Post on 06-Apr-2018
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
1/13
STATUS WANITA PADA ABAD KE-19
Sebelum mencapai pada abad ke-19 iaitu pada tahun 1800, kehidupan
golongan wanita sangat tidak terbela dan dilindungi oleh pihak keluarga dan juga
pihak kerajaan. Bermula pada abad ke-19, barulah muncul beberapa kesedaran
tentang kepentingan dan sumbangan golongan wanita. Namun hanya beberapa
Negara Eropah sahaja yang mempunyai kesedaran tersebut seperti England,
Jerman dan sebagainya dan segelintir negara lagi mula mencapai kesedaran pada
pertengahan abad ke-19. Dalam Se jarah Eropah pada zaman Klasik dan
Pertengahan telah menunjukkan bahawa golongan wanita tidak mempunyai
sebarang keistimewaan dan hak yang jelas.
Keadaan tersebut berlaku kerana daripada zaman Klasik dan
Pertengahan yang menganggap wanita adalah sesuatu perkara yang sangat
negatif dan hina malahan tidak memberi makna kepada golongan lelaki.
Pada permulaan dan awal zaman Eropah moden, golongan wanita dipandang
hina dan dianggap sebagai beban kepada keluarga dan masyarakat malahan
pihak kerajaan juga berpendapat begitu. Pada zaman Victorian, masyarakat
Eropah kelas pertengahan dan kelas atasan, golongan lelaki dan golonganwanita berada dalam suasana dan keadaan yang sangat berbeza kerana
golongan lelaki dipandang lebih utama dan penting berbanding golongan
wanita yang sebaliknya.1
Pada kebiasaan yang berlaku kepada golongan lelaki yang berkerjaya
seperti usahawan dan ahli perniagaan, mereka banyak menghabiskan masa
dan waktu terhadap kerja ataupun melapangkan fikiran minda di kelab-
kelab yang khusus untuk golongan lelaki. Golongan lelaki masyarakat Eropahhanya dan melepaskan membiarkan isteri-isteri mereka untuk menguruskan
hal ehwal rumahtangga, pengurusan anak-anak, dan mereka hanya akan
menghabiskan kewangan keluarga untuk menaiktarafkan status sosial
1 Richard W. Bulliet, et.all, The Earth and Its People- A Global History Volume II Since 1500,Houghton Miffin Company, 2000, hlm: 486.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
2/13
keluarga.2 Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan wanita
pada zaman tersebut mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar
dan berat untuk dipikul.
Beberapa kerajaan di Negara Eropah juga telah menggubal dan
menguatkuasa undang-undang tentang mendiskriminasikan golongan wanita
malahan menentang golongan tersebut. Sehingga akhir abad, kebanyakan
Negara Eropah menganggap wanita adalah golongan minoriti dalam
kehidupan golongan lelaki dan kehidupan bermasyarakat.3 Namun, mengikut
keadaan dan peredaran waktu semasa zaman tersebut, kebanyakan Negara
Eropah telah mula sedar akan kehadiran dan sumbangan golongan wanita di
peringkat yang lebih besar dan luas seperti sumbangan dalam kelompokmasyarakat mereka sendiri seperti yang berlaku terhadap Negara Britain,
Jerman, Perancis dan lain-lain.
Negara Britain telah mengambil beberapa langkah yang bertujuan
memperkenalkan golongan wanita dalam kalangan anggota masyarakat
dengan penubuhan beberapa persatuan dan organisasi masyarakat.
Contohnya pada tahun 1847, Queens College telah dibuka untuk golongan
wanita sahaja dan pada tahun 1848 pula, golongan wanita dibenarkan untukmemasuki Universiti London dan Kolej Bedford juga mengambil langkah yang
sama dengan membenarkan golongan wanita menimba ilmu di kolej
tersebut.4 Selain daripada itu, pada tahun 1860, Universiti Zurich telah
membuka laluan kepada golongan wanita menimba ilmu dan pada tahun
1878, Universiti London memberi peluang dalam peringkat ijazah serta
kolej wanita ditemui di Cambridges pada akhir abad ke-19.5 Kesedaran yang
tinggi terhadap ilmu, telah menyebabkan ramai golongan wanita untuk
memasuki institusi pendidikan sehingga di Zurich terdapat golongan wanita
2 Ibid, hlm: 486.3 Ibid, hlm: 486.4 Chris Cook, Britain in The Nineteenth Century 1815-1914, United Kingdom, PearsonEducation Limited, 1999, hlm: 1275 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, New
Jersey, Prentice Hall, 1998, hlm: 847.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
3/13
Russia yang mempelajari bidang perubatan malahan golongan wanita
Amerika juga turut menimba ilmu di Negara Eropah.
