Senario Dan Konsep Pengukuran Kemiskinan Di Malaysia.

Post on 01-Dec-2015

165 views 0 download

description

presentation ekonomi

Transcript of Senario Dan Konsep Pengukuran Kemiskinan Di Malaysia.

Senario dan konsep pengukuran kemiskinan di

Malaysia

TUTORIAL MINGGU 1 DAN 2

Oleh: Suzanna Kelly

• Kemiskinan di Malaysia adalah lebih dominan sebagai satu fenomena di kawasan luar bandar.

• Namun begitu seperti negara sedang membangun yang lain, terdapat kecenderungan kemiskinan bandar berlaku.

• Golongan yang miskin di bandar merangkumi migran dari kawasan luar bandar, warga asing yang mencari pekerjaan, golongan yang bekerja di sektor tidak formal dan golongan yang menganggur.

• Mereka selalunya terpengaruh dengan pekerjaan yang tidak terjamin, pencemaran, keganasan, jenayah dan kurangnya rangkaian sosial.

Sumber rujukan : http://ekonomi-pmrsibu.blogspot.com/2008/02/kadar-kemiskinan-rakyat-menurun.html

Tajuk :‘Kadar kemiskinan rakyat menurun’

BERSAMA Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan Pembangunan yang juga Ketua Jabatan Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Sulochana Nair

Melihat kepada statistik, jurang kemiskinan di negara ini sudah jauh berubah.

Kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 52.4 peratus pada 1970-an kepada 5.3 peratus pada 2004.

Sebelum ini, kurang 50 peratus penduduk diiktiraf golongan miskin, pada sekitar 1970-an.

Kemiskinan tegar secara keseluruhan ialah pada purata 1.2 peratus

0.4 peratus

di bandar

2.9 peratus di luar bandar

iaitu sebanyak

Kerajaan pula mensasarkan pengurangan tiga peratus kadar kemiskinan menjelang 2010.

Sebelum Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), cara mengukur bagi menentukan garis kemiskinan juga

sudah bertukar.

Kaedah baru mengukur kadar kemiskinan adalah berdasarkan isi rumah (ia adalah faktor yang

mempengaruhi), keperluan makanan mengikut gender dan umur.

• kemiskinan diukur menggunakan PGK yang didefinasikan sebagai pendapatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan minimum.

• SEPERTI CONTOH KEPERLUAN MINIMUM …

Definisi PGK

Makanan

Kesihatan

PakaianPendidikan

Rekreasi

Pengangkutan

Minyak dan sewa

Secara keseluruhan kadar kemiskinan menurun.

Kehilangan pekerjaan (kemudian

menganggur)

kesihatan Ketua isi rumah meninggal (tiada

tempat bergantung)

Konsep Pengukuran Kemiskinan

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara.

Kemiskinan mutlak

• merupakan konsep dinamik

Kemiskinan relatif

• merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan

Kemiskinan Mutlak

• Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK)

Kemiskinan Relatif

• Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan.

Kumpulan pendapatan

Kumpulan etnik

Kumpulan penghuni

bandar

Kumpulan penghuni

luar bandar

• Ianya diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan iaitu…

Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isi rumah dengan pendapatan

misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

• PGK ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan

• untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik

• dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi.

• PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.

• Di Malaysia, kemiskinan diukur menggunakan PGK yang didefinasikan sebagai pendapatan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan minimum termasuklah makanan, kesihatan, pakaian, pendidikan, rekreasi, pengangkutan, minyak dan sewa.

• Ukuran kemiskinan telah menjadi satu isu perdebatan. Ia adalah kerana penggunaan kayu ukur pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang sama untuk bandar dan luar bandar.

• PGK yang sama ini menimbulkan masalah dari segi kemiskinan bandar telah terkurang anggaran. Jadual 1.0 menunjukan perubahan nilai PGK sekitar tahun 1990, 1995 dan 1997.

• Mengikut definisi, kemiskinan tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan separuh daripada golongan miskin dan di Malaysia kadarnya ialah RM264.50 sebulan.