Post on 02-Jan-2016
description
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 ialah satu wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia
menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Oleh itu, terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU)
untuk mencapai negara maju. Terdapat golongan orang kelainan upaya (OKU) yang sukar
untuk menempatkan diri dalam kalangan masyrakat. Hal ini kerana, golongan OKU merasa
rendah diri untuk bersaing dengan golongan normal.
Walaupun Malaysia menuju ke arah negara maju, tetapi terdapat sesetengah golongan
OKU ini merasa sukar untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Golongan ini sukar
untuk bergerak secara sendirian di tempat awam kerana mereka sukar untuk mendapatkan
kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan sebagainya. Tidak semua bangunan ada
menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh golongan OKU. Misalnya, di restoren dan
bank. Ini menunjukkan bahawa golongan ini menghadapi masalah untuk menempatkan diri
dalam masyarakat walaupun negara Malaysia menuju ke arah negara maju. Di samping itu,
masyarakat yang terlalu materialistik sehingga mengabaikan sikap tolenrasi dalam membantu
golongan OKU. Masyarakat yang terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan
masalah yang dihadapi golongan ini. Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib
golongan OKU di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini
sering kali menjadi mangsa stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling di mana
faktor kekurangan fizikal menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini
bekerja walaupun mereka mempunyai kelayakan. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu
memainkan peranan yang penting dalam membantu golongan ini. Misalnya, di Malaysia
terdapat kementerian yang menguruskan hal ehwal golongan OKU seperti Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), adalah sebuah badan atau jabatan yang bernaung di bawah KPWKM. Institusi-
institusi lain yang membantu golongan OKU kebanyakkannya terdiri daripada beberapa
jabatan dan agensi antaranya Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan (PLPP) Bangi, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat
Pertuturan Kiu (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia).
1.2 Latar Belakang Kajian
Terdapat banyak kajian yang dilakukan tentang masalah yang dihadapi oleh golongan
Orang Kelainan Upaya (OKU). Tahap penerimaan masyarakat terhadap golongan orang
kelainan upaya (OKU) di negara ini masih di kira sederhana kerana terdapat segelintir
masyarakat yang berpandangan stereotaip terhadap golongan OKU. Terdapat juga segelintir
masyarakat yang memandang rendah dan begitu prejudis terhadap golongan orang kelainan
upaya (OKU).Kajian ini di buat oleh Muhammad Rashid b. Rajuddin dan Fathiyan Bt.Mohd
Kamaruzaman yang mengkaji tentang Persepsi Pelatih Kelainan Upaya Akal terhadap
Masalah Pembelajaran yang dihadapi semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional di
Taman Sinar Harapan, Cheras.
Cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) ialah dalam
mendapatkan peluang pekerjaan. Ramai beranggapan orang kelainan upaya (OKU) tidak
mempunyai kebolehan dan memandang rendah terhadap kebolehan yang ada pada golongan
ini untuk bekerja. Selain itu, pihak majikan tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk
menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di samping
mempunyai sikap negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya keupayaan golongan tersebut.
Isu yang sering disebut ialah mengenai isu pekerjaan, di mana golongan ini sering disisihkan
kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Tetapi Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata semua golongan OKU mampu untuk
menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman
merupakan sebahagian daripada alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak
mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007). Justeru, golongan
OKU kurang mendapat peluang pekerjaan. Misalnya boleh kita lihat penyelidik Shalini a/p
Sanmargaraja dan Seow Tawee yang membuat kajian tentang Penyediaan Fasiliti Orang
Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Kerajaan Di Nusajaya, Johor Bahru. Kajian ini bertujuan
untuk memberikan peluang kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan selesa dan
menikmati semua fasiliti yang disediakan seperti orang lain.Kajian ini turut di jalankan oleh
penyelidik Mohd Salleh Aman,Ph.D yang membuat kajian tentang Pembangunan Kemudahan
Fizikal Pelajar OKU di Kolej Kediaman,Za’ba Um.