Golongan wanita Eropah mula menceburkan diri dalam bidang
professional bermula pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20
dan walaupun golongan wanita Eropah sudah mula berjinak dalam bidang
perubatan namun terdapat juga kebanyakan negara yang tidak
membenarkan golongan wanita menceburkan diri dalam bidang
perundangan sehinggalah Perang Dunia ke-2.6 Melalui perubahan yang
berlaku apabila golongan wanita menceburkan diri dalam bidang
professional, perkembangan masyarakat dan status wanita dilihat semakin
meningkat dan tinggi berbanding pada abad sebelumnya.
Selain daripada penubuhan institusi pendidikan, terdapat juga
penubuhan beberapa akta dan hak-hak bersuara yang terdapat di Negara
Britain. Antaranya ialah pada tahun 1857, Akta perkahwinan telah digubal di
mahkamah dan golongan wanita mendapat hak dan kuasa yang terhad
dalam proses penceraian dan mendapat hak terhadap anak-anak apabila
penceraian ditangguhkan serta golongan wanita juga berhak mendapat
harta terhadap perpisahan yang rasmi dan sah atau arahan perlindungankerana keputusan suami yang meninggalkannya.7
Dalam pembahagian harta juga jelas menunjukkan golongan wanita
mempunyai hak yang semakin luas dan besar serta hak-hak mereka semakin
dilindungi. Pada tahun 1870, Akta Harta wanita berkawin dibenarkan untuk
mendapatkan pampasan sebanyak $200 di atas harta pencarian mereka
sendiri dan pada tahun 1882, Akta Harta Wanita Berkahwin dibenarkan
untuk golongan wanita mempunyai milik dan pengurusan harta dan asset
mereka sendiri.8 Tindakan tersebut jelas menunujukkan tentang kesedaran
Negara Britain terhadap kepentingan golongan wanita dan Negara Britain
6 Ibid, hlm: 848.7 Chris Cook, Britain in The Nineteent Century 1815-1914, United Kinddom, PearsonEducation Limited, 1999, hlm:127.8Ibid, hlm 128.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
4/13
dilihat lebih maju ke hadapan berbanding Negara Eropah yang lain dalam
transformasi terhadap golongan wanita.
Namun begitu, terdapat juga golongan wanita yang mengamalkan
kegiatan pelacuran terutamanya golongan wanita yang berasal daripada
golongan keluarga yang miskin dan hidup terhimpit. Malahan, kebanyakan
pelacur adalah berasal dari masyarakat golongan pertengahan dan keadaan
ini berlaku kerana terdapat beberapa negara yang membenarkan kegiatan
pelacuran dilakukan. Bagi golongan wanita masyarakat pertengahan
Perancis pula, mereka hanya tertumpu kepada kehidupan kekeluargaan
seperti menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak dan menjalani
kehidupan yang baik pada pandangan masyarakat.
