Bab 4 Islam Di Nusantara

89
KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA Peradaban Islam di Nusantara Disediakan oleh : Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah Mohammad Kamari Haji Taib CITU UiTM Sabah, Kota Kinabalu razizi.uitm.edu.my

description

kkkkk

Transcript of Bab 4 Islam Di Nusantara

Page 1: Bab 4 Islam Di Nusantara

KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA

Peradaban Islam di Nusantara

Disediakan oleh :Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah Mohammad Kamari Haji TaibCITU UiTM Sabah, Kota Kinabalu

razizi.uitm.edu.my

Page 2: Bab 4 Islam Di Nusantara

4.0 Peradaban Islam di Nusantara

4.1

•Kedatangan Islam di Nusantara

4.2

•Kegemilangan Islam di Nusantara

4.3

•Kedudukan Islam di Malaysia

Page 3: Bab 4 Islam Di Nusantara

Apakah itu Nusantara?Nusantara atau dikenali juga sebagai Alam Melayu adalah sebahagian daripada wilayah Asia Tenggara yang terangkum di dalamnya gugusan kepulauan Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Sumatera,Sulawesi, Jawa, Kalimantan, Kepulauan Riau, Maluku, Sulu, Luzon dan Mindanao.

Didiami oleh pelbagai suku kaum Rumpun Melayu-Polinesia seperti Melayu, Melanau, Brunei, Dusun, Jawa,Bugis,Banjar, Bajau, Iban, Bugis, Suluk, Minang dan lain-lain lagi.

4.1 Kedatangan Islam di Nusantara

Page 4: Bab 4 Islam Di Nusantara

Peta Nusantara

Page 5: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu

Sebelum Islam

Kutai (Abad ke 4M)

Tarumanagara (358–669M )

Srivijaya (Abad ke 7– Abad ke 11M)

Wangsa Sailendra (Abad ke8 – 9M)

Dharmasraya (Abad ke12 – 14M)

Singhasari ( 1222 – 1292M)

Majapahit ( 1293 – 1500 )

Gangga Negara ( Abad ke 2 – 11M)

Langkasuka ( Abad ke 2 – 14M)

Selepas Kedatangan IslamSamudra Pasai (Abad ke 13-15M)

Ternate ( 1257 M - ? )

Melaka ( 1400 – 1511M )

Inderapura ( 1500 – 1792M)

Demak ( 1475 – 1548M)

Aceh ( 1496 – 1903M)

Banten ( 1527 – 1813M)

Kesultanan Mataram ( 1588-1681M)

Johor Riau ( 1528 – Merdeka )

Page 6: Bab 4 Islam Di Nusantara

SrivijayaDidirikan oleh Dapunta Hyang Sri JayanasaTerletak di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu

Menganut ajaran Hindu dan Buddha

Page 7: Bab 4 Islam Di Nusantara

Peninggalan Kerajaan Sri Vijaya

Candi Gumpung di Jambi yang merupakan salah sebuah wilayah

Srivijaya

Pembinaan Candi Borodur bermula pada era pemerintahan

Sangramadhananjaya dan siap ketika pemerintahan Samaratunga.

Page 8: Bab 4 Islam Di Nusantara

Majapahit

Didirikan oleh Raden Wijaya

Pada 1293 – 1500M

Berpusat di Jawa TimurGemilang di zaman Hayam Wuruk dibantu oleh Patih Gajah Mada

Dipengaruhi oleh Hindu-Buddha

Melebar hingga Semenanjung Tanah Melayu

Pelabuhan Utamanya adalah Temasik dan Kataha (Kedah Tua).

Page 9: Bab 4 Islam Di Nusantara

Nusantara Sebelum Islam

*

•Kepercayaan•Politik

Aspek

•Sosial•Ekonomi

*

•Keilmuan•Kesenian

Page 10: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kepercayaan / Agama

Percaya kepada faham Animisme dan Dinamisme

Percaya kepada Mitos, Roh dan Semangat beralih kepada agama Hindu dan Buddha

Percaya kepada Dewa Dewi

Arca Maitreya dari Komering, Sumatera Selatan, seni Sriwijaya sekitar abad ke-9 M.

Page 11: Bab 4 Islam Di Nusantara

Samb.

Animisme – percaya kepada kuasa roh. Ini kerana mereka percaya setiap benda hidup ada rohDinamisme – roh benda hidup tersebut ada tenaga.Pemujaan terhadap benda-benda berpuaka dan berpenunggu.Memuja semangat seperti memuja semangat padi supaya hasil lebih baik.

