Post on 28-Oct-2015
description
Pengenalan
Bola keranjang adalah sukan olahraga yang mengajar kemahiran sosial, ritus
peralihan, kreativiti dan memberikan identiti budaya (seperti yang telah dilakukan
oleh Afrika-amerika). Permainan ini biasanya dimainkan di gelanggang yang
disediakan khas untuk permainan bola keranjang. Dalam permainan ini, dua
pasukan yang bersaing terdiri daripada lima pemain masing-masing berusaha untuk
menjaringkan bola ke dalam jaring yang tergantung di kedua-dua hujung
gelanggang. Pasukan yang paling banyak melakukan jaringan melalui jaringan faul,
lontaran dan sebagainya akan memenangi pertandingan ini.Oleh kerana permainan
ini merupakan permainan aksi berterusan dan kekerapan pemain menjaringkan gol
dalam tempoh yang singkat, bola keranjang menjadi salah satu permainan yang
digemari dan diminati serta disertai oleh rakyat seluruh dunia.
Walaupun bola keranjang merupakan permainan “ outdoor ” namun, ianya
juga telah direka sebagai permainan dalaman yang menarik untuk dilakukan semasa
musim sejuk di Negara yang mempunyai empat musim.Bola keranjang menjadi
sukan yang diminati ramai dan menarik ramai penonton ke gymnasium dan arena
perlawanan bola keranjang terutamanya Amerika Selatan, Eropah dan Amerika
Syarikat.
Sukan bola keranjang dimainkan oleh pemain amatur di sekolah tinggi, kolej
dan pasukan nasional dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1936. Atlet profesional,
terutama di Amerika Syarikat dan Eropah, juga memainkannya. Kejohanan
terkemuka diadakan untuk National Basketball Association (US profesional),
National Collegiate Athletic Association (Kolej US) dan Sukan Olimpik.
Sejarah perkembangan permainan bola keranjang.
Permainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield,
Massachusetts, Amerika Syarikat.Permainan ini mempunyai persamaan dengan
permainan kuno kaum Indian di Mexico. Permainan tersebut dikenali sebagai pok-ta-
pok.Ianya dimainkan sebagai salah satu upacara keagamaan.Dalam permainan
in,para pemain cuba menolak bola getah dengan siku ke dalam gelung besi yang
dipasang pada dinding kuil. Undang-undang permainan pok-ta-pok adalah sangat
kejam. Pemain pasukan yang kalah akan dikorbankan untuk pemujaan dalam
upacara agama.
Idea permainan bola keranjang disarankan oleh jurutunjuk pendidikan jasmani
bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini asalnya dikenali sebagai
“Bola Naismith” . Idea ini timbul apabila beliau memikirkan perlunya ada permainan
yang aktif di antara musim permainan besbol dan permainan bola sepak.
Permainan bola keranjang asalnya dimainkan berasaskan 13
peraturan.Peralatan yang digunakan adalah sebiji bola dan dua batang tiang.Dua
bakul dipasang pada kedua-dua hujung tiang. Ketinggian bakul yang dipasang ialah
3 meter. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada Sembilan
orang pemain dalam setiap pasukan.
Bilangan pemain dikurangkan daripada Sembilan kepada tujuh orang dan
akhirnya kepada lima orang sepasukan.Peralatan juga ditukar. Bakul yang berfungsi
sebagai gol ditukar kepada gelung besi dan dipasang jaring di sekelilingnya. Gelung
besi ini dipasang pada papan pantul. Nama permainan juga berubah kepada bola
keranjang.
Pada tahun 1904,1924 dan 1928, bola keranjang menjadi acara pertunjukkan
di Sukan Olimpik. Pada tahun 1932, Persekutuan Bola Keranjang Amatur
Antarabangsa (FIBA) ditubuhkan. Persatuan ini Berjaya memasukkan bola
keranjang sebagai pertandingan dalam sukan olimpik 1936 di Berlin, Jerman.
Sebanyak 22 buah Negara telah menyertai pertandingan itu. Dalam sukan Olimpik,
Amerika Syarikat merupakan Negara yang paling banyak memenangi pingat emas
dalam permainan ini.
Permainan Bola Keranjang di Malaysiaa mula dimainkan sekitar tahun 920-an
oleh murid-murid sekolah Cina. Pada masa itu kebnyakan guru sekolah Cina
mendapat pendidikan dari negeri China.Semasa belajar, mereka diperkenalkan
kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula kepada murid-
murid sekolah Cina di Malaysia.
Sekitar penghujung tahun 1920-an sudah ada pertandingan liga bola
keranjang di Malaysia. Pertandingan ini mendapat sambutan, terutama di negeri
yang ramai penduduk Cina seperti Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.
Pada tahun 1958, Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa
( MABA) ditubuhkan. Persatuan ini berperanan mengendalikan aktiviti tahunan bola
keranjang di Peringkat Kebangsaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
pertandingan Piala Agong,yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia. Di peringkat
sekolah,bola keranjang dipertandingkan sebagai salah satu acara tahunan Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM).
Mengenali Bola Keranjang
Gelanggang
Sebuah gelanggang bertaraf professional biasanya berukuran 28.5 meter (94
kaki) panjang dan 15 meter ( 50 kaki ) lebar. Gelanggang yang baik selalunya
dilapisi lantai kayu yang sentiasa digilap. Tetapi memadai juga sebuah
gelanggang yang lantainya rata dan mendatar.
Skor
Tujuan utama dalam permainan bola keranjang ialah mendapatkan sebanyak
mungkin jaringan. Usaha ini perlu dilakukan sepanjang tempoh permainan.
Setiap kali jaringan Berjaya dilakukan, salah seorang pemain pasukan yang
kena jaring perlu memulakan permainan dengan melakukan hantaran dari
garisan belakang. Masa diperoleh apabila bola dilontar masuk ke gelung besi
keranjang pihak lawan. Bola yang dilontar masuk dari bawah gelung besi
tidak akan dikira. Dua mata akan diberi jika boal yang dilontar dari kawasan
separuh bulat masuk ke jarring. Lontaran percuma diberi apabila pihak lawan
melakukan kesalahan terutama ketika pemain hendak menjaringkam gol.
Pengadil boleh memberi satu atau lebih lontaran percuma. Jaringan bola
lontaran percuma bernilai satu mata. Kemenangan diberu kepada pasukan
yang mendapat skor tertinggi selepas tamat masa permainan.
Bola Keranjang Mini.
Bola keranjang mini ialah permainan bola keranjang yang telah diubahsuai.
Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.
Peraturan yang digunakan adalah hampirt sama,Cuma pengadil
menumpukan perhatian kepada kesalahn-kesalahan yang jelas sahaja.
Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi peralatan. Boal yang
digunakan bersaiz kecil ( saiz 5 ). Ukuran garis pusatnya ialah antara 68
hingga 73 cm. Berat bola pula antara 450 hingga 500 g. Ukuran gelanggang
bola keranjang mini adalah sama dengan ukuran bola keranjang biasa.
Ketinggian gol direndahkan menjadi 2.60m. Ini bagi memudahkan kanak-
kanak menjaringkan gol. Tempoh permainan juga diubahsuai. Keseluruhan
tempoh permainan ialah 40 minit . Masa rehat selama 10 minit diadakan pada
separuh masa permainan. Setiap pemain hanya boleh menjaring sepuluh
mata shaja. Selepas menjaring sepuluh mata, pemain tersbut hanya
dibenarkan melakukan hantaran. Peraturan ini bertujuan menghindarkan
jaringan gol dikuasai oleh beberapa orang pemain sahaja
Bakul Berjaring dan Papan Muka.
