, “Ikhlas adalah setiap kata-kata,
amalan dan jihad setiap Muslim hanya kerana Allah SWT, untuk mencari keredhaan
dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kepada imbuhan duniawi, kemewahan,
kemegahan atau gelaran. Justeru, insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah
64
bukan kerana kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi.” Daripada kata-kata
Imam Hasan al-Banna, dapat difahami bahawa sifat ikhlas ialah melakukan sesuatu
amalan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT. Amalan yang dilakukan
tidak dicampuri oleh keinginan dunia, keuntungan untuk diri sendiri, mencari pangkat
dan darjat, inginkan kemasyhuran, pujian dan dikenali seluruh dunia kerana sesuatu
perkara yang ada pada dirinya.
Sebagaimana solat lima waktu yang menjadi tiang untuk meneguhkan dan sebagai
perlambangan bagi seseorang yang bergelar Muslim, membezakan dirinya dengan
penganut agama lain, sifat ikhlas menjadi penanda aras kepada amalan setiap insan.
Justeru, ikhlas disebut di awal solat sebagai pembukaan kepada kesedaran minda
bahawa apa yang sedang dilaksanakan ini hanya kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam
surah al-An`am, ayat 162 yang bermaksud :“Katakanlah olehmu, “Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT, Tuhan yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
Sifat ikhlas di dalam diri insan boleh diumpamakan seperti akar tunjang bagi sebatang
pokok. Walaupun tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat oleh
pandangan mata, namun ia menjadi penguat dan menyokong pokok itu tumbuh tegak
dan teguh walaupun dirempuh oleh angin kencang dan ribut yang melanda. Keteguhan
peribadi seperti ini akan melahirkan seorang Mukmin yang mampu bertahan walaupun
diuji dengan pelbagai dugaan.
Keistimewaan Sifat Ikhlas
Kehadiran sifat ikhlas dalam diri individu memberikan pengaruh yang sungguh besar
terutamanya ke arah pembentukan peribadi yang syumul dan berkualiti sejajar dengan
syariat. Antaranya
Menjauhkan Sifat Berpura-pura
Sememangnya menjadi lumrah manusia jika melakukan kebaikan mereka inginkan
pujian, dipandang hebat oleh manusia, mendapat ganjaran keduniaan seperti pangkat,
darjat malahan harta benda. Diri akan merasa bangga dan puas jika mendapat
ganjaran keduniaan yang diimpikan. Alangkah ruginya golongan yang hanya mendapat
65
kelebihan dunia, di sisi manusia. Namun di sisi Allah SWT semuanya kosong dan tidak
bermakna. Setiap amalan yang dilaksanakan, jika tiada keikhlasan hanyalah sesuatu
yang hipokrit dan berpura-pura. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,
“Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang
dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke
dalam api neraka”. (Riwayat Baihaqi).
Membunuh Sifat Riya’
Sifat riya’ boleh memusnahkan pahala amalan yang dilakukan. Sekiranya
melaksanakan sesuatu perkara di hadapan orang lain, perkara tersebut dilakukan
dengan sebaik mungkin supaya nampak cantik pada pandangan manusia. Namun, bila
bersendirian dan tidak diketahui oleh orang lain, perbuatannya hanya sekadar
“melepaskan batuk di tangga”, tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna. Sifat
suka menunjuk-nunjuk ini dapat dihapuskan sekiranya disertai dengan keihklasan niat
kerana Allah SWT.
Membentuk Jiwa yang Kental
Seorang yang ikhlas, terselit dalam setiap amalannya niat melakukan kerja kerana Allah
SWT. Dalam setiap detik kehidupan pula tidak semua perkara yang dilaksanakan
meraih kesempurnaan. Ada cacat cela dan kekurangan yang boleh menimbulkan rasa
kecewa dan tidak puas hati di kalangan pelakunya. Justeru, dengan keikhlasan akan
terbentuk jiwa yang kental, tidak mudah mengalah dengan ujian dan kepayahan.
Sekiranya kecewa pada sesuatu masa, jiwa yang ikhlas akan segera terubat kerana
yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Secara tidak langsung, individu
yang ikhlas akan kembali bangkit untuk melaksanakan yang terbaik kerana Allah SWT
tanpa terus menerus terkurung dengan kekecewaan yang telah berlaku.
Memupuk Sifat Redha dan Tenang
Dunia adalah pentas ujian. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang
bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan
hanya berkata “ Kami beriman” sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?”.
Bagi insan yang ikhlas menjalani kehidupannya, sudah pasti mereka akan sentiasa
tenang walaupun terpaksa melalui kepayahan dan dugaan yang hebat. Mereka akan
66
tetap meneruskan kehidupan dengan hati yang lapang dan redha dengan ketentuan-
Nya di samping sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Kesimpulan
Keikhlasan adalah suatu sifat mahmudah yang patut disemai dalam setiap sanubari
insan yang mengaku beriman. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi seorang
yang benar-benar ikhlas dalam kehidupannya kerana ia berkait rapat dengan persoalan
hati manusia yang sentiasa berbolak-balik dan tidak nampak tandanya dengan jelas.