Kepercayaan Animisme dan Dinamisme membentuk ‘taboo’ (pantang larang).

Page 12: Bab 4 Islam Di Nusantara

Samb.

Kedatangan Hindu dan Buddha membawa pengaruh India ke Alam Melayu- upacara pemujaan dan penyembahan diteruskan dan dilakukan secara rasmi.

Ajaran Hindu mempengaruhi kerajaan Melayu seperti Langkasuka, Srivijaya, Mataram Kuno dan Majapahit.

Lahir Sinkritisme – kepercayaan gabungan hindu, buddha dan unsur-unsur tempatan

Golongan Raja dianggap sebagai dewa yang suci dari kesalahan dan dosa – wajib ditaati secara mutlakMenurut S.M.Naquib : Golongan Bangsawan dan Raja lebih menyukai ajaran Hindu demi menjaga kedudukan dan status mereka.

Page 13: Bab 4 Islam Di Nusantara
Page 14: Bab 4 Islam Di Nusantara

PolitikPernah diperintah oleh beberapa kerajaan hindu buddha seperti Kutai, Tarumanegara, Mataram, Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit.

Timbul konsep dewaraja – raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa vishnu dan siva.

Wujud sistem feudalisme - Taat setia membuta tuli terhadap raja dan disembah secara total oleh rakyat.

Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari undang-undang.

Rakyat tiada hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil dan kurang wajar. Siapa yang menentang akan ditimpa daulat.

Page 15: Bab 4 Islam Di Nusantara

Sosial

Pengaruh hindu-buddha menyebabkan masyarakat terbahagi kepada 2 kelas/kasta:i) Pemerintah – Raja dan golongan bangsawan.ii) Golongan diperintah – rakyat jelata/hamba yang dikira sebagai hamba raja.

Sistem kasta ini memberi kesan kepada: i) Perbezaan peraturan, undang-undang dan hukuman ii) Adat seperti pakaian.

Masyarakat melayu juga melakukan pelbagai upacara adat seperti melenggang perut bagi wanita mengandung , berinai dan lain-lain

Page 16: Bab 4 Islam Di Nusantara

Sosial (samb)

AncakKehidupan masyarakat Alam Melayu sebelum kedatangan Islam diselubungi kejahilan dan perkara-perkara khurafat serta tahyul yang jauh dari nilai-nilai keilmuan yang bersifat ilmiah dan pemikiran logik.

Page 17: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kepercayaan kepada perkara Tahyul sebahagiannya masih berterusan kerana kejahilan

Pembuangan Ancak di PerakPembuangan Jong yang

mengandungi Ancak di Indonesia

Page 18: Bab 4 Islam Di Nusantara

Ekonomi

Ekonomi sara diri – bergantung sepenuhnya kepada sungai, laut dan tanah pertanian.

Bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan (rotan, damar dan getah).Pertanian – padi, pisang, tebu, keladi, ubi kayu dan nenas. Berburu salah satu mata pencarian mereka,Berdagang secara kecil-kecilan dan secara tidak langsung.

Menjadi tumpuan persinggahan pedagang asing seperti Temasik dan Langkasuka.

Page 19: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perikanan (samb.-ekonomi)

Laut adalah sumber pendapatan masyarakat Melayu

Page 20: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pertanian (samb. - ekonomi)

Bercucuk tanam adalah sumber pendapatan masyarakat Melayu

Page 21: Bab 4 Islam Di Nusantara

KeilmuanMasyarakat tidak terdedah dengan ilmu.

Pendidikan tidak formal di peringkat keluarga – mengajar nilai-nilai hidup tradisi.

Lebih kepada kesusasteraan yang disampaikan secara lisan yang mengisahkan keistimewaan raja-raja.Contoh- hikayat-hikayat kehebatan Raja seperti Ramayana dan Mahabrata.

Cerita juga kemudian disebar melalui wayang kulit dan cerita rakyat.

Pengajian agama lebih berlegar di Istana sahaja. Namun pada lazim melibatkan golongan kraton dan bangsawan sahaja.

Page 22: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kesenian

Terpengaruh dengan Kesenian India

Menggunakan batu bata pada bangunan agama (religious monument) kerana sesuai dan tahan. Contohnya candi Prambanan, Jawi, Batu Pahat dll.