Di penghujung setiap gelanggang terletaknya bakul keranjang,iaitu sebuah
bakul dengan jaring yang tergantung dan luas bukaannya boleh melepasi
sebiji bola keranjang. Ia dipasang pada papan muka berukuran 1.8× 1.05
meter ( 6 kaki × 3.5 kaki ) yang diletakkan setinggi 3.05 meter ( 10 kaki ) dari
permukaan gelanggang. Selain dari tempat pemasangan bakul
keranjang,papan muka juga berfungsi untuk melantunkan bola apabila
seseoarang pemain ingin membuat jaringan lantunan. Sebuah gelanggang
professional biasanya mempunyai papan muka yang dibuat dari bahan
lutsinar supaya tidak mengganggu pandangan penonton.
Pasukan
Pasukan bola keranjang biasanya terdiri dari 10 hingga 12 orang pemain dan
hanya 5 orang sahaja dibenarkan berada dalam gelanggang sepanjang sesi
permainan berlangsung.Jurulatih pasukan akan menentukan 5 pemain utama
yang akan menerajui permainan dan pemain lain akan ditukarganti jika
perlu,pada waktu tertentu sepanjang permainan.
Gerakan Khas
Untuk menggerakkan bola, pemain boleh menghantar bola kepada rakan
sepasukannya atau dengan menggelecek bola. Ia bermaksud melantunkan
bola antara tangan pemain dan lantai gelanggang dengan cepat sambil
bergerak (berjalan atau berlari) menuju ke lokasi sasaran.
Jaringan
Objektif utama permainan bola keranjang ialah menjaringkan mata melebihi
dari pasukan lawan. Untuk menjaringkan mata,pasukan tersebut perlu
memasukkan bola agar melepasi bakul keranjang ke bawah, melalui jaring
bakul tersebut. Jumlah jaringan bergantung juga kepada faktor lokasi di mana
pemain tersebut melakukan jaringan.
Mata Jaringan :
3 Mata
- Jaringan dilakukan dari mana-mana kawasan di luar garisan 3 mata.
2 Mata
- Jaringan dilakukan dari mana-mana kawasn di dalam garisan 3 mata.
1 Mata
- Jaringan dilakukan dari garisan 3 mata apabila pemain memperolehi
lontaran percuma disebabkan pemain pasukan lawan yang melanggar
syarat permainan.
Gelanggang Bola Keranjang
Kawasan Larangan
Pemain hanya dibenarkan berpijak di dalam kawasan larangan ( berwarna
biru- rujuk rajah di atas ) selama 3 saat sahaja dalam sesuatu percubaan
jaringannya.
Pakaian trek
Disebabkan faktor masa yang lama diluangkan oleh seseorang pemain bola
keranjang menunggu di kerusi pemain, adalah penting untuk memastikan
pakaian trek yang dikenakan dapat memanaskan badan sepanjang tempoh
menunggu tersebut. Seluar trek seharusnya agak longgar dan sebaik-baiknya
berzip agar ianya mudah ditanggalkan apabila pemain diarahkan memasuki
gelanggang.
Bola Keranjang
Saiz bagi sebiji bola keranjang secara rasminya ialah dengan ukur lilit
di antara 75-78 cm ( 29-31 inci),diperbuat dari kulit,getah atau bahan
sintetik. Tekanan angin yang dimasukkan pula mestilah memastikan
beratnya adalah sekitar 567-650 gram ( 20-22 oz ).
Gambar rajah bola keranjang.
Kasut
Kasut merupakan elemen utama dalam permainan bola keranjang.
Kasut yang sesuai akan melindungi kaki anda dan membantu dalam
pergerakan larian, lompatan,pusingan badan dan lonjakan.Ia biasanya
diperbuat dari kombinasi bahan kulit dan plastik,terdiri dari 2 jenis
potongan sebagai pilihan :
1.Potongan Rendah :
Sesetengah pemain mendapati kasut jenis ini adalah yang paling
selesa dipakai walaupun ia tidak memberikan sokongan sepenuhnya
kepada kawasan buku lali anda.
Contoh Kasut bola keranjang potongan rendah.
2. Potongan Tinggi :
Kasut jenis but ini memberikan perlindungan kepada sekitar kawasan
buku lali yang sangat diperlukan oleh seseoarang pemain bola
keranjang.
Contoh Kasut bola keranjang potongan tinggi.
3. Pelapik Tapak Kaki
Kebanyakan kasut bola keranjang yang moden mempunyai pelapik
tapak kaki berongga yang berisi angin untuk melindungi buku lali dan
tapak kaki sewaktu impak pendaratan selepas lompatan atau lonjakan.
Ianya diperbuat dari bahan getah yang memberikan daya cengakaman
yang kuat pada permukaan gelanggang.
Kemahiran dan latihan asas Bola Keranjang.
Menggelecek
Lantunkan bola menggunakan hujng hari anda. Jangan sesekali
menggunakan tapak tangan.Lantunan yang dilakukan seharusnya tidak lebih
tinggi daripada paras pinggang dan tidak lebih rendah daripada paras lutut,
Pastikan lantunan bola berada di hadapan bahagian sisi anda. Bengkokkan
kedua-dua belah lutut. Berat badan pula perlulah berada di bahagian
hadapan tapak kaki.
Kelecekkan bola dengan tangkas, sama ada dengan tangan kanan atau kiri.
Anda juga perlu berupaya menukar tangan yang melantunkan bola ketika
mengubah arah pergerakan.
Teknik gelecek Peringkat Asas
Apabila menggelecek bola, sebelah dari kaki anda perlu berpijak di
permukaan gelanggang dan hanya sebelah sahaja tangan anda boleh
digunakan dalam satu-satu masa.Anda juga perlu ingat bahawa selepas anda
berhenti menggelecek bola, anda mestilah membuat hantaran atau jaringan
anda tidak boleh mula menggelecek kembali.
Langkah 1
Jangan melihat bola yang berada pada anda, sebaliknya kenalpasti
kedudukan pemain pasukan anda dan juga pasukan lawan.
Langkah 2
Dengan menggunakan jari-jari dan pergelangan tangan anda, tolak bola ke
bawah, cenderung ke hadapan dalam satu gerakan yang lancer dan kemas.
Langkah 3
Biarkan jari-jari dan pergelangan tangan anda bergerak bebas ke atas dan ke
bawah dengan arah pergerakan bola. Elakkan dari menggelecek
menggunakan tapak tangan anda. Sebaliknya, rasakan permukaan bola
dengan jari-jari anda dan kawal lantunan dengan pergelangan tangan
Langkah 4
Semasa bergerak ke hadapan, bengkokkan sedikit lutut anda dan melangkah
ke hadapan mendekati arah laluan bola untuk mengawalnya dari di ambil oleh
pemain lawan. Gelecek bola dengan tangan yang berjauhan dari pihak lawan.
Teknik gelecek Ke belakang
Apabila terdapat pemain lawan pada laluan pergerakan anda, anda boleh
melepasi halangan tersebut dengan cara berhenti,bertukar tangan dan
menggelecek menjauhi pemain tersebut.
Langkah 1
Semasa anda menggelecek menghampiri pemain lawan, berhenti dengan
mengejut berhampiran dengan kakinya.Pastikan bola dijauhkan dari capaian
pemain lawan tersebut.
Langkah 2
Pusingkan badan anda pada arah yang berlainan,dengan berpasak pada kaki
yang berdekatan dengan garisan.Pastikan badan anda membelakangi
pemain tersebut untuk menghalangnya dari mengambil bola.
Langkah 3
Teruskan pusingan sehingga anda menghadap ke arah yang berlainan.
Semasa anda mula melantunkan bola di penghujung pusingan badan anda,
lantunkan bola menuju kepada tangan yang berjauhan dari pemain lawan
tersebut. Teruskan menggelecek ke lokasi sasaran anda.
Latihan menggelecek di Gelanggang
Aksi menggelecek ( 2-6 pemain )
Latihan ini sesuai bagi pemain yang ingin menguasai teknik asas
menggelecek iaitu dengan menumpukan pada arah laluan anda dan
bukannya pada bola.
