PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI...

28
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 111 BAB A6 PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA PENGENALAN Pembangunan industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an didorong oleh keperluan semasa masyarakat Islam untuk mempunyai alternatif insurans yang mematuhi keperluan Syari’ah selain dari insurans konvensional, juga untuk melengkapkan operasi perbankan Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983. Desakan ke arah perubahan ini semakin meningkat apabila dicetuskan melalui fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia, yang memutuskan bahawa kontrak insurans hayat yang ada pada waktu itu adalah tidak sah (haram) disebabkan oleh kehadiran unsur-unsur Gharar (ketidakpastian), Riba dan Maisir (perjudian). Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi undang-undang Islam. Jawatankuasa itu kemudiannya telah mengemukakan laporan dan draf Akta Takaful, yang akhirnya telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984. Akta Takaful 1984 adalah sumber undang-undang Takaful di Malaysia di mana Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 (Akta) adalah Akta yang memperuntukkan peraturan kawalselia perniagaan Takaful di Malaysia dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful. A6.1 SEPINTAS LALU INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984- 2010

Transcript of PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI...

Page 1: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 111

BAB A6

PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN

INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

PENGENALAN

Pembangunan industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an

didorong oleh keperluan semasa masyarakat Islam untuk mempunyai

alternatif insurans yang mematuhi keperluan Syari’ah selain dari

insurans konvensional, juga untuk melengkapkan operasi perbankan

Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983.

Desakan ke arah perubahan ini semakin meningkat apabila dicetuskan

melalui fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Malaysia, yang memutuskan bahawa kontrak insurans hayat yang ada

pada waktu itu adalah tidak sah (haram) disebabkan oleh kehadiran

unsur-unsur Gharar (ketidakpastian), Riba dan Maisir (perjudian).

Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi undang-undang

Islam. Jawatankuasa itu kemudiannya telah mengemukakan laporan

dan draf Akta Takaful, yang akhirnya telah diluluskan oleh Parlimen

pada tahun 1984. Akta Takaful 1984 adalah sumber undang-undang

Takaful di Malaysia di mana Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada

Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 (Akta) adalah Akta yang

memperuntukkan peraturan kawalselia perniagaan Takaful di

Malaysia dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful.

A6.1 SEPINTAS LALU INDUSTRI TAKAFUL DI

MALAYSIA

Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984- 2010

Page 2: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

112 Amalan Asas Takaful

Isu 1984 2010

Pengendali

Takaful

Satu pengendali komposit

dengan modal berbayar

RM10 juta, yang menjadi

asas kepada industri

Takaful.

Sembilan pengendali

komposit dengan modal

minimum RM100 juta

setiap pengendali, yang

menggalakkan

persaingan yang sihat

dalam industri.

Pelabur /

Pemegang

Saham

Bank Islam, Majlis

Agama Negeri dan

Yayasan Dakwah Islam.

Kumpulan Pelabur yang

terdiri dari pelabur

swasta, kumpulan

perbankan, insurer dan

reinsurer.

Produk Produk terhad, tumpuan

hanya kepada Takaful

motor, kebakaran dan

gadaijanji. Produk

Takaful am menguasai

63% pasaran (

sumbangan / premium

kasar)

Pelbagai pilihan produk

dengan ciri-ciri yang

lebih sofistikated.

Produk Takaful keluarga

menguasai 71% pasaran

(sumbangan/ premium

kasar).

Pelanggan Majoriti orang Islam Islam dan juga bukan

Islam, dengan jangkaan,

keutamaan, kehendak

dan keperluan yang

berbeza.

Saluran

Pengagihan

Cawangan-cawangan,

Pegawai Pemasaran dan

Meja Takaful.

Cawangan-cawangan,

Pegawai Pemasaran,

Anggota Agensi,

BankaTakaful, broker,

internet dan pakatan

kerjasama startegik.

Page 3: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 113

Bentuk

Pelaburan

Terhad kepada deposit

Islam dan Sekuriti Islam

kerajaan.

Instrumen pelaburan

yang lebih luas yang

diterbitkan oleh kerajaan

dan sektor swasta.

Dalam usaha untuk membangunkan industri Takaful di Malaysia,

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa pendekatan

yang dibahagikan kepada tiga fasa:

Fasa I (1984-1992)

Bermula dengan enakmen undang-undang kawalselia, iaitu Akta

Takaful 1984 dan penubuhan pengendali Takaful yang pertama

pada tahun 1984. Akta yang masih digunakan ini digubal untuk

mengawal tatacara urus niaga Takaful dan mewajibkan

pendaftaran setiap Pengendali Takaful. Akta juga

memperuntukkan peraturan penubuhan Jawatankuasa Syari’ah

bagi memastikan operasi perniagaan Pengendali Takaful

mematuhi prinsip-prinsip Syari’ah.

Fasa II (1993-2000)

Mula memperlihatkan persaingan dalam industri Takaful dengan

kemunculan beberapa Pengendali Takaful yang mula memasuki

pasaran. Tempoh ini juga menyaksikan kerjasama yang lebih erat

di kalangan Pengendali Takaful di rantau ini termasuk

pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan

penubuhan ASEAN ReTakaful International (L) Ltd pada tahun

1997. Ini telah membantu urusan Takaful semula di kalangan

Pengendali Takaful di Malaysia dan di rantau Asean seperti

Brunei, Indonesia dan Singapura.

Fasa III (2001-2010)

Bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan

(PISK) pada tahun 2001 yang antara lain objektifnya ialah untuk

Page 4: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

114 Amalan Asas Takaful

meningkatkan keupayaan Pengendali Takaful dan mengukuhkan

rangka kerja undang-undang, Syari’ah dan peraturan kawalselia.

