sajak persahabatan tingkatan 2

Post on 06-Aug-2015

669 views 6 download

description

rujukan bagi para pelajar memahami dengan sempurna

Transcript of sajak persahabatan tingkatan 2

SAJAK :PERSAHABATAN

SAJAK :PERSAHABATANTema : Perpaduan antara kaum ialah teras untuk mencapai perpaduan di Malaysia.

Persoalan1. Keseronokan kanak-kanak yang

sedang bermain-main.2. Kanak-kanak tidak mengenal erti

perkauman.3. Pemupukan perpaduan

hendaklah disemai sejak kecil.4. Perpaduan akan menjamin

keamanan.

Maksud sajak

Rangkap 1 : Kanak-kanak Melayu yang berpakaian baju kurung sedang bermain dengan gembira

• Rangkap 2 : Kanak-kanak Cina yang memakai ceongsam datang dan menyapa kanak-kanak Melayu sambil tersenyum lalu bermain kejar-kejar.

Rangkap 3 : Kanak-kanak India yang memakai sari pula ingin bermain bersama apabila melihat telatah kedua-dua orang kanak-kanak itu.

Rangkap 4 : Mereka tidak merasakan ada perbezaan kerana bagi mereka yang penting ialah keseronokan bermain bersama-sama. Yang inilah gambaran perpaduan rakyat Malaysia. Jati diri rakyat Malaysia amat bergantung pada persefahaman, walaupun ada perbezaan.

Nada : Romantis

Bentuk 1. Ada empat rangkap2. Bilangan baris setiap rangkap tidak

sama, iaitu rangkap 1 mempunyai 7 baris, rangkap 2 dan rangkap 3 mempunyai 8 baris, dan rangkap 4 mempunyai 10 baris.

3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara 2 hingga 5 patah kata atau 5 hingga 15 suku kata sebaris.

4. Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur-unsur bunyi :• Asonansi : berlesung pipit beralis lentik

( pengulangan vokal i ) • Aliterasi : berkejar-kejaran tanpa

halangan ( pengulangan konsonan n ) • Rima akhirnya bebas ( rangkap 1 :

abbcddd, rangkap 2 : abbbbcdc, rangkap 3 : abbcccdd, rangkap 4 : abbcbbbbdd ).

Gaya Bahasa

1. Repetisi. Contohnya, Seorang kanak-kanak

( diulang pada rangkap 1, rangkap 2 dan rangkap 3 pada baris 1 )

2. Anafora. Contohnya, biar berlainan agamabiar berlainan bangsa.

3. Responsi. Contohnya, membina keakraban tanpa

curigamembentuk perpaduan

tanpa prasangka

4. Simile. Contohnya,bagai digamit main bersama

5. Personifikasi. Contohnya, ketawa mengocak

suasana

Nilai

1. Hormat-menghormati. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu saling bersalaman.

1. Kasih sayang. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu berpeluk mesra tanpa menghiraukan perbezaan adat dan budaya mereka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bergaul mesra dengan pelbagai kaum untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan.

2. Kita hendaklah bersatu padu demikesejahteraan negara.

3. Kita hendaklah bersatu hati demi mencapai wawasan negara.

4. Kita hendaklah melatih anak-anak agar berbaik-baik dengan semua bangsa dan kaum.