Langkah 1
Para pemain akan menggelecek bola secara setempat, menghadap ke arah
jurulatih atau pemain lain sebagai penanda, yang berdiri beberapa meter
dihadapan pemain yang berlatih. Pemain dibenarkan menggelecek sewaktu
tangan jurulatih atau pemain penanda diturunkan.
Langkah 2
Apabila jurulatih atau pemain penanda mengangkat tangannya, para pemain
akan berhenti menggelecek dan memegang bola. Pemain harus sentiasa
peka untuk mengetahui bilakah waktunya untuk menggelecek dan waktu
untuk berhenti.
Peringkat seterusnya
Selain dari menggelecek secara setempat,pemain seterusnya berjalan atau
berlari sambil menggelecek bola ke arah jurulatih atau pemain penanda.
Rajah latihan aksi gelecek
Teknik Kon menggelecek (1 – 10 pemain)
Aturkan kon-kon penanda pada satu garisan lurus, berjauhan 0.5 meter (2
kaki) antara satu sama lain. Kemudian, mula menggelecek bola menyilangi
kon-kon tersebut menggunakan sebelah tangan. Pada peringkat latihan
seterusnya, ubah tangan yang menggelecek bola. Ia akan dapat membantu
anda menggelecek dengan lebih cekap dan sempurna.
Teknik teg Menggelecek (2-10 pemain)
Tandakan satu kawasan yang bersesuian dengan jumlah pemain yang
terlibat dalam gelanggang. Setiap pemain memegang sebiji bola,yang perlu
digelecekkan secara berterusan. Sepanjang proses menggelecek dan
mengawal bola, setiap pemain perlu cuba mengambil bola pemain lain atau
melantunkan bola dari tangan pemain tersebut. Apabila mana-mana pemain
terlepas kawalan bolanya atau berhenti menggelecek,mereka mesti
meninggalkan kawasan tersebut. Pemenangnya ialah pemain terakhir sekali
menggelecek bola di dalam kawasan tersebut.
Rajah latihan teg menggelecek
Teknik gelecek “ sekatan Trafik “ ( 3-15 pemain)
Latihan ini amat sesuai bagi semua teknik gelecek kerana ia memerlukan
anda untuk sentiasa mengangkat kepala,bertukar tangan dan mengawal
kelajuan gelecekan dan juga mengawal bola pada masa yang sama.
Sebanyak 3 atau lebih jumlah pemain (masing-masing dengan sebiji bola di
tangan ) akan berdiri di dalam satu bulatan. Secara idealnya,mereka perlu
berdiri di bulatan tengah gelanggang. Pemain mestilah menggelecek dalam
satu garisan lurus ke arah hujung satu lagi di dalam gelanggang. Mulakan
pergerakan pada masa yang sama. Selepasa bergerak ke tengah, mereka
akan bertemu pada pusat bulatan tersebut. Setiap pemain perlu bijak
mengatur pergerakan agar mereka dapat melepasi “sekatan trafik” tersebut
agar dapat menuju ke lokasi sasaran mereka.
Rajah teknik teg menggelecek
Mengawal Bola
Teknik cengkaman Tangkapan
Ia merupakan teknik cengkaman yang dilakukan oleh kebanyakan pemain
professional. Letakkan tangan bukan jaringan anda pada sisi bola dan
dicengkam kuat dengan jari anda. Sementara itu, tangan jaringan anda
diletakkan di belakang bola dengan tapak tangan menghala ke hadapan. Ini
menjadikan jaringan dan balingan anda dapat dilakukan dengan lebih
berkesan.
Rajah cengkaman tangkapan
Teknik posisi 3 Penjuru
Posisi ini ialah gerakan badan asas yang boleh diaplikasikan apabila anda
menerima bola. Berdiri dengan kaki diregangkan,pegang bola dengan kemas
ke arah dada anda ( dengan badan berada di antara bola dan pemain lawan
berhampiran anda) akan memberikan ruang masa untuk anda merancang
pergerakan seterusnya.
Rajah teknik posisi 3 penjuru
Teknik berpasak
Apabila anda berhenti bergerak dengan bola berada di tangan anda, anda
dibenarkan menukar arah laluan anda selagi anda tidak bergerak
menggunakan kaki yang digunakan untuk berhenti. Gerakan ini dinamakan
‘berpasak’ di mana anda boleh menggunakan pergerakan ini untuk berpusing
dan menghadapkan diri ke arah bakul jaringan.
Langkah 1
Apabila anda telah bersedia untuk berpusing, angkat tumit kaki pasak anda
dan alihkan berat badan anda ke arah tersebut.
Langkah 2
Angkat kaki sebelah lagi dan mulakan pusingan badan anda, menggunakan
langkah yang pendek untuk mendapat keseimbangan.
Langkah 3
Kekalkan bengkokan kaki anda,luruskan tulang belakang anda dan
dongakkan kepala anda. Apabila anda telah selesai berpasak, kembalikan
kedudukan anda pada posisi 3 penjuru.
Teknik hentian Pertahanan (Separa Hentian)
Apabila anda menangkap bola di udara, anda dibenarkan untuk
melangkahkan kaki setapak untuk berhenti. Gunakan teknik hentian
pertahanan ini untuk berhenti secara sah atau digunakan apabila anda
berhenti selepas meggelecek bola.
Langkah 1
Bergerak ke arah laluan bola, regangkan tangan ke hadapan dan sentiasa
memerhatikan bola.
Langkah 2
Semasa anda menangkap bola tersebut, langkahkan kaki setapak ke
hadapan dengan sebelah kaki anda. Ia merupakan kaki anda untuk berpasak
dan dikira sebagai satu langkah.
Langkah 3
Berhentikan pergerakan anda sepenuhnya dengan langkah yang kedua.
Gerakan anda akan berakhir dalam posisi 3 penjuru yang seimbang, dengan
kepala didongakkan dan lutut dibengkokkan.Pada ketika ini, anda sudah
bersedia untuk membuat jaringan atau melakukan hantaran.
Teknik hentian Lompat
Apa yang menarik mengenai teknik hentian ini ialah ianya akan dikira sebagai
1 langkah sahaja,memberikan anda kebebasan untuk memilih mana-mana
kaki anda untuk berpasak.
Langkah 1
Lompat ke arah bola dengan kedudukan kaki yang selari.
Langkah 2
Tangkap bola di udara dan pastikan anda mendarat dengan kedua-dua kaki
berpijak ke lantai gelanggang secara serentak.
Hantaran Bola
Permainan bola keranjang tidak memerlukan pemain menjatuhkan pihak
lawan. Tetapi apabila anda menguasai bola, pastikan bola dihantar tepat
kepada rakan. Hantaran yang tepat merupakaan cara yang terbaik ketika
melakukan serangan. Apabila menerima bola, ambil masa untuk memilih arah
lontaran. Kemudian hantar bola dengan pantas dan sempurna.
Berikut adalah perkara-perkara penting ketika melakukan hantaran :
Lontar bola dengan pantas dan sempurna.
Setiap sasaran hantaran yang kamu lakukan adalah antara bahagian
pinggang dan bahu rakan kamu.
Kelirukan pihak lawan secara tidak memandang terus ke arah sasaran.
Biasakan menerima dan menghantar bola dengan tangan dan jari yang
terbuka.
Setelah melepaskan boal dari tangan, jari perlulah mengikut lajak ke arah
sasaran.
Terdapat beberapa jenis teknik hantaran. Contohnya hantaran tolak, hantaran
paras dada,hantaran lantun, hantaran atas kepala dan hantaran besbol. Jika
anda baru mempelajari bola keranjang anda perlu berlatih dan menguasai
semua jenis hantaran ini. Sebagai permulaan,lakukan hantaran ke dinding.
Kemudian lakukan hantaran kepada rakan yang berdiri dan seterusnya
hantaran kepada rakan sambil berlari.