Seksyen PISK yang berkaitan dengan Perbankan Islam dan

Takaful ialah pelan tindakan ke arah merealisasikan aspirasi

menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam

antarabangsa. Fasa ini juga telah menyaksikan kadar

pertumbuhan yang pesat dalam pembangunan industri Takaful,

dengan penubuhan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) pada

tahun 2002, sebuah persatuan bagi Pengendali Takaful. MTA

bercita-cita untuk meningkatkan kawal selia diri dalam industri

melalui keseragaman dalam amalan pasaran dan menggalakkan

tahap kerjasama yang tinggi di kalangan pemain dalam usaha

membangunkan industri.

A6.2 PERKEMBANGAN KAWALAN PERATURAN

TAKAFUL

Seperti yang diterangkan sebelum ini, Takaful bukanlah suatu kontrak

pertukaran jual beli. Di bawah kontrak Takaful, risiko tidak

dipindahkan dan dilindungi oleh pengendali. Dari perspektif konsep

saling membantu dan berkerjasama, ia adalah satu persetujuan dan

jaminan bersama di kalangan peserta. Apabila ia diterjemahkan ke

dalam operasi praktikal, ia adalah suatu kontrak mudharabah,

wakalah, gabungan antara kedua-duanya atau wakaf, di antara peserta

dan pengendali.

Sebagai pemegang amanah peserta, Pengendali Takaful juga

bertindak sebagai pemegang amanah awam, di mana peserta

menyumbang dengan objektif dan kewajipan yang berbeza seperti

yang ditunjukkan dalam dana Takaful. Selaras dengan tanggungjawab

amanah ini, ia menjadi tanggugjawab Pengendali Takaful untuk

melindungi kepentingan orang ramai bagi memastikan operasi

perniagaan Takaful dikawalselia dan tadbir urus dengan baik.

Dalam hal ini, rangkakerja operasi dan kawal selia perniagaan

Takaful di Malaysia dikawal oleh peraturan-peraturan berikut:

Page 5: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 115

Akta Syarikat 1965

Akta Takaful 1984

Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan

Islam (AAOIFI)

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

Akta Bank Negara Malaysia 2009

Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB)

Akta Cukai Pendapatan 1967

6.2.1 Akta Syarikat 1965

Di Malaysia, Pengendali Takaful haruslah merupakan entiti korporat

dengan liabiliti terhad dan modal berbayar yang telah ditetapkan.

Bagi tujuan ini, pengendali mestilah sebuah syarikat yang

diperbadankan di bawah Akta ini. Pengendali menjadi entiti yang sah

di sisi undang-undang untuk berurusan dengan ahli-ahli dan pegawai-

pegawai termasuk pengarah, seperti yang ditakrifkan dalam Akta, dan

perkara-perkara yang berkaitan dengan objektif, kuasa dan kuatkuasa.

6.2.2 Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA)

Rangka kerja yang berkuat kuasa pada bulan Julai 2007 merupakan

suatu usaha industri yang bertujuan memperbaiki lagi amalan

penyelesaian premium insurans am dengan menumpukan usaha

menyelaraskan akaun, bayaran premium dan bayaran komisen antara

broker dan syarikat insurans atau Pengendali Takaful. Ia juga

memberi penegasan tentang penguatkuasaan yang lebih berkesan

terhadap syarat-syarat waranti premium bagi kelas tertentu insurans

dan Takaful bukan motor agar ia dapat mengurangkan risiko yang

ditanggung oleh penanggung insurans dan Pengendali Takaful bagi

polisi yang bayaran premiumnya masih belum diterima.

Perlaksanaan Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA) oleh

Pengendali Takaful meningkatkan lagi tahap profesionalisme dalam

industri Takaful.

Page 6: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

116 Amalan Asas Takaful

ITA memberi tumpuan kepada:-

tatacara atau perlakuan para pengamal Takaful dan intermediari;

dan

membantu penubuhan suatu mekanisma berpusat yang berfungsi:

pendaftaran intermediari Takaful,

mekanisma penguatkuasaan dan

rangkakerja disiplin bagi memastikan ia dipatuhi oleh

ahlinya.

Pelaksanaan ITA akan menggalakkan etika kerja dan perlakuan yang

lebih teratur dan memastikan amalan pasaran yang lebih konsisten di

kalangan Pengendali Takaful, di samping menggalakkan persaingan

yang adil dikalangan penanggung insurans dan Pengendali Takaful.

6.2.3 Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia

Peraturan-Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia

diperkenalkan dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Adalah

penting bagi para profesional perkhidmatan kewangan di Amerika

Syarikat dan di tempat-tempat lain untuk berhati-hati apabila

berurusan dengan pendatang atau warganegara Malaysia yang

berkaitan dengan kepentingan insurans dan pelaburan di Malaysia.

Umum perlu mengetahui bahawa Bank Negara Malaysia adalah bank

pusat bagi Malaysia. Bank Negara Malaysia berfungsi mengawal:

Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan

Kawalselia Insurans dan Takaful

A6.3 RANGKA KERJA PERUNDANGAN INDUSTRI

TAKAFUL

Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi Syari’ah Islam.

Jawatankuasa ini telah mengemukakan laporan dan akhirnya Akta

Takaful telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984. Akta

Page 7: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 117

Takaful 1984 adalah sumber undang-undang Takaful di Malaysia.

Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful

1984. Seksyen 53A Akta Takaful 1984 mengkehendaki pengendali

Takaful membentuk Jawatankuasa Syari’ah masing-masing. Akta

Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan peruntukan

undang-undang perniagaan Takaful di Malaysia dan tujuan-tujuan

lain yang berkaitan dengan Takaful.