Apa yang boleh dilakukan, berusahalah dengan sebaik mungkin dalam melaksanakan
amalan di dunia ini dan niatkan segala-galanya kerana Allah SWT. Hanya Dia yang
selayaknya memberikan ganjaran yang benar-benar setimpal atas apa yang
diusahakan. Bagi sesiapa yang telah beramal dengan penuh keikhlasan, tiba-tiba dipuja
dan dipuji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, sedangkan itu semua tidak
memberikan kesan kepada kecintaan dan keikhlasan kepada Allah SWT, mereka itulah
yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
“ Rasulullah SAW telah ditanya berkenaan seseorang yang telah berbuat amal
kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?” Jawab Baginda, "Itulah khabar gembira yang
didahulukan buat para Mukmin" (Riwayat Muslim)
Persediaan Sebelum Mati
67
Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah SWT jua yang maha
mengetahui. Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.
Antara persediaan yang boleh dilakukan :
1) Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
2) Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
3) Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
4) Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
5) Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
6) Sediakan wasiat.
7) Banyakkan amal jariah.
8) Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
9) Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
10) Lunaskan hutang piutang.
11) Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
12) Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. Klik Sini
13) Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini
68
Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya
kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak
yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)
Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang
CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah
mati.(HR Tirmidzi)
"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu
pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini
hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
Kelebihan Berwuduk
Kelebihan Umat Muhammad tentang berwuduk :
1) Dari Abi Umamah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Apabila seseorang muslim
berwuduk maka akan gugur dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya,
tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila dia duduk menanti solat, dia duduk dalam
keampunan". (HR Ahmad)
2) Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Mahukah saya
69
tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan
dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu ?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya
Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam
kesukaran, langkah-lankah kaki kamu untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah
melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk
memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)
3) Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat
dengan cahaya di wajah, di tangan dan di kaki kerana bekas wuduk". (HR Bukhari)
Hadiah Ingatan Daripada Rasulullah SAW
Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke
muka bumi ini.
Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam
daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat
Rabbaniah (ketuhanan dalam diri). Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan
diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah
tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya
(Hablun Minan Nas).
70
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau
berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya
mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang
membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari
umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa
sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas
ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah
makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu
tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding
bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan
10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam
hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala
berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa
berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan
Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan
Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat
awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak
akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat
Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat
Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
71
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal,
seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam
tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib
diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia
digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di
samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia
tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan
umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba
kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita
yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati
Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit
pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini
termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah
yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai
contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang
berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat,
tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
72
Pengakuan Tokoh-Tokoh Ilmuan Yang Bukan Beragama Islam Tentang Kebenaran Al-Quran
Harry Gaylord Dorman
1. Harry Gaylord Dorman dalam buku "Towards Understanding lslam", New York,
1948, p.3, berkata: "Kitab Qur'an ini adalah benar-benar sabda Tuhan yang didiktekan
oleh Jibril, sempurna setiap hurufnya, dan merupakan suatu mukjizat yang tetap aktual
hingga kini, untuk membuktikan kebenarann Allah dan kebenaran Muhammad."
2. Prof. H. A. R. Gibb dalam buku "Mohammadanism", London, 1953, p. 33, berkata
sebagai berikut: "Nah, jika memang Qur'an itu hasil karyanya sendiri, maka orang lain
dapat menandinginya. Cubalah mereka mengarang sebuah ungkapan seperti itu. Kalau
sampai mereka tidak sanggup dan boleh dikatakan mereka pasti tidak mampu, maka
sewajarnyalah mereka menerima Al-Qur'an sebagai bukti yang kuat tentang mukjizat."
73
Sir William Muir
3. Sir William Muir dalam buku "The Life of Mohamet", London, 1907; p. VII berkata
sebagai berikut: "Qur'an adalah karya dasar Agama Islam. Kekuasaannya mutlak dalam
segala hal, etika dan ilmu pengetahuan"
4. Dr. John William Draper dalam buku "A History of the intelectual Development in
Europe", London, 1875, jilid 1 , p. 343-344, berkata: "Qur'an mengandungi amalan-
amalan dan proses moral yang cemerlang yang sangat berlimpah-limpah; susunannya,
sehingga kita tidak dapat membuka satu lembaran tanpa menemukan ungkapan-
ungkapan yang harus diterima oleh sekalian orang. Susunan ayat ini, mengemukakan
teks-teks, moto dan peraturan- peraturan yang sempurna sendirinya, sesuai bagi setiap
orang untuk setiap peristiwa dalam hidup."
5. Dr. J. Shiddily dalam buku "The Lord Jesus in the Qur'an", p. 111 , berkata: "Qur'an
adalah Bible kaum Muslimin dan lebih dimuliakan dari kitab suci yang manapun, lebih
dari kitab Perjanjian Lama dan kitab perjanjian Baru."