1.3 Penyataan Masalah
Senario kini, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya
(OKU) dalam bersaing untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. Golongan kelainan upaya
adalah seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat “AKTA OKU 2008”. Tahap
penerimaan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini masih
di kira sederhana kerana terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan stereotaip
terhadap golongan OKU. Terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang rendah dan
begitu prejudis terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU).Kajian ini di buat oleh
Muhammad Rashid b. Rajuddin dan Fathiyan Bt.Mohd Kamaruzaman yang mengkaji tentang
Persepsi Pelatih Kelainan Upaya Akal terhadap Masalah Pembelajaran yang dihadapi semasa
Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras. Cabaran yang
dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) ialah dalam mendapatkan peluang
pekerjaan. Ramai beranggapan orang kelainan upaya (OKU) tidak mempunyai kebolehan dan
memandang rendah terhadap kebolehan yang ada pada golongan ini untuk bekerja. Selain itu,
pihak majikan tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan
untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di samping mempunyai sikap negatif dan
diskriminasi ekoran kurangnya keupayaan golongan tersebut. Justeru, golongan OKU kurang
mendapat peluang pekerjaan. Misalnya boleh kita lihat penyelidik Shalini a/p Sanmargaraja
dan Seow Tawee yang membuat kajian tentang Penyediaan Fasiliti Orang Kelainan Upaya
(OKU) Di Institusi Kerajaan Di Nusajaya, Johor Bahru. Kajian ini bertujuan untuk
memberikan peluang kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan selesa dan
menikmati semua fasiliti yang disediakan seperti orang lain.Kajian ini turut di jalankan oleh
penyelidik Mohd Salleh Aman,Ph.D yang membuat kajian tentang Pembangunan Kemudahan
Fizikal Pelajar OKU di Kolej Kediaman,Za’ba Um.Seperkara lagi, golongan OKU juga sukar
untuk mendapatkan pendidikan merupakan cabaran yang di hadapi oleh golongan ini.
Golongan ini, sukar mendapatkan pendidikan seperti orang lain kerana mereka berasa rendah
diri disebabkan oleh kawan-kawan yang sering memandang rendah dan mengejek mereka.
Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh golongan ini untuk mendapatkan kehidupan
yang selesa di samping untuk meletakkan diri dalam kelompok bermasyarakat.Oleh itu,
semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu golongan ini.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah yang dikemukakan telah mewujudkan beberapa
persoalan. Dengan adanya kajian ini diharap dapat menjawab segala persoalan yang timbul.
a) Apakah penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU?
b) Kenapakah golongan OKU kurang mendapatkan peluang pekerjaan?
c) Apakah masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dalam mendapatkan
kemudahan di tempat awam?
d) Kenapakah golongan OKU sukar mendapat pendidikan?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah menerangkan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dan
membantu golongan OKU dalam menempatkan diri dalam kalangan masyarakat.
Kajian ini mempunyai beberapa objektif. Berikut adalah objektif-objektif kajian ini di
buat.
a) Menjelaskan penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU.
b) Mengenalpasti sebab golongan OKU sukar mendapat pekerjaan.
c) Menerangkan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dalam mendapatkan
kemudahan di tempat awam.
d) Menjelaskan sebab golongan OKU sukar mendapat pendidikan.
1.6 Kerangka Konseptual
1.6.1 Teori Konflik
Teori konflik dimana teori ini bermaksud pertentangan secara langsung dan sedar di
antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama yang dikemukakan oleh
Karl Max. Teori ini berkaitan dengan penyelidikan saya dimana ramai beranggapan Orang
Kelainan Upaya (OKU) tidak mempunyai kebolehan dan memandang rendah akan kebolehan
mereka di samping ada sesetengah masyarakat di negara ini memandang streotaip terhadap
golongan ini. Teori konflik berlaku di mana masyarakat membuat perbezaan antara golongan
OKU dan masyarakat biasa dan menyikirkan golongan ini untuk berada dalam kelompok
masyarakat.
1.6.2 Teori Maslow
Di mana teori ini merangkumkan jaminan pekerjaan di dalam kesempurnaan kendiri
yang menarik dan bermakna direka bentuk supaya terdapat kepelbagaian. Hal ini bermakna
apabila golongan OKU diberi peluang untuk berada dalam kelompok maysrakat dan diberi
peluang untuk hidup seperti golongan normal. Golongan OKU diberi peluang untuk bekerja
seperti golongan normal. Mereka perlu di beri peluang untuk bersaing dengan orang normal.
Melalui cara ini golongan ini merasa terjamin pekerjaannya, mendapat pendapat yang tetap
dan stabil seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran dan potensi yang ada dalam diri
masing-masing. Justeru, mereka merasa terjamin berada dalam kalangan masyarakat.
1.6.3 Teori Fungsionalisme
Teori fungsionalisme sebagai suatu analisis tentang fenomena sosial dan budaya dari
sudut fungsi yang dimainkannya dalam sosiobudaya. Parsons mengemukakan konsep “pattern
variable” di mana misalnya “affective” versus “affective-neutral” wujud dalam kalangan
masyrakat. Affective neutral menjelaskan masyrakat moden yang lebih mengejar arus
kemodenan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat. Mereka lebih
mementingkan kebendaan daripada melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat lain.
Contohnya, golongan OKU merasa terpinggir untuk berada dalam kelompok mayarakat
kerana golongan normal tidak menjalankan fungsi untuk membantu golongan OKU.
Masyarakat moden sudah lupa untuk melaksanakan fungsi untuk membantu golongan yang
kurang bernasib baik.