Undang-undang am yang mempengaruhi Takaful meliputi prinsip-

prinsip am kontrak di mana mesti ada ijab (tawaran) dan qabul

(penerimaan), dan juga pengeluaran nota perlindungan atau nota

perlindungan sementara (yang mana berkenaan) kerana sijil Takaful

adalah satu kontrak yang mengikat semua pihak. Pertimbangan atau

balasan yang wujud dalam kontrak ialah peserta membuat bayaran

premium atau sumbangan secara berkala, sementara pengendali

Takaful menjanjikan bayaran indemniti kepada peserta / pihak yang

diinsuranskan.

Perlaksanaan Akta Takaful dilengkapkan dengan pengenalan

Peraturan Takaful (Peraturan) dimana Bank Negara Malaysia (BNM)

menyatakan dengan terperinci tentang keperluan-keperluan mandatori

yang terkandung dalam peruntukan tertentu dibawah Akta berkenaan.

A6.4 MAJLIS PENASIHAT SYARI’AH DAN

JAWATANKUASA SYARI’AH

Majlis Penasihat Syari’ah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 1997.

Objektif penubuhan adalah untuk meneliti dan menimbangkan

sebarang keputusan Syari’ah mengenai perniagaan perbankan Islam

dan Takaful di bawah penyeliaan BNM. Majlis ini bertanggungjawab

untuk menyelaraskan pentafsiran Syari’ah bagi perkara-perkara yang

di bawah bidang kuasa mereka.

Akta BNM 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun

2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syari’ah.

Pindaan tersebut telah memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai

Page 8: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

118 Amalan Asas Takaful

sebuah badan yang berwibawa dan mempunyai hak ke atas perkara

Syari’ah yang berkaitan dengan kewangan Islam dan Takaful. Status

Majlis telah dinaiktaraf sebagai pusat rujukan bagi mahkamah

Malaysia untuk isu-isu berkaitan dengan kewangan Islam dan

Takaful.

6.4.1 Majlis Penasihat Syari’ah (SAC) – Bank Negara Malaysia

BNM telah meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 bertujuan

meningkatkan peranan dan fungsi SAC dalam hal berkaitan

Perbankan Islam dan Takaful. Pindaan ini telah mengiktiraf kuasa

SAC sebagai badan berkuasa tunggal Syari’ah berkaitan kewangan

Islam. Sebagai sebuah badan berkuasa tunggal Syari’ah, SAC akan

menjadi pusat rujukan bagi pertikaian melibatkan isu-isu perbankan

Islam, kewangan dan Takaful yang dirujuk oleh mahkamah atau

penimbang tara. Untuk menjadikannya sebagai sebuah badan yang

berkesan, SAC beroperasi sebagai sebuah badan bebas dengan tahap

integriti yang tinggi demi meraih keyakinan orang ramai. Dengan

cara ini, ia akan dapat merangsang perkembangan industri ketahap

yang lebih tinggi. Terdapat keperluan yang mendesak untuk

menentukan hubungan diantara SAC dan badan-badan Syari’ah lain

yang bertindak sebagai penasihat dalam industri. Sebuah badan

Syari’ah industri yang dikenali sebagai Majlis Penyeliaan Syari’ah

(SSC) telah diperkenalkan dan akan memainkan peranan sebagai

pelengkap dan sokongan kepada SAC.

Bank Negara Malaysia telah menyediakan satu garis panduan

pematuhan SSC bagi institusi kewangan Islam, di mana SSC akan

mengawal tadbir urus institusi Kewangan Islam. Objektif garis

panduan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut:-

merangka peraturan, undang-undang dan prosedur penubuhan

SSC.

menetapkan peranan, bidang tugas dan tanggungjawab SSC.

menetapkan had hubungan dan kaedah perlaksanaan tugas SSC

dan SAC.

Page 9: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 119

6.4.2 Jawatankuasa Syari’ah (SC) – Pengendali Takaful

Setiap Pengendali Takaful dikehendaki membentuk satu

jawatankuasa SSC, selaras dengan keperluan Akta Takaful 1984.

Keterangan lanjut garis panduan mengenai kawalselia SSC adalah

seperti berikut:

Perlantikan ahli

Berdasarkan dari cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa

Penamaan, Lembaga Pengarah akan melantik SSC. Perlantikan

ahli SSC perlu mendapat persetujuan bertulis dari Bank Negara

Malaysia. Perlantikan ahli SSC adalah sah untuk tempoh dua

tahun dan keahlian boleh diperbaharui.

Kelayakan

Nama yang dicadangkan untuk menjadi ahli lembaga SSC

mestilah mempunyai sijil kelayakan atau mempunyai

pengetahuan yang diperlukan, kepakaran atau pengalaman dalam

bidang perundangan Islam (Usul al-Fiqh) atau urus niaga

Islam/undang-undang komersil (Fiqh al-Mu'amalat). Walau

bagaimanapun, memiliki sijil kelayakan dalam bidang / mata

pelajaran yang dinyatakan diatas bukanlah syarat wajib, tetapi

calon perlu mempunyai kepakaran atau pengalaman yang

diperlukan dalam bidang berkaitan.

Jumlah Keahlian

Jumlah keahlian dalam SSC hendaklah mengandungi sekurang-

kurangnya tiga (3) orang ahli. Sebagai tambahan, sekurang-

kurangnya seorang pegawai hendaklah dilantik, di mana calon

berkenaan perlu memiliki pengetahuan dalam bidang Syari’ah

dan akan bertugas di sekretariat SSC.

Page 10: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

120 Amalan Asas Takaful

Had Sekatan SSC

Selaras dengan peruntukan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara

Malaysia 1958, pengendali Takaful tidak dibenarkan melantik

mana-mana ahli Majlis Penasihat Syari’ah (SAC) dilantik sebagai

ahli SSC.