9
Selepas Negara Britain yang mempelopori hak dan kebebasan
golongan wanita, di Negara Perancis juga mengalami nasib yang sama
malah golongan wanita di Negara Perancis bertindak lebih agresif apabila
mereka mengadakan perarakan yang bertujuan untuk menyuarakan rasa
tidak puashati terhadap perlaksanaan pemerintahan pihak kerajaan. Pada
pagi 5 Oktober satu perhimpunan wanita yang besar merempuh ke Hotel de
Ville, merampas alat-alat senjata, mengheret meriam dan terus berarak keVersailles dengan tujuan mahukan Raja menurunkan harga roti dan
mahukan pegawai-pegawai yang telah menghina bendera tiga warna
dihukum.10
Keadaan di Perancis jelas menunjukkan bahawa golongan wanita
bukan lagi terkongkong dalam institusi keluarga bahkan sudah berada di
tahap yang lebih luas dan berani dalam proses penonjolan diri dan kaum
mereka dalam institusi masyarakat. Golongan wanita negara Eropah pada
abad ke-19 juga telah melalui beberapa fasa perubahan yang ketara dari
segi status sosial dan taraf hidup mereka. Negara-negara Eropah yang pada
9 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, NewJersey, Prentice Hall, 1998, hlm: 852.10Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, terjemahan Asri Hasbullah, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm: 37.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
5/13
zaman awal dan pertengahannya yang telah memandang serong dan hina
serta terhadap golongan wanita, telah berubah pandangan dan perspektif
pada zaman Eropah moden iaitu daripada pandangan negatif kepada
pandangan positif. Hal Ini kerana, negara-negara Eropah telah mula
menyedari betapa penting dan berharganya golongan wanita dalam
kalangan golongan masyarakat mereka. Golongan wanita juga telah mula
berani menonjolkan diri dalam pelbagai tujuan untuk menuntut hak dan
kebebasan yang adil dan saksama terhadap golongan mereka. Jika dulu
mereka hanya terkongkong dalam rumah sahaja, kini mereka bebas
bergerak dan diberi peluang untuk bekerja dan menuntut ilmu.
Namun begitu, bagi golongan wanita kelas pertengahan, segelintir
daripada mereka masih lagi terkongkong dalam kehidupan kekeluargaan
sahaja seperti yang berlaku di Utara Perancis yang memulakan fasa
perkahwinan bermula pada usia 21 tahun dan kebanyakan mereka akan
mendapat anak pada tahun pertama dan akan berturutan dengan cepat
malahan mereka sendiri yang akan mengurus dan mengasuh anak-anak
mereka kerana mereka tiada kepakaran dan peluang lain selain daripadamenguruskan keluarga.11 Di sebalik keadaan tersebut, terdapat juga
beberapa perubahan yang berlaku di England pada lewat abad ke-19 iaitu
apabila golongan wanita mula berkahwin lewat iaitu pada tahun 1870 dan
purata umur mereka yang berkahwin ialah pada usia 26 tahun.12
Malahan pada tahun 1840-an angka golongan wanita di England dan
Wales yang tidak berkahwin pada usia 45 tahun dianggarkan sebanyak 12%,
dan 11% pada tahun 1870-an dan 1880-an.13 Keadaan tersebut jelas
menunjukkan golongan wanita mula lebih memikirkan tentang pembinaan
11 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, NewJersey, Prentice Hall, 1998 hlm: 853.12 David Hey, The Oxford Guide To Family History, New York, Oxford University Press, 1993,hlm: 136.13 Ibid, hlm: 136.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
6/13
kerjaya status sosial mereka daripada berkahwin yang mungkin dianggap
mengongkong mereka selain daripada faktor golongan atasan dan
pertengahan yang jarang memilih untuk berkahwin dengan golongan bukan
yang sama status dengan mereka dan keadaan tersebut menyukarkan
golongan wanita untuk berkahwin dan memulakan kehidupan berkeluarga.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa negara daripada negara
Eropah seperti Britain dan Perancis, Jerman juga yang tidak terkecuali dalam
perubahan taraf sosial dan hidup golongan wanita mereka. Dalam bidang
pekerjaan perindustrian contohnya, wanita dan lelaki memainkan peranan
yang sama penting dan memberikan sumbangan yang sama besar serta
bermakna kepada masyarakat dan negara. Pada permulaan danpertengahan pada era zaman moden, keluarga merupakan ketua unit
pembuatan ekonomi dan isteri atau anak perempuan akan bekerja di dalam
rumah dan juga di luar untuk menyokong dan membantu untuk meningkat
pendapatan dan status kehidupan keluarga mereka.14 Terutamanya bagi
golongan wanita Jerman, mereka sudah mula untuk berani menonjolkan diri
di khalayak ramai contohnya sebagai pekerja di sesuatu tempat atau belajar
di sesebuah institusi pendidikan.
