Ruj.kami : MBPJ/090100/T/A6/Jld12 (43 ) · PDF filepelupusan, MBPJ akan meletakkan 2 tong...

Post on 06-Feb-2018

234 views 0 download

Transcript of Ruj.kami : MBPJ/090100/T/A6/Jld12 (43 ) · PDF filepelupusan, MBPJ akan meletakkan 2 tong...

From: Sekretariat Media MBPJ/MBPJ

To: Media All MBPJ, Media News MBPJ

cc: Zainun Zakaria/MBPJ@MBPJ, Ahmad Iskandar Mohamad Mukhtar/MBPJ@MBPJ, Mat Nizam

Aziz/MBPJ@MBPJ, Intan Khairana Md Zali/MBPJ@MBPJ

Date: Wednesday, November 04, 2015 05:39PM

Subject: KENYATAAN AKHBAR : KEMPEN KUTIPAN SAMPAH PUKAL “SPRING CLEANING” SEMPENA SAMBUTAN

DEEPAVALI BAGI TAHUN 2015

Ruj.kami : MBPJ/090100/T/A6/Jld12 (43 )Tarikh : 4 November 2015

KENYATAAN AKHBAR

KEMPEN KUTIPAN SAMPAH PUKAL “SPRING CLEANING” SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI BAGI

TAHUN 2015.

Sempena Sambutan Deepavali bagi tahun 2015, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

akan mengadakan Kempen “Spring Cleaning” di seluruh kawasan kejiranan di Petaling Jaya bermula 31 Oktober

2015 hingga 8 November 2015.

Kempen ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan tong sampah secara percuma kepada penduduk Petaling

Jaya yang ingin melupuskan sampah pukal sempena sambutan Deepavali. Bagi memudahkan kerja-kerja

pelupusan, MBPJ akan meletakkan 2 tong sampah dengan kapasiti 3 tan setiap satu di lokasi, masa dan tarikh

yang ditetapkan seperti jadual dibawah. Perkhidmatan ini akan diberi secara ‘first come first serve’ sehingga

kouta kapasiti lori penuh.

JADUAL KEMPEN “SPRING CLEANING” SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI DI PETALING JAYA

TARIKH MASA KAWASAN

31/10/2015 (Sabtu)10.00 am – 2.00 pm

· PJS 5.

· SEKSYEN 18.

1/11/2015 (Ahad) 10.00 am – 2.00 pm· SS 5.

· SEKSYEN 8.

7/11/2015 (Sabtu) 10.00 am – 2.00 pm· PJS 10.

· PJS 1.

8/11/2015 (Ahad) 10.00 am – 2.00 pm· SEKSYEN 1A.

Kempen ini hanya menerima sampah ‘Bulk Waste’ jenis perabot, peralatan elektrik dan barangan rumah sahaja.

Sampah lain seperti sisa makanan, sampah domestik, sampah kebun dan sampah komersial TIDAK

DIBENARKAN.

MBPJ mengalu-alukan penglibatan semua penduduk dan organisasi penduduk bagi menjayakan kempen ini

demi menjamin kebersihan dan keindahan kawasan Petaling Jaya yang bebas daripada sampah haram.

http://webmail.mbpj.gov.my:90/mail/maziz.nsf/($Inbox)/7F6368E27BA...

1 of 2 05/11/2015 10:08 AM

Penduduk Petaling Jaya dijemput untuk mendapatkan perkhidmatan ini melalui Ahli Majlis kawasan atau

Urusetia Program, Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi alamat berikut :-

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya,

Tingkat 21, Menara MBPJ

46675 Petaling Jaya.

Tel : 03-7954 1440

Email :marini@mbpj.gov.my

Sekretariat MediaUnit Komunikasi KorporatMajlis Bandaraya Petaling Jaya

Laman web: www.mbpj.gov.my, facebook: Majlis Bandaraya Petaling Jaya , twitter: pjcitycouncil, emel: media@mbpj.gov.my Tel : 03-79563544sambungan 206/208, Faks : 03-79582695. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:Unit Komunikasi Korporat, MajlisBandaraya Petaling Jaya

http://webmail.mbpj.gov.my:90/mail/maziz.nsf/($Inbox)/7F6368E27BA...

2 of 2 05/11/2015 10:08 AM