Tugas dan Tanggungjawab SSC

Mestilah tidak terlibat dalam kumpulan pengurusan syarikat

Takaful. Tugas Pengurusan dan dasar syarikat adalah

tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelicinan

perjalanan operasi pengendali Takaful, tugas dan tanggungjawab

SSC ditetapkan seperti berikut:

o mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan

pematuhan syarikat terhadap keperluan Syari’ah, dalam

Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang-Pemegang Saham.

o mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi

kontrak agar ia selaras dengan semangat dan objektif fatwa.

o memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau

kemusykilan syarikat berkaitan isu perundangan Islam dalam

Takaful. Keputusan hendaklah dibuat secara sebulat suara

(syura), bukan berdasarkan keputusan majoriti.

o mengemukakan pendapat / cadangan yang difikirkan wajar

serta memberi nasihat agar perkara berbangkit dirujuk ke

Majlis Penasihat Syari’ah.

A6.5 BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia sebagai badan pengawal dan penyelia industri

Takaful telah merangka dan memperkenalkan rangka kerja kawal

selia bagi mengimbangi objektif:

1. Pengawal

2. Pengendali

Page 11: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 121

3. Pengguna

4. Pemegang saham tempatan dan antarabangsa

Tujuan utama rangka kerja adalah untuk memastikan agar pengantara

/ intermediari Takaful mendapat maklumat yang mencukupi

mengenai bakal peserta sebelum memberikan nasihat yang wajar dan

kesesuaian sesuatu produk Takaful keluarga kepada bakal peserta.

Garis panduan diperkenalkan untuk meningkatkan tahap

profesionalisme dan kebertanggungjawaban pengantara Takaful serta

melindungi kepentingan peserta dengan memastikan bahawa mereka

berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan yang betul

apabila menyertai skim Takaful keluarga.

6.5.1 Objektif Penyeliaan

Mengekalkan kestabilan industri Takaful

Memupuk keyakinan orang ramai terhadap industri Takaful

Menggalakkan standard kawal selia yang terbaik dalam

pengurusan pengendali Takaful

Memastikan pengguna diberitahu sepenuhnya sebelum

membuat keputusan

Mengintegrasikan usaha penyeliaan yang merentasi

sempadan dan sektor.

Bank Negara Malaysian memainkan peranan penting dalam:

Memastikan pengendali Takaful melaksanakan urusniaga

dengan cara yang terbaik demi manfaat para peserta.

Memastikan operasi pengendali Takaful mengikut keperluan

Syari’ah.

Memupuk keyakinan orang ramai terhadap Takaful dan

kewangan Islam secara keseluruhannya.

Menggalakkan amalan pemasaran yang baik serta

mengukuhkan tadbir urus korporat.

Page 12: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

122 Amalan Asas Takaful

Memastikan saluran sumber ekonomi yang berkesan dan

sesuai. Mengekalkan kestabilan sistem kewangan secara

keseluruhannya.

BNM sebagai badan pengawal dan penyelia industri Takaful telah

mengeluarkan beberapa surat pekeliling dan garis panduan seperti

yang termaktub dalam Perundangan Tadbir Urus yang disediakan

oleh senarai pekeliling dan garis panduan BNM (www.bnm.gov.my).

Untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Kelakuan Pasaran dan

Perlindungan Pengguna, Bank Negara Malaysia telah mengenal pasti

aspek-aspek berikut:

Pendedahan kepada pengguna - Memastikan peserta

memperolehi akses kepada maklumat yang tepat, cepat dan

berkaitan.

Kecekapan Pengantara - pengawasan yang lebih rapi amat

diperlukan bagi memastikan amalan jualan yang betul

memandangkan manfaat yang ditawarkan adalah tidak

dijamin.

Pendidikan Pengguna - Memupuk kesedaran yang lebih

tinggi dan pemahaman tentang risiko serta hak-hak berkaitan

produk Insurans dan Takaful.

Saluran Sedia ada - mekanisme penyelesaian pertikaian yang

menawarkan kaedah penyelesaian pertikaian dengan kadar

segera.

A6.6 AKTA TAKAFUL 1984

Akta Takaful 1984 adalah sumber perundangan Takaful di Malaysia.

Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful

1984. Akta Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan

peruntukan undang-undang perniagaan Takaful di Malaysia dan

tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful.

Antara Peruntukan Utama yang terkandung dalam Akta Takaful 1984

ialah:

Page 13: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 123

Penubuhan anak syarikat (subsidiari) dan pembukaan pejabat

cawangan.

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful

mendapatkan lesen kelulusan dari BNM terlebih dahulu sebelum

membuka pejabat dalam negeri atau luar negara.

Dana Takaful dan Dana Pemegang Saham

Pengendali Takaful perlu menyelenggara dana berasingan untuk

urusniaga di Malaysia dan luar negara, serta urusniaga Takaful

Keluarga dan Takaful Am, di samping memastikan aset yang

mencukupi dalam dana Takaful bagi memenuhi liabiliti.

Modal Berbayar Minimum

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful yang

diperbadankan di Malaysia perlu mempunyai dan mengekalkan

modal berbayar minimum sebanyak:

RM35 juta pada atau sebelum 31st Dec 1998

RM50 juta pada atau sebelum 31st Dec 2000

RM100 juta pada atau sebelum 30th June 2001

Margin Kesolvenan Minimum

Margin Kesolvenan yang bertindak sebagai penahan (cushion)

terhadap turun naik di luar jangkaan dalam tuntutan dan/atau

kerugian pelaburan. Peraturan telah menetapkan bahawa

Pengendali Takaful berlesen perlu mengekalkan margin

kesolvenan minimum. Jumlah minimum yang dikehendaki

dibawah Akta bagi setiap kelas perniagaan (Takaful Keluarga dan

Takaful Am) ialah:-

RM40 juta, bermula dari 1 Januari 2000

RM50 juta, bermula dari 1 Januar1 2001

Page 14: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

124 Amalan Asas Takaful

Arahan dan Kawalan terhadap Pengendali Takaful yang Ingkar

Satu sistem amaran awal disediakan bagi Pengendali Takaful

yang mematuhi margin kesolvenan minimum tetapi mencatatkan

pulangan perniagaan yang merugikan atau menghadapi

kekurangan margin kesolvenan.