Teknik hantaran tolak
Hantaran tolak adalah sejenis hantaran yang selalu dilakukan. Hantaran ini
digunakan ketika melakukan hantaran bola jarak dekat atau sederhana jauh.
Pegang bahagian belakang bola dengan kemas. Sebelah tangan memegang
bahagian sisi bola sebagai imbangan. Tolak bola ke hadapan pada paras
bahu. Semasa melakukan tolakan,ambil satu langkah ke hadapan ke arah
penerima bola. Hantaran ini amat berkesan apabila tiada halangan di antara
penghantar dan penerima bola. Dalam situasi permainan, cara hantaran ini
amat mustahak.Apabila anda menerima
Bola, letakkan bola separas bahagian dada. Ini merupakan kedudukan
persediaan untuk melakukan hantaran. Perkara-perkara berikut perlu
dititikberatkan :
a) Pegang bola dengan kemas. Gunakan kedua belah tangan. Jari-jari
mestilah terbuka.
b) Bengkokkan sedikit kedua belah lutut.Tinggikan pula kedua belah siku
supaya mudah menolak bola dengan lengan,tangan dan jari.
c) Semasa meluruskan lengan ke hadapan, bergerak satu langkah kea
rah sasaran.
d) Luruskan lengan ke hadapan dengan satu pergerakan yang cepat dan
bertenaga serta lajak ke arah hantaran.
Teknik hantaran Lantun
Hantaran lantun amat sesuai dilakukan jika terdapat halangan antara
penghantar dan penerima bola.Hantaran sebegini sesuai juga dilakukaan jika
pihak lawan yang berdiri di hadapan anda bertubuh tinggi atau kedua
tangannya diangkat ke atas.
Teknik hantaran lantun hampir sama dengan teknik hantaran paras dada
tetapi kedua-dua siku anda perlu direndahkan. Pastikan hanya pergelangan
tangan dan jari anda yang melakukan tolakan.Tangan anda mesti mengikut
lajak ke arah lantunan.
Teknik hantaran atas kepala.
Hantaran atas kepala dilakukan dengan kedua belah tangan memegang bola.
Jika anda seorang pemain yang tinggi, hantaran ini amat sesuai dilakukan
apabila berhadapan dengan pemain lawan yang rendah.
Teknik hantaran :
a) Pegang bola ke atas. Pastikan kedudukan bola di belakang sedikit
daripada kepala anda. Jari anda mestilah terbuka dan memegang
bahagian belakang bola.
b) Sebaik sahaja anda melangkah ke hadapan, luruskan kedua-dua belah
lengan dengan cepat.
c) Kedua-dua belah tangan mengikut lajak ke arah sasaran. Bola yang di
hantar perlulah sampai kepada penerima pada paras kepalanya.
Latihan hantaran di gelanggang
Teknik hantaran ke dinding ( 1 pemain )
Langkah 1
Berdiri beberapa kaki dari dinding dan baling bola tersebut ke dinding
berkenaan. Bayangkan anda sedang membuat hantaran kepada rakan yang
berada di sebalik dinding tersebut.
Langkah 2
Semasa bola tersebut melantun kembali kepada anda,tangkap bola tersebut
dan ulangi lontaran hantaran anda. Cuba pelbagaikan teknik hantaran anada
iaitu pada paras dada, melepasi paras kepala dan lantunan.
Teknik Hantaran 2 pemain
Langkah 1
Dua pemain berdiri sejauh 3.5 meter (10kaki) di antara satu sama lain dengan
setiap seorang memegang sebiji bola.Pada akhir 3 bilangan, setiap pemain
akan membuat hantaran kepada pemain di hadapannya.
Langkah 2
Salah seorang pemain mestilah membuat hantaran paras dada manakala
seorang lagi melakukan hantaran lantunan. Sebaik sahaja setiap pemain
Berjaya menangkap bola,mereka perlu segera membuat hantaran kembali
dalam gerakan yang lancer, sekata dan tangkas.
Teknik Hantaran Mesingan (5 pemain)
Langkah 1
Empat pemain berdiri dalam tandaan separuh bulatan dengan kesemuanya
menghadap ke arah pemain kelima (pemain A) yang berdiri 2.5 meter (8kaki)
dari mereka.Pemain A memegang bola di tangannya diikuti oleh salah
seorang dari 4 pemain tersebut juga memegang sebiji bola di tangannya
(pemain B).
Langkah 2
Selepas wisel dibunyikan,pemain A akan membuat hantaran kepada mana-
mana pemain yang tidak memegang bola dengan menyebut nama pemain
yang akan menerimanya. Sebaik sahaja bola dihantar kepada pemain
tersebut, pemain B akan terus membuat hantaran bolanya kepada pemain A.
Pemain A akan menerima bola tersebut dan membuat hantaran kepada
pemain lain dalam separuh bulatan tersebut. Kitaran ini berlangsung secara
berterusan secara cepat,lancar dan
terus-menerus, memerlukan
kesemua pemain yang terlibat
memberikan pemerhatian yang
tajam dan tindak balas yang cepat.
Teknik hantaran mesingan
Jaringan
Teknik Jaringan Set
Teknik ini digunakan apabila anda sedang berdiri tegak,pegun dan berada
berhampiran dengan bakl jaringan pihak lawan. Ia juga boleh digunakan
apabila melakukan balingan percuma.
Langkah 1
Dari kedudukan berdiri dan kaki diregsngkan sedikit,bengkokkan lutut dan
dongakkan kepala menghala ke sasaran ( bakul jaringan).Jika anda membuat
jaringan dengan tangan kanan,ianya anda harus unjurkan ke hadapan
sedikit,lebih dari kaki kiri,
Langkah 2
Dengan tangan bukan jaringan anda mencengkam sisi bola dan tapak tangan
jaringan menghala ke arah bakul jaringan,mulakan jaringan dengan
meluruskan kaki dan melonjak naik ke arah sasaran.
Langkah 3
Angkat badan anda sehingga kaki anda terinjak pada paras ibu jari kaki anda
dalam suatu pergerakan jaringan yang lancar dan sekata. Gunakan tangan
bukan jaringan untuk menstabilkan bola dan tolak menggunakan pergerakan
pergelangan tangan yang kuat.
Teknik jaringan lompatan 1
Cara ini digunakan untuk melepasi pemain lawan semasa membuat jaringan
dengan cara melonjakkan diri dan melepaskan bola apabila berada di udara.
Langkah 1
Dengan kaki berpijak sepenuhnya pada lantai gelanggang, bongkokkan
badan ke bawah untuk memastikan anda boleh membina daya lonjakan untuk
melompat ke atas.
Langkah 2
Luruskan badan dan tegakkan kaki anda dengan membawa bola naik ke arah
sasaran dan siku anda dibengkokkan. Bola haruslah berada di atas paras
lengan pada ketika ini.
Langkah 3
Lonjakkan diri sepenuhnya untuk membuat hantaran tinggi melampaui
capaian pemain lawan. Fokuskan pada bakul jaringan sebagai sasaran anda
untuk menjaringkan bola tersebut apabila ianya dilepaskan.
Teknik lompatan II
Teknik ini agak berlainan daripada teknik jaringan sebelum ini, di mana anda
perlu menuju terus ke bakul jaringan dan menggunakan papan muka untuk
membantu menyempurnakan jaringan anda.
Langkah 1
Bergerak menghampiri kawasan sekitar bakul jaringan dengan menggelecek
bola ke arahnya.Tumpukan berat badan anda kepada kaki hadapan (jika
anda cenderung menggunakan tangan kanan,maka gunakan kaki kiri anda
untuk menampung berat badan) dan bengkokkan lutut untuk membina daya
lonjakan anda.
Langkah 2
Naikkan kaki belakang dan juga lengan anda ke atas,bersedia untuk
melakukan jaringan.
Langkah 3
Lompat menuju kea rah sasaran (dari sisi,bukannya dari hadapan bakul).