Pemaparan ukiran dewa-dewi bangunan agama seperti siva, vishnu dan brahma.

Juga terdapat ukiran tumbuh-tumbuhan seperti teratai.

Page 23: Bab 4 Islam Di Nusantara

Samb.

Walaupun terpengaruh denga budaya India tetapi tidak secara total.

Pembinaan candi-candi lebih kepada tempat pemujaan roh nenek moyang (sinkritisme).Penguasa dan pemerintah amalkan hindu-buddha.

Candi Borobudur

Page 24: Bab 4 Islam Di Nusantara

Faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu

Keunggulan Islam

Kehebatan Dakwah dan Pendakwah

Perdagangan

Perkahwinan

Politik & Penaklukan

Sokongan Pemerintah

Peranan Pusat Kebudayaan

Page 25: Bab 4 Islam Di Nusantara

Keunggulan Islam

Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umatKesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik minat umat untuk mendalaminya

Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa

Islam menjanjikan kejayaan hidup dunia dan akhirat

Page 26: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kehebatan Dakwah dan Pendakwah

Dakwah Islam bersifat universal (syumul)

Pendakwah Islam menunjukkan peribadi yang baik.Toleransi Islam menarik minat masyarakat Melayu ketika itu.Risalah Nabi s.a.w untuk seluruh bangsa, darjat dan umat manusiaPemimpin dan pendakwah menjalankan tanggungjawab dengan amanah-Uswah Hasanah.Islam sebagai pencetus Era Baru di Alam Melayu

Page 27: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pendakwah Islam di Alam Melayu

Tok Kenali di Kelantan Wali Sembilan di Tanah Jawa

Page 28: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perdagangan

Tugas menyampaikan dakwah tanngungjawab seluruh umat turut dipikul oleh para pedagang IslamPedagang Islam memainkan peranan sebagai pendakwah dan golongan Teladan.

Mereka dengan penuh kecekalan berusaha menarik rakan dagang dan pembeli untuk memeluk Islam.Berjaya memenangi hati masyarakat Melayu dengan sifat lemah lembut dan keperibadian Islam yang mulia.

Page 29: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pedagang muslim sanggup meredah lautan demi menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk rantau Alam Melayu

Pedagang musafir ke Alam Melayu melalui Jalan Laut

Para pedagang beriteraksi dengan masyarakat tempatan

Page 30: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perkahwinan merupakan antara kaedah yang berkesan untuk perkembangan pengaruh agamaPara pemerintah kerajaan Melayu mengahwinkan anak-anak mereka dengan anak-anak raja negeri-negeri yang lain.Para pendakwah dan pedagang Islam turut berkahwin dengan kerabat diRaja dan penduduk tempatan – menyebarkan Islam dalam masyarakat.Contohnya : Perkahwinan Parameswara dengan puteri Sultan Pasai telah mendorong keislamannya.

Perkahwinan

Page 31: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kerajaan-kerajaan Islam meluaskan kuasa mereka ke Wilayah-wilayah Melayu yang lain

Contohnya : K.M.Melaka meluaskan kuasanya ke atas Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar,Inderagiri, Aru, Siak, Rokan dan Bengkalis.

Para Ulama’ dihantar ke negeri-negeri taklukan bagi memperkembang ajaran Islam

Golongan Raja-raja melayu adalah ikutan masyarakat. Keislaman mereka mendorongan pengislaman rakyat dan para pembesarnya.

Politik & Penaklukan

Page 32: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pengislaman kerajaan Samudera-Pasai (1261-1289) telah membawa kepada keIslaman negeri jajahan takluknya (Ibn Battuta)

Kerajaan Islam Perlak yang diketuai Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah menganut Islam pada tahun 840M – turut mendorong wilayah kekuasaannya memeluk Islam

Kesultanan Melayu Melaka berperanan melindungi tanah jajahan takluknya daripada serangan musuh seperti Siam, Burma dan lain-lain.