Kuasa memeriksa dan menyiasat oleh BNM, penggulungan

syarikat dan memindahkan lesen perniagaan.

Tugas penyeliaan urusniaga Takaful meliputi pemeriksaan

tatalaku urus niaga komersial, aktuari dan tatalaku pasaran

perniagaan Pengendali Takaful serta cawangannya. Pemeriksaan

juga meliputi kajian semula secara mendalam dan penilaian

Perolehan, Pengurusan, Aset dan Kesolvenan (Earning,

Management, Assets and Solvency - EMAS ).

Penguatkuasaan Undang-undang oleh BNM terhadap

Kesalahan

Akta ini memberi kuasa kepada Gabenor BNM untuk

mengkompaun kesalahan di bawah Akta atau Peraturan, termasuk

mengenakan denda.

Perkara-Perkara berkaitan Sijil / Polisi dan peruntukan-

peruntukan am lain.

Peraturan menyediakan peruntukan bagi mempercepatkan

bayaran manfaat polisi di bawah sijil Takaful Keluarga atau

kemalangan diri. Ia juga mewujudkan amanah bagi pihak penama

yang merupakan pasangan (suami atau isteri), anak atau ibu bapa.

Mengendali aduan dan pertanyaan awam berkaitan isu Takaful

BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan di bawah

Jabatan Kawalan Insurans dan Takaful. Biro Perantaraan Insurans

dan Takaful telah ditubuhkan pada 1992 yang berfungsi sebagai

Page 15: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 125

saluran alternatif kepada orang ramai untuk mengendali aduan

mereka.

Dana Skim Jaminan Insurans

BNM diberi kuasa untuk menubuhkan dan mengurus Dana Skim

Jaminan Takaful (Takaful Guarantee Scheme Fund - (TGSF)

yang berasingan untuk perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful

Am, bagi polisi / sijil yang dikeluarkan di Malaysia. Penubuhan

TGSF bertujuan memenuhi liabiliti kesolvenan mana-mana

Pengendali Takaful. Dana ini dibiayai dari bayaran levi yang

dikenakan ke atas Pengendali Takaful berlesen.

A6.7 PERLINDUNGAN PENGGUNA

Biro Perkhidmatan Pelanggan

Pada 1 Julai 1998, BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan

Pelanggan (Customer Services Bureau - CSB) di bawah Jabatan

Kawalan Insurans, yang berfungsi sebagai pusat rujukan setempat

bagi semua aduan dan pertanyaan mengenai perkara-perkara

berkaitan insurans yang diterima daripada orang ramai.

Setiap pertanyaan atau aduan akan diserahkan kepada penyiasat

yang kemudiannya akan mengkaji kes tersebut bagi memastikan

syarikat insurans dan / atau pengendali yang terlibat telah

mematuhi semua keperluan statut insurans dan peraturan yang

berkenaan, serta pengguna telah dilayan secara adil. Ketika

mengendalikan kes berkaitan, penyiasat akan menghubungi

syarikat insurans / pengendali dan meminta mereka memberi

maklumbalas terhadap semua aspek aduan / pertanyaan. Setelah

siasatan dan kajian semula itu selesai, penyiasat akan

menyediakan dan menghantar laporan keputusan siasatan kepada

pengguna. Sekiranya difikirkan wajar, kes akan dirujuk kepada

Unit Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut, yang mungkin boleh

mengenakan tindakan denda / penalti pentadbiran.

Page 16: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

126 Amalan Asas Takaful

Kebanyakan aduan yang dibuat terhadap syarikat insurans

melibatkan:

kelewatan menyelesaikan tuntutan

pertikaian mengenai amaun tuntutan yang ditawarkan

kelewatan dalam urusan surat menyurat

menolak tuntutan / liabiliti disebabkan syarat-syarat polisi

pembatalan polisi / sijil

Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

Bank Negara Malaysia telah menubuhkan beberapa agensi bagi

memenuhi keperluan pengguna melalui penubuhan Biro

Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

yang berfungsi sebagai alternatif kepada mahkamah, untuk

menyelesaikan pertikaian di antara pengguna dan penyedia

perkhidmatan kewangan. FMB adalah sebuah organisasi bebas -

organisasi tidak berorientasikan keuntungan, yang diperbadankan

sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan, yang disokong

oleh ahli-ahlinya dengan levi tahunan, seperti yang ditentukan

oleh Lembaga Pengurusan bagi menampung semua perbelanjaan

Biro. Fungsi utama FMB ialah menyediakan saluran penyelesaian

pertikaian yang bebas, mudah, cekap dan percuma.

Perantaraan adalah satu alternatif kepada proses pendakwaan

mahkamah. Perantara menjadi pendamai kepada kedua-dua pihak

iaitu pengadu dan institusi terbabit, melalui proses meneliti dan /

atau menyiasat aduan yang diterima membabitkan isu dan pihak-

pihak yang terlibat. Perantara juga perlu meneliti tentang

keadaan, situasi dan isu-isu di luar amalan undang-undang dan

industri bagi setiap kes yang disiasat. Perantara boleh

membincangkan hasil siasatan dengan salah satu atau kedua-dua

belah pihak yang bertelagah apabila siasatan selesai. Sekiranya

kedua-dua pihak bersetuju dengan jalan penyelesaian yang

dicadangkan, perkara tersebut dianggap telah dapat diselesaikan.