1.6.4 Teori interaksionisme simbolik
Teori ini merupakan bentuk komunikasi dan interaksi yang melibatkan bahasa dan
gerak syarat simbolik yang dikemukan oleh George Herbert Spencer. Dimana dalam teori ini
mebincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Hal ini bermakna golongan
normal perlu juga mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan golongan normal
berinteraksi dengan orang kelainan upaya (OKU). Misalnya, golongan normal perlu
mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan berinteraksi seperti dengan orang bisu dan
pekak. Justeru, masyarakat dapat membantu golongan ini untuk menjalani kehidupan seperti
orang normal. Golongan OKU berasa tidak terpinggir dari kelompok masyarakat justeru dapat
bersaing dengan orang normal.
1.6.5 Teori peluang
Teori ini diasaskan oleh Robert K. Merton, dalam masyarakat moden terdapat satu
sistem matlamat yang ingin dicapai serta cara yang berbeza untuk mencapainya. Di Amerika
Syarikat, matlamat untuk berjaya amat berakar umbi dan kejayaan yang biasanya
didefinisikan sebagai kejayaan kewangan. Oleh itu, golongan orang kelainan upaya juga perlu
diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dan peluang pekerjaan. Mereka juga
mempunyai matlamat tersendiri untuk mencapainya. Hal ini bermakna golongan OKU berhak
untuk mendapat tempat dalam kelompok masyarakat sama ada dari segi pendidikan atau
pekerjaan.
1.6.6 Teori kawalan ( Control Theory)
Teori kawalan diasaskan oleh Hirthi. Pokok kepada teori ini ialah sosialisasi . Teori ini
bermula dengan soalan “ mengapa tidak semua orang melakukannya?”. Semua pihak perlu
memainkan peranan penting dalam membantu golongan ini khususnya pihak kerajaan dalam
menyusun program untuk membantu golongan ini agar mereka tidak merasa tersisih dari
kehidupan berkelompok. Mereka perlu diberi kesempatan untuk membuktikan bahawa
golongan OKU mempunyai kemahiran tersendiri.
1.7 Hipothesis
Beberapa hipothesis tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan Orang Kelainan
Upaya OKU di Kuala Terengganu adalah seperti berikut :
a) Cabaran yang di hadapi oleh OKU di Kuala Terengganu semakin serius
b) Masalah ini akan menyebabkan golongan OKU berasa sukar untuk berada
dalam kelompok mayarakat
c) Masalah ini berpunca dari sesetengah masyarakat yang memandang
prejudis dan streotaip terhadap kemampuan golongan OKU
1.8 Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya akan dapat dijadikan
panduan oleh pihak-pihak tertentu. Terdapat juga manfaat yang diperolehi dari kajian yang
dijalankan. Misalnya, masyarakat dapat memberi perhatian kepada golongan Orang Kelainan
Upaya di samping dapat mempertingkatkan sikap saling bantu-membantu dalam kalangan
masyarakat. Selain itu, ia diharap dapat membantu pihak kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) untuk melaksanakan program-program tertentu dalam membantu golongan
ini.
1.9 Definisi operational
1.9.1 Masyarakat
Mengikut kamus dewan edisi empat masyarakat berkaitan dengan pergaulan
persahabatan dan aktiviti masa lapang bertujuan membangunkan masyarakat secara damai
untuk mencapai masyarakat yang sosialis.
1.9.2 Pembangunan
Mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga 2002 mentakrifkan pembangunan ialah perihal
membangu, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainnya).
1.9.3 Cabaran
Mengikut Kamus Dewan Edisi empat cabaran merupakan sesuatu unsur atau faktor
yang mencabar, menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll).
1.9.4 Orang kelainan upaya
Golongan kelainan upaya adalah seseorang yang mempunyai kekurangan jangka
panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan
pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat
“AKTA OKU 2008”. Manakala menurut Training for Vocational Rehabilition Services
(TRAVORS) (2009), Orang Kelainan Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai seseorang yang
kehilangan atau luar biasa dalam bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan
pelbagai sikap dan halangan persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan
diri dalam persatuan sama seperti golongan normal yang lain. Pada khususnya, golongan
OKU boleh dikategorikan kepada tujuh kategori iaitu kurangupaya pendengaran, kurang
upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pertuturan, masalah pembelajaran,
kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.
1.9.5 Materialistik
Mengikut Kamus Dewan Edisi empat materialistik bermaksud lebih mengutamakan
kebendaan dan taraf kemajuan seiring dengan perkembangan pemikiran (sosial, budaya,
politik, dll).
1.10 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di sekitar Kuala Terengganu. Kajian ini akan di fokuskan
terhadap individu yang mempunyai keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang tergolong
daripada golongan Orang Kelainan Upaya dalam membincangkan masalah yang dihadapi
oleh golongan ini.