6. Laura Vaccia Vaglieri dalam buku "Apologie de I'Islamism, p. 57 berkata: "Dalam
keseluruhannya kita dapati dalam kitab ini, suatu koleksi tentang kebijaksanaan yang
dapat diperoleh oleh orang-orang yang paling cerdas, filosof-filosof yang terbesar dan
ahli-ahli politik yang paling cekap... Tetapi ada bukti lain tentang sifat Ilahi dalam
74
Qur'an, adalah suatu kenyataan bahwa Qur'an itu tetap utuh melintasi masa-masa
sejak turun temurun wahyu itu hingga pada masa kini...Kitab ini dibaca berulang-ulang
oleh orang yang beriman dengan tiada jemu-jemunya. Keistimewaannya pula, Qur'an
senantiasa dipelajari/dibaca oleh anak-anak sejak sekolah tingkat bawah hingga tingkat
Profesor. "
"Sebaliknya malah kerana diulang- ulang ia makin dicintai sehari demi sehari. Qur'an
membangkitkan timbulnya perasaan hormat dan respect yang mendalam, pada diri
orang yang membaca dan mendengarkannya.... Oleh karena itu bukan dengan jalan
paksaan atau dengan senjata, tidak pula dengan tekanan mubaligh-mubaligh yang
menyebabkan penyiaran Isiam besar dan cepat, tetapi oleh kenyataan bahwa kitab ini,
yang diperkenalkan kepada kaum Muslimin kepada orang-orang yang ditaklukkan
dengan kebebasan untuk menerima atau menolaknya adalah kitab Tuhan. Kata yang
benar, mukjizat terbesar yang dapat diperlihatkan Muhammad kepada orang yang ragu
dan kepada orang yang tetap berkeras kepala."
7. G. Margoliouth dalam buku "Introduction to the Koran" (kata pendahuluan untuk
buku J. M. H. Rodwell), London, 1918, berkata: "Diakui bahwa Our'an itu mempunyai
kedudukan yang penting diantara kitab-kitab Agama di dunia. Walau kitab ini
merupakan yang terakhir dari kitab-kitab yang termasuk dalam kesusasteraan ini, ia
tidak kalah dari yang mana pun dalam ayatnya yang mengagumkan, yang telah
ditimbulkannya terhadap sejumlah besar manusia yang telah menciptakan suatu fasa
kemajuan manusia dan satu jenis karakter yang segar."
8. George Sale dalam buku "Joseph Charles Mardrus-Premilinary Discourse", berkata:
"Di seluruh dunia diakui bahwa Qur'an tertulis dalam bahasa Arab dengan gaya yang
paling tinggi, paling murni....diakui sebagai standard bahasa Arab... dan tak dapat ditiru
oleh semua manusia... Oleh karena itu diakui sebagai mukjizat yang besar, lebih besar
daripada membangkitkan orang mati, dan itu saja sudah cukup untuk meyakinkan dunia
bahwa kitab itu berasal dari Tuhan."
9. E. Denisen Ross dari "Introduction to the Koran-George Sale", p. 5, berkata: "Qur'an
memegang peranan yang lebih besar terhadap kaum Muslimin daripada peranan Bible
75
dalam agama Kristian. Ia bukan saja merupakan sebuah kitab suci dari kepercayaan
mereka, tetapi juga merupakan buku teks dari upacara agamanya dan prinsip-prinsip
hukum kemasyarakatan.....Sungguh sebuah kitab seperti ini patut dibaca secara
meluas di Barat, terutama di masa-masa ini, di mana ruang dan waktu hampir telah
dimusnahkan oleh penemuan-penemuan moden."
10. James A. Michener dalam "Islam the Misunderstood Religion Readers Digest", Mei
1955, berkata sebagai berikut: "Ayat Qur'an inilah yang mengusir patung-patung dewa,
dan memberikan ilham kepada manusia untuk merevolusikan hidup dan bangsa
mereka.... Kombinasi antara persembahan kepada Satu Tuhan ditambah dengan
perintah praktisnya yang membuat Qur'an menjadi khas. Bangsa yang beragama di
Timur yakin bahwa negara mereka hanya akan diperintah dengan baik apabila hukum-
hukumnya berpandukan dengan Qur'an.
11. W.E. Hocking dalam "Spirit of World Politics New York 32", p. 461 , berkata:
"...saya merasa benar dalam penegasan saya, bahwa Qur'an berisi amat banyak
prinsip-prinsip yang diperlukan untuk pertumbuhannya sendiri. Sesungguhnya dapat
dikatakan bahawa hingga pertengahan abad ke-13, Islamlah pembawa segala
kamajuan yang dapat dibanggakan oleh dunia Barat."
13. Napoleon Bonaparte a. Dari "Stanislas Cuyard-Ency des Sciences Religioses",
Paris, 1880, jilid IX, p. 501 berkata sebagai berikut: " Selama abad-abad pertengahan,
sejarah Islam peradaban sepenuhnya. Berkat ketekunan kaum Musliminlah maka ilmu
pengetahuan dan falsafah Yunani tertolong dari kebinasaan, dan kemudian datang
membangunkan dunia Barat serta membangkitkan gerakan intelektual sampai pada
pembaharuan Bacon. Dalam abad ke-7 dunia lama itu sedang dalam zaman Jahiliah.
Muharnmad memberi kepada mereka sebuah Qur'an yang rnerupakan titik tolak ke
arah dunia baru."