Page 17: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 127

Sekiranya kedua-dua pihak tidak mencapai jalan penyelesaian,

perantara akan membuat keputusan berdasarkan:

o hasil siasatan dan kajian mengenai kes berkenaan

o amalan dalam industri berkaitan serta undang-undang yang

berkaitan

o maklum balas yang diterima dari penyedia perkhidmatan

kewangan

o maklumat / dokumen yang disediakan oleh pengadu

o pemerhatian perantara keatas kes diluar ketetapan undang-

undang atau amalan industri bagi setiap aduan, tuntutan atau

pertikaian.

Keputusan yang dibuat oleh perantara akan mengikat pihak

institusi terbabit tetapi tidak ke atas pengadu. Pengadu

mempunyai pilihan sama ada menerima keputusan perantara atau

memanjangkan kesnya ke pihak lain (jika ada). Penubuhan biro

ini adalah sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan

Pengguna Kebangsaan yang berperanan menyediakan

perkhidmatan perantaraan di bawah satu bumbung untuk

kemudahan dan keselesaan pengguna. FMB mempunyai

kakitangan yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi.

Bidang kuasa FMB telah diperluaskan kepada:

Aduan / pertikaian

Amaun tuntutan

Amaun

dipertingkatkan

Amaun terdahulu

Insurans/Takaful

Motor dan Kebakaran

Maksimum

RM200,000

Maksimum

RM100,000

Kerosakan Harta

Pihak Ketiga

Maksimum

RM5,000

-tiada-

Lain-lain Maksimum

RM100,000

- tiada-

Page 18: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

128 Amalan Asas Takaful

Pengecualian

FMB tidak akan memberi pertimbangan ke atas aduan, pertikaian

atau tuntutan yang berkaitan dengan:

Harga produk

Polisi-polisi berkaitan produk

Perkhidmatan ahli

Keputusan berkaitan kredit (diluluskan, ditolak &

penjadualan semula pinjaman)

Kes penipuan (selain dari kes yang tidak melebihi

RM25,000.00)

Kes yang mempunyai tempoh masa atau melebihi 6 tahun

Kes yang akan / telah dirujukkan ke mahkamah dan / atau

timbang tara.

A6.8 PERSATUAN-PERSATUAN DALAM INDUSTRI

Persatuan-persatuan yang wujud dalam industri adalah merupakan

persatuan mandatori, yang dinyatakan secara khusus dalam Akta.

Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful wajib menyertai atau

melanggan persatuan-persatuan mandatori berkaitan sebelum mereka

boleh memulakan aktiviti perniagaan. Jika pengendali tidak menyertai

persatuan, denda / penalti yang dikenakan ialah sebanyak RM80,000

dan RM16,000 setiap hari, seperti yang diperuntukkan di bawah

Seksyen 4(2) d dan 4(5) Akta Takaful, 1984.

Tujuan diwujudkan persatuan dalam industri adalah untuk

memudahkan proses kawal selia diri (self regulation) dikalangan

penggiat-penggiat industri. Ia juga memudahkan proses perantaraan

di antara pihak berkuasa dan industri. Ia akan menjadi platform utama

yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengawal industri.

Page 19: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 129

No. Nama Persatuan Objektif Utama

1. Persatuan Insurans

Am Malaysia

(PIAM)

Menggalakkan pembentukan

struktur insurans yang kukuh di

Malaysia.

Mengumpul dan menyebarkan

maklumat dan statistik yang

berkaitan dengan insurans am.

Membuat peraturan, undang-

undang, tarif dan undang-undang

kecil setelah dibincangkan dan

mendapat persetujuan Ketua

Pengarah Insurans (DGI) untuk

dilaksanakan oleh ahli-ahli

persatuan.

Mengendali ‘kumpulan motor tidak

berinsurans (unplaced motor pool)

dan Persatuan Perlindungan

Kebakaran.

Membantu dengan apa cara

sekalipun yang termampu untuk

mengurangkan kadar kerugian dan /

atau kemalangan, dan mencegah

jenayah.

Bekerjasama dengan persatuan

Takaful dalam usaha menggalakkan

perkembangan yang sihat dalam

industri insurans dan Takaful.

2. Persatuan Broker

Insurans dan

Takaful Malaysia

(Malaysian

Insurance and

Takaful Brokers

Association -

Menggalakkan dan mewujudkan

suasana perniagaan pembrokeran

yang berdaya saing, dengan

kerjasama dan panduan dari Ketua

Pengarah Isurans.

Menjaga dan mewakili kepentingan

ahli-ahli.

Page 20: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

130 Amalan Asas Takaful

(MITBA)

Membuat catatan mengenai

peristiwa, kenyataan dan pendapat

orang ramai yang boleh memberi

kesan kepada ahli, dan

menasihatkan mereka agar

memperjuangkan kepentingan

mereka dengan mengemukakan

pendapat atau pandangan sekiranya

difikirkan wajar.

Bekerjasama dengan Persatuan-

persatuan lain yang serupa

dengannya, di dalam atau di luar

negara.

Bekerjasama dengan mana-mana

badan perundangan atau persatuan

atau mana-mana badan yang serupa

dengannya yang dilantik bagi tujuan

pertimbangan, latihan, pindaan atau

pengubahan mana-mana undang-

undang yang berkaitan dengan

insurans.

3. Persatuan

Penyelaras

Kerugian Malaysia

(Association of

Malaysian Loss

Adjusters - AMLA)

Menggalak pembentukan struktur

penyelarasan kerugian yang

dinamik, dengan kerjasama dan

nasihat dari pihak berkuasa.

Menjaga dan mewakili kepentingan

ahli dengan apa cara sekalipun,

selaras dengan undang-undang dan

perlembagaan Malaysia.

Bekerjasama dengan lain-lain

persatuan yang serupa dengannya,

didalam atau diluar negara.