Politik & Penaklukan

Page 33: Bab 4 Islam Di Nusantara

Para pemerintah Kesultanan Melayu (K.M.) telah membuka ruang Istana sebagai pusat perkembangan ilmu IslamGolongan Istana dan kraton diberikan input agama khususnya bidang kepercayaan dan syariahPara Sultan membantu rakyat untuk membangunkan institusi agama mereka seperti masjid, surau dan pondok

Sokongan Pemerintah

Page 34: Bab 4 Islam Di Nusantara

Keunggulan Islam

Kepercayaan Hindu yang berbilang Tuhan dan Kabur menimbulkan konflik dalam pemikiran umatKesyumulan dan keindahan ajaran Islam menarik minat umat untuk mendalaminya

Islam menjamin keadilan dan kesamaan hak masyarakat tanpa mengira darjat dan bangsa

Islam menjanjikan kejayaan hidup dunia dan akhirat

Page 35: Bab 4 Islam Di Nusantara

Peranan Pusat Kebudayaan

Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara berperanan sebagai pusat penyebaran Islam dan Kebudayaan Melayu

Melaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17 berperanan sebagai pusat Kebudayaan Melayu

Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu

Aceh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani berperanan sebagai pusat pengembangan Islam dan kebudayaan Melayu

Page 36: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pattani juga pernah menjadi pusat penyebaran Islam di bawah Sultan Mahmud Syah (Phaya Tu Nakpa).

Melaka - Abad ke 15M, Aceh – Abad ke 17 berperanan sebagai pusat Kebudayaan Melayu

Melaka pada zaman Sultan Mansor Syah dan Sultan Alaudin Riayat Syah berperanan sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu

Aceh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani berperanan sebagai pusat pengembangan Islam dan kebudayaan Melayu

Samb.

Page 37: Bab 4 Islam Di Nusantara

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi. Islam menjadikannya sebagai bahasa pengantar dalam bidang ilmu kesusasteraan, teologi dan falsafah IslamTulisan Arab ( Jawi ) diperkenalkan mengantikan tulisan Pallava. Hanya 5 huruf sahaja iaitu Cha, Nga, Pa, Ga dan Nya sahaja yang tidak menyamai huruf Arab . Ianya diubahsuai mengikut loghat lidah masyarakat melayu.

Kerajaan Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan- dari Bahasa Arab dll ke Bahasa MelayuSultan Mansur pernah menghantar Kitab al-Dur al-Manzum untuk diterjemah di Pasai.

Samb.

Page 38: Bab 4 Islam Di Nusantara

Alam Melayu melahirkan ramai tokoh ilmuan yang menghasilkan pelbagai bidang keilmuan yang berpandukan syariat Islam

Syeikh Nuruddin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan, prosa dan puisi Islam antaranya Siratul Mustaqim dan Akhbar al-Akhirah fi Ahwal al-Qiamah.Syeikh Abdul Rauf Singkel – Mirat al-Tulab, Durra al-Aqaid, Tafsir Badawi dan Majmuk al-Masail.Syeikh Abdullah Arif – mengarang Kitab Bahr al-Lahut (tasawwuf) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Samb.

Page 39: Bab 4 Islam Di Nusantara

Samb.

Syeikh Idris al-Marbawi menghasilkan kitab “ Kamus al-Marbawi”, Bahr al-Mazi, Tafsir al-Marbawi, Jami’ al-Ulum, Bulugh al-Maram dan lain-lain lagi.

Tokoh Ulama’ Islam daripada Patani seperti syeikh Ahmad dan Daud al-Fathani banyak menyumbang kepada perkembangan Ilmu Islam di Nusantara dengan menghasilkan karya-karya seperti al-Fatawa al-Fataniyyah,Bughyat al-Tullab, Munyat al-Musolli, Wasaya al-Abrar, al-Bahjat al-Saniyat dan lain-lain.

Tokoh 2 Ulama Nusantara turut menterjemah kitab-kitab besar Islam seperti karya Imam al-Nawawi, al-Baydawi, al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain lagi.Karya keilmuan Islam meliputi segenap aspek daripada aspek ketuhanan ( Siyar al-Salikin- Syeikh Abd Samad al-Palembangi, al-Durr al-Nafis-Syeikh Muhd Nafis al-Banjari) hingga sesusasteraan (Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis – Raja Ali Haji ).

Page 40: Bab 4 Islam Di Nusantara

4.2 Kegemilangan Islam di Nusantara

PERUBAHAN

• Kepercayaan• P

olitik & Perundangan

SETELAH

• Sosial

• Ekonomi

ISLAM

Page 41: Bab 4 Islam Di Nusantara

Aqidah (Kepercayaan)

Perubahan dari percaya kepada berbilang Tuhan kepada percaya kepada Allah yang EsaMasyarakat Melayu mula meninggalkan Mitos dan Khurafat

Muncul Revolusi Mental – Rasionalisme dan Intelektualisme

Al-Qur’an sebagai Kitab Pedoman Hidup

Page 42: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kepercayaan (samb.)