14. Dari buku "Bonaparte et I'Islarn oleh Cherlifs, Paris, p. 105, berkata sebagai
berikut: "I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and
educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the
prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness.
76
Artinya:
Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang
berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang
berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, karena hanyalah Qur'an itu satu-satunya
kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.
Keajaiban Azan Dan Kebesaran Allah
Ada satu perkara yang perlu anda tahu mengenai Azan. Azan sentiasa didengari di
seluruh dunia tanpa berhenti. Bermula dengan azan subuh di timur Indonesia di
kepulauan Silibis pada jam 5.30 pagi, beribu-ribu surau dan masjid bersahutan
mengumandangkan azan. Antara timur dan barat kepulauan Jawa mempunyai
perbezaan waktu sebanyak 1 1/2 jam, azan akan bersahutan dalam waktu ini, diikuti
oleh Sumatera, sebelum ianya berakhir di Indonesia ia telah bermula di Malaysia
diikuti di Myanmar dan China.
Dalam waktu 1 jam setelah ia bermula di Jakarta, Azan telah bermula di Dhaka,
Bangladesh dan berlarutan hingga di barat India. Dari Kalkata dan Lakhnao
seterusnya ke Mumbai dan Srinagar dan keseluruhan Kashmir. Seluruh bandar ke utara
Pakistan juga mula mengumandangkan azan terus bersahutan, Sebelum azan berakhir
di Pakistan, ia bermula di Afghanistan dan Muskat.
Antara Muskat dan Baghdad perbezaan waktu ialah 1 jam dan dalam waktu sejam ini
azan subuh telah berkumandang di United Arab Emirates, Kuwait, Yemen, Somalia
dan Saudi Arabia. Antara Baghdad dan Keherah di Mesir mempunyai jangka
perbezaan waktu juga 1 jam. Azan masih berkumandang Syiria, Jordan dan Sudan
dalam jangka waktu itu. Kaherah dan Instanbul terletak dalam waktu yang sama. Antara
timur dan barat Turki mempunyai jangka waktu sebanyak 1 1/2 jam. Kaherah dan
Tripuli ibu negara Libya mempunyai 1 jam perbezaan waktu. Dari Libya azan
bersambung ke Tunisia, Algeria, Rabat ibu negara Morocco dan Markesh.
Proses seruan azan silih berganti menyelubungi seluruh negara Afrika. Laungan Azan
yang bermula di timur Indonesia waktu subuh sampai ke perairan lautan Atlantik
77
selepas 9 jam. Tetapi sejurus sebelum azam dikumandangkan di perairan lautan
Atlantik, ianya telah kembali bermula di timur Indonesia menandakan masuk waktu
Zohor. Sebaik Azan subuh tiba di Dhaka, azan Asar telah bermula di Timur Indonesia.
Selang beberapa jam kemudian, azan maghrib pula bermula. Sebelum azan maghrib
bermula di Sumatera, azan Isyak pula mula kedengaran di timur Indonesia.
Direnungkan kembali berpuluh ribu Muazzin di seluruh dunia bersahutan menyeru azan
menyatakan kebesaran Allah, Syahadah dan seterusnya. Insya-Allah azan ini akan
berterusan sehingga ke akhir zaman. laungan azan merupakan satu fenomena yang
agong yang akan sentiasa bertahkta di setiap sanubari umat Islam.
Masya-Allah Agungnya kebesaran ALLAH
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu
dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.
78
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika
menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi.
Pahala Untuk Mereka Yang Mengajak Kepada Kebaikan
79
�ه� �ان� ل �ل�ى ه�دkى ك �م� ق�ال� م�ن د�ع�ا إ ل ه� و�س� �ي �ه� ع�ل �ه� ص�ل�ى الل س�ول� الل �ن� ر� ة� أ ر� ي �ي ه�ر� ب� ع�ن أ
nة� ل �ل�ى ض�ال� kا و�م�ن د�ع�ا إ ئ ي �ج�ور�ه�م ش� �ك� م�ن أ ق�ص� ذ�ل �ن �ع�ه� ال� ي �ب �ج�ور� م�ن ت ل� أ �جر� م�ث م�ن األkا. (مسلم وأبو ئ ي �ام�ه�م ش� �ك� م�ن آث ق�ص� ذ�ل �ن �ع�ه� ال� ي �ب � م�ن ت �ام ل� آث � م�ث م �ث ه� م�ن اإل �ي �ان� ع�ل ك)داود والترمذي
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan
mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-
orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-
pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu
amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang
yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa
mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
�وا �ةk و�ح�د�ث �و آي �ي و�ل �غ�وا ع�ن �ل �م� ق�ال� ب ل ه� و�س� �ي �ه� ع�ل �ي� ص�ل�ى الل �ب ن� الن� ن� ع�مرnو أ �ه� ب د� الل ع�ن ع�ب
�ار�. (البخاري م�قع�د�ه� م�ن الن �و�أ �ب �ت ي �ع�م�دkا ف�ل �ذ�ب� ع�ل�ي� م�ت ج� و�م�ن ك �يل� و�ال� ح�ر� ائ ر� �س �ي إ �ن ع�ن ب والترمذي
Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu
dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada
kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak
ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka
hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhari dan Tirmizi)
Saintis Dunia Mengakui Cara Tidur Rasulullah S.A.W Adalah Baik Untuk Kesihatan
80
Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi
kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan
veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima
jam sehari.