Menyebarkan maklumat yang

bermanfaat kepada ahli, membuat

perbandingan statistik dan

menerbitkannya, menyiarkan mana-

Page 21: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 131

mana maklumat penting yang

berkaitan dengan penyelarasan

kerugian.

Bekerjasama dengan mana-mana

badan perundangan atau persatuan

atau mana-mana badan yang serupa

dengannya yang dilantik bagi tujuan

pertimbangan, latihan, pindaan atau

pengubahan mana-mana undang-

undang yang berkaitan dengan

penyelarasan kerugian.

4. Persatuan Insurans

Hayat Malaysia

(Life Insurance

Association of

Malaysia - LIAM)

Menggalak dan mewakili

kepentingan ahli syarikat dan

industri insurans hayat.

Memberi khidmat nasihat dan

bantuan sewajarnya kepada ahli

syarikat apabila diperlukan.

Mengedarkan maklumat yang

memberi manfaat kepada ahli

syarikat, membuat perbandingan

statistik dan menerbitkannya,

menyiarkan mana-mana maklumat

penting yang berkaitan dengan

insurans hayat.

5. Persatuan

Kebangsaan

Penasihat Insurans

Hayat dan

Kewangan

Malaysia (National

Association of

Malaysian Life

Insurance and

Financial Advisors

(NAMLIFA)

Ditubuhkan pada tahun 1978

Sebuah persatuan untuk ejen-ejen

insurans hayat dan penasihat

kewangan Malaysia.

Menitikberatkan dan menjaga

kepentingan ahli-ahli yang terlibat

dalam bidang penjualan insurans

hayat dan pengurusan penjualan.

Menggalak dan meningkatkan tahap

profesionalisma dikalangan ahli-

Page 22: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

132 Amalan Asas Takaful

ahlinya melalui kerjasama dengan

lain-lain organisasi yang serupa

dengannya.

6. Persatuan Aktuari

Malaysia (The

Actuarial Society

of Malaysia -

ASM)

Menggalakkan pengajian dan

penyelidikan bidang aktuari dan

kaitannya dengan aspek-aspek

insurans hayat; manfaat persaraan

pekerja, kewangan dan pelaburan.

Membantu pelajar yang ingin

mendalami pengajian aktuari.

Menyediakan Jadual Kemortalan

berdasarkan pengalaman

kemortalan hayat yang

diinsuranskan di Malaysia.

7. Persatuan Insurans

Kebangsaan

Malaysia (National

Insurance

Association of

Malaysia - NIAM)

NIAM ditubuhkan pada 1973, terdiri

dari 45 ahli syarikat. Untuk

melayakkan diri menjadi ahli penuh,

syarikat insurans mestilah sekurang-

kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat

Malaysia.

Sisen (Cessions) dan Retrosisen

(Retrocession)

Pelaburan dalam MNRB

Statistik dan tindakan pembetulan

Bidang baru dalam insurans

Insurans hayat

Kumpulan pertukaran insurans

semula

Latihan dan pendidikan

8. Persatuan Takaful

Malaysia

(Malaysian Takaful

Association -MTA)

Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

telah diperbadankan pada tahun 2003

dengan objektif utamanya untuk

memajukan struktur perniagaan

Page 23: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 133

Takaful (insurans Islam) yang terbaik

di Malaysia dengan kerjasama dan

khidmat nasihat dari Ketua Pengarah

Takaful.

Menjaga dan mewakili kepentingan

ahli syarikat dan industri Takaful.

Memberi khidmat nasihat dan

bantuan sewajarnya kepada ahli

syarikat apabila diperlukan.

Mengedarkan maklumat yang

memberi manfaat kepada ahli

syarikat, membuat perbandingan

statistik dan menerbitkannya,

menyiarkan mana-mana maklumat

penting yang berkaitan dengan

Takaful.

Bekerjasama dengan persatuan-

persatuan lain, samada dalam negeri

atau luar negara, demi kepentingan

bersama.

9. Biro Insurer Motor

(Motor Insurers’

Bureau - MIB)

MIB telah ditubuhkan untuk

membentuk suatu dana berpusat yang

dikendalikan oleh penanggung

insurans dimana mangsa kemalangan

jalanraya mendapat bayaran pampasan

dari dana berkenaan, sekiranya ia

adalah mangsa ‘langgar lari’. Dalam

kes ini, mangsa dinafikan haknya

untuk mendapat bayaran pampasan

dari pemandu kenderaan terbabit

kerana:

Pemandu tidak mempunyai

insurans

Pemandu dan insuransnya tidak

dapat dikesan.

Page 24: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

134 Amalan Asas Takaful

Walau bagaimanapun, mangsa perlu

mengemukakan bukti yang

memuaskan dan memenuhi keperluan

perundangan ketika membuat

tuntutan.

10. Institut Insurans

Malaysia (The

Malaysian

Insurance Institute

- MII)

MII adalah satu-satunya institut latihan

insurans sepenuh masa, yang

mengendalikan kursus dan

peperiksaan insurans peringkat asas

dan lanjutan kepada mereka yang

terlibat dalam industri insurans.

11. Institut Perbankan

dan Kewangan

Islam Malaysia

(IBFIM)

Merupakan Institut Latihan Kewangan

Islam sepenuh masa yang dilantik

sebagai institut milik industri,

menumpukan masa dan tenaga dalam

membentuk individu dan eksekutif

yang terlatih dan berkemahiran tinggi

serta memiliki kepakaran yang

diperlukan dalam industri kewangan

Islam.

12. International

Centre of

Excellence in

Islamic Finance

(INCEIF)

Strategi utama INCEIF ialah

membantu membangunkan industri

kewangan Islam melalui galakkan

kajian penyelidikan oleh pensyarah

dan juga pelajar. Bantuan penyelidikan

juga diberikan melalui peruntukan

kemudahan untuk menganalisa dan

membincangkan isu-isu yang dihadapi

oleh industri kewangan Islam.