1.11 Rangka konsep
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan
upaya (OKU)
Persepsi/ tanggapan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya(OKU)
Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah /IPTA/IPTS.
Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam.
GAMBAR RAJAH
Gambar rajah diatas menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh golongan orang
kelainan upaya(OKU) di Malaysia. Golongan orang kelainan upaya(OKU) dapat didefinisikan
sebagai adalah orang yang tidak berupaya menetukan sendiri, memperolehi sepenuhnya atau
sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat
sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal, mental sama ada
berlaku sejak lahir atau kemudian dari itu.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
1.1 Pengenalan
Cabaran yang di hadapi oleh golongan Orang Kelainan Upaya akan dibincangkan
dengan lebih lanjut lagi dalam bab ini berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan
dengan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU. Kajian-kajian lepas ini adalah
penting sebagai rujukan kepada individu-individu yang ingin menjalankan sesuatu kajian.
Kajian-kajian lepas ini adalah berasaskan jurnal, artikel dan buku rujukan. Bab ini
membincangkan dengan lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi oleh golongan
OKU di samping untuk mencapai wawasan 2020 kelak. Cabaran yang dihadapi oleh
golongan OKU semakin serius apabila terdapat masyarakat memandang prejudis terhadap
golongan OKU. Oleh itu, kajian ini dilakukan di sekitar Kuala Terengganu dan melihat
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini untuk untuk menjalani kehidupan
seperti golongan normal.
2.2 Persepsi/ tanggapan masyarakat
Pada masa kini, Tahap penerimaan masyarakat terhadap golongan orang kelainan
upaya (OKU) di negara ini masih di kira sederhana kerana terdapat segelintir masyarakat
yang berpandangan stereotaip terhadap golongan OKU. Terdapat juga segelintir
masyarakat yang memandang rendah dan begitu prejudis terhadap golongan orang
kelainan upaya (OKU). Justeru boleh menyebabkan golongan ini merasa rendah diri
kerana tidak dapat bersaing dengan masyarakat.
2.3 Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib golongan OKU di negara ini
masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini sering kali menjadi mangsa
stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekililing di mana faktor kekurangan fizikal
menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini bekerja walaupun mereka
mempunyai kelayakan. Mereka sering kali ditindas dalam mendaptkan peluang pekerjaan. Hal
ini di mana mereka sering kali ditolak untuk mendapatkan pekerjaan oleh pihak majikan.
Sebab utama pihak majikan cenderung untuk tidak menerima pekerja dari golongan OKU
adalah disebabkan salah sangka bahawa keberangkalian golongan ini kurang melaksanakan
kebanyakkan tugas. Selain itu, terdapat sesetengah majikan yang masih belum terbuka dan
belum bersedia dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Antara faktornya
ialah pekerja kurang upaya memerlukan cuti sakit, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di
tempat kerja terganggu, memerlukan kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan
terpaksa dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja kurang upaya. Jadi, ini
akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika majikan mengambil mereka bekerja. (Zinida
Ariffin (2009). Masyarakat yang mempunyai pandangan yang sterotaip akan menyebabkan
golongan kurang upaya akan didiskriminasikan. Oleh itu, masyarakat harus diberikan
pendedahan yang sewajarnya dalam memberi peluang kerjaya kepada golongan OKU.
Berfikiran terbuka dan berfikir diluar kotak harus disemaikan dalam diri masyarakat supaya
mereka dapat mengetahui manfaatnya jika mengambil pekerja golongan OKU.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, OKU tidak lagi boleh
dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu tetapi
sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada aset negara. Ia adalah sebahagian
daripada konsep modal insan yang diketengahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Badawi dimana kerajaan berpandangan jauh dan menganggap OKU perlu berubah
agar menjadi aset yang boleh menyumbangkan kepada keperluan modal insan negara. Mereka
(OKU) mungkin ada kekurangan tetapi sekiranya diberi kasih sayang dan didikan, mereka
bukan sahaja dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan mereka sendiri malah turut
menyumbangkan kepada negara. Kata beliau lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal
Semai Bakti, ini ialah matlamat 4 terakhir kerajaan untuk mengubah nasib OKU agar menjadi
penyumbang kepada negara (Utusan Malaysia 19 September 2006). Secara amnya golongan
ini bukanlah orang yang terlalu lemah sehingga keadaan diri mereka dijadikan aset untuk
mendapatkan belas atau simpati dari orang lain. Walaupun mereka mempunyai
ketidakupayaan yang tertentu, tidak semestinya mereka tidak mampu untuk melakukan
aktiviti lain sepertimana insan biasa. Golongan OKU tidak bermakna mereka tidak mampu
untuk melakukan sebarang kerja, tetapi mereka masih mampu untuk menggunakan
kecerdasan mental dan minda mereka untuk memberi sumbangan yang boleh memberikan
kemajuan kepada negara ini, tidak kira dari segi ekonomi mahupun masyarakat.