Berwuduklah sebelum tidur
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam
keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu
tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur,
elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan
tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Islam juga melarang tidur secara meniarap
81
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara
berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti
kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu
perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan
mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau
berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir
kepada Allah, sehingga tidur.Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah
82
kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara
meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik.
Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW
mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.Pakar perubatan
mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan
tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke
atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan
perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga,
tetapi tidak dipenuhi Baginda.Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara
lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan
membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan
Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta
kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-
Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
5 Amalan Memberi Cahaya DI Dunia Dan Di Akhirat
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata :
1- Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya adalah TAQWA....
2- Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah TAUBAT....
3- Kubur adalah gelap dan lampunya adalah LAA ILAAHA ILLALLAH....
4- Akhirat adalah gelap dan lampunya adalah AMAL-AMAL SOLEH....
83
5- Jambatan Sirat adalah gelap dan lampunya adalah YAKIN.
13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita
1. Bulu Kening – Menurut Bukhari, Rasullulah Melaknat Perempuan Yang Mencukur
Atau Menipiskan Bulu Kening Atau Meminta Supaya Dicukurkan Bulu Kening.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki Dan Semacam Hantu Loceng – Dan Janganlah Mereka (Perempuan)
Membentakkan Kaki (Atau Mengangkatnya) Agar Diketahui Perhiasan Yang Mereka
Sembunyikan – (Petikan Dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan Kaki
Dan Menghayunkan/ Melenggokkan Badan Mengikut Hentakan Kaki Terutamanya
Pada Mereka Yang Mengikatnya Dengan Loceng…Sama Juga Seperti Pelacur
Dizaman Jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa Sahaja Wanita Yang Memakai Wangi-Wangian Kemudian Melewati
Suatu Kaum Supaya Mereka Itu Mencium Baunya, Maka Wanita Itu Telah Dianggap
Melakukan Zina Dan Tiap-Tiap Mata Ada Zinanya Terutamanya Hidung Yang
Berserombong.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah Dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah Mereka (Perempuan) Melabuhkan Kain Tudung Hingga Menutupi
Bahagian Hadapan Dada-Dada Mereka.
(Petikan Dari Surah An-Nur Ayat 31.)
84
5. Gigi – Rasullulah Melaknat Perempuan Yang Mengikir Gigi Atau Meminta Supaya
Dikikirkan Giginya – (Petikan Dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat Perempuan
Yang Menjarangkan Giginya Supaya Menjadi Cantik, Yang Merubah Ciptaan Allah.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.)
6. Muka Dan Leher – Dan Tinggallah Kamu (Perempuan) Di Rumah Kamu Dan
Janganlah Kamu Menampakkan Perhiasan Mu Seperti Orang Jahilliah Yang Dahulu.
Keterangan : Bersolek (Make-Up) Dan Menurut Maqatil Sengaja Membiarkan Ikatan
Tudung Yang Menampakkan Leher Seperti Orang Jahilliyah.
7. Pakaian Yang Nipis (Jarang) – Asma Binte Abu Bakar Telah Menemui Rasullulah
Dengan Memakai Pakaian Yang Tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
Seorang Gadis Yang Telah Berhaid Tidak Boleh Baginya Menzahirkan Anggota Badan
Kecuali Pergelangan Tangan Dan Wajah Saja (Petikan Dari Hadis Riwayat Muslim Dan
Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya Kepala Yang Ditusuk Dengan Besi Itu Lebih Baik Daripada
Menyentuh Kaum Yang Bukan Sejenis Yang Tidak Halal Baginya.
(Petikan Dari Hadis Riwayat At Tabrani Dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan Katakanlah Kepada Perempuan Mukmin Hendaklah Mereka
Menundukkan Sebahagian Dari Pemandangannya. (Petikan Dari Surah An Nur Ayat
31)
Sabda Nabi Muhamad Saw, Jangan Sampai Pandangan Yang Satu Mengikuti
Pandangan Lainnya. Kamu Hanya Boleh Pandangan Yang Pertama Sahaja Manakala
Pandangan Seterusnya Tidak Dibenarkan Hukumnya Haram.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud Dan Tirmidzi.)
10. Mulut (Suara) – Janganlah Perempuan-Perempuan Itu Terlalu Lunak Dalam
Berbicara Sehingga Berkeinginan Orang Yang Ada Perasaan Serong Dalam Hatinya,
Tetapi Ucapkanlah Perkataan-Perkataan Yang Baik (Petikan Dari Surah Al Ahzab Ayat
32.)
85
Sabda Saw, Sesungguhnya Akan Ada Umat Ku Yang Minum Arak Yang Mereka
Namakan Dengan Yang Lain, Iaitu Kepala Mereka Dilalaikan Oleh Bunyi-Bunyian
(Muzik) Dan Penyanyi Perempuan, Maka Allah Akan Tenggelamkan Mereka Itu Dalam
Bumi.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan Katakanlah Kepada Perempuan-Perempuan Mukmin, Hendaklah
Mereka Menundukkan Pandangan Mereka Dan Menjaga Kehormatan Mereka.