Berdasarkan hierarki sosial yang menentukan bahawa golongan
wanita patut dibayar gaji kurang berbanding lelaki, tetapi megikut piawaian
yang kebiasaannya, mengganggap pekerja wanita boleh dan patut
menunjukkan keupayaan dan kecekapan sebagai ahli yang aktif seperti
isteri-isteri mengeluarkan, menjual, berurusan, dan kalau berjaya, ia dikongsi
dalam proses menaikkan reputasi keluarga mereka.15 Bermula pada
pertengahan dan akhir abad ke-19, golongan wanita Jerman pula mula
berani saling bersaing dengan golongan lelaki kerana mereka terpaksa untuk
membantu keluarga dan menyokong pendapatan suami yang tidak
seberapa.
14 Frank B. Tipton,A History Of Modern Germany Since 1815, London, Continuum The TowerBuilding, 2003, hlm: 17.15Ibid, hlm: 17.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
7/13
Bagi golongan aristokrat wanita Jerman pada abad ke-19, mereka
masih membiarkan kehidupan mereka terasing dan terpencil daripada dunia
luar kerana dalam kehidupan mereka semuanya sudah disediakan seperti
mempunyai tenaga pengajar persendirian, dilatih untuk mempunyai
kemahiran dalam bidang sastera dan muzik dan kemungkinan dididik dan
diajar untuk aktif dalam bidang pengurusan estet keluarga tetapi tidak
pernah dilihat di khalayak ramai tanpa diiringi pengiring ataupun pengawal
keselamatan kerana wanita aristokrat dianggap istimewa dan berstatus
tinggi daripada masyarakat lain.16 Golongan atasan dan aristokrat wanita
pada zaman tersebut dilindungi dan dijaga dengan begitu ketat kerana
mereka merupakan golongan istimewa dan berbeza dalam semua aspek
dengan wanita kelas pertengahan dan bawahan selain daripada mereka
dihormati oleh masyarakat dan menjadi idola wanita pertengahan dan
bawahan.
Wanita Jerman boleh dilihat melalui gambaran yang dilakukan oleh
mereka seperti menuntut hak kebebasan bersuara dan menyuarakan
pendapat. Hal ini demikian kerana golongan wanita Jerman sangat berani
dan aktif serta lantang dalam menyuarakan hak dan rasa tidak puas hati
mereka dalam sesuatu perkara. Golongan wanita Jerman merasakan, mereka
patut bergiat aktif dan diberi peluang dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan dan aktiviti-aktiviti kebajikan masyarakat dengan tepat dan jelas
kerana kualiti kewanitaan mereka yang mampu untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik melalui sikap wanita yang lebih lembut
berbanding lelaki.17
Dalam bidang kebajikan dan sosial, golongan wanita sangat sesuai
dipertanggungjawabkan kerana sikap mereka yang lemah lembut dan
mementingkan keadilan seperti dalam bidang pendidikan kanak-kanak yang
akan membantu golongan yang tersebut untuk menimba ilmu, kesihatan
16Ibid, hlm: 41.17 Ibid, hlm: 153.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
8/13
bantuan kepada golongan miskin kerana layanan golongan wanita yang lebih
lembut dan berhati-hati dalam setiap situasi. Keadaan tersebut akan
membantu Negara Eopah untuk terus berkembang maju dan kemajuannya
berjalan seiring antara semua golongan tanpa mengira lapisan masyarakat.
Bagi Negara Britain, pada abad ke-19, majoriti golongan wanita bekerja
sebagai orang gaji yang kebanyakannya tertumpu di pelbagai kawasan18
Negara Britain juga telah membenarkan golongan wanita bekerja di
khalayak ramai dengan lebih meluas. Pekerjaan profesional yang pertama
dibuka kepada golongan wanita adalah mengajar terutama apabila
kebanyakan undang-undang negara Eropah mewajibkan pendidikan yang
menyeluruh.