Kepercayaan kepada Makhluk Halus – Jin dan Mambang diubah kepada perkara Ghaib. Kepercayaan Malaikat dan Jin adalah sebahagian daripada kepercayaan kepada perkara Ghaib yang memperkukuhkan keimanan bukan secara negatif.

Nota : Kepercayaan yang telah berakar umbi dalam pemikiran masyarakat Melayu ini hanya dapat dikikis secara beransur-ansur.

Solat mampu dilakukan di mana sahaja

Solat mampu dilakukan di mana sahaja

Page 43: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan sistem politik dan pemerintahan

Kerajaan Hindu dan Buddha digantikan dengan kerajaan Islam seperti Samudera Pasai, Aceh, Banten, Siak, Melaka, Johor Riau dan lain-lain.

Lahirnya pemerintah-pemerintah yang terkenal seperti Sultan al-Malik al-Zahir (Samudera Pasai), Sultan Mansor Syah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mohkota Alam (Aceh).

Konsep Dewa Raja diganti dengan Pemerintah sebagai Ketua Agama dan Penaung kehormonian rakyat jelata

Gelaran Raja ditukar kepada Gelaran Sultan dan Amir al-Mukminin. Para Sultan diasuh untuk mencintai ilmu dan keadilan.

Page 44: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan sistem perundangan

Perundangan Hindu Buddha diganti dengan perundangan yang berpandukan syariat Islam dan adat istiadat Melayu

Melaka menghasilkan 2 teks perundangan yang dengan memperuntukkan undang Islam dan adat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Undang-undang Pahang yang dilaksanakan di zaman Sultan Abdul Ghafur Mahiyuddin Syah (1592-1614M) dengan jelas menggunkan undang-undang Islam (Mazhab Shafi’e)

Terengganu telah melaksanakan perundangan Islam sejak 1303M – melalui catatan pada Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang. Trg.

Page 45: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perundangan (samb.)

Kitab yang memaktubkan Hukum Kanun Melaka

Kitab Fiqh Mughni al-Muhtaj yang popular di Alam Melayu

Page 46: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perundangan (samb.)

Batu bersurat Terengganu memaktubkan undang-undang jenayah Islam

Dikenali sebagai “Itqan al-Muluk bi Ta’dil al-Suluk” dilaksanakan di zaman Sultan Zainal Abidin III.

Nota : Kuala Berang adalah Ibu Negeri Terengganu di zaman Silam.

Batu bersurat Terengganu

Page 47: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan Sosial

Mengujudkan persamaan Taraf dan Persaudaraan Islam – menghapuskan sistem Kasta Hindu

Menghubungkan Tali Silaturrahim berasaskan syariah dan Akhlak Islam – Gotong-royong, Bantu mengbantu dan Hormat-menghormati . Lahir Ukhuwwah Islamiyyah.

Masjid, Surau dan Madrasah memainkan peranan sebagai Media baru hubungan sosial.

Adat Istiadat Hindu mula diganti dengan adat Istiadat yang berpandukan syariat Islam seperti menyambut kelahiran, Aqiqah, Korban, Perkahwinan, Kematian dan lain-lain

Page 48: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan Ekonomi

Kegiatan Ekonomi masyarakat lebih tersusun dengan semangat bantu membantu – Galakan Islam dalam mencari rezeki yang halal

Zakat dan Sedekah memainkan peranan instrumen jaminan sosial ekonomi ummat. Golongan Kaya wajib membantu golongan fakir miskin dan kurang berkemampuan

Amalan Riba dan Kezaliman yang menindas masyarakat diharamkan. Semua golongan berhak mencari rezeki yang halal.

Aktiviti-aktiviti ekonomi yang bertentangan dengan syariah Islam juga diharamkan seperti perjudian, pelacuran, pengukiran patung dan sebagainya.

Page 49: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan Keilmuan

“Menurut Prof S.M.Naquib : ‘Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata”.

Islam melahirkan kesedaran ilmu dalam masyarakat umum dan istana.

Istana, masjid, surau dan madrasah dijadikan tempat menimba ilmu terutama ilmu agama.

Alam Melayu berfungsi sebagai pusat keilmuan. Lahir ramai tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dll

Page 50: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan Keilmuan (samb.)

“Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan dihidayahkan kepada mereka yang melakukan maksiat” .. Wasiat Guru imam al-Shafei r.h.

Institusi Pondok, Dayah, Rangkang dan Pasentren tumbuh dengan pesat sebagai pusat pengembangan ilmu

Lahirnya kitab-kitab Jawi seperti Anak Kunci Syurga, Matla’ al-Badrain, Taj al-Muluk, Furu’ al-Masail,

Alam Melayu berfungsi sebagai pusat keilmuan. Lahir ramai tokoh ilmuan seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Syeikh Daud al-Fathani, Tok Kenali dll

Page 51: Bab 4 Islam Di Nusantara

Tokoh-tokoh ilmuan Islam Alam Melayu

Syeikh Nuruddin al-Raniri Syeikh Arshad al-Banjari

Page 52: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perubahan bidang kesenian

Kesenian Alam Melayu yang dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha diubah kepada kesenian yang berteraskan Islam

Seni ukir yang memaparkan imej manusia dan haiwan berubah kepada seni yang memaparkan kalimah-kalimah suci Islam, Awan Larat dan Bunga-bungaan.

Seni Lakun berubah kepada perwatakan yang lebih bersifat Islam (Wayang Kulit).

Seni Nyanyian berubah kepada yang lebih bersifat Islam seperti Ghazal, Nasyid, Nazam, Qasidah, Berzanji, Salawat dan lain-lain

Page 53: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kesenian (samb.)

Seni Bina, Istana, Candi dan Rumah Ibadah Hindu Buddha berubah kepada seni Bina Islam iaitu Masjid, Surau dan Istana yang bercirikan Islam

Contohnya : Pembinaan Masjid Kg.Laut, Kelantan; Masjid Agung, Demak dll.

Masjid Agung, Demak

Page 54: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kesenian (samb.)

Masjid Kg.Laut, Kelantan Masjid Tengkera, Melaka

Page 55: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kesenian (samb.)

Seni Khat merupakan seni warisan Islam di Alam Melayu

Page 56: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kesimpulan

Kedatangan Islam ke Alam Melayu amat besar pengaruhnya kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyebaran dan penyerapan Islam berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana dan pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi yang harmoni ini memudahkan masyarakat Melayu menerima Islam dan ajarannya yang bersifat sederhana dan tiada paksaan.

Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malahan ia membentuk cara hidup baru dalam amalan kehidupan seharian masyarakat. Amalan yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan.

Page 57: Bab 4 Islam Di Nusantara

Penyebaran Islam dan ajarannya ini menjadikan Islam sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya mereka dengan kehendak-kehendak Islam. Islam yang berkembang di dalam masyarakat Nusantara kini adalah hasil dari kegigihan dan sumbangan masyarakat silam yang berusaha merubah kehidupan masyarakat mereka daripada kegelapan kepada cahaya petunjuk ilahi yang terang.

Page 58: Bab 4 Islam Di Nusantara

4.3 Kedudukan Islam Di Malaysia

Pengaruh Islam di Malaysia dapat diteliti …14.1-Peruntukan Islam dalam Perlembagaan

Persekutuan:a.Agama Islam sebagai Agama Persekutuanb. Kebebasan Beragama c.Agama Islam dan Negeri-negeri

14.2 - Pembentukan Institusi-istitusi Islam14.3 - Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar

Negara

Page 59: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pendahuluan

Sebelum merdeka – sudah ada kerajaan Melayu-Islam Islam dan Tamadun Melayu tidak boleh dipisahkan =

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972) Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama negara

dari fakta sejarah = Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi=Sabah dan Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Sebahagian Sabah di bawah Kesultanan Sulu

= mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu negara ini dibentuk.

Page 60: Bab 4 Islam Di Nusantara

Islam juga menjadi identiti dan budaya Melayu

Ajaran Islam banyak mempengaruhi Tamadun Melayu di rantau ini. Tamadun Melayu menjadi lebih mantap dengan kedatangan Islam.

Islam dan adat Melayu, merupakan struktur yang saling melengkapi dan berinteraksi

Islam terus menjadi identiti kepada orang Melayu, iaitu Melayu sebagai yang mengamalkan adat-istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.