Sebaik sahaja anda mencapai tahap tertinggi dalam lompatan anda, alihkan
bola dari tangan jaringan dengan menolaknya ke atas dan meluruskan
lengan, sebelum melepaskan bola tersebut.
Langkah 4
Bola tersebut akan terkena pada papan muka dan melantun terus melalui
bakul dan melepasi jaringan di hadapannya.
Latihan jaringan di gelanggang.
Latihan Jaringan Solo
Berdiri berhampiran sasaran dan berlatih membuat jaringan dan lompatan
dari tempat yang sama. Teruskan membuat jaringan sehingga anda dapat
menyempurnakan 5 jaringan yang berturutan. Seterusnya, tukar posisi anda.
Berlatih pada kedudukan yang lebih jauh dari sasaran atau tukar kedudukan
anda pada sudut tertentu. Anda juga boleh mencuba membuat jaringan
menggunakan kedua-dua belah tangan.
Latihan ‘mengelilingi dunia’ ( 1-2 pemain)
Teknik latihan ini membantu anda mempelbagaikan jarak dan sudut jaringan
anda di sekitar kawasan jaringan tersebut. Berdiri pada mana-mana penanda
berhampiran kawasan bakul jaringan dan lakukan gerakan jaringan anda. Jika
anda Berjaya menjaringkan bola, beralih kepada kedudukan yang lain.
Perhatikan bagaimana anda boleh mengoptimumkan kedudukan anda pada
lokasi-lokasi tandaan tersebut dari 2 hingga 10 (termasuklah garisan balingan
percuma dan kawasan di luar kunci).
Rajah latihan ‘mengelilingi dunia
Latihan lompatan.
PAstikan pergerakan anda sentiasa lancar dengan melakukan latihan ini,
yang membantu anda dalam tindak balas dan teknik hantaran anda. Dua
pemain (A dan B) berdiri di pinggir kawasan kunci sebelah kanan bakul
jaringan,manakala pemain ketiga (pemain C) berdiri di sebelah kiri
berhampiran bakul jaringan. Pemain A menghampiri bakul dan melakukan
jaringan lompatan. Pemain C akan mengambil bola dan memberikannya
kepada pemain B yang berada di pinggir penghujung kawasan kunci. Pemain
B pada masa ini akan berlari menuju ke bakul jaringan dan diikuti oleh pemain
A yang akan bertukar posisi dengan pemain C.Seterusnya pemain C pula
akan bergerak ke sisi untuk menerima bola dan melakukan jaringan. Kitaran
ini diteruskan lagi sehingga ketiga-tiga pemain Berjaya menguasai teknik-
teknik tersebut.
Rajah latihan lompatan.
Lantunan semula
Teknik melonjak keluar
Apabila seseorang pemain melakukan jaringannya,anda mestilah
menempatkan diri anda di antara bakul jaringan dan pemain lawan. Ianya
dinamakan lonjakan keluar dan digunakan untuk mengambil bola dari pihak
lawan.
Langkah 1
Sebaik sahaja jaringan dilakukan,ramalkan arah lantunan semula bola
tersebut dengan menetapkan posisi anda agar berada di antara gelung
jaringan dan garisan gelanggang.
Langkah 2
Perhatikan arah lantunan semula bola tersebut, bengkokkan lutut anda dan
depakan lengan anda untuk keluasan capain yang maksimum untuk
menjadikan badan anda besar dan kukuh. Bersedia untuk melompat sebaik
sahaja ia melantun semula.
Teknik Mencecah-Masuk
Jika anda melakukan serangan berhampiran gelung jaringan dan anda pasti
bahawa lantunan semua akan terjadi,selain dari cuba menangkap bola dan
menjaringkannya, anda juga boleh mencecah bola tersebut kembali ke bakul
jaringan tanpa perlu mendarat ke lantai gelanggang.
Mencecah masuk ialah teknik yang agak sukar untuk dikuasai dan
memerlukan pengamatan yang tajam, pertimbangan yang sesuai dan
lompatan yang mantap. Sewaktu anda memerhatikan arah laluan bola dan
meramalkan lantunan semula bola tersebut, anda perlu melonjakkan diri anda
ke udara dan cuba gunakan tangan untuk mencecah permukaan bola
tersebut.Laraskan kedudukan badan anda di udara dan jika Berjaya
dilakukan, tangan yang mencecah bola tersebut akan menjadi panduan bagi
bola tersebut untuk masuk ke dalam bakul jaringan,dengan sedikit tolakan
dari pergerakan tangan anda.
Teknik Tangkapan serangan
Seperti juga tangkapan pertahanan,rahsia untuk berjaya dalam tangkapan
serangan ialah kesesuaian posisi,ketepatan ramalan dan bertindak pada
masa yang tepat. Anda boleh mengelirukan pemain lawan dengan berpura-
pura untuk bergerak pada satu arah tertentu dan membatalkannya pada saat-
saat akhir. Cuba posisikan diri anda untuk mudah melonjak keluar supaya
anda dapat menyesuaikan masa anda melompat dan juga masa bola
melantun semula. Jika anda Berjaya mendapatkan bola dan ditambah pula
dengan ruang pergerakan yang mencukupi,segera lonjakkan badan anda dan
lakukan jaringan.
Teknik tangkapan pertahanan
Dengan melonjak keluar,anda memperolehi kelebihan dari segi mendapatkan
bola setelah ianya melantun semula. Apabila ini berlaku, usahakan agar anda
dapat mencapai bola tersebut pada kedudukannya yang paling tinggi.Ia
memerlukan masa yang sesuai dan tepat agar anda tidak terkeluar dari ruang
potensi capaian anda kepada bola tersebut. Sewaktu anda menangkap bola
tersebut,alihkan diri anda dari pemain lawan supaya bola tersebut terlindung
dari capaiannya semasa anda sedang mendarat kembali ke lantai
gelanggang.
Rajah teknik tangkapan pertahanan
Pertahanan.
Teknik kedudukan Pertahanan
Apabila berhadapan dengan pemain lawan yang sedang memegang
bola,anda perlu berada dalam keadaan yang menyukarkan mereka untuk
melakukan hantaran atau jaringan. Bengkokkan lutu anda dan mantapkan
pijakan kai anda pada ibu jari kaki untuk memudahkan peralihan gerakan
anda. Berdiri dengan sebelah tangan diangkat tinggi ke atas dan sebelah lagi
berada di bawah paras kepala,dapat menghalang percubaan pasukan lawan
untuk melakukan hantaran pada paras dada dan juga hantaran lantunan.
Teknik menghalang penerimaan hantaran
Jika anda dapat mengenalpasti seorang pemain pasukan lawan yang akan
menerima hantaran bola dari rakannya,posisikan diri anda di sisi pemain
tersebut supaya anda boleh mengunjurkan atau mendepakan lengan anda
untuk menghalangnya dari menerima hantaran bola tersebut. Lawan anda
akan bergerak menjauhi anda,jadi sentiasa bersedia untuk bergerak ke posisi
seterusnya dan dekati lawan anda tanpa menghalang pemandangannya.
Teknik menghalang pemain yang menggelecek
Pastikan badan anda berada di antara bola dan lokasi bakul jaringan dan
bersedia dalam kedudukan pertahanan. Bergerak seiring dengan arah
gerakan lawan yang sedang menggelecek bola. Jangan berada terlalu
hamper dengannya kerana sedikit sahaja peralihan gerakan yang perlu
dilakukan pemain tersebut untuk mengatasi anda. Cukup sekadar anda
menghalang laluan gelecekannya supaya pergerakannya menjauhi bakul
jaringan. Bengkokkan lutut anda dan kekalkan pijakan kaki anda rapat ke
lantai gelanggang.Dengan saling bertukar kedudukan kaki,anda dapat
bertindak balas dengan lebih cepat terhadap kelajuan dan arah gelecekan
bola tersebut.
Teknik mengenalpasti pemain hantaran.