2.4 Kesukaran untuk mendapatkan pendidikan di IPTA/IPTS
Namun sistem pengajian tinggi yang diamalkan sekarang banyak menumpu dan menyediakan
kemudahan serta perkhidmatan untuk pelajar yang mempunyai perkembangan tipikal (tidak
mempunyai kurang upaya) (KementerianPengajian Tinggi, 2007). Statistik yang dipetik oleh
PSPTN menyebut bahawa golongan OKU merupakan antara golongan yang masih rendah
enrolmennya jika dibandingkan dengan keseluruhan enrolmen di peringkat pengajian tinggi.
Pada tahun 2007, statistik bagi bilangan pelajar-pelajar kurang upaya di IPTA negara ini
adalah hanya 1.1% (4,255) dari jumlah keseluruhan pelajar-pelajar IPTA iaitu seramai
382,997 orang (Kementerian Pengajian Tinggi,2007). Kejayaan pada peringkat pengajian
tinggi memberikan impak sepanjang hidup ke atas keupayaan berdikari bagi golongan OKU.
Melalui pengajian tinggi, golongan ini berpeluang untuk meningkatkan ilmu,
memperkembangkan kemahiran sosial, memperolehi kelayakan akademik dan berpeluang
untuk menjana minda mereka. Kesemua pengalaman ini adalah penting dalam usaha
memperkasakan mereka (Hurst, 1996). Walau bagaimanapun, Reindal (1995) menyatakan
bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kurang upaya fizikal dan sensori menghadapi
cabaran yang hebat di pusat-pusat pengajian tinggi menyebabkan keupayaan mereka untuk
belajar terjejas. Dapatan hasil kajian ke atas pengalaman pelajar-pelajar kurang upaya di
institusi pengajian tinggi menunjukkan bahawa mereka sering menghadapi halangan sewaktu
pengajian dan mendapat keputusan yang rendah di akhir pengajian walaupun mempunyai
kelayakan yang setaraf dengan pelajar-pelajar lain sewaktu mendaftarkan diri ke universiti
(Riddell, Wilson & Tinklin, 2002). Selain itu, kekurangan kemudahan di tempat institusi
pngajian tinggi di mana ketiadaan laluan atau ramp untuk kerusi roda, laluan bertanda untuk
golongan bermasalah penglihatan, papan tanda khas, tangga yang tidak mempunyai railing,
tempat melintas khas bagi OKU, ketiadaan lif di setengah bangunan, lif yang sering rosak dan
tandas yang tidak mesra OKU. Hanya sebuah fakulti sahaja. kemudahan-kemudahan yang
disediakan di sekeliling kampus tidak menepati Undang-undang Kecil Bangunan Boleh
Akses. Kekurangan prasarana-prasarana fizikal ini bukan sahaja menyulitkan pergerakan
mereka,malah ianya juga merbahaya bagi mereka. Golongan OKU bermasalah penglihatan
melaporkan bahawa kemudahan sistem pengangkutan di kampus bermasalah bagi mereka.
Untuk menaiki bas, tiada maklumat yang boleh mereka akses untuk mengetahui ke mana arah
tuju bas tersebut. Lantaran itu menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama atau menunggu
pelaja lain untuk memaklumkan kepada mereka arah tuju bas tersebut. Pemandu bas yang
kurang peka dan kurang pendedahan mengenai keperluan pelajar-pelajar kurang upaya
membuatkan keadaan lebih buruk untuk mereka. Dari segi proses pengajaran dan
pembelajaran, Mereka yang bermasalah pendengaran banyak melaporkan halangan-halangan
di dalam kuliah bagi mereka. Antara keperluan utama mereka adalah perkhidmatan juru
bahasa isyarat untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Disebabkan
tiada perkhidmatan juru bahasa isyarat di kampus ini, pelajar-pelajar yang bermasalah
pendengaran terpaksa bergantung kepada belas ikhsan kawan-kawan mereka untuk membantu
menterjemahkan pengajaran pensyarah ke dalam bahasa isyarat.
2.5 Kesukaran dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam
Dewasa ini, golongan OKU sering kali menghadapi cabaran dalam mendapatkan
kemudahan di tempat awam. Terdapat masalah yang dihadapi bagi golongan orang kurang
kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Hal ini kerana ,
kerajaan memberi peruntukan yang sedikit bagi golongan orang kurang upaya (OKU).
Masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya (OKU) ialah di tempat beli-belah.
