Post on 03-Jul-2015
description
CONTOH PERKATAAN Ali menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak faham
(kurang tepat).
Ali menggeleng-geleng kerana tidak faham. (tepat danbetul).
Geleng kepala (sebutan geleng itu sebenarnya sudahmembawa pada kefahaman - kepala yang digeleng).
Tiada istilah geleng siku atau geleng lutut, jadituliskan sahaja perkataan geleng tanpa 'kepala'.
Terdapat juga perkataan lewah yang menggandingkanperkataan bahasa Melayu dalam bahasa Inggerisseperti:
a) cuba try
b)kasut boot
Perkataan ini bukan sahaja lewah, bahkan jugaberbentuk bahasa rojak
Penggunaan kata sendi nama juga sering terdedahkepada unsur lewah.
Banyak kata sendi nama dalam bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama seperti demi danuntuk, sejak dan dari serta hingga dan ke.
Contohnya:
"Kami berjuang demi untuk negara tercinta" dianggapkurang betul.
Perkataan "demi" dan "untuk" membawa makna yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut ialah kata sendinama