Sediakan diri dalam kedudukan pertahanan dan tetapkan beban badan pada
ibu jari supaya pergerakan tindak balas anda lebih cepat dan pantas.
Gunakan lengan dan tangan anda untuk menghalang sebarang percubaan
untuk melakukan hantaran atau serangan. Anda boleh bertindak agresif dan
fizikal,tanpa menyentuh pemain lawan. Jika tidak,anda akan didapati
melanggar syarat-syarat permainan dan akan dikenakan tindakan oleh
pengadil. Rahsia pertahanan berkesan ialah dengan menggunakan
kepandaian menggunakan badan dan bijak dalam mengatur tindakan.
Sebaik-baiknya anda perlu meramalkan pergerakan lawan anda ar segala
usaha untuk mereka memperolehi mata dalam perlawanan dapat dipatahkan.
Kemahiran Peringkat Tinggi
Teknik gelecek peringkat tinggi
Jika anda berlari dalam satu garisan lurus,menggelecek bola dengan tangan
yang sama,anda akan lebih mudah dipintas oleh pihak lawan untuk cuba
mendapatkan bola dan mengambilnya daripada anda. Jika anda mahir
menukar tangan anda untuk menggelecek bola,bukan sahaja ke atas dan
bawah,malah di antara kedua kaki dan ke belakang anda,ia akan
mengecilkan peluang pihak lawan untuk mengatasai anda dari segi kawalan
bola.
Teknik gelecek silang
Semasa anda menggelecek bola ke hadapan,pastikan kaki anda dibuka
sedikit dan badan anda direndahkan.Bawa bola ke sisi anda. Dengan badan
masih bergerak ke hadapan,lantunkannya ke hadapan anda dari satu tangan
ke tangan yang lain ( Contohnya, kiri ke kanan atau kanan ke kiri). Segera
lantunkan bola kembali ke tangan asal dan menyambung pergerakan anda ke
hadapan.
Teknik gelecek di antara kaki
Semasa anda menggelecek,langkahkan kaki ke hadapan sambil membawa
bola ke sisi anda. Biarkan bola melantun ke arah luar sisi anda,memberi
ruang untuk anda melangkah setapak lagi. Tangkap bola yang melantun di
antara bukaan kaki anda ke tangan bersebelahan.Lantunkan bola kembali
dan pastikan bukaan kaki anda agak luas bagi membolehkan bola digerakkan
dengan mudah. Lantunkan bola kembali ke tangan asal dengan memastikan
cengkaman yang kemas di antara bukaan kaki anda.
Teknik gelecek ke belakang
Dengan kaki dibuka luas dan kedudukan badan yang rendah,bawa bola ke
sisi belakang anda.Tumpukan perhatian anda ke hadapan, lantunkan bola
perlahan-lahan di belakang anda, Bawa sebelah lagi tangan anda ke
belakang untuk menerima lantunan bola tersebut. Sebaik sahaja bola
menyentuh tangan yang menerimanya,angkat tangan tersebut mengikut arah
lantunan bola dan bawa bola menjauhi sisi badan anda. Dengan
menggunakan tapak tangan yang melekap pada bola,lantunkannya kembali
ke tangan asal seperti posisi sebelumnya.
Teknik palsu dan Tuju
‘palsu dan tuju’ merupakan taktik yang digunakan untuk mengelirukan pihak
lawan dan memberi anda ruang untuk bergerak menuju ke bakul jaringan.
Sebaik sahaja laluan anda dihalang oleh pemain pertahanan lawan,anda
mesti melihat arah alternatif untuk anda sampai ke lokasi bakul jaringan.
Ambil langkah seolah-olah anda ingin menuju ke satu arah,pemain
pertahanan tersebut akan cuba untuk menghalang anda. Semasa pemain
pertahanan tersebut bergerak ke hadapan,dengan pantas anda gerakkan
badan anda ke belakang,iaitu pada arah yang berlawanan dengan gerakan
awal anda tadi dan teruskan mengawal bola sejauh mungkin daripada pihak
lawan. Gerakan ini pasti akan mengelirukan pemain pertahanan tersebut.
Ambil langkah yang panjang melepasi pemain pertahanan tersebut dan
gelecek bola terus menuju ke bakul jaringan. Pemain pertahanan tersebut kini
perlu membuat gerakan yang banyak untuk kembali menghalang anda.
Gerakan palsu ini telah Berjaya mengelirukan pemain pertahanan pasukan
lawan dalam masa yang singkat. Kini anda boleh teruskan menggelecek bola
dan sentiasalah bersedia mengintai peluang untuk melakukan jaringan.
Lontaran Permulaan
Teknik bola lompatan
Pengadil akan melontarkan bola secara menegak ke atas di antara dua
pemain yang berdiri pada sebelah gelanggang masing-masing. Mereka akan
melompat setinggi yang mungkin, dalam percubaan untuk mencecah bola
kepada rakan sepasukannya di belakang. Kedua-dua pemain tidak
dibenarkan menyentuh bola selagi ianya tidak mencapai tahap tertinggi dalam
lontaran tersebut. Malah, mereka hanya dibenarkan menyentuh bola tersebut
sebanyak 2 kali sahaja. Selepas percubaan tersebut, bola haruslah disentuh
oleh pemain lain dari mana-mana pasukan.
Jaringan Tahap Tinggi
Teknik jaringan cangkuk (HOOK SHOT)
Apabila laluan anda ke bakul jaringan dihalang, kaedah jaringan cangkuk
adalah cara yang terbaik untuk menjaringkan bola ke dalam bakul jaringan.
Anda hendaklah bergerak menjauhi pemain yang menghalang anda dengan
berpasak secara pantas. Kekalkan bahagian belakang badan anda pada
pemain lawan untuk melindungi dan mengawal bola tersebut. Semasa anda
berpusing,alihkan bola kepada tangan jaringan anda dan cekup bola tersebut
menggunakan jari-jari anda yang diregangkan. Unjurkan lengan anda lurus ke
belakang dan angkat kaki anda ke atas dari lantai gelanggang. Semasa anda
melonjakkan kaki hadapan anda,luruskan lengan dan kekalkan cekupan anda
pada bola. Hayunkan tangan yang memegang bola melampaui paras kepala
anda menuju ke bakul jaringan. Lepaskan bola sepenunya sewaktu lonjakan
anda mencapai tahap tertinggi.
Teknik hempasan dalam (SLAM DUNK)
Teknik ini merupakan teknik yang terkenal dalam sukan bola keranjang dan
merupakan pergerakan yang menakjubkan. Namun begitu,anda mestilah
cukup tinggi atau boleh melompat dengan tinggi untuk melakukannya. Anda
hendaklah bergerak mendekati bakul jaringan sepantas yang
mungkin,kemudian lonjakkan kaki kiri dengan bola berada di tangan kanan
( arah yang sebaliknya jika anda kidal). Anda perlu melompat setinggi
mungkin untuk mengangkat bola melepasi paras gelung jaringan pada bakul
keranjang tersebut. Jika lompatan anda benar-benar tinggi, anda dapat
menghempaskan bola masuk ke dalam bakul jaringan dengan mudah dan
memperolehi mata jaringan untuk pasukan anda.
Gerakan pecahan pantas
Teknik 3-lawan-1 (3 pemain)
Langkah 1
Dua pemain pertahanan ( A dan B) berdiri di garisan asas, di mana setiap
seorang berada pada tempat di mana garisan kunci bertemu dengan garisan
asas,manakal seorang lagi (pemain C) berdiri di garisan asas di bawah bakul
jaringan. Dengan mengikut arahan jurulatih, A dan B membawa bola
sehingga ke garisan tengah dengan secepat yang boleh, serta saling
menghantar dan menerima bola tersebut.
Langkah 2
Apabila A dan B telah mencapai separuh dari garisan tengah dan
menghampiri bakul jaringan,pemain C akan bergerak ke hadapan ke
penghujung kawasan kunci untuk mempertahankan gelanggangnya.
