Post on 02-Feb-2016
description
Ringkasan Jurnal
KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN e-PEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172
Penulis:
RUBIAH OMAR & JAMILAH HJ. AHMAD (2009)
Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam
kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap
kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap
perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang
diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan
penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi
diragui.
Persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaian terhadap
hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan
kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini
melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan
perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap
kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar.
Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan,
universiti harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal,
perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain
(Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmanakah
kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka,
dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah
e-pembelajaran ini.
1
Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap
penerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran
dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah
dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam
pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran berupaya mempercepatkan
pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Penerimaan e-pembelajaran
dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atas
talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapat menyumbang kepada
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel.
Kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah kajian ini
turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk
digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah dijalankan
berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan
penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajian terdiri
daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang
menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaan e-
pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep
dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-pembelajaran.
Kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran
dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama adalah e-pembelajaran sebagai satu
kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar. Konsep kedua ialah e-pembelajaran
sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala konsep seterusnya
pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan proses pembelajaran
dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantiti pelajar
yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kesedaran, penilaian dan
penerimaan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran adalah baik serta penerimaan
aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang
memuaskan (Zailan & Azmi, 2006).
2
Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk
budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era
pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan
jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan lagi
kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta
perkembangan kemajuan teknologi masa kini.
3