19
Selain daripada itu, kebanyakan wanita golongan kelaspertengahan menjadi seorang jururawat sukarela ataupun sebagai pekerja
kebajikan dan sosial dan mereka bekerja untuk mendapat sedikit bayaran
dan gaji atau tidak dibayar langsung kerana secara rela untuk berkhidmat
untuk masyarakat.
Malahan terdapat juga beberapa organisasi wanita yang
memperjuangkan hak dan melawan kegiatan pelacuran, alkhohol dan gejala
haram yang membabitkan buruh kanak-kanak.20
Namun begitu, terdapat juga golongan wanita yang masih menjadi mangsa penderaan dan
keganasan dari segi penderaan seksual oleh majikan mereka dan anak
majikan mereka. Keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan wanita kelas
pertengahan bekerja sebagai hamba dan pembantu rumah kepada golongan
atasan dan mereka tidak mendapat peluang dan ruang serta tidak
mempunyai maklumat untuk membela diri mereka. Kekurangan pendidikan
dan kesedaran yang tinggi terutamanya dalam golongan wanita golongan
bawahan dan pertengahan telah dieksploitasikan oleh golongan bangsawan
dan atasan yang mempunyai nama, pangkat dan kekayaan.
18 David Hey, The Oxford Guide To Family History, New York, Oxford University Press, 1993,hlm: 142.19 Richard W. Bulliet, et. al, The Earth and Its Peoples- A Global History Volume II: Since1500, Houghton Miffin Company, 2000, hlm: 153.20
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
9/13
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
10/13
komperatif pengguna, perumahan bagi pekerja, persamaan lelaki-wanita dan
pelajaran sekular yang percuma.23
Malah, di Jerman juga terdapat beberapa institusi pendidikan yang
lebih menjurus dan berfokus kepada golongan wanita Jerman. Pada tahun
1850, Carl dan Johanna Kastner Froebel telah menubuhkan Akademi
Hamburg khusus tentang seks untuk wanita dan merupakan institusi
pertama dalam peringkat pendidikan tinggi untuk wanita serta ia juga
menyediakan akademi kurikulum, latihan guru tadika dan memperbaiki dan
memperbaharui bidang sosial.24 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
kebanyakan negara Eopah telah mula mengorak langkah untuk
menyeimbangkan persamaan antara semua pihak.
Walaupun kebanyakan perubahan dan perbaharuan yang berlaku di
Negara Eropah bukan dipelopori dan dimulai oleh golongan pemerintah
tetapi kebanyakannya dimulai oleh golongan pertengahan dan golongan
wanita yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hak dan kebebasan
mereka. Golongan wanita Eropah pada abad ke-19 telah mula mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat seperti dalam bidang pendidikan,
pekerjaan, sosial, kebajikan dan sebagainya. Sekaligus telah menaikkanstatus golongan wanita yang selama ini dipandang hina dan hanya sebagai
alat pemuas nafsu golongan lelaki sahaja.
Pada abad ke-19 juga golongan wanita telah terlibat dalam bidang
farmasi dan bukan sahaja hanya tertumpu kepada industi tekstil dan
pembantu rumah. Masyarakat farmaseutikal telah ditubuhkan dan dibuka
kepada golongan wanitadan menyediakan pelbagai kemudahan.25 Melalui
penubuhan dan pembukaan bidang baru yang diceburi oleh golongan
wanita, dapat dilihat bahawa golongan wanita semakin memainkan peranan
23 Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur, DewanBahasa dan Pustaka, 1997, hlm: 88.24 Frank B. Tipton, A History Of Modern Germany Since 1815, London, Continuum The TowerBuilding, 2003, hlm: 105.25 Dennis Sherman, Western Civilization, New York, McGraw Hill Companies, 2004, hlm: 185.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
11/13
dalam pelbagai bidang dan mampu bekerja seiring dengan golongan lelaki
pada zaman tersebut.