Mereka kurang mendapat kemudahan di tempat tersebut seperti laluan yang sesuai untuk
berkerusi roda , lif khas dengan reka bentuk yang sesuai dan sebagainya. Justeru,
menyukarkan golongan orang kurang upaya (OKU) untuk pergi ke tempat tersebut. Di
samping itu, masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya (OKU) sukar untuk
mendapatkan pengangkutan di tempat awam. Hal ini kerana , kerana kebanyakkan stesen LRT
dan stesen bas adalah tidak mesra OKU. Memandangkan situasi di Negara kita, warga OKU
memang tidak menikmati sistem pengangkutan awam. Hal ini disebabkan oleh reka bentuk
tidak mesra OKU atau tidak sejagat merupakan punca utama golongan OKU sukar
mendapatkan kemudahan di tempat awam. Selain itu, kita mendapati bahawa stesen LRT atau
Hub bus yang disediakan untuk pertukaran, biasanya tidak menyediakan tempat letak kereta
yang mencukupi. Hal ini menjadi punca masalah kerana bagi para pemandu OKU tiada
tempat letak kereta yang bersesuaian bermakna tiada akses bagi mereka. Infrastruktur pada
stesen tersebut tidak menepati piawaian bagi pengguna OKU. Ia biasanya tidak menyediakan
cecondong yang diperlukan bagi pengguna kerusi roda, tiada tactile guilding block yang
merupakan petunjuk bagi pengguna buta. Seperkara lagi, masyarakat yang kurang perihatin
terhadap golongan OKU juga merupakan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU untuk
mendapatkan kemudahan di tempat awam. Masyarakat yang lebih mementingkan diri dalam
menjalani kehidupan tanpa membantu golongan OKU. Justeru, menyukarkan golongan ini
untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Misalnya, di restoren tidak menyediakan
tandas bagi golongan OKU. Hal ini menyebabkan golongan ini sukar untuk menggunakan
tandas yang bukan untuk golongan ini. Selain itu, golongan ini sukar untuk mendapatkan
kemudahan seperti di tempat menunggu kemudahan awam di LRT, perhentian bas, kereta Api
, Lapangan Terbang dan tempat komersial sperti bank, restoren, pejabat dan pusat beli belah.
Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu meningkatkan usaha
bagi membantu golongan ini khasnya kerajaan. Kerajaan perlu mengeluarkan peruntukkan
yang lebih bagi membantu golongan ini. Kerajaan perlu menyediakan infrastruktur atau
kemudahan awam kepada mereka, Hal ini adalah untuk memudahkan golongan OKU
bergerak selesa. Sebagai contoh, kemudahan laluan penjalan kaki atau tempat khusus untuk
meletakkan kenderaan. Sekiranya, kemudahan ini tiada, sudah tentu golongan OKU akan
mengalami kesukaran kerana ketidakupayaan mereka dari segi fizikal jika menggunakan
kemudahan awam yang sama seperti orang yang sempurna sifat fizikalnya. Satu daripada
pencapaian ini adalah penubuhan Jawatankuasa Teknikal dan Urusetianya SIRIM telah
merangka “Kod Amalan Akses Bagi Golongan Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam
yang mana telah menghasilkan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Awam 1984
berkaitan kehendak-kehendak bangunan untuk golongan orang kurang upaya di mana
bangunan baru diwajibkan mempunyai akses kepada golongan OKU. Antaranya termasuklah
“ram dan railings, laluan bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk sesuai,
tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
2.4 Pengenalan
Menurut Ahmad Madzan Ayob (1983), metodologi sesuatu kajian ialah soal
bagaimana tiap-tiap objektif atau tujuan kajian itu hendak dicapai. Bab ini akan menjelaskan
dengan lebih mendalam tentang reka bentuk kajian, lokasi kajian, kaedah persampelan,
instrumen kajian, proses pengumpulan data dan penganalisisan data.
2.5 Reka bentuk kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk mencapai objektif kajian
dengan menggunakan kaedah tertentu. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat awalan
mengenai masalah ini. Maka untuk mendapatakan maklumat tentang cabaran yang perlu di
hadapi oleh golongan orang kelaianan upaya (OKU), dua sumber utama telah digunakan iaitu
kajian di lapangan dengan menggunakan borang soal selidik dan kajian perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat dan data-data sekunder. Kajian perpustakaan ini melibatkan
pengumpulan penulisan dan kajian yang pernah dilakukan khususnya di dalam negara,
menganai masalah yang dihadapi oleh golongan OKU bagi mendapatkan gambaran
menyeluruh tentang kewujudan masalah ini. Maklumat dan data-data yang terkumpul adalah
berbentuk buku-buku akademik, akhbar-akhbar tempatan, artikel, jurnal, majalah, risalah.