Langkah 3
Pemain A dan B mestilah melakukan serangan pada bakul jaringan di bawah
kesesuaian keadaan,iaitu sama ada membuat hantaran,menggelecek atau
melakukan jaringan kepada situasi jaringan secepat yang mungkin. Sebaik
sahaja mereka berjaya menjaringkan bola atau pemain C berjaya merampas
bola tersebut,ulangi gerakan ini kembali.
Teknik pecahan pantas (5 pemain)
Langkah 1
Menggunakan keseluruhan keluasan gelanggang, 3 pemain penyerang akan
beratur pada garisan asas,manakala 2 lagi pemain pertahanan akan berdiri di
penghujung garisan kunci masing-masing.
Langkah 2
Dengan mengikut arahan jurulatih, 3 pemain penyerang akan menggerakkan
bola merentasi gelanggang secepat yang mungkin, mewujudkan situasi
serangan ‘3-lawan-2’ di sekitar kawasan bakul jaringan.
Langkah 3
Pemain yang menyerang harus mengatur strategi untuk cuba menjaringkan
bola
Langkah 4
Sebaik sahaja bola Berjaya dijaringkan,pemain penyerang yang
menjaringkan bola akan bergabung dengan 2 pemain pertahanan untuk
mewujudkan situasi ‘ 3-lawan-2’ menentang 2 lagi penyerang yang tinggal.
Langkah 5
Dua penyerang tersebut seterusnya akan bertukar peranan menjadi 2 pemain
pertahanan dan kini berusaha mempertahankan gelanggang dan menghalang
3 penyerang yang kini mulai bergerak menuju ke bakul jaringan.
Kesalahan permainan.
Rajah teknik pecahan pantas
Kesalahan yang berlaku dalam permainan Bola keranjang
Tiga jenis kesalahan yang sering berlaku dalam permainan bola keranjang ialah :
Kesalahan ketika bermain bola.
Kesalahan ketika bola keluar gelanggang.
Kesalahan masa.
Pada setiap kesalahan,lontaran masuk percuma akan diberi kepada pihak lawan.
Lontaran ini akan dilakukan di garisan tepi yang berhampiran.
Kesalahan ketika bermain
Pemain boleh bermain menggunakan tangan sahaja. Pemain boleh
menggolek,memukul,melantun atau menghantar bola ke mana-mana arah.
SUngguhpun begitu, pemain dilarang menendang atau menumbuk bola.
Mengelecek bola dibenarkan dalam permainan.Mengelecek dilakukan
secara melantunkan bola semasa berdiri,berjalan atau berlari.Sekiranya
pemain berjalan atau berlari, bola perlulah dilantun dengan sebelah tangan
pada setiap langkah. Lantunan dilakukan dengan menolak bahagian atas bola
menghala ke tanah. Lakuan mengelecek bola tamat apabila pemain
mematikan bola sama ada dengan sebelah atau kedua belah tangan. Ketika
ini sebelah kaki perlu dipasak ( kaki statik ) sehingga bola dihantar atau
dijaringkan ke gol.Selepas mematikan bola,kamu dilarang melakukan
kelecekan kali kedua.
Kesalahan sedemikian dinamakan mengelecek dua kali atau ‘double
dribble’. Melantun bola dengan dua belah tangan juga adalah satu kesalahan
permainan.Apabila mendapat bola,pemain boleh melakukan tiga tindakan
iaitu sama ada menghantar bola kepada rakan,menjaring atau mengelecek.
Jika tidak, pemain hanya akan dibenarkan berdiri setempat.Sebelah kaki
pemain mesti dipasakkan. Kamu boleh berputar di sekeliling kaki pasak yang
hanya boleh diangkat selepas kamu melakukan hantaran,jaringan atau
kelecekan.Jika pemain melakukan kelecekan,bola mestilah dilantun terlebih
dahulu sebelum kaki pasak diangkat. Pemain boleh mengangkat kaki pasak
ketika melakukan jaringan atau hantaran tetapi kamu perlu melepaskan bola
sebelum kaki pasak mendarat. Jika gagal mematuhi peraturan ini,pemain
dianggap melakukan kesalahan.
Kesalahan ketika bola keluar gelanggang.
Bola yang melintasi garisan tepi dianggap bola mati. Bola yang keluar akan
dilontar masuk oleh pemain lawan.
Kesalahan masa.
Peraturan masa tiga saat.
Pemain pasukan penyerang yang tidak menguasai bola dilarang berada
dalam kawasan gol lebih dari tiga saat.Kiraan tiga saat bermula setiap kali
lontaran gol dibuat.
Peraturan ini dikenakan kepada pasukan yang bertahan.Peraturan ini
bertujuan mengelakkan pemain yang tinggi daripada pasukan lawan
menguasai bahagian bawah gol.
Peraturan masa 5 saat
Seseorang pemain mesti melakukan hantaran ke dalam gelanggang atau
lontaran percuma dalam masa 5 saat ( dalam kejohanan NBA, pemain
mempunyai 10 saat untuk membuat lontaran).
Peraturan masa 8 saat
Selepas mendapat bola dalam kawasan gelanggang sendiri,pasukan tersebut
mempunyai 8 saat untuk bergerakmembawa bola ke bahagian gelanggang
pihak lawan. Jika tidak, bola akan diberikan kepada pihak lawan.
Peraturan masa 24 saat
Dalam kejohanan NBA,apabila sesuatu pasukan Berjaya mendapatkan
bola,mereka mempunyai 24 saat untuk membuat jaringan. Jika tidak,bola akn
diberikan kepada pihak lawan.
Kesalahan lain
Pembatalan Individu
Halangan badan
Apa sahaja sentuhan yang menghalang pergerakan pemain lawan.
Perlanggaran
Berlaku apabila seseoarng pemain (dengan bola atau tanpa bola,menolak
atau bergerak dengan melanggar pemain lain
Halangan tangan
Penggunaan tangan oleh pemain pertahanan terhadap pemain lawan, sama
ada untuk menghalang pergerakan atau membantu pertahanannya terhadap
pemain lawan.
Halangan belakang
Sentuhan badan dari belakang oleh pemain pertahanan. Pemain pertahanan
tersebut(jika tidak memegang bola) akan tetap menerima tindakan
pembatalan akbiat perlakuan sebegini.
Pautan
Pautan anggota yang melibatkan sentuhan seorang pemain terhadap pemain
lain yang mengganggu pergerkan dirinya atau pemain lain dalam perlawanan.
Halangan terlarang
Sebarang usaha untuk menyekat pergerakan atau menyekat kebebasan
pergerakan pemain lawan untuk menuju ke arah laluan bola atau ke lokasi
tertentu di dalam gelanggang.
Tolakan
Sentuhan yang melibatkan pemain ditolak secara paksa atau menolak
dengan niat untuk menggerakkan atau menjatuhkan pemain lain, sama ada
sedang memegang bola atau tidak.
Penggunaan tangan secara tidak sah
Berlaku apabila pemain melakukan sentuhan dengan pemain lain dengan
tangannya apabila cuba untuk merampas bola dari pemain lain.
Kesalahan berganda
Pembatalan sebegini dikenakan apabila terdapat 2 pemainyang melakukan
perlakuan yang melanggar undang-undang secara serentak. Apabila ianya
berlaku, setiap dari pemain akan dikenakan tindakan secara individu,tanpa
sebarang lontaran percuma bagi kdua-dua pemain. Sebaliknya, permainan
dimulakan semula dengan lontaran bola oleh pengadil di kawasan
berhampiran bulatan di mana pembatalan tersebut berlaku.
