Post on 26-Dec-2015
description
SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA
Sejarah Pendidikan Pemulihan bermula di luar negara iaitu di Amerika selepas termaktubnya
Public Law 94-142. Akta Pendidikan untuk kanak-kanak khas ini menjelaskan bahawa semua
kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas wajib menerima pendidikan di sekolah-
sekolah biasa dan sekolah khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baharu iaitu
IDEA (Individuals with Disabilities Education Act) dan diperluaskan. Melalui akta ini,
pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Undang-undang ini
menunjukkan betapa pentingnya kanak-kanak pemulihan dan berkeperluan khas diberikan
perhatian. Antara yang ditekankan ialah; 1. Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan
bercorak awam yang sesuai kepada kanak berkeperluan khas. 2. Pendidikan untuk kanak-kanak
khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalang mereka untuk berkembang. 3.
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen yang bercorak diskriminasi dalam
penilaian pendidikan. 4. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru Pemulihan Khas dan Guru Pendidikan Khas perlu
menyediakan rancangan pelajaran individu bagi setiap murid pemulihan dengan mengikut
prosedur yang ditetapkan. Guru hendaklah merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid-
murid pemulihan dalam satu-satu jangka masa tertentu dengan mengambil kira potensi dan
kekurangan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini, konsep kolaboratif dalam
pendidikan diamalkan iaitu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan
guru terlibat sama dalam merancang pendidikan pemulihan. Manakala di Britain pengumuman
Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut
mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari
aspek pertumbuhan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada
kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah
merupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Laporan ini menekankan
kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa
yang dikenali sebagai intergrasi atau inklusif. Sebelum laporan ini dikemukakan, konsep
pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu
kanak-kanak ini belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada
bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Dasar ini juga dijadikan panduan kepada Negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan
khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-Kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuh
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat
diagnosis ke atas kanak-kanak khas oleh pelbagai golongan pakar ke atas keperluan mengikut
pendidikan. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak khas diganti dengan
konsep intergrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa
dalam sekolah dan kelas yang sama.
Di Malaysia, program pemulihan bermula pada tahun 1965 apabila tiga orang guru yang
mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai Sembilan orang guru
telah mendapat latihan di luar negara. Program pendidikan pemulihan bermula sebagai ‘pilot
project’ di Sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula pada
awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan,
didapati Program Pendidikan Pemulihan amat perlu bagi membantu kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran. Dari tahun 1968 hingga 1974, kerajaan telah membekukan
pengambilan guru-guru berkursus dalam bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan
Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Hasil daripada laporan
tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif. Pada tahun 1975, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan projek
percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah dengan menggunakan strategi
pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam
projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah yang kompleks
diserahkan kepada guru pemulihan khas. Pada tahun yang sama juga, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengadakan Kursus Dalam Cuti. Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada
guru-guru terlatih di sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut; i. 2
minggu dalam cuti penggal pertama ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua iii. 4 minggu dalam
cuti penggal ketiga Pada tahun 1977, kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1981, kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti
penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk
menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.
Pada Tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas
pendidikan dengan memberi focus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya
dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan Pembelajaran pada Tahap 1 (Tahun 1-
3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah
penguasaan asas 3M. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Fokus ke arah membasmi masalah
3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras
keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan
murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia turut
memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan
menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid
(SKM). (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Beberapa program pemulihan telah
dilaksanakan oleh Kementeria Pelajaran Malaysia untuk memastikan semua kanak-kanak tidak
tercicir dalam pendidikan arus perdana. Antara program yang telah diperkenalkan ialah; (a)
KIA2M KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca ialah program yang dirancang khusus
untuk membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.
Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu secara sepenuh masa di Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Di Sekolah Kebangsaan, program ini dijalankan
dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu 12 waktu dan 9 waktu di Sekolah Jenis
Kebangsaan. (b) Program Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas ialah program yang
dijalankan di sekolah khas atau kelas yang khusus untuk murid-murid bermasalah penglihatan,
pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program ini dilaksanakan bertujuan agar semua
murid berpeluang mendapatkan pendidikan bermula daripada intervensi awal. (c) Program
KEDAP KEDAP ialah program kelas dewasa untuk ibu bapa murid orang Asli, Penen dan
Pribumi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan masalah buta huruf dalam kalangan mereka di
seluruh Negara. Pelaksanaannya dibuat berdasarkan keperluan ibu bapa murid orang Asli, Penan
dan Pribumi yang kurang memberikan motivasi dan membantu anak-anak dalam pelajaran
kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Matlamat utama
kurikulum KEDAP adalah membantu mereka untuk meningkatkan tahap literasi dan membentuk
sikap positif terhadap pembelajaran sepanjang hayat. (Khairuddin, 2011) (d) PROTIM PROTIM
Bahasa Melayu dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Sasaran program PROTIM adalah untuk murid
tahun 4, 5 dan 6. Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program
Pemulihan Khas dan Intervensi (P1NCH) yang dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah
rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M)
dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas
tersebut. Antara tindakan bagi pelaksanaan P1NCH merangkumi; 1. Program Pemulihan Khas
Tahun 2 • Semua murid LINUS Pemulihan/Tegar akan mengikuti Program Pemulihan Khas
(LINUS) di sekolah. • Modul LINUS Tahun 2 dan Modul Pemulihan sedia ada hendaklah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid tersebut akan menduduki Saringan 4,5
dan 6 dalam Program LINUS 2. Program Pemulihan Khas Tahun 3 • Murid pemulihan khas di
tahun 2 (2010) yang gagal dalam Ujian Pelepasan perlu mengikuti program pemulihan khas 3.
Program Pemulihan Tahun 4, 5 dan 6 • Murid Tahun 4, 5 dan 6 yang masih tidak menguasai 3M
perlulah menjalani program pemulihan mengikut konsep KBSR (Pemulihan dalam Bilik Darjah)
yang dipertanggungjawabkan kepada guru mata pelajaran yang berkenaan. Walau bagaimanapun
guru pemulihan khas boleh membantu murid tersebut. 4. Program Intervensi 3M Sekolah
Menengah Perkembangan Program Pemulihan Khas menunjukkan pendidikan universal
diutamakan yang merupakan salah satu daripada komponen utama program Pendidikan Untuk
Semua dan Pendidikan Sepanjang Hayat serta merupakan strategi untuk mewujudkan
pendemokrasian pendidikan. Keutamaan ini diberikan kepada ketiga-tiga aspek pendidikan
sejagat iaitu Universal Access kepada pendidikan rendah, kadar menamatkan persekolahan yang
tinggi dan pencapaian maksimum. (Special Education Department, 1999)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak
tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus
dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
LATARBELAKANG
1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan
strategi “Withdrawal System.”
1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan”
bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan
oleh guru kelas / mata pelajaran.
1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan
pemulihan dalam kelas KBSR.
1998 - Program Intervensi 3M.
2000 - “Multiple Intelligence”
Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 :
(PERAKUAN 5)
“ Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah
mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti
dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan
pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran
pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu ”
PEMULIHAN DALAM KBSR
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini
merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus
kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program
Pemulihan Khas.
Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru
mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.
Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam
kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti
KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan
Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakanwithdrawal system.
1) Pemulihan Dalam Kelas
Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS)
- oleh BPK
- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan
- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya
PROTIM
- program pemulihan 3M tahap 2
- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M
- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR
- gagal praujian - murid PROTIM
- BM dan Matematik
2) Program Pemulihan Khas
- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
- murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan
- ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik)
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan
- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M
PEMULIHAN DALAM KSSR
Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun
2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai
asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun
2012.