Kajian ini juga dikaji melalui reka bentuk berbentuk deskriptif iaitu beberapa kaedah
digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat sama ada melalui pemerhatian, soal-
selidik, dan temuramah peribadi. Bagi mendapat data terperinci tentang cabaran yang
dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya OKU di Malaysia, kaedah soal selidik dan
maklumat daripada Rumah Sinar Harapan akan digunakan. Responden pula terdiri daripada
golongan produktif di kawasan kajian yang akan dijalankan dan diberi borang soal selidik
untuk mendapatkan maklum balas daripada responden.
2.6 Lokasi kajian
Kajian ini akan dijalankan di daerah Kuala Terengganu. Lokasi utama kajian ini ialah
di kawasan bandar Kuala Terengganu iaitu Rumah Sinar Harapan di Kuala Terengganu.
Pemilihan lokasi yang tepat ini adalah sangat penting untuk memastikan data dan maklumat
yang diperlukan dapat diporelehi dengan sempurna seterusnya mencapai matlamat sebenar
kajian ini. Data-data awal boleh diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan untuk
megenalpasti tempat-tempat yang mempunyai rekod berlakunya masalah yang dihadapi oleh
golongan orang kelainan upaya.
2.7 Persampelan
Persampelan memberi keputusan yang lebih tepat kerana sampel yang kecil itu dapat
diseliakan dengan lebih rapi. Pemilihan sampel keluarga dibuat berdasarkan populasi iaitu
bilangan keluarga yang terdapat di kawasan kajian. Daripada jumlah populasi tersebut,
sebanyak 30% sampel akan dipilih untuk menjadi responden.
2.9.1 Rawak mudah
Persampelan rawak mudah akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat proses
mencabut sesuatu sample dengan unit-unit asas yang dipilih secara individu atau satu demi
satu dan secara langsung melalui sesuatu proses yang dipanggil “rawak”. Melalui proses-
proses tersebut, setiap unit yang belum terpilih mempunyai kebarangkalian untuk dipilih pada
tiap-tiap cabutan.
3.0 Instrumen kajian
Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Borang soal
selidik yang akan digunakan dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:
i. Bahagian A: Sosio-demografi responden
ii. Bahagian B: Persepsi/ tanggapan masyarakat terhadap golongan OKU
iii. Bahagian C: Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan
iv. Bahagian D: Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah
IPTA/IPTS
3.1 Kebolehpercayaan Instrumen.
Untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen ini, satu kajian rintis akan dijalankan
dengan menggunakan kajian pilot iaitu sebanyak 10 orang responden yang terdiri daripada
individu yang mempunyai kawan, keluarga dan saudara-mara yang terdiri daripada golongan
OKU. Instrumen ini akan diuji sebanyak dua kali iaitu satu kajian lagi akan diuji kepada 10
orang responden lain dikawasan lain. Kajian rintis ini penting untuk memastikan instrumen ini
boleh dipercayai dan dapat memenuhi matlamat kajian ini.
3.5.2 Manual Skor.
Bahagian ini akan menerangkan skala yang digunakan dan cara memperolehi skor.
Penerangan dibuat seperti berikut:
a) Skala Pengukuran:
i) Bahagian A: Maklumat mengenai sosio-demografi responden adalah berbentuk
soalan terbuka. Soalan ini digunakan untuk mendapatkan maklumat profil
sosio demografi responden. Antara bentuk soalan tersebut adalah seperti
umur, jantina, agama, bangsa, tahap akademik, pekerjaan ibu bapa, jumlah
pendapatan ibu bapa dan bilangan adik-beradik (jika berkaitan).
ii) Bahagian B: Maklumat pada bahagian ini adalah berkaitan dengan persepsi/
tanggapan masyarakat terhadap golongan OKU. Antaranya ialah, kesukaran
golongan OKU berinteraksi dengan orang lain, tersisih daripada kelompok
masyarakat, suka menyendiri, golongan OKU sukar berdikari sendiri dan
sebagainya.
Skala yang digunakan adalah skala Likert seperti berikut:
1. Sangat Tidak Setuju.
2. Tidak Setuju.
3. Tidak Pasti.
4. Setuju.
5. Sangat Setuju.
iii) Bahagian C: Maklumat pada bahagian ini adalah berkaitan dengan kesukaran
golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Antaranya, golongan
OKU kurang kemahiran komunikasi, pihak majikan perlu mengeluarkan kos
yang tinggi untuk menerima golongan OKU, golongan OKU didiskriminasi
dalam mendapatkan peluang peluang pekerjaan, tiada kemahiran teknikal,
golongan ini tidak berupaya dalam melakukan sesuatu kerja.
Skor bagi item-item ini adalah seperti berikut:
1. Sangat Tidak Setuju.
2. Tidak Setuju.
3. Tidak Pasti.
4. Setuju.
5. Sangat Setuju.
iv) Bahagian D: Maklumat bahagian ini adalah berkaitan dengan kesukaran
golongan OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah/IPTA/IPTS.