(Petikan Dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila Seorang Perempuan Itu Solat Lima Waktu, Puasa Di Bulan Ramadan, Menjaga
Kehormatannya Dan Mentaati Suaminya, Maka Masuklah Ia Ke Dalam Syurga
Daripada Pintu-Pintu Yang Ia Kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada Seorang Perempuanpun Yang Membuka Pakaiannya Bukan Di Rumah
Suaminya, Melainkan Dia Telah Membinasakan Tabir Antaranya Dengan Allah.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud Dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa Memakai Pakaian Yang Berlebih-Lebihan Terutama Yang
Menjolok Mata , Maka Allah Akan Memberikan Pakaian Kehinaan Di Hari Akhirat Nanti.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii Dan Ibn Majah.)
Petikan Dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai Nabi-Nabi Katakanlah Kepada
Isteri-Isterimu, Anak Perempuanmu Dan Isteri-Isteri Orang Mukmin, Hendaklah Mereka
Memakai Baju Jilbab (Baju Labuh Dan Longgar) Yang Demikian Itu Supaya Mereka
Mudah Diken Ali . Lantaran Itu Mereka Tidak Diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi
Maha Penyayang.
Sesungguhnya Sebilangan Ahli Neraka Ialah Perempuan-Perempuan Yang Berpakaian
Tetapi Telanjang Yang Condong Pada Maksiat Dan Menarik Orang Lain Untuk
Melakukan Maksiat. Mereka Tidak Akan Masuk Syurga Dan Tidak Akan Mencium
Baunya. (Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) Keterangan : Wanita Yang
Berpakaian Tipis/Jarang, Ketat/ Membentuk Dan Berbelah/Membuka Bahagian-
Bahagian Tertentu.
13. Rambut – Wahai Anakku Fatimah! Adapun Perempuan-Perempuan Yang Akan
Digantung Rambutnya Hingga Mendidih Otaknya Dalam Neraka Adalah Mereka Itu Di
86
Dunia Tidak Mahu Menutup Rambutnya Daripada Dilihat Oleh Lelaki Yang Bukan
Mahramnya.
(Petikan Dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.)
Riwayat Imran Bin Hushain Radhiyallahu 'Anhu:
Bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: Sesungguhnya Penghuni
Syurga Yang Paling Sedikit Adalah Kaum Wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Dari Abdullah Bin Umar Radhiyallahu 'Anhu Katanya: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam Telah Bersabda: “Wahai Kaum Wanita! Bersedekahlah Kamu Dan
Perbanyakkanlah Istighfar Iaitu Memohon Ampun. Kerana Aku Melihat Kaum Wanitalah
Yang Lebih Ramai Menjadi Penghuni Neraka.” Seorang Wanita Yang Cukup Pintar Di
Antara Mereka Bertanya: “Wahai Rasulullah, Kenapa Kami Kaum Wanita Yang Lebih
Ramai Menjadi Penghuni Neraka?” Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Bersabda:
“Kamu Banyak Mengutuk Dan Mengingkari Suami. Aku Tidak Melihat Mereka Yang
Kekurangan Akal Dan Agama Yang Lebih Menguasai Pemilik Akal, Daripada Golongan
Kamu. Wanita Itu Bertanya Lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah Maksud Kekurangan Akal
Dan Agama Itu? “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: “Maksud
Kekurangan Akal Ialah Penyaksian Dua Orang Wanita Sama Dengan Penyaksian
Seorang Lelaki. Inilah Yang Dikatakan Kekurangan Akal. Begitu Juga Wanita Tidak
Mendirikan Sembahyang Pada Malam-Malam Yang Dilaluinya Kemudian Berbuka Pada
Bulan Ramadhan Kerana Haid. Maka Inilah Yang Dikatakan Kekurangan Agama”
(Hadis Riwayat Muslim)
Hukum Berkaraoke
87
HUKUM : HARAM JIKA BERCAMPUR DENGAN LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN
MAHRAM, MENGGANGGU JIRAN DAN SEBAGAINYA YANG HARAM. HARUS JIKA
YANG MENDENGAR SUARA KITA ITU ADALAH MAHARAM KITA
Apa itu Karaoke ?
Karaoke adalah satu bentuk nyanyian yang mengeluarkan suara dalam bentuk minus
one seperti yang terdapat dalam video karaoke. Sekarang ini karaoke canggih, dan kita
bebas untuk memilih jenis lagi seperti rock, nasyid dan sebagainya.
Hukum Berkaraoke?
Berkaraoke di rumah. Jika tiada lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka
hukumnya adalah diharuskan. Selain itu, perlu memastikan yang lagu tersebut tidak
haram, lirik tidak haram dan sebagainya. Jika anak-anak perempuan sedang
menyanyi, dan jiran datang mendengar. Hukum karaoke tetap haram kerana
diperdengarkan kepada orang yang bukan mahram. Sama jugalah jika berkaraoke di
pusat karaoke, wanita yang menyanyi suara tersebut boleh didengari sehingga ke luar
bilik. Jadi, kita perlu renungkan semula.Selain itu, muzik yang kita nyanyikan, jangan
sampai ia menggangu jiran sebelah
88
Adab-Adab Pergaulan Atau Perbualan Yang Betul Dalam Islam
Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :
Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan
dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu
menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi
bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran
yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara
itu pasti tidak baik dan tercela.
Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak
menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau
engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang
duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.
Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur
dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa
menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang
lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka
diamlah secepat mungkin.
89
Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-
anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu
keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.
Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap
manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah
sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali
berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,
ucapkanlah isi hatimu dengan baik.
Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali
17. Tanda-Tanda Amalan di Terima Allah SWTSoalan: Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Nazri, Sunway
Jawapan: Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.
Jika perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh Allah.
Contoh lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya amalannya ditolak oleh Allah SWT.
90
Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.
Keberkatan Hidup Dan Rahmat Allah SWT Di Terima Oleh Anak Yang Soleh Kerana Khidmat Kepada Kedua Ibu bapanya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
� م �س �ه� ب �ن� ٱلل حم�ـ ح�يم ٱلر� ٱلر�
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan membalas jasa setiap anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya .
Ibu bapa telah membesarkannya, memberi nafkah dan memberi pendidikan sehingga
seorang anak mampu berdikari, mempunyai pekerjaan dan membena keluarga sendiri.
Seorang anak lelaki walaupun sudah berkeluarga tetap tanggungjawab kepada kedua
ibu bapanya sekiranya mereka masih hidup dan memerlukan bantuannya.
Besar pahala di sisi Allah SWT khidmat anak menguruskan keperluan makan minum,
tempat tinggal dan rawatan perubatan (jika mereka berpenyakit) kepada orang
tuannya. Anak-anak seperti ini berkat hidupnya, murah rezekinya dan sentiasa
dirahmati Allah SWT, kehidupannya berbahagia dan anak-anaknya pula akan berbakti
kepada nya apabila dia telah menjangkau usia tua.
Terdapat satu kisah dahulu kala yang baik dijadikan pengajaran bagaimana doa ibu
bapa yang beriman lagi soleh kepada anaknya yang taat setia dan sanggup berkorban
untuk mereka telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Beliau telah mendapat nikmat rezeki
yang tiada disangka-sangka dan tida tolok bangingnya di dunia ini lagi sebelum
balasan syurga yang akan diterimanya di hari akhirat nanti.
91
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya
pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan
kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai
yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan
binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu
seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi
menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat".
Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".
Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau
apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali
kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda
yang ajaib.
Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit
"Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam
sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di
katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang
ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi
Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi
Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama
kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut
mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat
daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu
ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad.
Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah
tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
92
Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke
darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah
tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk
melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda
berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah
diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah.
Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut
salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu.
Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah
Nabi Allah Sulaiman.
Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?".
Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa
kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa
mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang
dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk
melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam
kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut
bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut.
Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu
bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula
seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya
memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang
diberikan olehnya.
Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat
kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula
meninggal dunia.
93
Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan
memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya.
Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu
tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika
pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang
terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada
suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia
masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan
tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya
memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu
memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada
orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala
makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah
tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada
Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam
kubah ini"
Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya
semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi".
Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini
selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah
malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya".
Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya".
94
Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada ku ini".
Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda
itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku".
Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut
ketempat asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada
kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah
betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya
dan betapa seksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya".
Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala
kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-fadhil Kalam Musafir ada berpesan : "Ada empat perkara yg dapat menyembabkan
hidup terasa sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak :-
Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.
Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah.
Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang
diberikan Allah kepada seseorang .
95
Keempat : Berpaling dari peringatan Allah.
Huraiannya :
Pertama : Tidak suka terhadap qada dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.
Orang mukmin akan menerima dengan hati yang yakin dan reda terhadap qada dan
qadar Allah SWT tanpa ragu-ragu kerana percaya kepada qada dan qadar adalah
rukun Iman yang ke 6. Jika seseorang tidak rela menerima qada dan qadar maka akan
rosak imannya kepada Allah SWT.
Qada dan Qadar ialah ketetapan Allah SWT yang telah ditentukan sejak dari azali lagi
berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang
telah ditetapkan.
Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan
(tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz)
sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)
Qada dan qadar rahsia Allah .Bukan tugas kita untuk mempersoalkannya..Tugas kita
melaksanakan ibadah sebaik mungkin dan tingkatkan ketakwaan dan keimanan pada
Allah SWT dan yakin dengan janji -janji-Nya bahawa Dia akan membalasi hamba-Nya
yang beriman dengan syurga. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa
dirahmati-Nya di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi SAW hanya doa dapat mengubah qada dan qadar. Baginda
bersabda maksudnya : “Tiada suatu yang boleh menolak(mengubah)qada melainkan
doa”
Kita juga hendaklah bersangka baik dengan Allah SWT (husnu zan) di atas sesuatu
peristiwa atau kejadian yang berlaku di dunia ini.
