SCE 3111-TASK1

Post on 24-Jul-2015

235 views 3 download

Transcript of SCE 3111-TASK1

MINGGU 1

• Cadangkan 1 contoh untuk setiap komponen di bawah:

1.Pengukuran2.Pengujian3.Penilaian4.pentaksiran

Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik. Tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu . Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu.

• Contoh:• Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian

Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan.

• Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

• pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.

• Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

CONTOH: ☻skala bernombor : 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test) 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu

mata pelajaran seperti Sains. ☻sistem berkategori: “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian

personaliti “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”

• Penilaian ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay 1985). 

• Menurut Stufflebeam (1971):Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

CONTOH: 1.Menilai pencapaian objektif P & P 2.Menilai pencapaian matlamat menguasai

kemahiran 3M di kalangan murid sekolah rendah.

3.Menilai kejayaan program SenamTari anjuran Kementerian Kebudayaan

Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

CONTOH: pelajar atau murid memantau pembelajaran

kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

http://albahanjiey.blogspot.com/2011/03/pengenalan-penilaianpengukuranpengujian.html