Antranya, golongan OKU memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk
kemudahan OKU, golongan ini sering dipandang rendah dalam mendapatkan
pendidikan, kurang institusi pendidikan bagi golongan OKU, golongan ini suka
menyendiri dan merasa rendah diri dan golongan ini kurang diberi perhatian.
Berikut:
5. Sangat Tidak Memuaskan.
4. Tidak Memuaskan.
3. Tidak Pasti.
2. Memuaskan.
1. Sangat Memuaskan.
v) Bahagian D: Maklumat bahagian ini adalah berkaitan dengan cabaran yang
dihadapi oleh golongan OKU dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam. Antaranya,
kerajaan memberi peruntukkan yang sedikit bagi golongan OKU, golongan OKU sukar untuk
mendapatkan kemudahan di tempat beli-belah seperti laluan berkerusi roda,lif khas dan
sebagainya, kesukaran mendapatkan kemudahan di tempat awam seperti LRT bagi goongan
ini, stesen bas yang tidak mesra OKU dan paking kereta untuk golongan ini sangat terhad.
berikut:
5. Sangat Tidak Memuaskan.
4. Tidak Memuaskan.
3. Tidak Pasti.
2. Memuaskan.
1. Sangat Memuaskan.
3.2 Pengumpulan Data
Data bagi kajian ini akan dikumpulkan dengan mengambil kira data primer. Data-data
ini dapat diperolehi daripada para responden yang akan disoal selidik. Kaedah tinjauan pula
digunakan untuk mengenal pasti keadaan persekitaran kawasan kajian. Data-data ini akan
diperolehi setelah melakukan kajian di lokasi yang telah dikenalpasti. Proses pengumpulan
data akan mengambil masa 4 bulan untuk dilaksanakan bagi mendapatkan data-data yang
dapat memenuhi matlamat kajian ini.
3.3 Penganalisis Data
Data-data yang akan diperolehi dalam kajian ini akan dibuat dalam bentuk peratusan
dan dibuat berasaskan kepada kekerapan pembolehubah bersandar. Segala data yang
diperolehi daripada para responden akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif.
Data-data yang akan dianalisis adalah seperti maklumat sosio demografi, persepsi masyarakat,
kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan, kesukaran dalam
mendapatkan pendidikan dan kesukaran dalam mendapatkan kemudahan di tempat
awam.Perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) dan juga perisian
Minitab digunakan untuk menganalisis data-data yang akan diperolehi.
3.4 Rumusan
Dalam kajian yang akan dijalankan ini, metodologi adalah satu aspek yang sangat
penting untuk memastikan matlamat kajian ini dapat dicapai. Perkara yang ditekankan dalam
bab ini seperti rekabentuk kajian, lokasi kajian, kaedah persampelan, instrumen yang
digunakan, teknik pengumpulan data dan juga penganalisisan data. Perkara ini perlulah jelas
bagi memastikan data-data yang dikumpul itu sah dan boleh dipercayai. Data-data ini akan
dikumpul dengan menggunakan kaedah tertentu bergantung kepada jenis yang akan dibuat.
Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini seperti tinjauan, soal selidik dan temubual
peribadi. Kaedah-kaedah ini perlu dibuat bagi menentukan keberkesanan proses pengumpulan
data.
Bibiografi
Rohani Ibrahim. Mengiktiraf peranan OKU. Utusan ONLINE (11/12/2010). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm assessed on 26 November 2012
Karim Sulaiman. Kurang kemudahan halangan utama OKU sertai kegiatan bermasyarakat. Berita harian ONLINE (22/05/2010).
www.bharian.com.my/article/kurang kemudahan halangan utama OKU sertai kegiatan kemasyarakat/ article assessed on 26 November 2012
Dr.Hajah Sarimah Ismail. Halangan orang kurang upaya (pendengaran di Malaysia mendapat pekerjaan) medc.com.my/medc/seminar_medc (ONLINE) 3 Disember 2012
Amir Hanif B. Abdullah. Persepsi golongan OKU mengenai Program Latihan Vokasional yang dijalankan di pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan. www.tp.utm.my/e Pusat Sumber/pdf/Amir Hanif (ONLINE) assessed on 3 Disember 2012
Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, Norasuzaina Sujak. Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia.
http://pkukmweb.ukm.my/jtlhe/pdf/3%20SOKONGAN%20DAN%20HALANGAN.pdf (ONLINE) assessed on 2 Disember 2012
Susan bte Edwin. Faktor-faktor yang mempengaruh kurangnya pengambilan golongan orang kelainan upaya (oku) bekerja di sektor swasta.http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SUSANAP073045D2012TTP.pdf (ONLINE) assessed on 24 November 2012
t.p., 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.