13. Akademi

Penyelidikan

Syari’ah

Antarabangsa –

Penubuhan Akademi Penyelidikan

Syari’ah Antarabangsa (ISRA) –

kewangan Islam, bertujuan

menggalakkan kajian penyelidikan

Page 25: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 135

The International

Syari`ah Research

Academy - ISRA)

gunaan dalam bidang Syari’ah dan

kewangan Islam.

Akademi ini juga disifatkan sebagai

gedung pengetahuan berkaitan fatwa

atau pandangan Syari’ah, di samping

menjalankan kajian mengenai isu-isu

kontemporari dalam industri kewangan

Islam. ISRA akan membantu dan

menyumbang ke arah memperkasa

pembangunan modal insan dalam

bidang Syari’ah, menyediakan

platform untuk penglibatan yang lebih

besar di kalangan para pengamal

kewangan, cendekiawan, pengawal

selia, ahli akademik melalui

penyelidikan dan dialog, dalam

persekitaran domestik dan juga

antarabangsa. Melalui penyelidikan

perintis dan dialog intelektual yang

mendalam, ISRA berhasrat untuk

menggalakkan inovasi dan

kedinamikan ke sempadan baru

kewangan Islam. Adalah diharapkan

melalui penyelidikan yang menyeluruh

serta dialog, sikap saling menghormati

dan memberi pengiktirafan akan

muncul dalam komuniti industri

kewangan Islam global.

14. Asean ReTakaful

International

Limited (ARIL)

Asean ReTakaful International (L)

Limited (ARIL) telah diperbadankan

pada 17hb Mei 1997 (10 Muharram

1418H) dan dilesenkan dibawah Akta

Insurans Luar Pesisir 1990 di Pusat

Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa

Labuan (Labuan International Offshore

Page 26: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

136 Amalan Asas Takaful

Financial Center - IOFC), Malaysia.

Penubuhan ARIL menandakan

kehadiran syarikat insurans semula

Islam yang pertama di rantau

berkenaan. Sejak dari itu, ia telah

berkembang menjadi pengendali

insurans semula yang memiliki

kepakaran dalam menyediakan

perkhidmatan insurans semula Takaful

am dan Takaful keluarga.

15. Pertubuhan

Perakaunan dan

Pengauditan untuk

Institusi Kewangan

Islam (Accounting

and Auditing

Organisation for

Islamic Financial

Institutions -

AAOFI)

Pertubuhan Perakaunan dan

Pengauditan untuk Institusi Kewangan

Islam (AAOIFI) merupakan sebuah

badan korporat autonomi Islam

antarabangsa yang tidak

berorientasikan keuntungan, yang

berfungsi menyediakan laporan

perakaunan, audit, pematuhan, etika

dan standard Syari’ah untuk institut

dan industri kewangan Islam. Program

kelayakan profesional (terutamanya

CIPA, -Shari`a Adviser and Auditor

“CSAA”, dan program pematuhan

korporat) kini dikendalikan oleh

AAOIFI dalam usaha untuk

meningkatkan asas modal insan dalam

industri dan struktur pematuhan.

AAOIFI telah ditubuhkan mengikut

Perjanjian Persatuan yang

ditandatangani oleh institusi kewangan

Islam pada 1 Safar, 1410H, bersamaan

dengan 26 Februari, 1990 di Algiers.

Kemudian, ia telah didaftarkan pada 11

Ramadhan 1411H, bersamaan dengan

Page 27: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 137

27 Mac, 1991 di Bahrain.

Sebagai sebuah organisasi bebas

antarabangsa, AAOIFI disokong oleh

ahli-ahli institusi (200 ahli dari 45

buah negara) termasuk bank-bank

pusat, institusi kewangan Islam, dan

para peserta lain dari perbankan Islam

antarabangsa dan industri kewangan di

seluruh dunia.

16. Kumpulan Takaful

Global (Global

Takaful Group -

GTG)

Kumpulan Takaful Global (GTG) telah

diperbadankan pada 21 Mei 2007.

Sebelum ini, kumpulan Takaful global

hanyalah sebuah kumpulan tidak

formal pengendali Takaful dan

pengendali Takaful semula yang

bergerak dibawah nama Kumpulan

Takaful ASEAN (ASEAN Takaful

Group - ATG).

ATG dibentuk pada 28 Oktober 1995

dengan objektif untuk meningkatkan

kerjasama dikalangan pengendali

Takaful di Malaysia, Republik

Indonesia, Negara Brunei Darussalam

dan Republik Singapura, dimana ahli

asal terdiri dari Syarikat Takaful

Malaysia Berhad, Takaful Nasional

Sdn Bhd, PT Asuransi Takaful Umum,

PT Asuransi Takaful Keluarga,

Insurans Islam Taib Sendirian Berhad

dan Takaful IBB Berhad.

17. Lembaga

Perkhidmatan

Kewangan Islam

Organisasi penetapan piawaian

antarabangsa yang menggalak dan

meningkatkan kekukuhan dan

Page 28: PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIAtakafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827386TBE-A6.pdf · menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

138 Amalan Asas Takaful

(Islamic Financial

Services Board -

IFSB)

kestabilan industri perkhidmatan

kewangan Islam telah mengeluarkan

piawaian berhemat global dan prinsip

panduan industri, yang juga meliputi

perkhidmatan perbankan, pasaran

modal dan sektor insurans. IFSB juga

menjalankan penyelidikan, menyelaras

inisiatif mengenai isu-isu berkaitan

industri serta menganjurkan

persidangan meja bulat, seminar dan

persidangan untuk pengawal selia dan

pihak berkepentingan industri.