Undang-undang permainan
Tempoh masa
Di bawah undang-undang antarabangsa,sesuatu perlawanan akan
dibahagikan kepada 4 suku masa,iaitu 10 minit bagi setiap suku masa
tersebut. Dalam kejohan NBA juga terdapat 4 suku masa, tetapi setiap
daripadanya berlangsung selama 12 minit). Bagaimanapun,catatan masa
banyak melibatkan pemberhentian dan pembattalan gerakan sepanjang
perlawanan,menjadikan masa sebenar perlawanan tersebut berlangsung
sehingga 90 minit. Jika kedua-dua pasukan seri pada penghujung masa
perlawanan,maka masa tambahan selama 5 minit akan diberikan dan
begitulah seterusnya sehingga terdapat jaringan kemenangan dari mana-
mana pasukan. Tidak terdapat perlawanan kalah-mati di dalam sukan bola
keranjang.
Hentian Masa
Jurulatih dibenarkan untuk menghentikan perlawanan sementara sekali bagi
setiap suku masa dan 2 kali dalam suku masa terakhir,maksimum selama 1
minit untuk merancang strategi baru atau taktik yang berubah dengan para
pemain. Dalam masa yang tambahan, mereka hanya dibenarkan
menghentikan perlawanan sekali sahaja.
Pemain yang dikawal ketat.
Jika seseorang pemain telah Berjaya dikenalpasti,pemain tersebut mestilah
melakukan hantaran,menggelecek atau membuat jaringan dalam tempoh
5saat atau bola akan diberikan kepada pihak lawan. Undang-undang ini tidak
wujud dalam kejohanan NBA.
Lontaran percuma
Lontaran percuma diberikan kepada pemain yang akan membuat lontaran
dari luar garisan gelanggang menuju ke lokasi dalam gelanggang yang
dikehendaki. Kesemua pemain selain dari penyerang mesti berdiri di luar
kawasan kunci iaitu di sepanjang garisan lontaran percuma (atau di belakang
pemain yang membuat lontaran, di luar dari garisan gelanggang. Lontaran
percuma akan diberikan apabila berlaku pembatalan dalam perlawanan dan
apabila jaringan berjaya dilakukan.
Kesalahan Individu
Ini adalah perlanggaran syarat-syarat yang melibatkan sentuhan di antara 2
pemain. Kesalahan tersebut akan dikenakan tindakan dengan pemain lawan
mendapat lontaran percuma. Namun begitu, jika pemain sedang berada
dalam posisi untuk membuat jaringan, sebanyak 1 atau lebih lontaran
percuma yang diberikan kepada pemain lawan. Contohnya, jika jaringan cuba
untuk dilakukan dari luar garisan 3 mata, maka 3 lontaran percuma akan
diberikan kepada pemain lawan.
Kesalahan teknikal
Ia melibatkan perilaku pemain yang tidak terkawal seperti mengeluarkan kata-
kata kesat kepada pemain lawan atau mempersoalkan keputusan pengadil.
Pasukan ini akan didenda dengan 2 lontaran percuuma kepada pihak lawan.
Perintah keluar padang
Ia merupakan kesalahan serius, contohnya menumbuk pemain lain dan lain-
lain. Mereka akan dikenakan tindakan keluar dari gelanggang pada masa itu
juga.
Undang-undang 5 kesalahan
Apabila seseorang pemain telah melakukan 5 kali kesalahan (individu atau
teknikal), dia akan disingkirkan dari perlawanan dan tidak boleh kembali untuk
musim seterusnya. Di dalam kejohanan NBA, syarat penyingkiran ialah
apabila berlakunya 6 kali kesalahan.
Perlanggaran undang-undang
Pembatalan akan diberikan kepada pemain apabila mereka melanggar
undang-undang permainan seperti menggelecek sesuka hati, tidak sah atau
meluangkan lebih dari 3 saat dalam kawasan larangan. Hukuman yang
dikenakan ialah dengan memberikan bola kepada pemain lawan.
Menyusup bakul jaringan
Pemain perlu memastikan bahawa bola tidak disentuh sewaktu ianya jatuh
menuruni bakul jaringan. Pemain pertahanan juga tidak dibenarkan
menyentuh bola apabila bola tersebut berada di dalam bakul jaringan (ia
memudahkan pemain tersebut untuk menolak naik bola keluar dari bakul
jaringan). Jika kesalahan ini dilakukan oleh pemain serangan pihak
lawan,maka tiada sebarang mata diperolehi oleh mereka dan bola akan
diberikan kepada pasukan anda pada garisan 3 mata. Jika ia dilakukan oleh
pemain pertahanan lawan,maka pemain penyerang anda akan diberikan mata
seolah-olah bola tersebut telah pun melepasi bakul jaringan.
Keluar gelanggang
Seseorang pemain itu dianggap terkeluar dari gelanggang jika mereka
menyentuh atau melepasi garisan sempadan gelanggang. Bola juga dianggap
keluar gelanggang jika pemain yang memegang bola terkeluar dari petak
gelanggang atau terkena pada garisan gelanggang. Namun begitu, bola tidak
dianggap keluar gelanggang sehinggalah ianya melantun pada lantai
gelanggang. Apabila perkara ini berlaku, lontaran percuma akan diberikan
kepada mereka yang terakhir sekali memegang bola tersebut.
Bola dikembalikan ke gelanggang belakang
Apabila sesuatu pasukan tersebut telah membawa bola melepasi petak
gelanggang mereka dan masuk ke gelanggang lawan, mereka tidak boleh
berpatah balik ke gelanggang mereka. Jika tidak, bola tersebut akan diberikan
kepada pihak lawan.
Peraturan Faul
Terdapat dua jenis faul dalalm permainan bola keranjang
- Faul sendiri
- Faul teknik
Had maksimum melakukan faul bagi setiap pemain ialah lima kali. Pemain
dikehendaki keluar gelanggang sehingga tamat permainan jika melakukan lebih
daripada lima kali faul.
Faul Sendiri
Pemain biasa melakukan Faul sendiri. Faul ini melibatkan seseorang pemain
dengan bola. Jika faul sendiri dilakukan dalam permainan,pihak lawan akan
diberi hantaran masuk dari garisan tepi berhampiran tempat berlakunya
kesalahan. Jika faul dilakukan ke atas pemain lawan yang hendak menjaring
bola, dua lontaran percuma akan diberi kepada pihak lawan di garisan
lontaran percuma. Setiap lontaran percuma bernilai satu mata. Jika kedua—
dua lontaran percuma masuk ke dalam jarring,pasukan yang kena jarring
perlu memulakan permainan di garisan belakang kawasan mereka. Jika
lontaran kedua gagal, permainan diteruskan. Faul sendiri boleh berlaku jika
pemain yang memegang bola dihalang,ditolak atau dihimpit oleh pihak
lawan.Faul sendiri juga boleh berlaku kepada pemain yang memegang bola.
Biasanya perkara ini berlaku apabila dia menghalang pemain lawan yang
cuba menghadangya..Pemain yang bertahan berhak berdiri di mana
sha,sekalipun di hadapan penyerang. Sewajarnya pemain yang bertahan
tidak member peluang pihak penyerang bergerak dengan mudah. Mengikut
peraturan permainan,pemain yang bertahan mesti berdiri menghadap pemain
lawan tanpa bergerak sebelum penyerang menghantar bola, Pemain yang
bertahan juga dilarang mengganggu pergerakan penyerang dengan
mengacah tangan.
Faul teknik
Faul teknik berkait rapat dengan tingkah laku yang tidak bersemangat
kesukanan, sama ada yang dilakukan oleh pemain simpanan atau jurulatih.
Antara tingkah laku yang boleh dikenakan faul teknik ialah :
a) Sengaja melengah-lengahkan masa permainan
b) Bertengkar dengan pengadil atau pihak lawan.
c) Menghina pengadil atau pihak lawan.
d) Sengaja mengganggu permainan pihak lawan
Pengadil akan memberi dua lontaran percuma pada setiap faul teknik. Ketua
pasukan yang menerima lontaran percuma akan memilih salah seorang
pemainnya untuk melakukan lontaran itu.