Post on 15-Dec-2015
SEJARAH KAABAHMohd Isa June 22, 201220 comment
Kaabah yang kini merupakan kiblat kepada umat islam semasa
menunaikan solat, tidak kirasolat Jumaat, solat 5 waktu dan solat
sunat. Tetapi adakah anda tahu sejarah Kaabah yang dikatakan
rumah Allah s.w.t.
Kali ini saya akan kongsikan sebuah sejarah islam iaitu
sejarah Kaabah dan beberapa gambar yang dipetik dan di ambil
daripada beberapa sumber. Semoga dengan perkongsian ini dapat
memberi anda sedikit ilmu, insyaAllah.
SEJARAH KAABAH DIBINAKaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam
menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa
Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat
tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini
dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang
Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat
beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu
adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah
masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah.
Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah.”
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi
Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka
kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina
sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur.
Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur
dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul
Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam
seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-
lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan
berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi
sepertinya.” Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya
tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf
mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah
mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina
satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada
keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa
mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari
bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata,
“Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah
dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang
yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka
sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga
dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman
Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami
air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali
Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya,
Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan
tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh
Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh
itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh
bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua
sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani
dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang
bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:
Tingginya 9 hasta.
Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru
sebelah Syam 32 hasta.
Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam
hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga
ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga
ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri
megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat.
Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap
diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah
pembinaan Kaabah.
Binaan pertama: Malaikat
Binaan kedua: Nabi Adam
Binaan ketiga: Nabi Syith
Binaan keempat: Nabi Ibrahim
Binaan kelima: Kaum Amaliqah
Binaan keenam: Kaum Jurhum
Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
Binaan kelapan: Abdul Mutalib
Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika
Rasulullah berusia 35 tahun)
Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693
Masihi)
Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630
masihi)
Sumber: syahirul.com
Gambar Sejarah Kaabah Dibina
Sumber:
Panduan IslamBegitu indahnya sejarah Kaabah, semoga dengan perkongsian pada kali ini dapat memberi sedikit ilmu keislaman buat anda
semua. Agar dikongsikan kepada rakan-rakan seagama dengan kita semua.