Golongan wanita juga telah mula menceburkan diri dalam bidang
politik negara dengan menjadi sosialis dalam kalangan masyarakat negara
mereka. Pertengahan antara tahun 1850 sehingga 1914 kebanyakan pekerja
wanita telah menyertai beberapa persatuan dan organisasi pekerja dan
politik dan ia mendorong mereka untuk menyertai organisasi sosialis.26
Melalui perkembangan tersebut telah lahir satu tokoh sosialis wanita iaitu
Anna Maier yang menyertai Demokrasi Sosialis pada tahun 1890-an di
Austria.27 Keadaan tersebut jelas menunjukkan tentang kemajuan yang
dicapai oleh golongan dalam pelbagai bidang dan walaupun dalam bidangyang sukar ditembusi seperti bidang politik.
Selain itu, di Negara Britain juga mempunyai tokoh yang
memperjuangkan hak dan kebebasan wanita antaranya ialah Millicent
Fawcett (1847-1929) yang mengetuai Persatuan Masyarakat Wanita
Kebangsaan dan di parlimen beliau menyuarakan pandangan dan pendapat
tentang wanita untuk dihormati dan tanggungjawab terhadap golongan
wanita.28
Selain itu, Emmeline Pankhurst (1858-1928) yang mengetuaipergerakan yang lebih radikal dalam perjuangaan wanita British.29 Kedaaan
tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan wanita di Britain lebih ke
hadapan dalam proses perubahan dan peningkatan status mereka
Berbeza sedikit keadaan yang berlaku di Negara Jerman dan Perancis.
Hal ini demikian kerana di Perancis iaitu Hubertine Auclert(1848-1914)
memulakan kempen pada tahun 1880-an, beliau berdiri sendiri dan tidak
mendapat sokongan daripada pihak lain sehinggalah pada tahun 1890,
beberapa organisasi wanita dibentuk.30 Manakala di Jerman keadaan juga
26 Ibid, hlm: 187.27 Ibid, hlm: 187.28 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Heritage Sixth Edition, New
Jersey, Prentice Hall, 1998, hlm: 855.29 Ibid, hlm: 855.30 Ibid, hlm: 856.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
12/13
hampir sama malah lebih teruk berbanding Perancis kerana undang-undang
Jerman yang melarang golongan wanita daripada terlibat dalam aktiviti
politik sehinggalah pada tahun 1894, Organisasi Bersatu Wanita
Jerman( BDFK) ditubuhkan.31 Keadaan tersebut menonjolkan status sosial
golongan wanita Eropah.
PENUTUP
Pada abad ke-18 dan 19 di Eropah sebenarnya mempunyai banyak
perbezaan dari segi status golongan wanita. Namun terdapat juga di
sesetengah Negara Eropah yang lambat mempunyai kesedaran tentangsumbangan golongan wanita sehingga pertengahan dan akhir abad ke-19
barulah mempunyai kesedaran seperti yang berlaku di Negara Perancis dan
Jerman. Bagi Negara Britain, mereka lebih awal dan dahulu dalam proses
peningkatan status dan taraf sosial masyarakat wanita. Pada abad ke-18,
golongan wanita lebih cenderung dan berpusat kepada hal ehwal
rumahtangga dan tidak mendapat pendedahan tentang hak dan peluang
serta ruang dalam memajukan diri mereka. Namun, bermula pada abad ke-
19, negara di Eropah telah mula memberi ruang dan peluang kepada
golongan wanita dalam proses penonjolan diri untuk menaikkan status sosial
mereka dengan diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih
tinggi, hak mengundi, menubuhkan organisasi dan persatuan dan pelbagai
lagi langkah lain. Bermula rentetan daripada abad ke-19 yang menjadikan
golongan wanita Eropah berkembang dan maju diteruskan sehingga ke hari
ini. Keadaan tersebut dapat dilihat apabila terdapat golongan wanita yang
memegang jawatan yang tinggi kerajaan dan terdapat juga beberapa aggota
kabinet dalam kerajaan. Hal ini demikian kerana peluang dan ruang yang
yang diberikan oleh golongan wanita pada abad ke-19 telah berkembang
31 Ibid, hlm: 857.
8/3/2019 Sejarah Eropah Partner
13/13
dan seiring dengan peredaran masa serta sumbangan golongan wanita
semakin besar sehingga mampu menyaingi kuasa lelaki.