Page 61: Bab 4 Islam Di Nusantara

Mengapa Islam diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan

= Melayu, Beraja dan Islam tidak boleh dipisahkan terutama sejak dari zaman keagungan zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi . Rujuk Hukum Kanun Melaka

=Zaman penjajahan bermula Perjanjian Pangkor 1874 - Kuasa Raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam

=Perlembagaan Negeri zaman Penjajahan – e.g Perlembagaan Johor 1895 dan Perlembagaan Terengganu 1911

=Syor dan cadangan dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih

=Keputusan-keputusan Mahkamah

Page 62: Bab 4 Islam Di Nusantara

14.1 -Islam sebagai Agama Persekutuan

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

Tidak ada perkataan “rasmi” dalam Perlembagaan. Frasa “agama rasmi” akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan semata-mata.

Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lains [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.

Peruntukan dalam Perkara 3 amat relevan dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri.

Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Page 63: Bab 4 Islam Di Nusantara

Perlindungan agama Islam dan Raja-raja MelayuPERKARA 150 6(A)

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa perisytiharan Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini.

(6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

.

Page 64: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kepentingan Agama dalam Perlembagaan

Dari sudut pemikiran dan peradaban:

Peruntukan “agama” atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu.

membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”,

Peruntukan ini akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah.

Pemerintah bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza.

Dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.

Page 65: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kedudukan dan Kuasa Raja sebagai Ketua Agama

Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing

YDPA sebagai Ketua Agama Islam bagi negerinya, Wilayah-wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak beraja (tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Negeri

Memperkenan dan meluluskan undang-undang Islam di negeri masing-masing

Page 66: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kebebasan Beragama

Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11(1)

secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.

Page 67: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pengurusan Hal Ehwal Agama

Perlembagaan juga memberikan hak kepada penganut agama bukan Islam termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang =Perkara 11 (3)

Page 68: Bab 4 Islam Di Nusantara

Penyebaran Agama

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan tentang penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Peruntukan ini menjaga menjaga dan mengekalkan keharmonian beragama dan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan

Perkara 11 (5) memberi tafsiran bahawa kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain.

Page 69: Bab 4 Islam Di Nusantara

PERKARA 12 (4)

Agama seorang anak adalah ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga, kecuali anak itu telah berumur lebih dari 18 tahun

Page 70: Bab 4 Islam Di Nusantara

Bidang Kuasa Persekutuan dan Negeri

Jadual 9 Senarai 1 Senarai Persekutuan (Butiran 4k)

Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri (Butiran 1)

Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.

Page 71: Bab 4 Islam Di Nusantara

14.2 – Institusi-institusi Islam

Penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-negeri

Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Malaysia – JAKIM/Majlis Fatwa Kebangsaan/Majlis Fatwa Negeri

Mahkamah SyariahBaitulmal/Pusat ZakatPenubuhan YADIM/YAPIEM dsb

Page 72: Bab 4 Islam Di Nusantara

14.3 -Pengaruh Islam dalam Pembentukan Dasar-dasar Kerajaan

Dasar Kebudayaaan Kebangsaan Dasar Pendidikan Negara Dasar Pembangunan Ekonomi Dasar Pentadbiran Negara

Page 73: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Islam dipilih berdasarkan fakta sejarah dan nilai Islam yang didukung oleh sebahagian besar rakyat di negara ini.

- Islam unsur penting berasaskan rasional kedudukannya diiktiraf sebagai agama negara- Nilai serta ajarannya meliputi keperluan rohani dan jasmani manusia sejagat dan tidak terhad kepada soal ibadah semata-mata.- Sistem nilai Islam menekankan kesejahteraan dan kebajikan di dunia dan akhirat- Persoalan hidup tidak diasingkan daripada nilai kerohanian yang mementingkan moral, disiplin, etika dll.

Page 74: Bab 4 Islam Di Nusantara

Dasar Pendidikan Negara

Islam menjadi penting dalam penggubalan Akta Pendidikan

Pendidikan Islam menjadi suatu bahagian yang amat penting dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Diajar dari peringkat rendah hingga ke peringkat universiti.