96
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Allah SWT berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut
dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.
Yakinilah setiap sesuatu kejadian yang berlaku samaada di langit atau di bumi atau
kepada diri kita sendiri adalah ketetapan yang terbaik yang diciptakan oleh Allah SWT
dan terdapat seribu hikmah yang tidak mampu kita memikirkannya.
Kedua : Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat kepada Allah.
Apabila seorang itu terjerumus pada maksiat sebenarnya di hatinya akan berlaku titik-
titik hitam . Jika titik-titik hitam ini banyak maka hati akan menjadi hitam dan ketika
ini taufik dan hidayah daripada Allah SWT tidak akan masuk ke hati seperti ini.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : "Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang
apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah / ternodailah kain putih tersebut
dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain
putih itu berubah menjadi kotor / hitam".
Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya akan sulit menerima petunjuk
dari Allah. Untuk membersihkan titik-titik hitam dan kotoran yang melekat di hati
adalah dengan beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Malah setiap anak Adam
adalah berdosa dan tidak pernah lekang dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
97
"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang
bertaubat dari dosanya."
Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-
orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah ayat 222)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk
menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka
tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang
melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari
sebelah barat." (Hadis Riwayat Muslim)
Ketiga : Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri terhadap kurnia yang
diberikan Allah kepada seseorang.
Sifat hasad dengki, suka balas dendam dan iri hati terhadap kurniaan seseorang yang
diberikan oleh Allah SWT adalah sifat-sifat mazmumah.
Sifat hasad dengki adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan.
Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada
dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya
menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan
melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki),
sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.
(Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan
98
bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah
kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu" (Surah an-Nisa' ayat 32)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "ataukah mereka dengki kepada mausia
(Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya?"(Surah an-Nisa'
ayat 54)
Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk
mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga
menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah
mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.
Jika sifat hasad dengki, dendam dan iri hati ini tidak dibuangkan pada diri seseorang
dia akan menerima balasan di sisi Allah SWT.
Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak
sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat
bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu
ingkar kepada Allah.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit,
lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana
mereka telah berdusta.” (Surah al-Baqarah ayat 10)
Orang mukmin akan memaafkan kesalahan orang lain dan dia tidak ada perasaan
dendam kerana dendam itu datangnya daripada dorongan hawa nafsu yang lahir
daripada bisikan syaitan. Walaupun dia berkuasa membalas dendam tetapi pilihannya
adalah memaafkan kesalahan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu
semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan
orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia
99
berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Keempat : Berpaling dari peringatan Allah.
Jika kita berpaling daripada peringatan Allah SWT akan menyembabkan hidup terasa
sempit, hati menjadi sedih, dan dada terasa sesak kerana setiap peringatan Allah SWT
adalah untuk menjadi iktibar dan pengajaran. Jiwa yang menerima tarbiah dan didikan
daripada Allah SWT , menerusi al-Quran maka jiwa akan tenteram dan damai dan
melahirkan keseronokan dan kebahagiaan yang sebenarnya.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah
mereka yang apabila disebut ‘Allah’, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan
merekalah sahaja mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal ayat 2)
Tanda hati yang hidup, ialah ia masih boleh bergetar dan teralun dengan zikrullah dan
bacaan Al-Quran, ia akan bergetar untuk segala jenis kebaikan. Hati yang hidup akan
terkesan apabila menerima teguran dan berasa tenang apabila menerima nasihat. Hati
yang hidup akan peka terhadap kebesaran Ilahi dan takut akan kemurkaanNya. Hati
yang hidup juga akan mendorang diri berasa lebih ringan untuk melakukan ibadah.
Hati yang hidup dan jiwa yang tenang akan mampu membezakan antara yang hakiki
dengan yang ilusi. Ia tidak seperti pandangan mata kasar yang sifatnya selalu menipu,
pandangan akal yang sifatnya boleh tersalah dan pandangan nafsu yang sifatnya selalu
melulu.
Mereka yang hatinya sentiasa takut kepada Allah dan takut dengan azab-Nya bukan
setakat tahu tetapi sedar hakikat dirinya sebagai hamba Allah. Hamba Allah tidak akan
bersifat seperti 'tuan', bersikap angkuh, tamak, pemarah, bangga diri dan sifat-sifat
100
mazmumah yang lain. Oleh itu tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza. Tahu
letaknya di akal, dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di
hati, dengan memiliki penghayatan dan hikmah.
CIRI-CIRI KESEMPURNAAN IMAN.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Tidak sempurna iman seseorang hamba
sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil
terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain."
(Hadis Riwayat Ahmad)
Huraian :
1. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta
benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu
diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta
kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan
yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak
akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang
melimpah ruah.
2. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap
sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan
Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."
(Al-Israk ayat 30).
3. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara
keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua
komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan
seseorang seimbang, tenang dan damai.
101
4. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam
untuk diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.
Ini bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat
menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya
cara hidup yang bersifat indidualistik, menyombong diri, mementingkan diri dan
sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.
RENUNGAN BERSAMA
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tak mereka senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda s.a.w. mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa irihati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka.."
102