Di setiap negeri sudah ada institusi yang menyediakan pelajar untuk mperkukuhkan bahasa al-Quran dan menghafaz al-Quran

Page 75: Bab 4 Islam Di Nusantara

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]

Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras (Seksyen 18(2)

Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid di semua jenis sekolah jika terdapat 5 orang/lebih orang Islam (Seksyen 150)

Page 76: Bab 4 Islam Di Nusantara

Dasar Pembangunan Ekonomi

Malaysia menjadi peneraju utama dalam membina institusi kewangan Islam, sistem kewangan Islam dan pasaran modal Islam

Bermula dengan Tabung Haji (1962), diikuti YPEIM (1967), Bank Islam (1983), Syarikat Takaful (1985), Sistem Perbankan Faedah (1993), Takaful Nasional Sdn Bhd (1994), Syarikat Sekuriti Islam (1994), Al-Rahnu (1993), Sukuk.

Malaysia telah menjadi negara Islam pertama di dunia yang mengendalikan sistem perbankan dan kewangan Islam

Sistem perbankan dan kewangan Islam telah membolehkan penubuhan Amanah Saham Islam, pengurusan dana Islam dan berbagai instrumen kewangan Islam spt. al-Ijarah, sukuk, pajak gadai Islam dll.

Page 77: Bab 4 Islam Di Nusantara

Pembangunan Ekonomi

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi).

Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Page 78: Bab 4 Islam Di Nusantara

Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.

Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI).

Bank SPI perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan

Page 79: Bab 4 Islam Di Nusantara

Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran Negara

Nilai-nilai sejagat diambil kira dalam pentadbiran negara.

Ajaran Islam amat relevan dalam konteks pentadbiran negara. Contoh, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran. Dasar Integriti Nasional

Semua dasar ini umumnya mampu membentuk negara dan rakyat Malaysia mencapai pembangunan yang seimbang dan sepadu.

Page 80: Bab 4 Islam Di Nusantara

Lampiran 1:

PERKARA 3 (1):“Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

Kembali

Page 81: Bab 4 Islam Di Nusantara

Lampiran 2

Perkara 11 (1):“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.”

Kembali

Page 82: Bab 4 Islam Di Nusantara

Lampiran 3

Perkara 11 (3):“Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak - (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri; (b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan (c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Kembali

Page 83: Bab 4 Islam Di Nusantara

Lampiran 4

Perkara 11 (4):“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

Kembali

Page 84: Bab 4 Islam Di Nusantara

Lampiran 5

Perkara 11 (5):“Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.”

Kembali

Page 85: Bab 4 Islam Di Nusantara

Kesimpulan

Kehadiran Islam di Nusantara telah memberi kesan dan pengaruh yang amat mendalam dalam perkembangan tamadun di rantau khususnya di Malaysia.

Keuniversalan ajaran Islam menghasilkan satu pemikiran dan tamadun yang kekal sepanjang zaman.

Ia juga boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan etnik dan budaya yang pelbagai.

Page 86: Bab 4 Islam Di Nusantara

Rujukan A.Aziz Deraman (2005) Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Ampang: Dawama Sdn.Bhd.

 

Abdul Aziz Bari (2005) Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

 

Abdullah Ishak (1990) Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu, Petaling Jaya: al-Rahmaniah.

 

Abdullah Jusuh (1989). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Abdul Rahman Abdullah (1990) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah dan Perkembangannya Hingga Abd ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

____________________ (2000) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

 

_______________________ (1989) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

 

________________________ (1984) Sejarah dan Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

  

Page 87: Bab 4 Islam Di Nusantara

Ahmad Zaki Abd.Latiff. et.al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.

 

El-Muhammady, Muhammad Uthman (1976) Peranan Islam Pembentukan Kebudayaan , dalam Seminar Islam Dan kebudayaan Melayu, Bangi: UKM.

 

Ismail Hamid (1985) Peradaban Melayu dan Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 

___________ (1991). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

Mahayudin Hj. Yahaya (1998) Islam Di Alam Melayu, Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

___________________ (2000) Siri Sejarah Fajar Bakti Tamadun Islam, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

 

Page 88: Bab 4 Islam Di Nusantara

Muhammad Hisyam Mohamad (penyunting) (2007) Pembangunan dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: MPH Group Printing (M) Sdn.Bhd.

 

Ramawan Ab Rahman. et.al. (2011). Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam. Shah Alam : Penerbitan AlamBaca Sdn.Bhd.

 

Siddik Fadil (1986) Gerakan Islam Di Dunia Melayu-Tuntutan Zaman Dan Cabaran Lingkungan, Kuala Lumpur: ABIM.

 

Tamadun Islam dan Tamadun Melayu Sukatan Terbaharu (2006) Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

  

Page 89: Bab 4 Islam Di Nusantara

Sekian